Bab 2

Romance Series 1597729

Bab 2

Imbas kembali...

“Akak! Kenapa akak minat Teakwondo? Lecehlah kita asyik kena latihan setiap petang...” rungut Emir ketika duduk bersantai di tepi tikar latihan anti-slip berwarna biru. Dia menumbuk bahunya yang lenguh akibat berkali-kali ditumbangkan oleh kakaknya yang sudah memakai tali pinggang merah.

Elena terus terbaring di atas alas lantai tebal untuk latihan itu. Matanya diangkat memandang ke siling.

“Emir... Kau pernah fikir tak? Kalau dunia ni sebenarnya sangat mencabar. Mungkin sebab itu papa paksa kita ada seni mempertahankan diri...”

“Papa paksa Emir, bukan kakak. Sebab kakak berminat kan?” ujar Emir yang ketika itu masih di sekolah rendah dan kakaknya di sekolah menengah.

“Kau tahu tak. Ini cara pertahanan diri selain melepaskan tekanan... Mana tahu kalau satu hari kita kena culik. At least kita boleh berlawan. Emir... Kau jangan malukan akak. Kau ni lembik betul! Jom sambung latihan!”

“Akak jomlah balik! Emir nak main Tenis!”

“Jangan mimpi! Cepat bangun!” Elena terus bangun berdiri dan menarik adiknya itu.

“Akak...” rengek Emir sambil bangun berdiri dengan lemah.

“Jadi lelaki jangan lemah! Cepat, kita mulakan latihan! Tendangan kau macam budak perempuan main pondok-pondok. Kau jangan balik sampai kau berjaya buat sepakan sisi yang betul hari ni. Faham?!” tegas Elena.

Emir mengangguk perlahan dengan wajah muram.

“Tangan kanan kau paras dagu. 30 cm di hadapan bahu kiri!” kata Elena sambil membetulkan kedudukan kedua belah tangan adiknya itu.

“Lutut bengkok!” Elena menolak pula kaki Emir. “Bawa lutut depan ke arah dada semasa lompatan. Ketinggian lutut akan menentukan lokasi badan lawan yang akan memukul dengan tendangan.”

Emir mengangguk lagi apabila Elena sudah berada di hadapan bersama kick pad target.

“Putar kaki sokongan kau sepenuhnya semasa kau mengetatkan lutut kaki yang akan menyerang lawan. Putar kaki sokongan sehingga dipusingkan sepenuhnya, ini akan meningkatkan kesan serangan. Semasa kau mengetatkan bahagian terakhir lutut kau, putar kaki kau untuk memasukkan kekuatan pinggul kau ke dalam tendangan. Tengok target betul-betul! Anggap ini dada musuh kau!” kata Elena sambil mendepankan kick pad paras dadanya.

“Baik akak! Yeahh!” Emir terus membuat lompatan sebelum membuat tendang sisi tetapi dia tersasar dan terus jatuh terduduk.

“Aduh!!” jerit Emir.

Elena mengeluh berat lalu membaling kick pad tersebut.

“Kau nak kena pukul?” Elena terus mengejar Emir yang sudah berlari sekeliling dewan tersebut

“Akak tak akan dapat tangkap oranglah!” Emir ketawa sambil berlari sekuat hati.

“Heyy! Tunggu kau!” Elena berusaha keras mengejar tetapi tiba-tiba pintu dewan itu dibuka dari luar. Elena memperlahankan larian dan memandang seseorang yang baru melangkah masuk bersama beg sukannya.

“Hi... Boleh join training?” soal remaja lelaki yang sebaya dengan Elena itu.

Emir mengambil kesempatan melihat kehadiran lelaki itu dengan berlari keluar dari dewan latihan. Dia bersyukur kerana terlepas dari kakaknya yang menggerunkan itu.

“Kami bayar untuk training di sini. Our trainer tak datang sebab ada urusan penting.” kata Elena dengan sedikit tercungap-cungap.

“Nampaknya kita satu team. Korang anak murid Cikgu Madi kan?”

Elena memandang lelaki itu dengan dahi berkerut. Jadi, inilah pelatih baru yang dimaksudkan oleh Cikgu Asmadi? Boleh tahan kacak. Elena berdeham dan membetulkan rambutnya.

“I'm Elena...” Elena cuba mengawal riaksi wajahnya.

Lelaki itu tersenyum. “Hi... I'm Raffal. Nice to meet you both...”

Elena tersengih tanpa sebab. Mungkin kerana lesung pipit yang menarik milik lelaki itu sehingga dia terlupa akan si Emir!

*****

Hari ini...

Elena menyeka air mata kerana perasaannya yang bercampur baur. Antara marah dan ketakutan. Dia memandang pintu yang diketuk bertalu-talu itu.

“El! Pergi naik atas. Kunci pintu!” gesa Puan Sofea sambil menarik tangan Elena dengan cemas.

“Ma... El kena berdepan dengan diorang. Emir mesti tengah takut sekarang.”

“El... Mama akan lengahkan diorang...” Puan Sofea terus menangis lemah.

“Dulu papa pernah cakap... Kalau jadi apa-apa kepada papa. El kena jaga mama dan Emir...” Elena mengetap bibir yang bergetar hebat.

“Elena!!” jerit Puan Sofea apabila anak gadisnya itu melepaskan pegangan tangannya dan maju ke hadapan.

Elena membuka pintu dengan kasar. Dia mengangkat muka dan bertentangan dengan beberapa orang lelaki berwajah bengis.

“Lady...” lelaki yang paling hadapan tersengih menampakkan giginya yang kuning.

Elena cuba mengawal debaran di dadanya ketika berdepan dengan tiga lelaki itu.

“Apa kamu semua nak?” soal Elena dengan tegas.

“Beritahu kami di mana bapak kau...” kata lelaki itu dengan sinis.

“Kami tak tahu...”

“Jadi... Kami perlu ugut dia supaya munculkan diri ke?”

Elena menggengam tangan erat. “Mana adik aku?! Di mana dia?” jerkah Elena.

Mereka serentak ketawa sinis melihat ketegasan Elena. Puan Sofea datang dan terus memeluk bahu Elena.

“Tolong... Anak-anak saya tak bersalah. Kamu semua boleh berurusan dengan saya.”

“Mama!” tegas Elena lalu merenung tajam mamanya. “Stay behind me...”

“Wah... Ada serikandi dalam rumah ni. Menarik...” kata lelaki itu lagi.

Elena kembali memandang lelaki itu. “Bawa aku jumpa bos korang.” tegas Elena.

“Wah...” lelaki itu ketawa besar bersama rakan-rakan.

“Kenapa? Kau nak tawarkan diri kepada bos untuk tebus adik kau?”

Pang!!

Satu tamparan hinggap di pipi lelaki itu oleh Puan Sofea. Elena terkejut dan semua lelaki itu terus memandang wanita itu.

“Jangan sentuh anak-anak saya!” bergetar suara Puan Sofea ketika itu. Matanya juga membulat besar walaupun dia seorang ibu yang lemah lembut.

“Mama! El akan pergi bawa Emir balik. I'm promise!” kata Elena dengan air matanya tidak mampu ditahan lagi.

Puan Sofea terus meraung di hadapan pintu itu dan memegang Elena dengan erat.

“Jangan El...”

“Ma... Emir mesti sangat takut sekarang. El lebih kuat dari dia. Ma tahu kan?” kata Elena dengan tangannya yang menggigil. Bohong jika dia tidak takut ketika itu, cuma dia perlu bertahan di hadapan mamanya.

“No!! Mama tak benarkan!” kata Puan Sofea lalu menarik Elena masuk ke dalam.

“Bagi saya tempoh seminggu. Saya akan bagi maklumat tentang suami saya. Tolong jangan apa-apakan anak saya!” kata Puan Sofea lalu menutup pintu dengan rapat.

“Kami bagi dua hari je!!” jerit lelaki itu dari luar lalu menendang pintu yang sudah dikunci itu.

Puan Sofea menangis sehingga terduduk di belakang pintu. Elena turut menangis teresak-esak.

“Mama... Emir tak mungkin dapat bertahan. Mereka mesti seksa dia. Please bagi El pergi...”

Puan Sofea menyandarkan kepala di pintu dengan menarik nafas yang semakin sesak di dada. Matanya terpejam rapat dengan air mata yang berjujuran.

*****

Raees bersandar di dinding dan membuang pandangan ke dinding kaca yang memaparkan pemandangan bandaraya yang bercahaya. Dia hanya memakai satin robe pajamas degan santai ditemani satu minuman dalam gelas kaca supaya dapat membuatkannya tidur dengan lebih tenang.

Pandangannya begitu jauh sehingga matanya tidak berkedip.

“Raees... Bawa adik kamu balik. Mummy tak mampu hidup menanggung rindu lagi!”

Raees tersentak dari lamunan dan kata-kata Puan Ilyaa itu terus terbang pergi apabila deringan telefonnya berbunyi. Dia mengambil telefon yang berada di meja berdekatan lalu melihat nama yang dikenali tersiar di skrin.

“Yes...” jawab Raees.

“Bos, kami dah pergi rumah Mael.”

Raees menghirup air berwarna jernih itu dengan perlahan.

“Then?”

“Isteri dia janji akan beri maklumat tentang suami dia dalam tempoh dua hari...”

“Dia tak akan dapat...” balas Raees selamba.

“Jadi, apa tindakan kita?” soal Kamal.

“Budak tu... Mungkin berguna...” balas Raees.

“Tapi, bos. Tadi... Kami jumpa anak perempuan dia.”

Kening Raees sedikit terangkat. “Perempuan? Kau lupa prinsip aku ke...”

Kamal terdiam sebentar kerana dia sedar bosnya tidak akan 'berurusan' dengan wanita lemah, melainkan musuh.

“Bos... Tapi, anak perempuan dia cantik.”

“So, bawa dia datang ke suite aku sekarang...”

Kamal terus terkedu. “Err... Bos bergurau ke?”

Raees terus ketawa. “Apa yang menarik dengan perempuan tu?”

“Dia nampak hebat... Saya boleh bawa dia kalau bos serius.” kata Kamal lagi meminta kepastian.

“Bawa dia esok... Siang.” kata Raees lalu memutuskan panggilan. Dia melemparkan telefon itu atas katil lalu kembali bersandar di dinding.

“Bila agaknya demam ni nak sembuh...” keluhnya perlahan sambil menyentuh lehernya.

*****

Elena langsung tidak boleh fokus ketika berada di dalam kelas. Fikirannya hanya memikirkan tentang Emir melebihi berita tentang keluarganya yang bankrupt. Elena, sudah tidak tahan lalu bangun berdiri sehingga seluruh kelas memberi tumpuan kepadanya.

“Yes, Elena? Do you have any questions?” soal pensyarah yang sedang mengajar di hadapan.

“I'm sorry Prof. I'm not felling well.”

Pensyarah itu memandang wajah Elena yang agak pucat ketika itu.

“Okay. You can go to clinic and get the medical certificate. Email me later.”

Elena mengangguk faham. “Thank you prof.”

Elena bergegas keluar dari kelas dan berjalan laju menuruni tangga. Dia terasa kepalanya hampir pecah dan itu adalah kali pertama dia ponteng kelas. Elena akhirnya terduduk di anak tangga dan melepaskan tangisan.

“Papa... Why?” Elena menangis teresak-esak tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Nasib baiklah tiada siapa yang melalui tangga ketika itu kerana waktu kelas masih berjalan.

Selepas terasa dirinya lebih tenang, Elena bangun untuk meneruskan perjalanan. Dia yakin ahli kumpulan itu pasti berada di mana-mana dan mengawasi rumahnya. Dia harus berdepan dengan mereka!

Elena keluar dari pintu masuk kampus dengan berjalan kaki, dia menunggu grab dengan baki wang yang dia masih ada. Mungkinkah wang yang sedang dipegangnya itu juga adalah dari ahli kumpulan itu?

Elena terasa mahu menjerit tetapi dia menahan diri sehingga sebuah kereta berhenti di hadapannya secara mendadak. Pintu kereta itu tiba-tiba dibuka dan kelihatan seorang lelaki yang pernah dilihatnya.

Elena melangkah setapak ke belakang kerana dia tetap gementar.

“Kau kata nak jumpa bos kami...” kata lelaki itu lalu menjeling ke arah pintu belakang yang baru dibukanya.

Elena menelan air liur dengan dadanya yang turun naik. Matanya memandang lelaki itu dan pintu yang dibuka silih berganti. Di mana keyakinannya semalam?

“Baiklah! Saya akan jumpa penyangak tu!” kata Elena lalu melangkah masuk tanpa mahu berfikir untuk kali kesepuluh.

Kamal hanya ketawa sinis lalu menutup pintu kereta itu. Elena memeluk begnya dengan erat dan cuba mengawal rasa gemuruhnya. Dia tidak akan mengalah dengan mudah!

*******

Novel ni tak ada unlock chapter semasa ongoing. love you all...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience