VS 3

Drama Completed 85759

“Kau tak busy ke hari ni Rul?”
Daim membawa secawan kopi yang di ‘brew’ dan diletakan berhadapan Hairul.
Kerusi ditarik sebelum punggungnya dihenyak.

“Busy.. kebetulan aku tengok project area ni so singgah la sekejap”
Hairul bawa cawan kaca kebibir sambil bola mata memandang sekeliling Cafe Indulgence milik Daim.
“Fuhhh.. memang kaw la coffee kau buat ni Im!”

Daim mengorak senyum. Bukan pertama kali dia dengar pujian macam ni.
Daim pen ‘Brew’ kopi terhandal, pernah masuk majalah lagi.
Tapi...
Kalau nak tahu..
Daim Akli sebenarnya tak suka minum kopi.
Erk? Pelikan?

Hairul letak kembali cawan di atas piring.
“Aku dengar kau nak buka cawangan baru?”

Daim angguk kepala.
“Masih dalam perancangan. Sebab aku kena cari partner yang boleh uruskan Cafe satu lagi.”

“Ye la.. betul jugak kan.. kau pun sibuk dengan kelab Stuntman kau kan.”

Daim sekali lagi mengangguk.

“Aku bangga dengan kau Im. Sebab kau lah geng-geng silat kita masih bersatu. Kalau tak aku rasa apa yang kita belajar selama ni hilang macam tu je sebab tak praktik.”

Ye. Lepas habis sekolah, semua ahli persatuan silat seakan melupakan apa yang telah dipelajari oleh Tuan Guru, kerana menguruskan hidup sendiri.

Mujur Daim tubuhkan kelab ‘stuntman’ dan memanggil kembali rakan-rakan silatnya untuk join kelab tu.
Siapa taknak kan bila dapat bekerjasama dengan artis. Untung nasib dapat muka boleh keluar TV.

“Dari dulu aku ajak kau join, tapi kau taknak.”

Hairul sandar belakang.
“Aku busy la Im.. kau pun tahu kerja aku macamana kan?”

Sekali lagi Daim angguk kepala.
Hairul senior setahun darinya. Habis sekolah, lelaki itu mendapat tawaran untuk menyambung ijazah dalam bidang kejuruteraan dan sekarang bekerja sebagai jurutera.
Memang sibuk sikit la.
“Tapi kalau ada masa. Sekali-sekala kau ikut la kitaorang praktis Rul. Nanti kau lupa semua ajaran Tuan Guru.”

Kali ni giliran Hairul mengangguk kepala, setuju dengan ayat Daim.
“Tapi mungkin sebulan dua ni aku belum rancanglah nak ikut korang praktis.”

Erh? Daim jungkit kening.

“Aku sibuk uruskan majlis kahwin aku.”

“Daim besar biji mata. Tangan disilang didada.
“Finally... kahwin juga kau bro”

“Eh! Kau cakap macam aku ni dah tua sangat baru nak kahwin.”
Hairul senyum, tubuh dipusing sedikit mengambil sesuatu dari beg galasnya.
“Ni kad kahwin aku.”
Sekeping kad berwarna putih dihulur kepada Daim.

Daim menyambut lantas membukanya.
‘Majlis perkahwinan Hairul Huzaimi dan Isya Farina’
Bibir Daim ukir senyum.
“Tahniah bro.”

Hairul mengeluarkan sekeping kad lagi dan dihulur kepada Daim.
“Ni kau tolong bagi kat Eva Natasha.”

Daim telan liur. Huluran Hairul disambut.

Hairul silang tangan didada sambil lepas keluh.
“Aku tak tahu apa sebenarnya yang terjadi antara Eva dan Farina sampai diorang tak bertegur sapa, berapa kali aku tanya Farina tapi dia tak nak cerita.”

Daim diam lagi. Halkum terus bergerak mengambil nafas.

“Yang aku tahu masa sekolah dulu, kau, Eva, Farina dan arwah Danish berkawan rapat. Kemana-mana pergi, korang mesti bersama. Lepas aku habis sekolah aku tak tahu lagi cerita pasal korang. Bila aku jumpa Farina balik, dia kata dia dah lama tak contact ngan Eva. Bila aku tanya kenapa, dia tak nak cerita.”

Daim tak berani pandang mata Hairul. Pandangan dilepas keluar cermin cafe.

Sekali lagi Hairul menarik nafas panjang.
“Aku tahu, kalau aku tanya kau pun, mesti kau tutup mulut kan.”

Kali ni Daim pusing muka memandang Hairul.
“Kes ni dah sepuluh tahun lepas Rul. Rasanya tak perlu nak buka balik. Masing-masing dah ada life sendiri. Kau pun dah bahagia dengan Farina.”

Hairul menegakkan badan.
“Tapi aku tak nampak kau bahagia Im.”

Daim sandar belakang. Kali ni dia pula menarik nafas dalam sebelum menghembusnya.

“Im.. apa-apa hal kau boleh roger aku. Walau kita bukan sekelas tapi kau dan aku sama anak murid Tuan Guru.”

Pandangan Daim kembali keluar cermin. Perlu kah dia buka balik cerita 10 tahun yang lepas?

“Im! Kau tolak cinta aku sebab kau couple dengan Rina kan ?”
Eva berjalan bercekak pinggang dihadapan Daim dan Farina.
Kenangan 10 tahun dulu kembali menjelma.

Daim dan Farina yang sedang duduk dibangku kayu serentak mendongak kepada Eva.

“Im! Aku tanya kau ni?!”
Eva hentak kaki kirinya sebelum kedua tangan mencekak pinggang kecilnya.

Daim bangun perlahan.
“Ye Eva.. aku dan Rina memang dah couple, lama dah.”

Eva gigit bibir. Jelingan sekilas diberi kepada Farina sebelum kembali memandang Daim.
“Kau pilih Rina yang baru kenal kau. Aku ni lebih dulu tahu semua tentang kau Daim. Farina tak sesuai dengan kau.”

Tubuh Farina tiba-tiba didirikan.
“Eva.. tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Tak semestinya kau kenal Daim sejak kecik, so kau kena couple dengan dia bila dah besar”

Daim menoleh kearah Farina. Bibirnya kaku.

“Daim cinta kan aku. Dan aku pun cinta kan dia. Salah ke?”
Farina makin rancak bersuara. Tubuhnya turut kedepan menghampiri Eva.

Dada Eva dah mula turun naik. Hidung kembang kempis tahan marah. Mata bundarnya jadi tajam menatap Farina.

“Dah lah.. tak payah nak layan lagi dia ni!”
Farina pantas menarik lengan Daim yang masih kaku.
Perlu ke dia gembira bila dua wanita berebut akan dirinya?
Oh Daim! Stop your dreaming!
Kau ingat kau tu hebat sangat ke. Sampai perempuan nak berebut untuk dapat kan kau?
Bibir Daim ukir senyum.

“Apa hal kau tiba-tiba senyum bos?”

Daim angkat wajah. Badan Bob Chubby berada didepannya.
Hilang kenangan 10 tahun dulu.
Tanpa sedar dia masih duduk di kerusi sedangkan Hairul dah lama balik.

“Aku tahu kau mesti fikir kan Cik Eva kan bos?!”
Bob Chubby mengambil cawan kopi yang diminum Hairul sebentar tadi.

“Sejak bila kau pandai baca fikiran orang Bob?”

Bob Chubby sengih gigi pandang Bosnya.
“Sejak aku nampak bos selalu pandang gentleman kat Cik Eva.”

Pandang Gentleman?
Ayat zaman bila tu?
Daim kerut dahi. Bibir nak senyum tapi ditarik balik.

“Kau ni bos tak sesuai la jadi Buddy Cik Eva tu.”

Pulak?
Daim kendur bahu.
“Habis tu kau nak aku jadi apa? Musuh dia?

Bob geleng kepala sampai pipi tebal nya turut bergerak-gerak.
“Aku rasa kau sesuai jadi Hubby dia.”

Pantas Daim angkat tubuh. Buku lima dah dinaik tinggi. Bibir diketap kuat.

Bob Chubby terus mengatur langkah cepat sambil meninggalkam sisa tawanya.

Buddy become Hubby?
Daim kuak rambut kebelakang sambil bibir senyum segaris.
Jangan bermimpi la Daim Akli!

****

Jaket kulit hitam dicabut dan disidai pada kerusi makan.
Kad kahwin pemberian Hairul tadi diletakan di atas meja makan.
Langkah Daim menapak ke peti ais sebelum membuka dan mengeluarkan kotak besar susu strawberry. His Favourite!
Perlahan susu dituang ke dalam gelas sebelum disisip ke bibir.

“Daimmmm!!!”

Mak kau!! Boleh tak Daim melatah?
Huk! huk! Gelas masih berisi dijauhkan dari mulut.
Evaaaa!

“Daim!”

Daim tarik nafas panjang.
“Aku kat dapur.”
Tangan mengurut belakang leher. Kalau aku ada darah tinggi dah tentu kena strok sebab terkejut!

“Im..”

Daim pandang wajah Eva yang dah tersembul kat pintu dapur.
“Berapa kali aku cakap kat kau Eva! Panggil nama aku tu slow sikit boleh ke?”

“He he he.”
Eva tayang gigi. Langkah Eva menghampiri Daim.
Rasa nak peluk lelaki tu. Rindu!
Eva! Please behave! Kau dengan Daim bukan budak kecik lagi!

Gelas yang masih bebaki susu strawberry diletak diatas meja.
Badan Daim berpusing menghadap Eva.
“Apa hal kau terpekik terlolong macam pontianak?

Aku rindu kau.
Boleh tak Eva jawab macam tu?
“Saja.. dari tadi aku tunggu kau balik.”

Daim tegang wajah, urat hijau timbul di sisi dahinya.

“Dah berapa hari aku call kau, tapi kau tak angkat. Wassup pun tak reply. Kau okay ke?”

Tak okay Eva.. hati aku sakit.
“Aku busy.. cafe aku nak bukak baru, aku pun baru sign contract untuk stuntman baru-baru ni.”
Hurgh! Alasan Daim!

“Kau sign contract dengan drama mana kali ni?”

Daim menarik kerusi meja makan dan menghenyak punggungnya.
“Bukan drama tapi movie. Malas aku ambik drama lagi. Makan masa.”

Eva angguk kepala. Punggung turut dihenyak berhadapan Daim.

“Kau takde shoot ke hari ni?”
Lima hari tak tengok wajah cute Eva, hati Daim makin rindu.

“Pagi tadi ada satu scene. Petang ni aku mintak rehat. Tired la Im..”
Eva tunduk kepala. Belakang leher di palpat.

Daim pandang rambut blond Eva yang jatuh menutup separuh muka.
Rasa ingin diangkat dan diselit belakang telinga.
“Kau yang pilih untuk jadi artist Eva.”

Eva angkat muka.
“Aku pilih? Bukan kau ke yang paksa aku Im?”

Daim kerut wajah.
“Bila pulak aku paksa kau Eva?”

“Tak yah buat lupa la Im.. dulu masa sekolah kau yang paksa aku masuk teater kan? Berapa kali aku merayu nak ikut kau masuk silat. Tapi kau halang.”

“Eva.. tu cerita lama, lagipun kau tahu kan kenapa aku tak bagi?”
Belakang Daim disandar ke kerusi. Tangan disilang kedada.

“Aku tak tahu kenapa kau tak bagi. Yang aku tahu sebab kau sayangkan aku kan.”

Huk! Huk!

Eva tahan perut tergelak melihat Daim terbatuk-batuk.
“Maksud aku sayang sebagai kawan. Kau fikir apa Im?”

Ehem..
“Mana ada aku fikir apa-apa.”
Daim kawal sikit perasaan tu...
“Kau masuk teater kat sekolah tak semestinya kau kena jadi pelakon Eva. Jangan salah kan aku. Kau sendiri yang pilih jalan kau.”

“Ye ye ye Daim Akli. Aku tak salah kan kau. Ini memang pilihan aku.”
Eva turut menyilang tangannya kedada.
Daim dah makin serius! Nak gurau pun tak boleh. Eva jungkit tepi bibir.
Memang kerjaya lakonan ni pilihan Eva sendiri.
Waktu dia menyertai kelab teater, kebetulan Cikgu yang mengajar tu kenal rapat dengan Agensi Artis.
Jadi dia sarankan nama Eva.
Tak sangka pula, dengan sekali interview. Eva terus dijadikan anak buah agensi tersebut.
Setelah setahun dilatih oleh syarikat agensi tersebut, nama Eva terus diperkenalkan kepada public sehingga sekarang.

“Kau antara yang bertuah Eva sebab nama kau naik. Semua orang kenal.”

Tapi aku tak suka.
Eva hanya pandang bibir Daim yang bergerak menutur kata. Dia malas nak menjawab.
Pada masa yang sama entah kenapa matanya tiba-tiba mengarah kepada kad putih yang berada di atas meja.
Pantas tangan mengapai.
“Kad apa ni?”

Hah?!
Bola mata Daim cepat bergerak menyamai pergerakan tangan Eva.
“Tak!...”
Belum sempat tangannya menghalang, Eva lebih dulu mencapai kad tersebut.

Daim bangun untuk merampas, namun Eva cepat melarikan kad tersebut.
Pelik juga, kenapa Daim berkeras tak bagi tengok.
Kad kahwin je kot.

Ketika kad itu dibuka.
Eva bulat biji mata.
“Majlis perkahwinan Hairul Huzaimi dan Isya Farina?! Hah?!”

Daim yang kini berada dibelakang Eva, cuba merampas kembali kad tersebut.
Eva terus menghalang.
Ayat-ayat yang tertera pada kad tersebut dibaca satu persatu.
“Farina?! Rina?!”
Masih tak percaya!

Daim lepas keluh setelah usahanya untuk mendapatkan kad pada tangan Eva tak tercapai.
Dahi ditepuk berkali-kali!
Silap dia sebab membiarkan kad itu berada diatas meja makan.

Eva pusing tubuh. Kad berwarna putih itu dilambai-lambai depan wajah Daim.
“Daim Akli! Explain this!”
Bibir diketap! Dada turun naik menahan rasa!

Pak!
Daim merampas kad tersebut.
Namun mulut masih terkunci.
Langkah diatur menuju ke tangga. Hajat untuk masuk kedalam biliknya.

Eva turut melangkah dan mencapai lengan lelaki itu membuatkan langkah Daim mati.
“Im...”

Daim kendur bahu. Habis lah aku hari ni...
Badan dipusing semula menghadap Eva.

“That Rina kan? Gilfriend kau? Kenapa dia kahwin ngan Hairul? Our senior?”

Gulp!
Kau nak explain macam mana Daim?

“Im... “
Eva makin merapat tubuh. Kepala didongak sedikit memandang wajah Daim.

Akhirnya.. Daim angguk kepala.

Eva menghempas lengan Daim kembali kesisi lelaki itu. Keras nafas dihembus.
“Celaka kau Rina! Aku dah kata dah Rina tu ada jantan lain! Tapi kau tak percaya aku Im!”
Buku lima diramas kuat.

Daim meraup wajahnya.
“Dah la tu Eva. Dia bukan jodoh aku, nak buat macam mana?!”

“Ni bukan masalah jodoh! Masalahnya Rina tu yang bodoh! Kau setia giler kot dengan dia! Boleh pulak dia cari jantan lain. Siap bagi kad kahwin lagi! Haish! Geramnya aku!”
Kalau Farina ada kat depan Eva! Dah ditumbuk lumatnya perempuan tu.
Eva sanggup tak rampas Daim semata-mata bagi peluang kat kawan baiknya itu.
Tapi rupanya Farina buat taik kat Daim!
Adesss! Panas betul hati ni!

“Dah lah Eva.. kau balik la.. aku nak naik bilik.”
Daim terus memujuk. Walhal sebenarnya dia cuba terus melarikan diri.

“Im..”
Sekali lagi Eva dongak wajahnya memandang mata Daim.
“Kau tak sedih ke?”

Rasa nak gelak pecah perut. Tapi Daim tahan.
“Eva.. Kau ingat bila bercinta, kena kahwin ke? Dah jodoh Rina ngan Hairul. Nak buat macamana.”

Eva kendur bahu. Pelik dengan kawannya sekor ni! Takde perasaan ke.
“So kau okay tak ni?”

Daim senyum segaris.
“Okay la.. kau ingat aku tak dapat kahwin dengan Rina, means that takde perempuan ke nak kahwin dengan aku?”

“Kalau betul takde perempuan nak kahwin dengan kau macamana?”

Daim terus tergelak.
Apa punya soalan lah Eva ni. Langsung tak cepu emas!
“Kalau takde sape nak kahwin dengan aku, aku kahwin dengan buddy aku je la.”

“Siapa buddy kau?”
Biji mata Eva dibesarkan?

Lurus jari telunjuk Daim mengenai tengah dahi Eva.
“Kau lah! Boleh aku jadi hubby yang setia pada buddy.”

“Buddy... nak jadi hubby.. erkk”
Eva buat muka.

Daim menunduk sedikit wajahnya mendekat muka Eva.
“Kenapa tak boleh? Aku ni buddy yang tahu semua tentang kau. Pampers bersayap kau pun aku pernah beli tau!”

Daim gelak lagi. Kali ni lebih kuat.
Mana taknya. 10 tahun lepas, Eva pernah datang kerumahnya semata-mata mintak tolong beli kan pad a.k.a tuala wanita.
Kebetulan masa tu mama dan papa Eva takde kat rumah.
Kak Clara pun dah dah keluar kerja. Nak taknak Daim terpaksa tebal muka pergi kedai belikan tuala wanita.
Eva demand pulak tu!
Taknak yang biasa. Nak yang bersayap.
Ingat boleh terbang ke bila pakai pad bersayap?

“Im..”

Daim masih pegang perut, tahan tawa.

“Im..”

Daim cuba control tawanya bila Eva memanggil namanya untuk kali kedua.

“Kau sendiri tahu aku nak kahwin dah kan. Dengan Lukas.”

Serta merta tawa Daim mati. Wajah tegang Eva ditatap.

“Buddy kau ni dah nak kahwin. Tak mungkin kau akan jadi hubby aku Im.”

Daim telan liur. Wajah Eva masih ditatap. Bola matanya menari-nari mengelak dari terus memandang mata tepat Eva.

“Im..”

Sekali lagi suara lunak Eva melangkau gengendang telinga Daim.
Terus Daim sambung tawanya.

Eva buat muka berkerut.

“Kau percaya ngan ayat aku Eva? Stupid la kau ni”
Sekali Daim pegang perutnya sambil meneruskan gelak tawanya.

Eva tarik nafas.
Lantas kedua lengan Daim dicapai. Menyebabkan bibir Daim kembali tertutup, tawa lelaki itu mati sekali lagi.
“Im.. kau masih ada masa nak halang aku kahwin dengan Lukas.”

Gulp!
Sekali lagi Daim telan liur. Perit.

“Im.. halang aku...”

Boleh ke aku halang Eva?
Kuat ke aku nak tempuh hidup dengan kau Eva?
Aku sayang kau Eva.
Kali ni Daim berani tatap kedalam mata Eva. Namun mulut masih terkunci.

Eva merapat tubuhnya. Kedua tangan Daim dibawakan ke tepi pipinya.
Hangat tapak tangan Daim ketika menyentuh pipi Eva.

Jantung Daim makin laju. Nafas Eva dah rasa terhembus ke wajahnya.

“Im..”
Eva terus memanggil. Kaki dijengkit sedikit bagi mendekatkan wajahnya pada muka Daim.

Daim masih kaku.

“Eva!!”

Dua-dua gamam!
Pantas Daim melarikan tapak tanganya dari wajah Eva.

“Eva!”

Pintu depan dikuak kasar.
Wajah Dahlia, mama Eva muncul.

Eva menapak kebelakang menjauhi tubuh Daim. Wajah ditunduk.

“Kat sini kau Eva?!”
Dahlia cekak pinggang memandang anaknya.
“Kau tahu tak Lukas dah lama tunggu! Korang janji nak jumpa wedding planner kan hari ni?”

Eva sebak rambut blond nya kebelakang. Ye! Dia lupa temujanji dengan Lukas hari ni.

“Apa lagi tercegat tu! Cepat balik. Lukas ada kat rumah.”
Makin tinggi suara Dahlia memberi arahan pada anak tunggalnya itu.

Mulut Eva masih berkunci. Namun langkah tetap diatur keluar rumah bersama mamanya.

Taktala figura Eva hilang, bahu Daim terus kendur.
Rambut yang menutupi dahinya dikuak kebelakang.
Apa yang aku nak buat tadi?!
Masih diingatan, saat matanya memandang bibir merah Eva sebentar tadi.
Arghh! Daim gosok belakang lehernya berkali-kali.

Pintu depan dikuak lagi.

Daim kaku. Leher dipanjangkan melihat gerangan yang masuk.
Takkan Eva lagi kot?

“Daim Akli..”

Daim telan liur.
Tubuh Lukas dibenam masuk dan menghampirinya.

“Patut pun senang Eva keluar masuk. Rupanya ada pintu rahsia antara rumah korang kan?”

Sekali lagi halkum Daim bergerak kebawah.

Lukas memasukan kedua tanganya ke dalam poket. Tubuh Daim terus didekati.
“Aku pasti kau dah tahu yang aku dah lamar Eva to become MY WIFE.”

Daim masih kutik.

“Yes! Eva ada cerita dengan aku, yang kau kawan rapatnya sejak kecik lagi. Tapi aku taknak ambil tahu sebab tu kisah silam Eva. Yang aku nak tahu dan aku nak kau betul-betul tahu. Masa depan Eva adalah dengan aku. So aku rasa kau dah boleh kot lepas kan Eva. Dia ada aku. Dan dia tak perlukan lelaki lain untuk jaga dia selain aku.”

Daim terus kaku.

“Daim... Eva bakal orang rumah aku, jadi aku tak suka dia keluar masuk rumah orang lain tanpa kebenaran aku. Kau faham kan?”
Lukas tepuk bahu kanan Daim sebelum mengatur langkah keluar dari rumahnya.

Sekali lagi Daim raup wajah.
Eva.. maaf kan aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience