"Hah?Percutian?"tanya Sarah.
"Ha'ah.."jawab Davina sambil keluarkan bagasi dari bonet kereta dengan sebelah tangan, sebelah lagi pegang telefon dekat telinga.
"Kau dah tak kerja dekat hospital?Kaden macam mana?"
Davina berikan upah pada pemandu keretanya lalu tarik pemegang bagasi untuk ke pintu masuk pelabuhan kapal cruise di dalam. Ya. Dia akan bercuti di pelayaran kapal mewah yang dia uruskan sendiri. Pelayaran selama empat hari tiga malam merentasi laut Caribbean. Dia ambil masa seminggu untuk uruskan semua persiapan ni. Dari booking tiket, surat cuti sementara waktu, persiapan untuk packing barang dan aturkan aktiviti sewaktu pelayaran nanti.
"Kaden mintak putus.."beritahu Davina semasa gerak ke arah pintu masuk pelabuhan Bersama dengan pengunjung lain yang mahu menaiki kapal cruise yang sama.
"What?"seru Sarah dengan lantang. "Serius la?Habis tu kau cakap apa?"
"Aku cakap aku tak tahu...sebab aku tak tahu."bila dia tiba di depan tangga untuk naik ke atas kapal itu, seorang conductor kapal yang memeriksa tiket berdiri menyambutnya di situ. Dia kepit telefonnya dengan bahu dan telinganya untuk keluarkan passport yang diselit tiket Bersama dari handbag.
"Haih...pelik la dengan kau ni. Kenapa?Kau still tak boleh lupakan Declan si mondok tu?Atau kau nak cari Eden sebab kau rasa bersalah pada dia?"tanya Sarah lagi.
Davina serahkan passport dan tiketnya kepada conductor itu untuk di periksa. "Aku tak tahu..kan aku dah beritahu. Mindset aku sekarang adalah lupakan segalanya dan repair balik emosi aku supaya aku boleh cari tujuan hidup aku...kalau selama empat hari ni aku tak dapat jugak.."
Conductor tersebut serahkan semula passport dan tiket Davina seusai memeriksanya.
"Kau nak buat apa?"
Davina capai passportnya lalu di pegang telefon Bersama dengannya sebelum naik ke atas kapal tu. "Aku terjun dari kapal ni dan bunuh diri. Simple. Lagipun dekat dunia ni aku dah tak ada sesiapa. Parents kau dah tak ada. Hidup pun bergantung pada kebaikan orang lain yang buatkan aku terbeban dan terpaksa balas dengan Bersama dengan anak orang tu..."luahnya.
Pada masa yang sama penumpang lain di belakang Davina selesai buat pemeriksa turut naik mendaki tangga itu mendekatinya.
"What the hell!Hei!Jangan kau berani-berani nak buat macam tu ya!"marah Sarah dengan berang. "Orang lain berebut nak hidup lama, kau pulak nak matikan diri macam tu je!"
Davina tersengih nipis semasa tutup pemegang bagasinya untuk di angkat. Namun ianya terlalu berat dan besar untuk dia langkau melepasi bibir kapal di tangga itu. Dengan tangan sebelah pegang phone dan passport pada masa yang sama. "Aku just cakap je..belum nak buat pun.."gelutnya ketika itu.
Kebetulan penumpang di belakang Davina Nampak akan hal tu, dia pun dengan prihatin capai bagasi tu dan angkatkan ia untuk Davina begitu saja.
Tersentak sekejap Davina bila ada tangan lain terpegang tangannya sewaktu mahu memegang bagasi itu. Dan seorang lelaki jalan melepasi dia Bersama bagasinya. Dia yang mengenakan cermin mata hitam dekat muka tak sempat nak pandang dengan jelas siapakah orang itu.
"Well..still kau dah pasang niat.."tambah Sarah pada masa itu.
Davina ikut akan lelaki tu sehingga la bagasinya di letakkan ke bawah. "Te-"tak sempat dia nak ucapkan terima kasih. lelaki bertopi putih dan berkemeja lengan pendek itu berlalu pergi dari situ tanpa berpaling memandangnya. What the heck! Jangan cakap dia tak nak berterima kasih sudah. "Okay la...aku dah sampai dekat kapal ni. Aku call balik lepas aku settle semuanya."beritahunya melalui telefon.
"Hah..yalah. Make sure kau call aku eh. Tak call..aku suruh polis cari kau."
Davina menjuling mata menyampah. Overprotective betullah Sarah ni. "ya-ya..."balasnya.
Setelah itu Sarah putuskan panggilan. Davina pula teruskan perjalanannya untuk masuk ke dalam kapal cruise itu. Di badan kapal itu terdapat nama yang di cat sebagai 'SYMPHONY OF THE SEAS' Ianya terdapat 6 tingkat kabin penginapan, sebuah bumbung yang disediakan dengan kolam renang, di tingkat bawah kapal mempunyai dek yang luas seperti stadium, dek bawah sekali adalah tempat dimana krew kapal berada. Pendek cerita semuanya di sediakan dalam kapal ini. Dari shopping, bar, casino, bar, bank, restoran, kelab malam, gim, karaoke dan beberapa lagi fasiliti di sediakan di situ. Dan bilik penginapan pula saling tak tumpah seperti bilik hotel lima bintang. Ada bilik air dan pemandangan laut.
Sampai saja di biliknya Davina tanpa buang masa terus tumbang di atas katil dan terlelap di situ sebab terlampau penat kerana perjalanan untuk ke pelabuhan itu ambil masa dari subuh sehingga la masuk jam 9 pagi baru sampai ke situ.
Share this novel