BAB 37

Romance Completed 43245

Suasana malam yang diterangi cahaya bulan menemani Anis Raihanna. Deruan ombak menyapa gegendang telinga. Cahaya daripada lampu menyinari setiap sudut hotel yang diinapi olehnya.

"Hmm.." Satu keluhan kecil terbit dibibir gadis itu. Matanya tidak lepas memandang lautan yang sedang bergelora. Sama seperti  perasaannya pada ketika ini.

Gelora dengan perasaannya terhadap Afiq Raihan. Sekejap suka sekejap benci. Diri sendiri tak pasti. Atau ini yang dinamakan cinta?

Mungkin dirinya mabuk. Mabuk dalam lautan cinta Afiq Raihan. Kejap, apa yang aku merepek ni?

"Anis, apa kau buat ni? Wake up!"
ucapnya perlahan.

Janji yang dimeterai bersama Tok Nek berlayar di fikiran. Buat sekian kalinya satu keluhan kecil dilepaskan. Anis Raihanna menguis pasir pantai itu menggunakan kakinya.

"Tok Nek, patut ke Anis pertahankan kebahagiaan rumah tangga Anis? Anis tahu Anis dah janji. Tapi boleh ke Anis tunaikan janji tu?" soal Anis Raihanna  kepada dirinya.

Dia sendiri sedaya upaya berusaha untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangganya. Usahanya membuahkan hasil apabila Afiq Raihan bersetuju untuk menukarkan panggilan mereka berdua.

Langkah seterusnya adalah untuk meluahkan perasaannya kepada Afiq Raihan. Melalui cara ini, dia dapat mengetahui perasaan lelaki itu terhadapnya.

Akhir sekali, adalah memujuk Afiq Raihan supaya tidak menceraikan dirinya. Setelah itu, dia berharap dapat melayari bahtera kebahagiaan yang sebenar seperti suami isteri yang lain.

Bibirnya mengukir senyuman apabila membayangkan kebahagiaan yang bakal dikecapinya. Dia mengambil nafas panjang sebelum dilepaskan.

"La awak dekat sini rupanya. Penat saya cari tahu tak? Kan dah kata order makanan dulu. Kenapa duduk dekat sini lagi?" tegur Afiq Raihan yang baru tiba.

Anis Raihanna terkedu apabila suaminya membahasakan awak-saya. Ditelan air liur yang terasa kesat. Kekok rasanya.

"Kenapa? Terkejut eh aku guna awak-saya? Tu lah aku tanya kau sure tak kalau guna panggilan tu. Kau sendiri yang kata setuju. But, now just look at your own face. Macam nampak hantu." kata Afiq Raihan selamba.

Kedua-dua tangannya disilangkan ke dada. Matanya masih merenung Anis Raihanna yang masih diam tak membalas.

"Aku cuma terkejut je. Aku ingatkan kau nak mula esok hari. Dahlah kata nak makan kan tadi. Jomlah." balas Anis Raihanna menukar topik.

"Kalau kau tak biasa lagi, kita guna aku kau jer lah." kata Afiq Raihan.

Dia sendiri rasa kekok apabila menggunakan panggilan tersebut. Rasa macam nak tergeliat lidah dia bila membahasakan awak-saya tu.

"Saya okay. Cuma tulah rasa macam tak selesa jugaklah. Kita cuba try slow-slow. Tak salahkan mencuba?" balas Anis Raihanna.

"Hmm." Itu sahaja balasan daripada Afiq Raihan.

"Ke kau tak berani? Nak cakap awak-saya tu hah?" usik Anis Raihanna untuk menghilangkan rasa kekok.

"Apa? Aku tak berani? Tolong sikit. Panggil kau sayang pun boleh tau. Nak ke hah?" balas Afiq Raihan selamba.

"Oh ya? Buktikan. Aku nak tengok sejauh mana keberanian kau tu." cabar Anis Raihanna.

Dia menyembunyikan senyuman. Tangan disilangkan ke dada seperti Afiq Raihan. Matanya dipincingkan ke arah suaminya.

"Sayang...jom makan." kata Afiq Raihan dengan penuh romantis.

Sengaja dia meleretkan perkataan sayang tersebut. Tangannya merangkul pinggang Anis Raihanna. Mata mereka berdua bertentangan buat seketika.

Anis Raihanna kaku. Terkejut dengan panggilan yang digunakan oleh suaminya dan tindakan lelaki itu. Jantungnya mula memainkan rentak.

"Apa main pegang pinggang orang ni. Dah la jom makan. Tak payah la guna saya-awak dah. Rasa tak selesa." kata Anis Raihanna.

Dia meleraikan lingkaran tangan Afiq Raihan pada pinggangnya. Mukanya dipalingkan ke arah lain. Malu mahu bertentangan mata dengan lelaki itu lagi.

"Pulak dah. Kejap nak saya-awak kejap aku-kau. Ah tak kisahlah. Jom makan. "balas Afiq Raihan.

Dia menarik tangan Anis Raihanna. Lalu, disulamkan jari jemarinya bersama kekura tangan isterinya. Mereka berdua berjalan beriringan.

Anis Raihanna hanya menurut langkah suaminya. Tiada rasa mahu membantah atau apa. Ibarat lembu dicucuk hidung saja gayanya.

Afiq Raihan merasakan sesuatu yang aneh mula terbit didalam hatinya. Tetapi dia masih tak pasti apakah sebenarnya yang dialami oleh dirinya.

???

"Ha kenyang pon perut ni. Burp!" kata Anis Raihanna.

Dia menghirup sedikit air minumannya. Hidangan yang disediakan oleh hotel tersebut amat menyelerakan. Sekejap sahaja makanan tersebut dihabiskan.

Selera orang datang bulan ni memang lain macam sikit. Hehe

Afiq Raihan mengeleng kepala melihat tingkah isterinya. Dia segera memanggil pelayan untuk menjelaskan bayaran.

"Orang kalau lepas makan cakap alhamdulilah. Bukan sedawa kuat-kuat macam tu. Tak malu ke hah?" tegur Afiq Raihan.

Anis Raihanna mencebik. Entah kenapa tiba-tiba dia cepat terasa. Padahal dah biasa kena tegur. Perempuan..

"Alah nak buat apa malu? Aku isteri kau juga. Huh." bidas Anis Raihanna tak puas hati.

Afiq Raihan menepuk dahi.Lupa pulak isteri dia sedang datang bulan sekarang. Emosi tak stabil. Tu yang tiba-tiba nak merajuk tu haih.

"Ye kau memang isteri aku. Aku pulak suami kau. Jangan merajuk boleh tak? Aku tak retilah pujuk." kata Afiq Raihan berterus terang.

Mana dia tahu nak pujuk orang ni. Sakitkan hati orang dia tahulah. Itu memang bidang kepakaran dia.

"Suami? Suami 3 bulan ada lah. Hmm." gumam Anis Raihanna perlahan.

"Apa kau cakap tadi? Aku tak berapa dengar." soal Afiq Raihan yang tertanya-tanya.

"Tak ada apalah. Jom balik bilik. Aku nak tidur. Penat layan kau tahu tak?" kata Anis Raihanna dengan nada yang mendatar.

"Wei kau merajuk ke? Esok kita mandi laut nak?" pujuk Afiq Raihan.

Bersinar terus mata Anis Raihanna. Dengar saja mandi laut rasa nak terjun sekarang jugak tau.

"Seriuslah? Jangan tipu eh." kata Anis Raihanna tak percaya.

"Ya, buat apa aku nak tipu. Dah, jom kata nak rehat dekat bilik. Esok kan nak mandi laut. Ke kau tak nak?" kata Afiq Raihan lagi.

"Eh mestilah aku nak. Aku nak mandi puas-puas. Lantaklah kalau sunburn pun. Dah lama sangat aku tak mandi laut ni." balas Anis Raihanna teruja.

Tak jadi terus dia nak merajuk. Pandai jugak si Afiq Raihan tu pujuk. Tak reti konon. Ceh.

"Kalau nak, jom balik. Kita rest dulu." ajak Afiq Raihan.

"Okay. Tapi kalau kau tipu, siap kau eh. Jangan tanya kalau mata kau lebam sebelah." ugut Anis Raihanna.

Penumbuknya dihalakan kepada wajah Afiq Raihan. Acah nak takutkan la kononnya.

"Macam kau berani buat." gumam Afiq Raihan perlahan. Dia segera beredar pergi.

"Apa kau cakap tadi?!" suara Anis Raihanna mula meninggi.

"Shhhhh... Maaf cik. Tolong turunkan nada suara cik ye." tegur salah seorang pekerja hotel tersebut.

Anis Raihanna mengangguk kecil sambil menunduk. Malu apabila ditegur sebegitu. Mulut ni pun satu, cakap kuat sangat kenapa!

Dia segera mengatur langkah pergi ke bilik. Boleh pulak mamat tu tinggalkan dia sorang-sorang?! Dah la dia menahan malu sebab mamat tu jugak. Erghh!

Pintu bilik ditolak dengan kasar. Tubuh Afiq Raihan yang sedang terbaring di katil dijeling tajam. Sedap eh mamat tu tidur. Mana keadilan dunia hah?!

Seraya itu, dia menukar pakaian kepada baju yang lebih selesa untuk tidur. Setelah selesai menukar pakaian, Anis berbaring bersebelahan suaminya.

"Eii, rasa nak cekik je tau kau ni. Tepi sikit!" arah Anis Raihanna sesuka hati.

Perasaan geram terhadap Afiq Raihan tak dapat dibendung lagi. Dia menolak sedikit tubuh Afiq Raihan menjauh daripada dirinya. Ikutkan hati, nak tolak sampai jatuh katil.

Padan muka! Baru adil.

"Oi, tepi la sikit. Aku tahu kau tak tidur lagi. Nak aku tolak sampai jatuh ke hah? " ugut Anis Raihanna.

Afiq Raihan masih lena diulit mimpi. Badannya dikalih ke arah lain. Anis Raihanna berdecit.

"Tahu pun takut. Kalau tak memang tergolek dah kau jatuh katil tadi." gumam Anis Raihanna perlahan.

Dia mengambil posisi yang sesuai untuk tidur. Tubuhnya membelakangkan Afiq Raihan. Satu keluhan kecil dilepaskan.

"Tak elok pulak aku tidur belakangkan dia. Haih terpaksa jugaklah ni." rungut Anis Raihanna.

Seraya itu, dia memusingkan tubuh menghadap Afiq Raihan yang sudah lena dibuai mimpi. Lama dia merenung wajah suaminya. Akhirnya dia terlelap.

Dengkuran halus mula kedengaran. Suasana hening malam itu diselangi dengan bunyi dengkuran halus tersebut.

Afiq Raihan yang sedar isterinya telah tidur membuka mata. Dia menongkat dagu sambil merenung seraut wajah Anis Raihanna.

Bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Dia menyelimuti isterinya hingga ke paras bahu. Suhu pada malam itu sejuk sekali. Afiq membisikkan sesuatu pada telinga Anis Raihanna. Seraya itu, dia menyambung lenanya kembali.

"Good night, Hana."

???

"Afiq, Jom mandi laut!" ajak Anis Raihanna dengan teruja.

"Petang sikit tak boleh ke? Aku malaslah." balas Afiq Raihan yang sedang leka bermain video game.

"Kau dah janji semalam kan? Jomlah." pujuk Anis Raihanna.

"Ah itu janji melayu. Siapa suruh kau percaya." balas Afiq Raihan selamba.

"Kau ni, jahat gila tahu tak!" marah Anis Raihanna.

"Suka hati aku lah. Hidup aku."

Sekali lagi balasan selamba daripada Afiq Raihan.

Anis Raihanna mula naik angin. Suami dia tu kalau tak buat naik angin memang tak sah! Mahu kena darah tinggi dia nanti.

"Kau tahu Mun tambah Afiq jadi apa?" soal Anis Raihanna tiba-tiba.

"Kau kenapa? Pickupline ke apa yang kau cuba bagi ni hah? Sorry aku tak minat." balas Afiq Raihan acuh tak acuh.

"Jawapannya MUNAFIQ!
Pickupline? Euww. Aku main punchline je okay. Aku pergi sorang je lah macam ni. Kau tengoklah phone tu sampai esok." bidas Anis Raihanna.

Dia melangkah pergi meninggalkan Afiq Raihan dengan perasaan sebal.Apa dia kisah lelaki tu nak teman ke tak nak. Dia masih boleh berdikari eh.

Naik pusing kepala bila fikirkan layanan Afiq Raihan kepada dirinya. Sekejap baik, sekejap jahat. Arghh!

"Tenang sikit hati ni bila tengok laut. Daripada mamat sewel tu, buat sakit hati aku je." kata Anis Raihanna sambil menikmati pemandangan laut yang luas terbentang.

Beberapa orang lelaki mula menghampiri Anis Raihanna yang duduk bersendirian. Mereka mengukir senyuman nakal.

"Eh, cik adik. Sorang je ke? Nak kami temankan?" soal salah seorang lelaki tersebut.

Anis Raihanna mempamerkan riak muka menyampah. Dia menjeling sekilas kepada mereka. Tolonglah, dia baru nak aman dah ada orang kacau. Hmm.

"Dah buta ke? Tak nampak aku duduk sorang-sorang ni. Tapi tanya lagi. Aku tak perlukan sesiapa temankan aku. Tak payah sibuk hal aku boleh tak?" perli Anis Raihanna.

Beberapa lelaki tersebut berpandangan antara satu sama lain. Tak lama kemudian, mereka menghamburkan tawa.

Anis Raihanna mengerutkan dahi. Dah kenapa gelak tiba-tiba? Ada jugak yang kena bantai jugak kang. Dia masih geram lagi dengan sikap Afiq Raihan tadi. Tak pasal-pasal, mereka yang terima tempiasnya.

"Garangnya cik adik sorang ni. Aum! Saya suka! Hahaha..." kata lelaki yang sama. Sekali lagi, mereka menghamburkan tawa.

"Woi, aku tak ada masa nak layan korang ni tahu tak! Tak ada kerja ke hah!" nada suara Anis Raihanna naik seoktaf.

"Kir, kau pegang perempuan ni. Geram aku. Lan dengan Din korang cover aku. Kalau ada orang datang, cakap." arah Arif selaku ketua kumpulan tersebut.

Anak buahnya hanya menurut arahan yang diberikan. Anis Raihanna pula meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tak guna!

"Eh janganlah macam ni. Kami nak kenal cik adik ni je. Jangan takut." kata Arif memujuk. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Lepaskan aku lah gila. Kau nak mati awal ke hah?!" marah Anis Raihanna.

"Kalau ya pun kenapa sayang? Tak ada siapa nak selamatkan kau." balas Arif.

Dia mula mendekati Anis Raihanna. Namun sedikit pun Anis tak gentar malah dia turut mengukir senyuman sinis. Arif mengerutkan dahi.

"Kenapa kau tak jerit? Tak takut? " soal Arif mahukan kepastian.

Rakan-rakannya turut menumpukan perhatian kepada Anis Raihanna. Pelik dengan tingkah gadis itu.

"Kenapa kau tanya aku? Tengok belakang korang." balas Anis Raihanna selamba.

Seraya itu, mereka menoleh ke belakang. Masing-masing menunduk takut. Anis Raihanna segera dilepaskan.

"Korang buat apa hah dekat isteri aku? Sayang, sini dekat abang." kata Afiq Raihan dengan tenang.

Anis Raihanna menjulingkan mata ke atas. Sayang? Abang? Nak muntah kejap boleh tak. Dia bergegas mendapatkan Afiq Raihan.

"Dah, baik korang blah dari sini. Kalau aku nampak lagi muka korang, mati aku kerjakan!" ugut Afiq Raihan.

Dia benar benar memaksudkan.
Laju sahaja, mereka semua beredar. Tulah cari pasal dengan orang yang salah lagi. Setepek!

Anis Raihanna menjelir lidah kepada Arif. Berani lagi kacau dia. Nak mandi laut pun tak senang. Dia menoleh ke arah Afiq Raihan. Suaminya merenung tajam ke arahnya.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" soal Anis Raihanna selamba.

Afiq Raihan meraup muka. Tak faham dengan kerenah isterinya.

"Kenapa kau datang sorang-sorang? Tak takut ke hah? Kalau aku tak ada tadi, dah jadi 'lauk' dah kau. Be careful next time,please." bebel Afiq Raihan.

"Bukan aku yang nak datang sorang-sorang eh. Kau yang tak nak teman aku tadi kan. So, bukan salah aku." balas Anis Raihanna.

"Aku cuma nak mandi laut je. Tiba-tiba, mamat tak guna tu kacau daun. Huh." sambung Anis Raihanna lagi.

"Mandi laut?" soal Afiq Raihan.

"Yelah aku dah katakan, aku nak mandi laut tadi. Pekak dah ke?" perli Anis Raihanna.

Tanpa amaran, tubuh Anis Raihanna dicempung oleh Afiq Raihan.

"Woi, kau apahal pulak ni!" marah Anis Raihanna.

"Kata nak mandi laut tadi. Mandilah" balas Afiq Raihan selamba.

Tak semena-mena, tubuh Anis Raihanna dicampakkan ke dalam laut. Afiq mengukir senyuman.

"Afiq!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience