BAB 31

Romance Completed 13562

Tengku Emran dan Aqisha tiba di sebuah tempat di mana basikal telah disediakan untuk para pengunjung. Tengku Emran mendapatkan sebuah basikal dan menolaknya ke arah Aqisha.

"The starting point is here, Aqisha. Tolong laksanakan tugasmu."

Arah Tengku Emran. Semangatnya sudah berkobar-kobar untuk menunggang basikal sehingga dia mahir hari ini. Dia bersedia dengan segala dugaan dan cabaran dia akan hadapi nanti.

"Kalau saya taknak ajar macam mana? Gajah mana reti ajar manusia naik basikal."

Rupa-rupanya rajuk gadis ini masih belum pudar.

"Awak milik saya. Dimana ada awak disitu ada saya. Selagi awak tak lunaskan hutang awak, selagi tu saya akan jadi bayang-bayang awak. Menghantui hidup awak selama-lamanya."

Tengku Emran membuat muka seram, cuba menakuti Aqisha. Aqisha yang sedikit cuak segera cuba meninggalkan Tengku Emran tetapi lengannya ditahan.

"Eh eh.. Nak kemana, cik mok? Awak takboleh kemana-mana selagi saya belum mahir naik benda alah ni.. Awak dah janji.. Janji untuk ditepati.. Awak nak ke jadi manusia yang digelar tahu berjanji tapi takboleh dipercayai? Nak ke??"

Aqisha menjeling geram. Dia lantas bersuara.

"Awak tunggu ape lagi? Naikla basikal tu. Selesakan diri atas basikal dulu."

Tengku Emran tersenyum riang apabila Aqisha mulai kembali ke dalam mood "cikgu" nya. Dia segera naik dan duduk di atas basikal. Pandangannya kembali dilontarkan ke arah Aqisha yang di sampingnya seolah bertanya apa yang harus dia lakukan seterusnya.

"Okay, lepas dah selesakan diri, awak toleh ke bawah."

Tengku Emran menunduk ke bawah. Dia hanya mengikut arahan.

"Awak nampak tak pedal tu? Awak pijak dan kayuh yang kanan dulu kemudian kayuh yang kiri dan ulangi step itu. Simple."

Aqisha menepuk tangan kemudian tersenyum riang ke arah Tengku Emran seolah-olah dia sudah berjaya mengajar Tengku Emran tunggang basikal.
Tengku Emran yang geram akan tindakan Aqisha lantas menujal dahinya lembut.

"Weh, main kasar nampak.."

Aqisha mengelus lembut dahinya seraya menjeling lelaki itu.

"Macam ni ke cikgu yang bagus? Saya belum pandai lagi dah bersorak gembira? Huhh...."

Aqisha mengumam geram.

"hahhh???awak cakap ape? Saya tak dengar."

Aqisha mencubit lengan Tengku Emran kuat dan kedengaran lelaki itu mengaduh.

"Padan muka.. Poyo lagi.. Ni balasan untuk tadi dan sekarang.. Dah, cepatlah kayuh. Dalam awak mengayuh tu, seimbangkan badan awak. Cuba belok kiri dan kanan. Yang ni brek kecemasan. Gunakan brek ni bila awak nak berhenti. Paham?"

Tengku Emran mengangguk. Dia cuba mengayuh,mengikut arahan Aqisha tadi. Namun dia gagal menyeimbangkan diri. Hampir sahaja dia terjatuh tetapi pantas basikalnya ditahan Aqisha.

Uishhh! Kuat jugak minah ni. Getus hati Tengku Emran.

"saya cakap tadi... kayuh kanan dulu lepastu kiri. Kemudian seimbangkan badan awak. Cuba belok ikut arah jalan ni. Faham takk?"

Tengku Emran sekali lagi mengangguk. Setelah banyak kali mencuba dan hampir terjatuh, akhirnya dia boleh mengendalikan basikal dengan sendirinya tanpa bantuan Aqisha. Tengku Emran bersorak bangga. Sebelah tangan digenggam dan dijulang ke atas kepala. Senyuman ikhlas dihadiahkan kepada Aqisha yang berdiri beberapa meter dari tempatnya. Tanpa disedari, basikal Tengku Emran melanggar batu sebesar telapak tangan di hadapannya maka dia hilang keseimbangan. Tengku Emran terjatuh ke sisi kanan dan basikal yang ditunggangnya jatuh menghempap badan. Dia mengaduh sakit.

Aqisha yang pada mulanya membalas senyuman Tengku Emran tadi segera mendapatkan Tengku Emran serta mengalihkan basikal dari menghempap badan Tengku Emran.

"Im, awak tak apa-apa?"

Ucap Aqisha separuh tercungap. Penat berlari mendapatkan Tengku Emran.

"Saya okay Aqisha. Jangan risau."

Senyuman dilontarkan kepada Aqisha. Pandangan Aqisha kemudian jatuh kepada lutut kanan Tengku Emran.

"Ya Allah Emran. Da...daaa...daa....rahhh..."

Aqisha menunjuk ke arah lutut Tengku Emran yang terluka. Seluar-T Tengku Emran terkoyak dan menampakkan darah yang mengalir.
Aqisha terduduk kemudian tidak sedarkan diri.

"aqish.. Aqish.. Kenapa tidur sini??"

Tengku Emran mengoncang badan Aqisha yang sudah terbaring di hadapannya.
Ish minah ni. Aku yang sakit, dia pulak yang pengsan. Gerutu Tengku Emran, geram. Sekali lagi badan Aqisha digoncang. Pipi gadis itu ditampar lembut.

"Hey.. Jangan pancing saya buat benda bukan-bukan dengan awak.. Bangun atau nak saya buat CPR supaya awak bangun?"

Masih tiada reaksi dari Aqisha, dia kembali bersuara.

"okay. Saya kira sampai 3. Awak tak bangun, saya betul-betul bagi CPR. Sa..... tu..."

Tiada reaksi.

"Duuuuu......aa"

Masih tiada reaksi dari Aqisha.

"Tiga."

Tengku Emran memendekkan hitungan "tiga" kemudian mendekatkan mukanya ke arah Aqisha. Kedua belah pipi Aqisha ditekan ke dalam supaya mulut gadis itu terbuka.

Tiba-tiba , Papppp! Pipinya ditampar kasar. Aqisha duduk dan menjeling Tengku Emran. Tengku Emran sedang menahan perit di pipi.

"Nak ambik kesempatan sangat kan? Padan muka."

Tengku Emran cuba mengukir senyum meskipun pipinya perit. Dia kemudian mencuit hidung gadis itu.

"Bukan nak ambik kesempatan.. Orang kata, peluang jangan dilepaskan. Lagipun, saya yang dalam kesakitan.. Kenapa awak yang pengsan. Pengsan betul atau pura-pura?"

Aqisha menjeling namun kemudian membalas kata-kata Tengku Emran.

"saya takut tengok darah. Tanpa sengaja saya terpengsan."

"Haa yelaa. Pura-pura pengsan."

Aqisha hanya membiarkan lelaki itu mengusiknya. Perhatiannya sekali lagi tertumpu ke arah lutut Tengku Emra dan pantas bersuara.

"Naikkan seluar awak sampai separas paha."

Tengku Emran terkejut dengan permintaan Aqisha seraya berkata.

"Hahhhh??! Awak nak buat ape dengan saya?? Saya teruna lagi Aqisha. Jangan buat yang bukan-bukan."

Papp. Dahi lelaki itu ditepuk kuat. Tengku Emran mengaduh sakit seraya menekap tangan di dahinya. Pandangan geram dihadiahkan kepada Aqisha.

"Awak ingat saya nak sangat dengan teruna macam awak? Hishh tak hingin. Saya suruh naikkan seluar supaya saya boleh basuh darah yang mengalir dengan air mineral ni. Lepastu saya nak letak plaster. Ni aje bekalan kecemasan yang saya bawak. Nanti bila sampai rumah, awak taruh ubat supaya cepat baik."

Tengku Emran yang baru faham maksud Aqisha lantas tersengih menampakkan baris gigi putihnya. Dia mengangguk kemudian menyinsing seluar track nya separas paha. Dengan kadar segera Aqisha membuka penutup botol air mineral yang sedari tadi dipegangnya kemudian dicurahkan perlahan ke arah luka serta darah yang mengalir. Kemudian Aqisha mengelap bahagian basah tadi dengan kain tuala kecil yang dibawanya. Plaster segera dibuka dan seterusnya diletakkan di bahagian yang luka.

Tengku Emran ralit memandang wajah yang sedang fokus mengubati lututnya. Meskipun kadang-kadang lututnya nyeri ketika gadis itu mencurahkan air serta mengelap dengan tuala, sedikitpun dia tidak berkalih dari memandang wajah Aqisha. Jantungnya berdegup kencang.

"Ok. Dah siap."

Aqisha bersuara lantas memandang tepat ke wajah Tengku Emran. Tengku Emran yang terkejut apabila mata mereka bertaut menundukkan pandangan dan memandang lututnya.

"Not bad bagi seseorang yang cakap dia takut darah."

Seluarnya kembali diturunkan.

"kadang-kadang kita kena atasi sesuatu ketakutan demi kebaikan kita sendiri dan orang di sekeliling."

Jawap Aqisha, ringkas.

"Awak dah boleh bangun."

Arah Aqisha. Aqisha bingkas bangun. Tangan dihulurkan ke arah Tengku Emran. Tengku Emran menyambut huluran Aqisha dan cuba bangun perlahan.

"Awak boleh jalan tak ni?"

Soal Aqisha.

"Boleh.. Kenapa? Kalau saya takboleh jalan, awak nak dukung ke? Kuat ke?"

Tengku Emran mengusik Aqisha dengan senyuman nakal di bibir.

"taklah.m Kalau takboleh jalan, saya tinggalkan awak sendirian disini."

Dia pantas berjalan ke arah basikal dan menyorong ke hadapan. Tengku Emran berjalan beriringan dengan Aqisha walaupun jalannya sedikit terhincut.
Aqisha selesai meletakkan basikal kembali di tempatnya.
Tengku Emran di sebelahnya dipandang.

"Jom lah balik. Awak pun dah pandai tunggang basikal. Jadi tugas saya dah selesai."

Tengku Emran memandang wajah Aqisha. Dia baru teringat pesan Hakim sebentar tadi.

"Kita singgah dekat Aiman Workshop dulu. Lepastu balik.."

"Nak buat ape?"

"Kereta awak dah siap. Hakim suruh saya bagitahu awak. Bayaran pun sudah diselesaikan.. Awak nak ke taknak ambik kereta awak?"

Tanya Tengku Emran. Aqisha menepuk dahi. Dia terlupa tentang keretanya.

"Nak lah. Jom la cepat.."

Mereka berdua mengatur langkah menuju ke kereta Tengku Emran. Sekali lagi mereka dalam dunia mereka sendiri, tanpa mengeluarkan sepatah bicara sehingga kereta Tengku Emran menderum meninggalkan pekarangan taman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience