Bab 5 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~I feel like I'm waiting for something that isn't going to happen.~

Seminggu berlalu, keadaan kesihatan Eshan kembali pulih. Atas nasihat Doktor Dzharif, Eshan tidak boleh terlalu memaksa otaknya untuk bekerja keras mengingati kehidupannya yang dulu. Walaupun retrograde amnesia ini bersifat sementara tetapi tempoh pemulihannya bergantung kepada individu itu sendiri. Ada yang berbulan-bulan tempoh amnesiannya, ada juga yang sampai bertahun-tahun.

Saat mendengarkan penjelasan itu, Eshan sudah mengeluh berat. Walaupun sejak awal lagi dia sudah sedia maklum dengan penjelasan itu, entah kenapa kali ini dia seperti terdesak. Dia terdesak mahu miliki ingatannya semula. Sudah 2 tahun dia mengalami amnesia setelah 6 bulan mengalami koma selepas terlibat dengan kemalangan, hidupnya terasa seperti kosong. Pada permulaannya, banyak yang dia tidak ingat termasuklah ahli keluarga sendiri. Cuma entah bagaimana, hanya satu yang dia betul-betul pasti tentang kewujudan seseorang dalam hatinya iaitu seorang gadis yang bernama Sarah.

Kerap kali bayangan gadis itu muncul dibenaknya, adakalanya bersama seorang lelaki yang bernama Baariq. Bila ditanyakan siapa Baariq kepada umi, umi memberitahu Baariq itu kenalkan rapatnya yang sudah dianggap sebagai abang. Tetapi kemana Baariq? Sejak dia sedar dari koma sehingga ke hari ini, lelaki itu tidak pernah memunculkan diri. Itulah persoalan yang tiada jawapan dari uminya. Baariq dan ibunya, Mak Som menghilangkan diri sejak 2 tahun lepas. Tentang Sarah? Dia tidak pernah bertanya kepada sesiapa pun.

Eshan menjalani tempoh rawatannya di Turkiye walaupun walid berkeras mahu membawanya pulang ke tanah air. Eshan tetap dengan keputusannya mahu menjalani tempoh rawatannya di sana sehingga betul-betul sembuh. Walidnya yang kenal sangat dengan perangai keras kepala anak teruna itu akhirnya mengalah. Tengku Naina diminta untuk menemani Eshan di sana, manakala Tengku Eqbal dan Tengku Nafla pulang ke Malaysia bagi menguruskan perniagaan mereka.

Dua tahun kemudian, Eshan mendapat berita yang walidnya tiba-tiba rebah di pejabat akibat sakit jantung. Eshan dan kakak sulungnya, Tengku Nazneen Masyitah bergegas terbang pulang ke Malaysia tetapi belum sempat kakinya selamat tiba di tanah air, walidnya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Hanya Nafla dan uminya sahaja yang ada di sisi walid ketika saat-saat genting walidnya.

Eshan masih ingat apa yang diutarakan oleh Nafla dulu, selepas selesai pembacaan wasiat dari peguam peribadi Tengku Eqbal.

"Han, acik ada pegang satu amanat terakhir arwah walid tapi bila tiba masanya acik akan bagitahu Han. Acik tak boleh bagitahu sekarang sebab acik tahu Han belum bersedia."

Eshan yang masih bermuram itu, angkat muka. Tengok kakaknya tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Acik janji acik akan tolong Han dapatkan semula orang yang Han sayang. Tapi Han kena janji dengan acik, Han kena ingat semuanya."

Eshan cuma pandang kakaknya tanpa reaksi.

'Mahu ingat semua? Macam mana?'

"Acik tahu Han mampu. Banyak-banyakkan berdoa. Minta pertolongan dari DIA."

* * *

Hujan lebat diluar menarik perhatian Eshan dari terus mengadap skrin laptop. Laptop yang ada diriba, Eshan alihkan ke permukaan tilam, disebelahnya. Perlahan-lahan dia menapak ke pintu sliding bilik tidurnya. Pintu sliding dibuka dan dia bersandar di pintu itu sambil berpeluk tubuh. Sejuk! Dari situ dia lontarkan pandangan jauh nun di sana, mahu menikmati suasana hujan lebat begini.

Sarah! Tiba-tiba nama itu muncul dibenaknya. Muncul lagi bayangan wajah itu dimindanya. Lantas Eshan pejam mata, membayangkan seraut wajah seseorang yang tak pernah dia lupakan walaupun dia tengah bergelut dengan amnesia.

Rupa paras Sarah yang ayu. Senyuman Sarah yang manis. Gelak tawa yang halus itu sopan saja bila singgah di telinganya. Eshan buka mata, terasa sejuk mukanya bila terkena biasan air hujan yang dibawa angin.

Hujan. Sarah suka hujan. Eshan tersenyum, dia teringatkan sesuatu lagi. Tentang kenangan lalu. Dia pernah nampak Sarah berlari dalam hujan sewaktu gadis itu mahu ke tempat kerja dengan menaiki bas pengangkutan awam. Dan ketika itu pula Eshan baru sahaja turun dari rumah Mak Som mahu ke kolejnya. Dia ternampak tubuh kecil itu berlari-lari anak ke perhentian bas, cuba mengelak dari terkena hujan.

Namun lencun juga baju kurung yang dipakainya tatkala sampai di tempat itu. Eshan dalam kereta sudah menggeleng, lucu dengan telatah gadis berusia 18 tahun itu. Sarah mengibas baju dan beg sandangnya yang sudah basah. Bajunya yang berwarna kuning cerah itu kelihatan cukup seksi di matanya bila baju itu melekat di tubuhnya.

Eshan tidak selesa melihat keadaan Sarah begitu, tambah tidak selesa lagi bila di situ juga ada beberapa orang lelaki muda lebih kurang sebayanya curi-curi pandang kepada Sarah. Eshan segera menekan pedal minyak, mendekati pondok perhentian bas. Cermin tingkap sebelah penumpang diturunkan.

"Sarah!" panggilnya sedikit kuat, cuba menyaingi bunyi hujan lebat yang mencurah-curah.

Sarah berpaling, dia tertunduk sedikit mahu melihat siapa yang ada di dalam kereta mahal itu.

"Masuklah,'' jerit Eshan kemudian.

Sarah sedikit ragu-ragu, bimbang apa pula yang akan dikatakan oleh mata-mata yang sedang melihat situasi itu. Kebanyakkan yang ada di situ, adalah jiran satu pangsapuri dengannya juga.

"Kau nak pergi kerja, kan? Naik lah, biar aku hantar kau. Lagipun sehala je kita.'' sambung Eshan lagi, padahal mana tempat Sarah kerja pun dia tidak tahu.

Sarah lambat-lambat bergerak ke arah kereta Peugeot Eshan, segan mahu tolak. Kalau ditolak, apa pula kata Eshan nanti. Eshan sudah senyum puas bila Sarah sudi naik keretanya. Hairan sungguh dia dengan Sarah ni. Kalau perempuan lain, belum diajak lagi sudah bertenggek di tepi kereta mahu mengikutnya tapi Sarah ni... lain! Eshan pandang ke hadapan lalu menekan pedal minyak kereta.

Sarah membisu, segan bila mengenangkan baju kurungnya yang basah akan mengotorkan kereta Eshan nanti. Sarah mengosok-gosok telapak tangannya, sejuk.

"Sejuk?"

Sarah cuma mengangguk. Bukan mengada tapi dia memang dalam kesejukkan. Baju basah terkena hujan di tambah pula dengan penghawa dingin kereta, mananya dia tidak menggigil?

"Nah pakai ni." Eshan meletakkan hoodie hitamnya ke atas riba Sarah.

Tindakan spontan Sarah, kedua tangannya naik ke udara terkejut. Tindakan itu menarik perhatian Eshan untuk berpaling kepadanya.

"Kenapa?" Eshan turut terkejut dengan respon Sarah.

"Awak bagi baju ni... kenapa?"

"Kau sejuk, baju kau pun basah tu. Pakailah baju aku tu dulu."

"Oh... Terima kasih." Tanpa buang masa Sarah segera sarung baju itu ke tubuhnya. Kehangatan mula terasa. Dan keharuman dari baju itu juga buat dia rasa selesa.

Eshan berpuas hati bila lihat bajunya tersarung di tubuh kecil Sarah. Ada rasa bangga, akhirnya dia dapat berkongsi sesuatu dengan Sarah.

"Err.. awak, nanti saya basuh baju ni... Saya hantar balik dekat awak."

"Tak payah."

Sarah kerut kening. Eshan yang tenang memandu itu dipandang.

"Tak payah? Kenapa?"

"Kau ambil je baju tu. Nanti senang kalau hujan, tak lah kau sejuk macam tadi." Tenang sahaja ayat itu meluncur keluar dari bibir Eshan padahal itu hoodie kesayangannya. Hadiah dari Tengku Nazneen Masyitah beberapa bulan lepas.

Sarah tunduk lihat hoodie hitam itu. Entah jenama apa pun dia tidak pasti tapi dia tahu ianya bukan dari Malaysia. Tentu mahal. Lagipun dia pasti Eshan itu bukannya orang biasa-biasa, tengok sahaja kereta yang dia guna.

"Tapi... saya rasa tak selesa..."

"It's okay Sarah. Kau ambil je. Anggap je hadiah dari aku. Ni, kau kerja dekat mana?" tanya Eshan bila tiba di simpang empat.

"Saya kerja dekat Tadika Nilam Permata. Traffic light kiri," beritahu Sarah.

"Okay..." Eshan memberi lampu isyarat untuk ke kiri.

"Kenapa kau kerja? Bukan ke kau ni muda lagi... apasal tak sambung study?" Eshan cuba mengorek rahsia. Manalah tahu Sarah sudi bersembang dengannya. Banyak yang dia sudah tahu tetang Sarah dari Baariq. Sarah yang dia tahu seorang anak yatim piatu. Sebatang kara pula tu. Ibu dan ayah Sarah keduanya sudah meninggal dunia ketika Sarah di tingkatan 4. Nasib baik rumah yang Sarah diami sekarang ini sudah dimiliki oleh arwah ayah Sarah kalau tidak entah dimana Sarah mahu merempat pun dia tidak tahu.

Sarah menghabiskan sekolahnya dengan keputusan yang cemerlang tapi oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan, Sarah tidak dapat meneruskan cita-citanya. Sarah berkerja bagi menyara hidupnya. Mahu membalas budi Mak Som dan Baariq yang telah banyak membantunya.

"Sarah tak mampu nak sambung belajar. Walaupun Sarah layak dapat biasiswa tapi masih banyak duit yang diperlukan untuk urus semua tu. Sarah tak nak susahkan sesiapa lagi."

"Oo.. jadi dah lama ke kau kerja?"

"Baru je. Baru sebulan. Saya seronok kerja dekat situ. Sarah suka budak-budak." Sarah bercerita tanpa rasa segan. Makin selesa dengan Eshan yang bagi respon yang baik setiap soalan dan pertanyaannya.

Eshan berhenti di bahu jalan. Ada deretan kedai di situ. Sarah cuma menanti dalam kereta. Sebentar kemudian, Eshan muncul dengan satu beg plastik di tangannya. Beg plastik itu diletakkan di atas riba Sarah.

"Apa ni?"

"Buka lah tengok apa dia." Eshan meneruskan perjalanan.

Sarah termangu. Sepasang baju kurung berbunga kecil-kecil dikeluarkan dari beg plastik siap pakej dengan tudung bawal.

"Nanti sampai tadika, salin la baju tu. Melekit baju tu basah."

"Err.." Sarah tidak tahu apa mahu balas. Malu dengan Eshan.

Teringat kenangan itu, membuatkan dada Eshan terasa berat. Eshan meletakkan telapak tangannya di dada. Rasa sebak mula bertandang. Dia rindukan kenangan dia dan Sarah. Kemana Sarah pergi? Siapa Sarah dengannya? Teman biasa atau teman istimewa?

* * *

"Assalamualaikum bie, sayang minta maaf. Baru hari ini sayang dapat call bie. Walaupun sayang tahu bie dah lama tinggalkan sayang... sayang tetap akan call bie. Macam yang bie minta sayang buat," jeda. Esakkan kedengaran di hujung sana.

"Bie, datuk dan datin dah ambil abang dengan adik. Sayang dah kehilangan anak-anak kita. Sayang tak kuat bie." Senyap sekejap. Bunyi suara itu tersekat-sekat, menahan esakkan.

"Bie, sampai bila hidup sayang kena jadi macam ni Bie? Sayang menderita kehilangan orang-orang yang sayang sayang. Dulu ibu dan ayah tinggalkan Sayang. Selepas itu dia tinggalkan sayang. Lepas tu bie. Dan sekarang... anak-anak kita. Bie, sayang tak layak ke untuk rasa bahagia ke?"

Tit. Berakhir voice mail yang pertama. Yang bertarikh 8 Jun 2017. Eshan tergamam dengar luahan hati dari si dia. Seorang ibu yang telah dirampas anak-anak darinya dan merintih dalam tangisan. Hari ini Eshan mahu dengar semua voice mail yang ada dalam telefon jenama Samsung itu. Dia perlu cari tahu samada telefon ini miliknya ataupun bukan.

18 June 2017.

"Bie, hari ini sayang dah tekad. Sayang nak balik rumah kita. Sayang nak tinggal dekat sana. Sayang tahu keputusan sayang nanti, mesti mak dan abang tidak suka... tapi sayang tak tahan lagi tinggal dekat sini. Sayang nak cari abang dengan adik. Sayang tak sanggup lagi nak tahan rindu ni bie. Kalau perlu hadap datuk dan datin tu, sayang sanggup bie asalkan sayang dapat abang dengan adik semula." Tamat.

Hanya itu. Suara itu kedengaran sungguh nekad pada pendengaran Eshan. Makin tidak sabar untuk Eshan tahu apa kisah selepas itu.

28 June 2017.

"Bie... ish... ish... sayang... sayang... Sakit bie.."

Eshan tersentak.

"Sakit sangat. Sampai hati orang-orang datin buat Sayang macam ni bie. Orang-orang dia cari sayang. Cari sampai jumpa. Dia... di... dah lukakan sayang. Bukan setakat lukakan hati sayang saja tapi dia dah lukakan Sayang. Sakit bie..."

Terhentak Eshan. 'Luka? Luka yang macam mana ni?' Ish geram pulak rasa Eshan.

"Dia dah toreh pipi sayang, bie. Sakit... Abang datang selamatkan sayang. Dia marahkan sayang sebab sayang degil. Abang bawa sayang dan mak balik ke Terengganu semula. Mak juga kena tempias. Kesian mak. Bie, sampai bila sayang perlu jadi mangsa macam ni?"

Toreh? Eshan pegang pipi sendiri. Tak dapat dia bayangkan bagaimana rasa sakitnya itu. Eshan kepal penumbuk, tiba-tiba rasa sakit hati. Rasa seperti orang yang dia sayang disakiti dan dilukai. Arghh! Dia tak suka perasaan ni.

'Kalau aku dapat perempuan yang bergelar 'Datin' tu siap dia, aku kerjakan dia cukup-cukup. Huh!'

Secebis kenangan yang mampu buat Eshan keresahan dan rasa lebih baik 'hidup' dari 'mati'. Perjalanan Eshan mencari siapa 'dia' disebalik Her Voice. Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience