Chapter 28

Family Completed 22837

Bab 28

Life is not bad at all.

******

Penat aku tunggu tapi lelaki itu tetap tak muncul-muncul. Along di sebelah hanya senyap. Dia tahu yang aku masih menanti kehadiran lelaki itu. Life is full of hope dan harapan aku sekarang ialah bertemu lelaki bernama Fath. Aku harap dia okey.

“Jiya janganlah jumpa dia lagi nanti. Tak manis. Dia tu laki. Jiya ni perempuan. Banyak lagi cara untuk tolong dia.”

Aku pandang Along. Nak guna bahasa isyarat dengan dia, dia bukan pandai sangat. Setakat buat isyarat terima kasih tu bolehlah.

Phone yang dia pegang aku ambil dan aku taip. Aku serahkan phone kepada dia. “Macam mana kalau Jiya nak jumpa dia jugak?” Along baca apa yang aku tulis.

Dia geleng kepala dan mengeluh.

“Degil betul adik Along ni. Hadis riwayat al-Bukhari dan Imam Muslim kata, janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita kecuali bersama mahramnya. Kalau Jiya nak jumpa dia, Jiya kena bawa mahram. Tak boleh jumpa dia sorang-sorang. Along lupa nak beritahu Jiya hari tu.”

Ouh…

Walaupun Along bukannya belajar dekat sekolah agama, dia tahu banyak pasal agama. Aku nak jadi macam tu jugak. I wanna know more about our deen. Aku baru belajar sikit. Baru belajar pasal taubat, baru belajar pasal doa. Tak banyak yang aku tahu. Ilmu sikit sangat dekat dada. Rasa kerdil sangat. Kalau nak bandingkan ilmu manusia dengan ilmu Allah, celup tangan dekat air laut. Yang tinggal dekat tangan tu lah ilmu manusia dan air yang berada di lautan tu ialah ilmu Allah.

“Along bagi nasihat dekat Jiya ni bukan sebab Along ni baik sangat tapi kita kena saling menasihati. Manusia kan mudah lupa. Kalau tersasar sikit, tegurlah. Dosa yang kecil boleh jadi dosa besar. Kita ni hidup tak lama. Kena banyak buat amalan. Baca al-Quran selalu. Jangan sesekali tinggal al-Quran. Solat lagilah tak boleh tinggal.

Kalau kita solat, hati kita akan rasa lapang. Samalah kalau kita baca al-Quran. Setiap malam jangan lupa baca al-Mulk,” pesan Along.

Al-Mulk?

Keningku bertaut. Aku tengok Along. Menagih penjelasan.

“Al-Mulk ni kan satu surah dalam al-Quran. Al-Mulk ni penyelamat dan pendinding daripada terkena seksa kubur. Ulama kata, Rasulullah takkan tidur melainkan baginda baca surah as-Sajadah dengan surah al-Mulk. Jadikan benda ni amalan. Lama-lama nanti mesti Jiya terbiasa baca al-Mulk.”

Satu-satu benda tu kena buat selalu supaya jadi amalan. Kalau aku tak buat, sah takkan jadi amalan. Yang dinamakan manusia ni memang malas nak buat baik. Rajin buat jahat memanjang. Aku pun sama. Haih… manusia, manusia. Bila susah, cari Tuhan.

...bersambung

Bab akan dating:

Adakah hati Najya semakin lembut mendengar nasihat Along?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience