Bunyi jeritan dan pergelutan dapat didengari di dalam kafe. Michael yang bersenjatakan pisau pemotong daging dan berperisai sebuah periuk sedang bergelut dengan satu zombi berbadan sasa iaitu sekuriti yang mahu menyerang beberapa orang yang cuba membuka pintu belakang kafe. Mereka berada di bahagian dapur dan seorang lelaki mahu melibas kapak pada kotak RFID (keypad door lock) namun dihalang oleh seorang wanita. " Jangan jika kau rosakkan nanti amaran sistem pengera akan berbunyi dan boleh menyebabkan banyak zombi datang ke sini. Kita perlu memastikan laluan bahagian belakang selamat daripada zombi kerana laluan tersebut berhubung dengan hutan di belakang. " wanita itu memberitahu. " Habis tu bagaimana kita mahu selamatkan diri. Banyak zombi sudah masuk ke dalam kafe ni melalui pintu hadapan dan satu-satunya jalan keluar adalah melalui pintu belakang ni." lelaki itu berang. Tiba-tiba muncul seorang wanita muda bersama-sama seorang lelaki mungkin saintis berlari ke arah mereka dengan keletihan. " Saya dapat password pintu ni. Benarkan saya buka. " Yusuf memberitahu dan yang lain memberikan laluan. Pintu berjaya dibuka dan mereka berpusu-pusu keluar seorang demi seorang. Michael yang menyertai lima lelaki yang menjaga bahagian depan melihat sekeliling. Dia menahan seorang tukang masak wanita yang dikenalinya. " Merry? Di mana Fiona? Aku dari tadi mencari dia namun tiada. " Maaf , Michael. Sebenarnya Fiona berada di tingkat bawah tanah berhampiran bilik di mana anak-anak pekerja berada. Sebelum ni kami ,tukang chef sedang menghidangkan makanan istimewa di bilik itu kerana menyambut hari lahir seorang anak staff sini. Aku sempat lari mengikuti beberapa ibu bapa yang kebetulan juga datang untuk menyelamatkan anak masing-masing. Namun, isteri kau dan seorang pengasuh sedang melayani kanak- kanak yang ibu bapa tiada semasa kejadian ni. Mereka paling akhir sekali untuk keluar sepatutnya namun ada seorang bapa bertindak mengunci pintu hadapan yang menghubungkan lif. Kami terpaksa pergi kerana terdapat zombi dan anjing pelik yang memasuki kawasan itu " Michael yang kecewa menarik kasar baju Merry yang mahu keluar daripada situ. " Kau tinggalkan dia!" Michael berasa marah." Tak aku terpaksa. Kali terakhir aku lihat mereka berdua berpatah balik masuk ke bilik pengasuh sebab kanak-kanak yang berbaki menangis ketakutan." Merry memberitahu dan melepaskan genggaman Michael. Dia segera beredar. Yusuf yang melihat kejadian itu segera ke arah Michael. " Michael, Aku dengar apa yang berlaku. Aku mahu tolong kau cari Fiona dan selamatkan budak- budak lain. "Yusuf memberitahu dan Sofia turut bersetuju. " Terima kasih Yusuf. Aku sangat sayangkan dia dan walaupun di dalam keadaan darurat dia masih mengekalkan sifat baiknya itu. " Michael berkata. Yusuf memahami tindak balas Fiona kerana semasa dia dan keluarganya pertama kali datang ke pekan ini mereka tersesat dan pasangan suami isteri ini membantu mereka. Fiona suka melayani Danial dan Adam kerana dia tidak dapat melahirkan zuriat buat suaminya kerana menderita kanser ovari namun Michael tetap setia dan masih mencintai isterinya.
Berbekalkan senjata melee mereka bertiga menerjah beberapa.zombi dan berjaya sampai ke arah lif di luar kafe. Tambahan pula, mereka beruntung kerana apabila pintu belakang kafe berjaya dibuka lalu gerombolan zombi turut mengikuti survivor yang melepaskan diri menuju ke hutan belakang makmal itu sekaligus memberikan ruang untuk mereka keluar daripada kafe. Yusuf menekan punat ground floor dan mereka bersedia dengan senjata masing-masing menunggu pintu lif terbuka.
Sebaik tiba, suasana di bawah agak kelam kerana hanya tinggal lampu kecemasan yang menerangi tingkat bawah tanah itu dan tiada tingkap yang dibina di bahagian bawah tanah membuatkan keadaan sekeliling agak gelap. Michael mendahului berjalan dan mencari bilik yang disebutkan oleh Merry. Tiba-tiba dari kejauhan kelihatan seorang wanita berjalan perlahan ke arah mereka. Michael segera mahu memeluk isterinya namun terkejut melihat wajah pucat isterinya . " Michael mengapa kau datang ke sini. Pergi selamatkan diri." dia berkata dengan nada lemah. Bunyi dengusan sayup kedengaran dari arah belakang Fiona lalu Fiona menarik tangan Michael sambil diekori oleh Yusuf dan Sofia. Mereka memasuki bilik pengasuh dan terkejut melihat lima kanak-kanak yang telah menjadi zombi sedang duduk di kerusi mengelilingi meja bulat berwarna biru muda namun mereka di dalam keadaan terikat pada kerusi. Seorang wanita yang merupakan pengasuh lebam mata akibat menangis melihat mereka dengan lemah sambil menekan luka pada tangannya. Fiona menutup pintu dan menunjukkan pada mereka sebuah laluan corong udara yang boleh memuatkan seorang dewasa untuk merangkak. " Sebenarnya kami berdua telah digigit oleh anjing zombi ketika mahu membuka pintu hadapan ke lif tetapi kami masih sedar manakala kanak-kanak yang lain digigit oleh zombi dan mereka terus bertukar. Kami tak sampai hati untuk bunuh mereka. Sekarang ada dalam lima ekor anjing yang sedang berkeliaran di laluan luar dan melapah badan zombi mahupun manusia biasa. Wanita yang duduk di kerusi itu berkata sambil mengeluh kesal. " Anjing zombi?" Sofia menyoal hairan. " Aku rasa anjing tersebut milik sekuriti yang berkawal di luar. Mungkin mereka digigit oleh zombi terdahulu lalu berubah juga." Yusuf membuat spekulasi. Lalu kedengaran bunyi anjing mengonggong di luar pintu dan diikuti bunyi kanak-kanak yang turut mendengus sambil memandang marah ke arah mereka. " Mari kita keluar daripada sini Fiona. " Yusuf mengajak. Mereka pun mengambil sebuah kerusi dan membuka gate penutup besi dan satu-persatu merangkak ke atas corong udara. Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat berdentum dan pintu bilik itu hancur akibat hentaman tersebut. Yusuf yang terakhir mahu mendaki corong itu ditarik kasar oleh seorang lelaki berbadan sasa sekuriti dan dihumban ke bawah lantai. Yusuf menggunakan tangannya menahan hentakan badannya secara spontan dan melihat lelaki itu. Dia terkejut melihat lelaki itu berwajah separuh manusia dan separuh zombi. Michael mahu menolong namun Yusuf mengarahkan mereka segera beredar kerana lelaki yang dihadapinya itu amat berbahaya. Mereka yang lain akur dan Sofia menejrit. " Yusuf pastikan kau hidup. Kau ada anak-anak yang kau perlu selamatkan. Aku akan cari bantuan." lalu Sofia segera merangkak pergi. Yusuf segera bangun dan menendang lelaki itu dan lelaki itu hanya terdiam kaku sambil menarik lengan kiri Yusuf dengan kasar. " Salah... kau. Kau buka pintu ...zombi gigit Aku.. Arg... mesti bunuh kau. " lelaki itu menjerit marah dan mengenggam lengan Yusuf kuat. "Arghh!" Bukan aku yang buka pintu kafe lah tak guna!" Yusuf mengerang kesakitan dan mencapai sebuah piala di almari pameran yang pecah dan melihat ketajaman piala itu lalu menusuk mata lelaki itu. Akibat kesakitan lelaki besar itu menahan darah akibat tusukan di matanya dan melepaskan tangan Yusuf. Yusuf segera berlari keluar daripada bilik itu mahu ke arah pintu yang terletaknya lif untuk ke tingkat atas kerana pintu tangga ditutup untuk menahan kerumuan zombi di tangga. Namun, malang tidak berbau kedengaran anjing mengonggong mengejarnnya dari belakang.
Yusuf melihat pintu bilik pejabat kawannya yang terbuka luas lalu terus menerjah masuk lalu menutup pintu itu kerana jika dia ke arah lif tidak sempat untuk dia menunggu lif terbuka kerana di kejar oleh anjing zombi dan lelaki besar pelik itu. Yusuf memeriksa bilik itu dan lega kerana tiada zombi di dalam. Namun begitu, dia kini terperangkap di sini kerana keberadaan zombi di luar. Yusuf resah kerana dia sepatutnya menjemput anak-anaknya di hospital hari ni. Dia mendail nombor Hathen. "Hathen kau di mana? Bagaimana dengan anak-anak aku?" dia lega kerana talian itu berjaya disambung walaupun kedengaran putus-putus. " Tadi sudah periksa bilik Danial dan nampaknya mereka telah menyelamatkan diri dengan berlari keluar melalui beranda tingkap kerana aku lihat tiada kesan darah di dalam bilik dan tiada barangan anak-anak kau. Mereka bijak lepaskan diri. " Hathen memberitahu. "Sekarang aku nak ke bahagian parking kerana aku yakin mereka menuju ke sana. " " Apa! Adam dan Danial lalu ikut tingkap? Ya Allah bahaya tu. Tapi Alhamdulillah Allah gerakkan hati mereka untuk selamatkan diri. " Lagi satu, aku beri vaksin kuat untuk mereka yang dibuat oleh kau. Kau masih ingat formula ubat asing yang aku berikan pada kau. Itu daripada ayah kita. Dia ada datang dan aku tak percaya pada mulanya namun sebaik sahaja wabak zombi ni terjadi semalam aku terus berikan pada anak-anak kau. Aku yakin anak-anak kau selamat sebab aku ada bekalkan sepucuk pistol dalam beg. Kau mungkin tak tahu tapi ayah kita ada ajar anak-anak kau gunakan senjata masa di London dulu sebab sebelum ibu meninggal ibu beritahu aku kerana dia risau namun aku kata tak mengapa sebab di Malaysia mereka tak benarkan penggunaan senjata bagi orang awam. " Hathen memberitahu Yusuf. " Ha mereka tahu guna pistol? Aku ingat anak-anak aku bergurau bila mereka kata ayah ajar mereka guna pistol. Aku ingat pistol mainan. Tak apa yang penting kau pergi selamatkan anak-anak aku dan aku akan segera ke sana. Aku ada masalah tapi jangan beritahu mereka lagi aku ada masalah.Tolong bawa mereka ke hotel dan duduk di sana Dan aku akan cuba ke sana.Jangan beritahu meraka rancangan ni. Aku akan hubungi kau.Lagi satu kalau aku tak datang dalam masa seminggu tolong bawa anak-anak aku keluar daripada Kyres dan pulang ke Malaysia... " lalu talian terputus. Yusuf resah dan melihat bekalan makanan di dalam bilik itu.
Share this novel