“ Tu kau jangan khuatirlah Zam. Aku tak kan nak komplen apa-apa pulak,”
sahut Sam dengan senang hati.
“ Tapi aku kena balik rumah dulu nak uruskan hal lain sebelum bertolak,”
ucap Sam tidak lama kemudian.
Kyle deras berpaling. “ Maksud engkau?”
“ Aku mungkin lewat dalam dua tiga hari. Nanti kau kasilah alamat
kampung engkau. Biar aku pergi sendiri. Adventure sikit,” Sam ketawa halus.
Kyle kemudiannya menganggukkan kepalanya. “ Sukahati engkaulah Sam.
Nanti aku bagi alamat engkau. Kalau engkau sesat nasib engkaulah.”
“ Susah sangat ke nak cari kampung engkau Zam?” perli Sam. Macamlah dia
boleh sesat.
“ Susah tu taklah tapi memang jauh sikit dari bandar.”
Sam termenung sebentar. Kemudian dia memandang lagi kearah Kyle . “ Apa?
Kampung kau ni dalam hutan ke?”
“ Mana ada,” bantah Kyle . Sam ketawa makin kuat.
“ Satu lagi sebelum aku terlupa. Kalau boleh jangan lewat sangat sampai
kampung aku,” ucap Kyle sambil menepuk kepala lutut sahabatnya itu.
“ Yelah aku tak kan lewat.”
“ Ingat pesan aku tu,” pesan Kyle sekali lagi.
Sam hanya mengangguk. Bosan pula diingatkan begitu. Macamlah dia budak
kecil yang perlu diawasi selalu.
Seperti ditampar sesuatu Sam tersedar dari lamunannya. Bergegas dia
memeriksa segala keperluannya dikampung Kyle nanti. Tidak mahu ada yang
tertinggal. Memikirkan mungkin antara rumah Kyle jauh dengan kedai
membuatkan dia lebih berhati-hati. Tidak mahu percutiannya nanti menjadi
sulit hanya kerana perkara-perkara kecil dan remeh.
Setelah memastikan semuanya ada dan lengkap Sam mencapai beg galasnya
dan keluar dari dalam bilik.
Ditangga dia ditegur oleh ibunya yang kebetulan baru keluar dari dalam
kamarnya tidurnya.
“ Dah siap dah?”
Sam angguk sambil menyeringai mengalas beg besar itu dibahunya.
“ Betul ke kali ni tak mahu ikut mama pergi holiday,” soal ibunya lagi.
Sengaja dia mahu mematahkan niat anaknya itu untuk bercuti dikampung.
Entah apa yang menariknya tentang kampung dia tidak pasti. Sudah ada
kemudahan dan kesenangan kenapa mesti menyusahkan diri untuk kesana
pula. Dengan nyamuknya, pacat dan agas malam. Rimas dan risau.
“ Betul ma. Sam nak holiday dikampung pulak. Lagi pun sejak dari kecil
duduk terperap di KL ni. Elok jugak kalau Sam beralih angin. Kalau tak
sekarang bila lagi? Kalau dah kerja tentu dah susah nak berjalan,” itu
alasan yang terbit dari bibirnya. Kali ini ibunya tidak mampu membantah
lagi. Pilihan sudah dibuat dan Sam nyata tekad dengan keputusannya.
Tidak guna lagi andai dia memujuk. Membazir air liur saja, bisik hati
datin Fiza.
“ Nanti mak panggilkan pak Abu. Suruh dia hantar Sam ke bus station.
Naik dari mana ni TBS ke atau Pudu?” datin Fiza menoleh kearah anak
bujangnya.
“Pudu aje mak. Arah utara memang naik ikut situ,” sahut Sam sambil
tersengih. Menyerlahkan lagi lesung pipit dikedua pipinya.
“ Hati-hati bila disana nanti Sam. Jangan buat kelaku yang tak senonoh.
Itu kampung, bukannya bandar besar macam tempat kita ni. Lain sikit
budaya orang sana,” pesan datin Fiza dengan hati yang dipaut bimbang.
Pertama kali melepaskan anak bujang bercuti dikampung. Ada sesuatu
menganjal dilubuk hati. Tidak pula dia tahu kenapa. Kurang enak. Kalu
boleh memang dia tidak mahu melepaskan anaknya pergi sendiri.
Share this novel