BAB 7

Humor Completed 631

“MACAM MANA, mak?” Noni terus bertanya sebaik sahaja kereta Haikal masuk
ke jalan raya di hadapan rumah.

“Ish! Macam dia pula yang kena risik,” balas ibu.

Noni ketawa sahaja apabila segetus cubitan ibu singgah di pinggangnya.
“Yalah, kami dah tak sabar ni.”

Ibu melangkah perlahan ke arah kerusi di ruang tamu. Dia duduk termenung.

“Ah! Sudah. Mak termenung ni along… gagallah nampaknya.” Noni
menggelengkan kepala sambil merenung wajah ibu.

Dadaku berdebar-debar. Mungkinkah Haikal tidak disukai ibu? Tetapi tadi,
kelihatan ibu elok sahaja melayan Haikal dan adiknya. Aku bingung.

“Kalau Noni yang kena buat pilihan, bagaimana?” tanya ibu.

Noni terus tersengih lebar. “Macam tu punya smart? Rugi melepas kat
orang, mak. Nanti mak juga yang tak dapat cucu comel-comel.”

Ibu hanya menggeleng. Kemudian ibu memandang aku pula. “Terpulanglah
pada along kamu ni. Mak tak ada halangan. Haikal tadi tu elok saja pada
pandangan mata mak. Cukup serba-serbi kalau nak dibuat menantu.”

“Yes! Yes!”Noni melonjak riang.

“Untuk along bukan untuk Noni ,” kata ibu dengan cepatnya.

“Yalah untuk along.” Muka Noni merah padam, mungkin malu kerana terlebih
teruja berbanding dengan aku sendiri.

“Nantilah dulu, mak. Esok, yang sorang lagi tu akan datang. Mak
tengoklah yang tu dulu,” kataku.

“Yang mana lebih smart? Yang hari ni yang hari esok?” Noni bertanya lagi.

Aku cuma mampu menggeleng. Tunggu sajalah hari esok, kata hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience