Farhad sedang nyenyak tidur di rumah Fadzil. Dia bermimpi tentang dirinya sendiri.
Farhad berada di dalam sebuah rumah tetapi dia tidak dapat mengecam rumah tersebut. Farhad melihat rumah itu seperti rumah papan di rumah neneknya sendiri. Keluarga Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita sedang membuat persiapan untuk berhari raya.
“Eh Ad kau tercegat apa lagi. Meh tolong rebus ketupat jap” kata Puan Yusnita berasa pelik melihat Farhad berdiri sahaja di situ.
“Aku dekat rumah nenek ke ? Semua orang ada” kata Farhad dalam hati.
“Ad, jom lah tolong mama jap” kata Faridah sambil mencuit lengan abangnya.
“Okay Ida” kata Farhad berjalan menuju ke arah ibunya yang sedang merebus ketupat.
“Ma...Ad mintak maaf kalau Ad ada buat salah ke. Semua ni salah Ad sendiri sebab Ad pentingkan diri sendiri” kata Farhad.
“Kau ni kenapa Ad ? Kau bukannya buat salah pun. Ni tolong angkat ketupat yang dah masak ni. Mama nak ambik besen dekat luar” kata Puan Yusnita. Farhad mengangguk sahaja.
“Ayah marah Ad lagi ke. Senyap je ayah buat kerja” kata Farhad melihat ayahnya sedang memasak. Encik Shuhaimi berhenti memasak lalu mematikan api. Dia berjalan ke luar tanpa menghiraukan Farhad.
“Ayah layan aku macam ni eh. Mama layan aku elok je. Pelik betul” kata Farhad.
Tiba-tiba Farhad terdengar seperti suara perempuan menjerit dari arah ruang tamu. Farhad dan semua orang di rumah pergi ke ruang tamu dan mendapati seorang lelaki sedang mengacu pisau di leher Puan Yusnita.
“Mama.....!!!!” belum sempat Farhad menjerit dia bangkit dari tidurnya. Farhad memicit kepalanya.
“Astaghfirullah aku mimpi apa nih. Tak mungkin la” kata Farhad seorang diri.
Suara azan Asar berkumandang di luar rumah Fadzil. Dia duduk di atas sofa dan berasa tubuh badannya berpeluh.
Fadzil yang sedang turun ke tingkat bawah mendapati Farhad duduk sahaja di atas sofa seperti keletihan.
“Baru bangun ke Ad ? Asal kau berpeluh semacam je nih ? Mimpi jumpa hantu ke ?” tanya Fadzil apabila mendapati muka berpeluh dan bajunya sedikit basah disebabkan berpeluh. Mungkin cuaca di luar rumah terlalu panas.
“Eh mana ada. Kau dah mandi ke ? Awal betul kau siap” kata Farhad.
“Haah aku dah mandi. Kau pergilah tumpang bilik bawah ni mandi kejap. Aku nak solat jap. Pukul 5 nanti kita gerak eh” kata Fadzil lalu menuju ke atas.
Farhad bingkas bangun dari sofa dan menuju ke bilik tidur untuk mandi, solat dan bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
.
Sementara itu di rumah Azralina, Syaa sedang tidur nyenyak di ruang tamu di hadapan televisyen yang masih terbuka. Dia tersedar dan melihat pada jam dinding dan menunjukkan jam pukul 4.30 petang.
“Allah dah Asar pulak. Aku dah la tak balik rumah aku lagi nih. Baju semua aku tak siap-siap lagi nih” kata Syaa seorang diri sambil memicit dahinya.
Syaa pergi ke dapur dan membasuh mukanya. Sebelum dia keluar, Syaa naik ke tingkat atas rumahnya dan masuk ke dalam bilik Azralina.
“Lah kau kemas-kemas baju ke. Kau rehat tak tadi ?” kata Syaa.
“Aku rehat tadi. Pastu aku terbangun pukul 4 tadi kemas-kemas baju lah. Kau siap-siap nak balik rumah kau ke ?” kata Azralina sambil melipat baju.
“Haah. Aku balik rumah aku nak solat dulu,pastu nak kemas baju semua baru aku datang balik nanti. Kau boleh tak jaga diri nih ?” kata Syaa.
“Boleh jee Syaa. Kau pergi lah. Aku nak kemas-kemas baju dulu” kata Azralina.
“Okay aku gerak dulu. Jaga diri baik-baik assalamualaikum” kata Syaa.
“Waalaikumussalam” kata Azralina. Dia menyambung kerja melipat bajunya dan masuk ke dalam beg bajunya.
“Alamak..baju raya aku lupa nak beli. Aduhh tu la aku sibuk sangat dengan hal aku je. Baju raya aku tak beli lagi. Hmm takkanlah aku nak pakai baju raya tahun lepas” kata Azralina seorang diri lalu bangun dan menuju ke almari bajunya.
Azralina mengambil baju raya berwarna merah yang dipakainya pada tahun lepas dan mencubanya. Baru sahaja dia mencuba baju raya lama itu dia terdengar bunyi seperti bajunya koyak.
“Alamak koyak pulak baju aku. Aduh koyak belakang ke. Ketat sangat pulak aku rupanya” kata Azralina mengeluh....
.
“Kau dah ambik kunci motor kau ke ? Nanti bawak sekali senang” kata Fadzil sedang memeriksa enjin keretanya pada bonet.
“Aku dah bawak. Kereta kau okay tak ?” tanya Farhad yang melihat abangnya memeriksa bateri keretanya.
“Aku tak tahu lah. Kereta aku ni macam dah semput je. Sekejap je kot semput ni sebab baru start kereta kan” kata Fadzil.
“Kalau kereta kau tak okay lagi bawak je pergi bengkel. Kereta kau betul-betul okay tak nih ?” kata Farhad.
“Okay lagi nih. Aku nak masukkan beg baju aku nih. Mana beg kau ?” tanya Fadzil.
“Ada dekat pintu tuh” jawab Farhad.
“Kau pergi check rumah tengok lampu kipas semua dah tutup belum. Gas kat dapur pun tutup jugak tau. Tingkap semua tutup. Kau tengok kat tingkat atas jugak” kata Fadzil. Farhad mengangguk lalu masuk ke dalam rumah.
“Bateri la agaknya. Tengok air bateri macam sikit je nih. Hm tukar jela kat sana nanti. Jangan kau mati kat tengah jalan sudah” kata Fadzil dalam hati. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan penghawa dingin kereta.
Beberapa minit kemudian, Farhad keluar dan mengunci pintu utama rumah dan masuk ke dalam kereta Fadzil.
“Semua aku dah tutup” kata Farhad. Fadzil mengangguk lalu mengundurkan keretanya keluar dari rumahnya.
Apabila kereta Fadzil keluar dari kawasan perumahan, tanpa mereka menyedari ada sebuah kereta telah mengekori kereta Fadzil dari jarak jauh. Orang yang membawa kereta dan mengekori kereta Fadzil adalah Fahmi dan Jali. Mereka mengikut Farhad sehingga di kawasan perumahan Fadzil.
“Helo bos, aku nampak kereta abang dia keluar dari kawasan rumah dia. Aku dah start follow kereta nih” kata Fahmi menelefon bosnya Halim Tokan.
“Okay bagus. Pastikan kau selalu follow dia. Aku nak tahu dekat mana diorang pergi. Aku rasa diorang balik kampung. Kalau kau ikut diorang sampai kampung, call aku. Nanti aku datang” kata Halim Tokan.
“Okay bos aku faham” kata Fahmi sambil menutup telefonnya.
“Fahmi, macam mana kalau terlepas ke apa ke. Mana tahu kampung diorang jauh ke” kata Jali.
“Takper, aku dah standby siap-siap. Cuma aku nak ikut diorang sampai ada berhenti kat mana-mana hentian ke. Senang nanti kerja aku” kata Fahmi.
“Bos datang tak nanti ? Kita nak attack diorang je ke nanti ?” kata Jali.
“Kalau kau nak tahu, bos tuh memang pantang kalau ada orang tipu bos ataupun buat bos rugi. Macam kes si Farhad nih. Siapa yang buat bos marah dia akan cari orang itu dengan family dia sekali. Jadi kau faham lah kita nak attack siapa nanti” kata Fahmi.
“Berapa lama kau ikut bos tuh ?” tanya Jali.
“Aku dah dekat 5 tahun ikut dia. Ada sekali polis ambush tu yang aku tolong dia dulu. Sejak tu lah aku selalu ikut dia kiranya aku jadi orang kanan dia lah” kata Fahmi.
“Lama jugak lah kau ikut dia. Aku dengar kau ni pura-pura baik je dengan Farhad kan ? Lepas tu kau bagi rumah kau sendiri dekat dia kan. Dan kau ajak bos datang rumah kau tapi Farhad korang tak jumpa kan ? Kau tembak kawan-kawan diorang” kata Jali.
“Ye. Aku ni kan memang benci dengan Farhad. Aku nak dia mati kat tangan aku. Dia tuh lah sebabkan adik aku si Fuad tuh mati” kata Fahmi.
“Peh kau memang hebat. Jadi kau memang berdendam lama lah dengan dia. Kau tak marah ke kalau adik kau jual barang dengan si Farhad tuh ?” kata Jali.
“Asal aku nak marah ? Adik aku pun buat kerja macam aku. Cuma Farhad tak tahu yang aku ni abang dia. Masa adik aku meninggal tuh lah aku bagitau yang Fuad tu adik aku. Tapi adik aku tu memang layak mati” kata Fahmi.
“Asal pulak kalau kau suka adik kau mati ? Kau tak kesian ke kat dia ?” kata Jali.
“Adik aku tuh bodoh. Banyak sangat main barang sampai dia eksiden. Farhad tu aku benci dengan dia sebab senang-senang je bagi barang dekat adik aku. Barang tu kau ingat biasa je ke ? Si Farhad tu main bagi je dekat dia” kata Fahmi.
“Entahnya. Barang tu bukan free tau. Senang betul nak bagi. Lepastu kena serbu sampai rugi beribu. Pandai hilang pandai bayar sendiri. Tengok sendiri cari sakit. Memang dia nak tempah batu nisan dia sendiri siap-siap hahahaha” kata Jali sambil ketawa bersama-sama dengan Fahmi.
“Bukan batu nisan Farhad je, batu nisan family dia semua sekali diorang tempah. Hahahaha dah aku nak bawak kereta ni sampai dia berhenti dekat mana-mana ke. Sebab kalau nak berbuka mesti kereta dia akan berhenti dekat R&R ke. Sekarang dah masuk highway nih” kata Fahmi.
.
Sementara itu di dalam kereta Fadzil, dia membawa kereta dengan berhati-hati apabila keretanya sudah memasuki lebuh raya.
“Kau tahu ke rumah nenek nanti ? Tak sesat ke ?” tanya Farhad.
“Takde lah. Aku harap-harap ingat lagi lah jalan nih. Highway ni sampai exit lepas Taiping tak silap. Taiping tu dekat 300 lebih kilometer. Nanti dekat Tapah kita berbuka la dulu” kata Fadzil.
“Last aku balik kampung dua tahun lepas. Tahun lepas aku tak balik sebab aku kerja. Aku rindu dekat Isha dengan Irah tuh, kembar anak pak long tuh” kata Farhad.
“Ye aku rindu pulak dekat diorang. Tapi pak long tu aku tak berapa suka lah. Tinggalkan anak-anak dia macam tu je dekat 5 tahun lama dah. Mama sanggup jaga diorang dari umur 10 tahun sampai sekolah. Dulu kita selalu main-main dengan diorang masa kita sekolah lagi” kata Fadzil.
“Ada tak mama cerita dulu yang pak long tu selalu gaduh dengan mama ? Mama cakap dia tak suka ayah sebab ayah orang kaya” kata Farhad.
“Aku ingat sangat Ad. Pak long tu cakap orang kaya ni bila senang je boleh hina orang-orang yang miskin macam dekat kampung. Dia kata orang kaya memang berlagak gila. Tapi ayah jugak lah yang pernah tolong ubahsuai masjid tu yang dulunya surau kecil je. Semuanya jasa ayah jugak dulu kan” kata Fadzil.
“Entah pak long tuh. Tak kenang budi langsung. Lepas tu bila dah cerai dengan arwah mak long tuh dia tinggalkan kampung sampailah sekarang. Mak long tu meninggal sebab kena bunuh dengan kawan-kawan pak long jugak. Pak long tu kuat main judi. Bila dah kalah diorang cari bini dia buat habuan diorang. Kesian anak-anak dia” kata Farhad.
“Dah buat salah tapi tak serik. Mungkin dia malu dengan orang kampung tu yang pak long lari dari rumah sampai sekarang. Kau perasan tak parut dekat kepala mama tuh sampai kena jahit tuh. Sebab tu lah pak long lari dari rumah” kata Fadzil.
“Haah ada aku perasan. Aku lupa apasal kepala mama berparut macam tuh sekali ?” tanya Farhad ingin tahu.
“Hmm yang ni lah sampai aku tak puas hati dengan pak long tuh sampai satu kampung aku cari pak long. Tapi tak jumpa pulak. Orang kampung tuh kata dia dah takde dekat kampung. Pak long tuh dia tolak mama sampai kepala dia jatuh atas meja kaca rumah nenek” kata Fadzil.
“Bila pak long buat macam tuh dekat mama. Apasal teruk sangat pak long tuh sampai nak tolak mama nih. Kena meja kaca pulak tuh memang berdarah habis lah” kata Farhad.
“Masa tuh kau takde Ad. Kau ada hal dekat KL. Ida tuh nangis je tengok mama jatuh dengan kepala dia berdarah. Irah dengan Isha sama jugak lah menangis je tengok mama jadi macam tuh. Pak long memang tak puas hati lagi sejak mama kahwin dengan ayah tuh dari dulu sampai sekarang. Aku balik dari kedai tengok kepala mama berdarah.” kata Fadzil.
“Okay kejap. Boleh tak kau cerita macam mana kau tahu yang pak long buat sampai kepala mama berdarah tuh” kata Farhad.
“Masa tuh aku baru habis sekolah and mama bawak aku dengan Ida balik kampung sebab cuti sekolah kan. Ida baru je 13 tahun. Ayah busy kerja dekat KL. Kau pun dekat KL dengan kawan-kawan kau. Masa tuh beberapa hari lepas mak long meninggal” kata Farhad sambil memulakan ceritanya....
5 tahun lepas...
Yusof membuka pintu rumah dengan kuatnya sehingga mengejutkan Puan Yusnita yang sedang menonton televisyen. Faridah, Athirah dan Alisha yang sedang bermain-main di luar rumah terkejut dengan Yusof yang meluru masuk dengan selamba sahaja. Nek Tipah dan Fadzil tiada di rumah kerana membeli barangan runcit di pekan.
Dia masuk ke dalam bilik dan mengemas bajunya dan segala barangan peribadinya di dalam beg. Yusof keluar dengan kelam kabut. Puan Yusnita bangun dan menuju ke arah abangnya yang sedang melalut membawa beg pakaiannya.
“Long, kau nak pergi mana nih sampai bawak beg baju kau ?” tanya Puan Yusnita kepada Yusof.
“Kau tak payah sibuk hal aku perempuan. Aku memang benci duduk sini. Rumah ni ada kau dengan laki kau pun memang tak guna. Anak-anak kau tuh memang aku benci” kata Yusof.
“Long, aku tahu kau benci dengan aku lagi. Sampai bila kau nak macam nih lagi. Shuhaimi bukan orang yang berlagak menghina orang macam yang kau cakap dari dulu sampai sekarang. Jangan macam ni Long. Kau siapa nak halang jodoh yang Allah dah tentukan nih” kata Puan Yusnita.
“Eh angah kau kena ingat tau, aku benci kau dengan laki kau semua anak-anak kau aku benci. Aku dah cakap jangan kacau hal aku kan” kata Yusof
“Sibuk hal kau ? Kau ingat aku tak tahu ke Kak long mati sebab kau ? Kau ingat kau boleh lari macam tuh je ke ?” kata Puan Yusnita.
“Kau jangan nak buat cerita boleh tak ? Apasal aku kena terbabit sekali. Buat apa aku nak bunuh bini aku sendiri ?” kata Yusof dengan kuat sekali.
“Long...orang kampung dah tahu semua ni kerja kau. Bukan kau yang bunuh tapi kawan-kawan kau kan ? Cuma kawan-kawan kau je yang bebas lagi dekat luar tuh. Kau tak kesian ke dekat bini kau tuh. Kau dah kahwin dengan dia lama dah sampai dapat anak pun. Kalau kau tak kesian dengan bini kau pun kau tak kesian ke tengok anak-anak kau ? Menangis je bila Kak long meninggal macam tuh je” kata Puan Yusnita.
“Biarkan dia lah. Aku nak berambus dan kau jangan cari aku dah. Kau jangan nak tuduh aku yang aku ni bunuh bini aku. Bukan aku yang buat lahhh” kata Yusof.
“Kau ingat aku tak tahu ke ? Kau tu taik judi dekat kampung ni kan ? Bila kau kalah judi, kau jadi kan bini kau sebagai habuan diorang kan. Kau memang abang paling tak guna lah. Kau berjudi sampai kalah macam ni sekali kau serahkan macam tuh je bini kau ? Kau memang binatang lah Yusof !!” kata Puan Yusnita sambil menolak Yusof.
Yusof menjadi marah dan mula menyinga. Dia menjadi marah dan menampar Puan Yusnita dengan kuat sehingga dia terjatuh.
PRANGGGGGG !!!!
Kepala Puan Yusnita terjatuh di atas meja kaca dan mengeluarkan darah yang sangat banyak. Meja kaca itu pecah berderai dan Puan Yusnita tidak sedarkan diri.
Faridah,Athirah dan Alisha menangis melihat keadaan Puan Yusnita yang sudah berlumuran darah.
Yusof yang terkejut dengan perbuatannya lalu bergegas keluar dari rumah dan melarikan diri dengan menggunakan keretanya.
Faridah pergi ke arah ibunya yang tidak sedarkan diri dan menangis teresak-esak. Athirah dan Alisha memerhatikan sahaja Faridah menangis dan dia menggoncangkan tubuh badan ibunya.
“Mama...bangun lah mama. Kenapa ni mama...” kata Faridah sambil meraung menangis.
Tidak lama kemudian Fadzil dan Nek Tipah pulang dari pekan dan mendapati Puan Yusnita tidak sedarkan diri dan kepalanya dibasahi darah yang banyak. Meja kacanya telah pecah berderai. Fadzil berlari ke arah ibunya.
“Ya Allah Nita !!!! Siapa yang buat macam nih dekat kau !!!” jerit Nek Tipah.
“Mama !!!!! Apa dah jadi nihhh ???!!! Bangun mama bangun lahhhh !!!” jerit Fadzil sambil menangis dan menggoncangkan tubuh badan ibunya. Faridah,Athirah dan Alisha menangis dan memerhatikan sahaja Puan Yusnita yang terbaring.
Share this novel