“konna ko-to ii na dekitara ii na anna yume konna yume ippai aru kedo”, telefon bimbit Ziana berbunyi. Rashid menghubungi Ziana dan minta Ziana datang ke pejabatnya, disertakan sekali alamat sebagai rujukan. Setiba sahaja Ziana di bangunan pejabat Rashid, dia terkedu melihat gahnya bangunan Rashid yang tersergam indah. Ziana terus memasuki bangunan Rashid. Ziana diiringi oleh setiausaha Rashid ke bilik pejabatnya. Setiausahanya mengetuk pintu dan memanggilnya “Datuk Seri Azman ada wanita ingin berjumpa”, Ziana jadi keliru. Orang yang dicarinya adalah Rashid. Apabila Datuk Seri Azman pusingkan kerusinya sambil memegang gambar ditangannya . Memang betul itu orang yang Ziana cari. Ziana bertambah bingung kerana ditangan Datuk Seri Azman ada gambar dia dan ibunya. Datuk Seri Azman pun meletakkan gambar itu di hadapan Ziana. “Apa maksud semua ini?”, tanya Ziana.
BERSAMBUNG
Share this novel