Bab 91

Romance Completed 207871

Semenjak sudah naik bekerja ni, sibuk mengalahkan menteri. Balik kerja pun dah lewat, kadang-kadang malam baru balik. Menyiapkan laporan pun dah satu hal, mujurlah Kak Sal ada datang membantu mengemas rumah.

Kesian pulak pada Caden macam terabai pulak dia tapi tengok dia pun sibuk, sabtu ahad pun ke pejabat. Sama la dengan kau Intan, sabtu ahad pun ke pejabat. Ni dah hari Rabu, beg pun tak kemas lagi. Baju-baju yang dibawa dari rumah lama tu nasib baik Kak Sal tolong kemaskan. Harapkan kau Intan, memang dok diam dalam beg tu la sampai ke sudah..

Kuat Intan mengeluh..

"Kau kenapa, ada masalah lagi ke?" soal Shira yang ada di hadapannya. Mee goreng dalam pinggan tidak berusik, dikuis-kuis saja.

"Tak.. cuma akhir-akhir ni penatlah.." balas Intan lalu mee disuap ke mulut dan dikunyah perlahan.

"Kau tau tak, sibuk punya pasal sampai nak jumpa Caden pun tak sempat. Kadang-kadang tu aku balik dia dah tidur, kadang-kadang aku dah tidur, Caden baru balik" luah Intan, nampak raut penat di wajahnya.

"Kau banyak sangat ke kerjanya, sampai balik lewat?" soal Shira. Air dalam gelas disisip. Nasi lemak dalam pinggan sejak tadi lagi sudah licin.

"Kau tau la kan, pasal kes yang sebelum ni nak buat laporan. Lepas tu ada maklumat kes baru pulak, nak kena follow up. Mujurlah operasi aku tak turun tapi tak turun pun kena datang stby kat pejabat juga" kata Intan sambil menikmati mee yang tadi lagi tak habis-habis.

"Hm.. ye lah, aku pun ada dengar jugak. Aku ni mujurlah duduk kat D11 bahagian seksual, wanita, kanak-kanak, kalau aku kat tempat kau agaknya aku pun sama. Silap hari bulan, tidur kat pejabat. Caden tu sibuk ada projek baru ke?" soal Shira lagi.

"Katanya tu projek yang sedia ada tapi tergendala sebab dia masuk hospital jadi bila dah masuk pejabat semula ni, dia sibuk la yang uruskan yang mana tertinggal tu" terang Intan. Dalam sibuk-sibuk sembang, habis juga mee dalam pinggan.

"Kau ingat Tuan Ihsan tak?" soal Shira.

"Tuan Ihsan yang sama tugas dengan aku kat Italy tu ke? ingat. Kenapa dengan dia?" soal Intan. Mana boleh lupa dengan Tuan Ihsan, banyak misi yang dilakukan bersama-sama termasuk misi pemerhati di Italy.

"Dia dah balik tugas kat sini semula. Hari tu aku ada metting kat Bukit Aman, aku nampak dia. Aku tegur la. Dia cakap dah tak buat tugas undercover tapi tetap dalam cawangan D9 juga di Bukit Aman. Nak kahwin katanya" terang Shira.

"Oo.. ye ke.. nak kahwin patut la tak nak tugas undercover lagi. Dia sihat ke?" soal Intan lagi. Rakan lama cuma dah lost contact sebab lokasi tugas asyik bertukar-tukar, susah nak jejak.

"Sihat. Hm.. kau tau masa aku jumpa tu dia ada dengan siapa?" soal Shira lagi. Serba salah pulak nak bagitau, macam makcik bawang sangat.

"Siapa? bakal isteri dia ke?" soal Intan sambil menyisip minuman dan tisu diambil mengesat bibir.

"Tuan Rahman, ayah kau" balas Shira. Terhenti tangan Intan yang sedang mengesat bibir. Tisu diletakkan di dalam pinggan dan ditolak ke tepi.

"Kenapa dia jumpa ayah?" soal Intan.

"Aku pun tak pasti, aku berbual dengan dia kemudian Tuan Rahman datang panggil dia" jawab Shira.

"Thanks sebab bagitau pada aku" balas Intan lalu bangun dari meja cafe dan berjalan meninggalkan Shira. Kalut Shira mengejar langkah kaki Intan.

"Kau nak ke mana, laju bukan main?" soal Shira apabila dapat bersaing langkah dengan Intan.

"Aku nak balik pejabat nak kemas barang, hari ni aku nak balik awal sebab esok nak ke Bentong, latihan tembak di sana" balas Intan. Shira tidak membalas hanya mengekori dari belakang.

+++

Hari ni awal Intan sampai rumah. Pukul tiga petang dah tercongok depan pintu, waktu itu Kak Sal sedang mengemas dapur, ada barang-barang yang baru dibeli.

"Assalamualaikum" ucap Intan.

"Waalaikumsalam. Eh, Puan. Awal balik" tegur Kak Sal yang sibuk memasukkan barang kering dalam kabinet.

"Puan nak air, Kak Sal buatkan?" soal Kak Sal.

"Eh, tak apa, saya ambil sendiri. Nak air kosong je" balas Intan lalu kaki melangkah ke peti ais lalu air dari botol dituang ke dalam gelas. Diteguk perlahan. Lega.. cuaca panas hari ni. Nak hujan agaknya.

"Hari ni balik awal sikit, nak kemas beg. Esokkan saya nak ke Bentong" kata Intan sambil melabuhkan duduk di kerusi meja pulau.

"Ye lah, Tuan Caden ada bagitau Kak Sal. Puan nak Kak Sal masakkan apa-apa tak untuk bawa bekal esok. Kata Tuan Caden nak gerak lepas subuh" kata Sal yang masih lagi sibuk menyimpan barang.

"Tak apa lah Kak Sal. Saya buat sendiri" balas Intan. Tidak mahu menyusahkan Kak Sal yang perlu datang awal pula nanti.

"Okaylah, saya nak naik mandi. Melekit badan. Er.. ada tepung tak Kak Sal?" soal Intan sebaik mahu melangkah keluar dari dapur.

"Ada, Puan nak buat apa dengan tepung?" soal Kak Sal.

"Saya ingat nak buat cucur udang cicah kuah kacang, lama tak buat." kata Intan.

"Oh.. ada, nanti Kak Sal tolong sangaikan (goreng tanpa minyak) kacang tanah. Puan naik mandi, nanti Kak Sal tolong Puan" kata Kak Sal.

"Okay, thanks Kak Sal" menyanyi-nyanyi Intan berlari naik ke atas.

Beg diletakkan dalam bilik kerja, bilik kerja dia dan Caden di sebelah bilik tidur mereka, ada connecting door. Senang kata Caden. Sebaik beg disimpan di atas meja laju kaki melangkah masuk ke bilik air. Pakaian yang ditanggalkan diletakkan di dalam bakul di hujung bilik air. Pili air dibuka, lega bila badan disirami air.. puas mandi, lama juga. Bila mahu melangkah keluar baru teringat tuala lupa nak ambil. Ah.. keluar je la, Caden tak balik lagi.

Daun pintu bilik air ditolak, dengan badan yang basah dan rambut yang masih menitik air selamba sahaja Intan melangkah keluar, lantai basah kejap lagi lap. Terjingkit-jingkit Intan berjalan ke wardrobe dan bila pintu ditolak.

"Mak!!" jerit Intan terkejut.

"Abang! bila balik? Kenapa tak dengar bunyi kereta?" soal Intan marah, Caden waktu itu hanya bertuala di pinggang sudah terkelip-kelip memandang Intan. Biar betul Intan ni, sengaja nak goda aku ke apa ni..

"Abang, sayang tanya kenapa tak jawab. Dok terkebil-kebil kat situ. Terkejut tau tak?" marah Intan lagi tapi Caden masih keras di situ. Ish! biarlah..

"Apasal rasa sejuk ni, kat luar hujan ke?" soal Intan sendiri sambil mahu melangkah masuk ke bilik wardrobe tetapi pergelangannya dicapai Caden.

"Sayang memang tak perasan atau sayang sengaja?" soal Caden. Liurnya sudah berkali-kali ditelan. Matanya seakan melekat pandang pada leher yang putih, dada motok serta yang satu di bawah itu. Seakan menanti masa sahaja untuk diteroka.

"Apa benda abang ni? dah.." marah Intan tapi belum sempat ayat dihabiskan, jemari Caden sudah naik mengusap lembut dada putihnya. Laju mata memandang ke bawah. Baru nak marah tapi tak jadi.

"Mak...!!" lagi kuat jeritan dari tadi. Laju Intan mahu membuka langkah tetapi laju lagi tangan Caden menarik Intan dalam pelukannya.

"Sayang nak ke mana?" soal Caden di telinga Intan dengan mata yang tertutup sambil tangannya sudah menjelajah di belakang Intan yang tidak berlapik. Dihidu wangian yang terbit di situ.

"Abang.. sayang nak pakai baju. Tadi panas sangat, masuk bilik air lupa nak ambil tuala" balas Intan sambil mahu lepaskan diri.

Caden sudah tidak membalas, bibir Intan terus ditindihnya. Lama. Dari bibir turun ke leher, habis keliling leher diteroka, memerah disedutnya. Tidak boleh ditahan, tubuh Intan dicempung dan dibaringkan di atas katil. Tuala di pinggang pantas dilucutkan. Lantas bibir melekap rapat pada dada montok itu, lidah bijak bermain di puncaknya, dari sebelah kanan beralih ke kiri pula. Intan sudah mengerang kesedapan menikmatinya.

Puas di dada turun ke perut, dicium perlahan dari atas hingga ke bawah. Kedua kaki Intan sudah dibukakan, ah.. bibir terus di bawa ke situ, sudah basah. Terangkat pinggul Intan menikmati belaian lidah Caden..

"Ab..abang... I want the real you.." rengek Intan bersama genggaman rambut Caden.

Tanpa menunggu lama, Caden terus menunaikan permintaan Intan. Sekali tolak, dua kali dan terus ke hujung. Seakan hilang dahaga yang ditahan-tahan..
Petang itu seakan sudah langsai sedikit hutang rindu keduanya.

+++

"Kak Sal, sorry lambat turun" tegur Intan segan, merah wajahnya menahan segan. Dijelingnya Caden di sebelah yang tangannya masih memaut pinggang Intan.

"Eh, tak apa, bahan-bahan nak masak baru Kak Sal siapkan." balas Kak Sal. Faham sangat orang muda macam majikannya ini, tambahan pula dapat isteri cantik macam ni, tak keluar bilik sehari pun tak apa.

"Kak Sal tolong saya ye" pinta Intan lalu kaki melangkah ke arah Kak Sal.

"Sayang nak abang tolong apa-apa tak?" soal Caden pula. Saja la tu nak menyibuk.

"Tak apa, abang duduk dulu. Nanti dah siap sayang panggil" balas Intan.

Kalut Intan dan Kak Sal menyiapkan cucur udang dan kuah kacang bersama kopi o. Tak sampai setengah jam sudah siap. Cucur digoreng Intan, kuah kacang pula setelah dimasukkan bahan, dibantu Kak Sal mengacaunya.

"Abang.. sini, kita minum kat luar" ajak Intan sambil menatang dulang pada Caden yang sedang menonton tv. Caden pantas bangun dan mengekori Intan menuju ke gazebo.

"Kak Sal, marilah minum sekali" ajak Intan

"Eh, tak apa, Kak Sal minum kat dapur dengan Abang Budin je" kata Kak Sal.

"Ye lah.." balas Intan.

Caden melabuhkan duduk di gazebo sambil memerhatikan Intan yang sedang menuang air ke dalam cawan.

"Kenapa tengok sayang macam tu?" soal Intan lalu mengambil tempat di sisi Caden. Cucur yang sudah dipotong diletakkan di dalam piring dan dicurahkan kuah kacang di atasnya. Garfu diambil lalu cucur udang dicucuk dan suap ke mulut Caden.

"Rindu" balas Caden sepatah sambil mengunyah cucur tadi.

Intan hanya tersenyum dan melabuhkan cium pada pipi Caden.

"Sedap tak?" soal Intan.

"Sayang dah lama tak masak cucur udang dengan kuah kacang ni. Di rumah sewa dulu selalu masak" kata Intan lalu cucur udang yang disira kuah disuap ke mulutnya pula.

"Sedap.. lembut cucurnya, kuah pun sedap, pekat" ulas Caden. Kemudian Intan menyuap lagi, bertambah cucurnya.

"Esok kita nak bertolak pukul berapa?" soal Intan.

"Lepas subuh la. Latihan mula jam sembilan pagi kan." soal Caden sambil mengesat bibir dengan tisu.

"Haah. Nak bawa sarapan atau nak sarapan kat mana-mana nanti?" soal Intan pula.

"Kita berhenti sarapan je la. Penat sayang nanti." kata Caden.

"Kalau nak yang ringan-ringan sayang boleh je buat kejap lagi, macam sandwic. Simpan dalam peti ais." kata Intan sambil menyusun piring dalam dulang. Habis sepinggan cucur udang.

"Tak menyusahkan sayang ke?" soal Caden pula. Bimbang memenatkan Intan.

"Tak lah, bahan semua dah ada" balas Intan sambil tersenyum. Caden kemudian mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience