BAB 13

Horror & Thriller Completed 4761

Pada masa itu, saya teringat kata-kata orang tua-tua di perkampungan Orang Asli itu. Wanita berbaju putih yang sering duduk di dahan pokok tinggi dan mengilai itu adalah langsuir.

Dalam gelap malam, kami berlari laju mahu sampai segera ke rumah masing-masing. Mereka tidak menoleh ke belakang lagi kerana terlalu terkejut terpandang kelibatnya.

Apabila tiba di rumah, badan saya terus sahaja menggigil dan beberapa hari pula saya diserang demam lagi kerana terkejut.

Saya pernah terdengar orang tua-tua kampung itu berpendapat, gangguan yang berlaku mungkin berpunca daripada kuasa halus yang meracau dan bebas lepas, terutama apabila ada kubur lama di perkampungan ini dikatakan diceroboh pihak tertentu sebelum itu.

Bagaimanapun, dua rakan saya yang turut sama melihat gangguan langsuir itu masih demam dan mereka belum kembali bekerja.

Saya yakin perkampungan yang kami duduki itu tak akan lenyap daripada segala gangguan atau cerita-cerita misteri makhluk halus kerana selepas beberpa hari, ada pula orang kampung lain yang mengalami nasib yang sama.

Share this novel

Sya Sya
2019-11-27 20:45:11 

besstttt


NovelPlus Premium

The best ads free experience