Bab 30 Masih Ada Rahsia

Drama Completed 216239

Malam ini Izara hanya makan berdua bersama Haziq sahaja di meja makan. Kerana Samsiah mak Haziq makan di dalam bilik untuk menemani suaminya.Rahim sudah tidak boleh makan seperti dahulu lagi. Rahim hanya mampu memakan makanan yang lembik seperti bubur nasi.

Samsiah tidak pernah jemu melayan suaminya itu. Samsiah tidak mahu suaminya itu merasa sedih dengan keadaan diri yang semakin lemah. 3 bulan yang lalu Rahim masih boleh duduk di kerusi roda.Tapi dalam 2 minggu ni Rahim merasa sakit setiap kali ingin duduk. Jadi sekarang Rahim hanya mampu terbaring di atas katil.

"Zara lepas makan ni ikut abang pergi tengok abah dekat bilik ya" kata Haziq sambil memadang pada isterinya.

"Yalah.. Abang,abah tu sakit apa? Kenapa badan dia kurus sangat?," soal Izara pada suaminya.

"Abah kena kanser usus...Baru tahun lepas tahu tentang penyakit abah ni",kata Haziq sedikit muram memikirkan penyakit yang di hidapi oleh abahnya.

"Oo,abang banyakkan bersabar ya. Orang kata sakit tu penghapus dosa...Ceramah agama yang cakap macam tu ", kata Izara.

Sambil mata Izara memadang suaminya risau.Hati Izara dah mula berbisik"Hei,janganlah suami aku ni salah sangka pula. Nanti dia ingat aku kata abah dia banyak dosa pula dah."

"Abang tahu pasal tu. Sebab abang pun selalu je dengar ceramah agama," kata Haziq pada Izara.

"Nasib baiklah abang faham" kata Zara sambil tangannya mengakat pingannya menuju ke singki.

Melihat Izara yang sudah memcuci pingannya di singki. Haziq pun membawa pingannya yang sudah kosong ke singki juga.

"Bagi pingan tu biar Zara cucikan" kata Izara pada suaminya.

"Biar je abang buat sendiri," kata Haziq.Lalu Izara membiarkan saja Haziq mencuci pingannya.

Selesai mencuci pingan barulah bibik orang gaji di rumah Haziq datang ke dapur.

"Encik Haziq dan Zara sudah selesai makan ya. Maaf tadi bibik tertidur sekejap" kata bibik agak serba salah.

"Tak pa bik, saya tahu bibik letih. Sekarang ni kami berdua nak pergi tengok abah" kata Haziq. Sambil tangan Haziq memengang tangan Izara berjalan menuju ke arah bilik orang tuanya.

Ini adalah rutin setiap malam Haziq sebelum masuk ke biliknya. Haziq pasti akan pergi ke bilik di mana abahnya berada. Untuk melihat keadaan abahnya sebelum masuk tidur.

Bila sudah melihat keadaan abahnya barulah Haziq berasa tenang untuk tidur. Izara agak kagum dengan mak mentuanya yang sentiasa berada di sisi sang suami.

"Kuat sungguh cinta mereka berdua ni," bisik hati Izara.

Selesai melihat keadaan abah barulah Haziq dan Izara masuk ke dalam bilik mereka berdua. Oleh kerana tetamu bulanan Izara belum habis jadi malam ini Izara dan Haziq tidak terjadi apa-apa antara mereka berdua. Izara juga agak mudah melelapkan mata.

Sementara Haziq tidak mudah untuk melelapkan matanya. Apa lagi ada seorang perempuan tidur di sampingnya. Tentu sahaja gelora nafsunya naik kerana ia juga seorang lelaki yang normal.

Di fikiran Haziq tiba-tiba merawang mengingati kejadian 13 tahun dahulu. Tiba-tiba Haziq terbayang wajah sepupunya Ikwan yang sampai sekarang masih menyalahi dirinya atas apa yang terjadi pada adik sepupunya itu.

"Betul ke apa yang terjadi tu salah aku? Tapi aku juga terpaksa, bukan atas kehendak aku sendiri. Agaknya apa reaksi Zara jika ia tahu perkara sebenarnya. Apakah Zara tetap akan terima aku. Apa yang aku beritahu pada Zara bukan semuanya betul. Ada sebagian yang tak mampu untukku jelaskan padanya," bisik hati Haziq sambil memadang wajah isterinya yang sudah lena di buai mimpi.

----------

Sudah seminggu lebih Izara berada di rumah mentuanya. Kehidupan Haziq dan Izara seperti pasangan suami isteri lainnya bila berada di dalam rumah. Pagi ini Izara bangun dengan perasaan agak malu.Kerana malam tadi mahkotanya sudah di ragut oleh lelaki yang sudah bergelar suaminya.

Sementara Haziq hanya tersenyum memadang wajah isterinya yang nampak malu. Pagi ini Haziq juga yang membangunkan Izara dari tidurnya. Mungkin kerana letih melayani Haziq malam tadi jadi agak susah juga untuk Izara terbangun dari tidurnya.

"Zara boleh ke nak bangun tu? Atau nak abang dukung je bawa pergi bilik air. Boleh kita mandi sama-sama" kata Haziq pada isterinya itu.

"Rasanya boleh je Zara bangun" kata Izara sambil mula bangun dan turun dari katil untuk ke bilik air.

Semasa ingin melangkah kakinya Izara merasa pedih di bahagian kemaluannya. Haziq perasan Izara seperti menahan rasa sakit,lalu Haziq segera mengankat badan isterinya itu ke bilik air. Pipi Izara berubah kemerahan kerana menahan malu.

Pagi ini pasangan pengatin baru ini nampak bahagia sangat. Izara masih tetap merasa malu dengan Haziq. Tapi hati Izara agak berbunga-bunga pagi ini bila teringat malam tadi. Kerana Haziq suaminya telah menyatakan perasaan cinta terhadap dirinya. Sebelum mereka berdua melakukan hubungan suami isteri.

Izara tidak sangka akhirnya Haziq yang sudah bergelar suaminya itu akan menyatakan cinta terhadapnya. Lagi membuatkan dirinya semakin menyukai Haziq. Izara juga dapat tahu suaminya itu sudah membayar separuh hutang ayahnya di kampung.

Pagi ini selepas menunaikan sembahyang subuh berjemaah bersama, mereka berdua sarapan pagi di meja makan.Sarapan pagi sudah siap terhidang di meja makan.Semuanya di masak oleh bibik.

Izara agak berasa lega juga kerana ia tidak perlu susah-susah untuk membuat sarapan buat suaminya. Selesai bersarapan Haziq pergi berjumpa kedua orang tuanya terlebih dahulu,sebelum berangkat ke tempat kerja. Selesai menyalami kedua orang tuanya barulah Haziq akan melangkahkan kakinya ke arah pintu utama. Izara pula sudah menunggu di muka pintu untuk menyalami suaminya itu sebelum si suami berangkat ke tempat kerja.

Di rumah mentuanya Izara kadang-kala akan membantu bibik melakukan kerja rumah. Kadang-kadang Izara juga akan membantu mak mentuanya mengelap dan membersihkan badan bapa mentuanya.

Bersambung...

Agaknya ada rahsia apa ya,di sebalik kejadian yang terjadi semasa umur Haziq 18 tahun tu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience