"asal kau monyok je muka.macam kera"tawa syira
"sepupu aku yang duduk dekat melaka tu nak balik duduk dengan aku"ceritaku
"sepupu kau tu lelaki ke perempuan"soal syira
"lelaki,Arash Sufiyan"aku meletakkan kepalaku keatas meja.
"nanti kau boleh la kenal kan dia dekat aku ye.. mesti handsome sehensem namanya"gedik syira. aku membuat isyarat ok
"hajar, sir rahimi nak jumpa dekat bilik guru"ujar ketua kelas, fahmi. aku bangun dan menuju ke bilik guru.
"ada apa sir nak jumpa saya"ujarku.dihulur beberapa buah buku rujukan kepadaku
"nah ambil ni untuk rujukan"ujarnya
"tapi sir saya tak mampu nak bayar"aku menolak
"tak pe sir belikan untuk kamu"ujarnya.aku terpana.apahal pula dia beli buku untuk aku.
"lepas kelas jangan lupa kelas tambahan hari ni"ujarnya
"eh form4 ada kelas tambahan ke sir"soalku
"untuk kamu saja"ditunjukkan kertas ujian minggu lepas.markah ku gagal.
"baik sir.. "aku keluar dari bilik guru dengan buku ditangan.
"kenapa sir cari kau"syira mengorek cerita
"ni ha"aku tunjuk akan buku buku yang diberi sir rahimi.
"lain macam layanan dia kat kau..korang ada apa apa ke"usik syira.
"taik kau.. "aku menyimpan buku rujukan dilaci meja
"balik ni kau balik dulu ya.. aku ada kelas tambahan"ujarku.syira merenungku pelik
"kita ada kelas tambahan ke"soal syira
"untuk student yang fail english je"balas fahmi. kami menoleh. ketua kelas yang duduk dibelakang ku mengetahui hal ini
"kelas kita 7orang termasuk kau campur dengan kelas lain lagi semua 20 orang"ceritanya.hatiku sedikit lega.
pelajar dari kelas lain masuk ke kelas ku. rubi dan liza juga ada.aku tidak mengendahkan mereka yang duduk dibelakangku.aku memberi perhatian sepenuhnya pada ucapan lelaki itu.
"liza, kamu buat apa tu"tegur sir rahimi. dia menghampiriku. dipegang tudung ku
"kamu tahu apa maksud bitch"soalnya.aku menarik tudungku tapi dihalang lelaki itu.
"kamu jangan sebarkan fitnah ya.. "ujarnya lagi. Blazer yang disarungnya dibuka dan disarungkan kepada ku
"pergi tandas dan cuci tudung kamu atau terbalikkan saja"suruhnya.aku mengikut saja arahannya.I'M A BITCH tertera pada tudung ku.walaupun aku tidak tahu apa maksudnya tapi dari teguran sir rahimi aku tahu ia perkataan tidak elok. tudungku aku basuh dan aku keringkan menggunakan alat pengering tangan. aku kembali ke kelas semua pelajar sudah pulang.Hanya Sir Rahimi berada didalam. dia tunggu blazer dia kot.fikiranku
"terima kasih sir"aku pulangkan semula blazernya.
"selalu ke liza dan rubi tu kacau awak"soalnya
"dorang bukan kacau tapi buli, saya tak tahu apa masalah dia dengan saya"aku mengemas begku. aku mengambil buku dilaci meja. terlihat tangannya memegang bucu meja ku.
"awak tak lapor pada cikgu disiplin ke"soalnya
"nak lapor.. lapor apa.. apapun tetap akan jadi salah saya balik"nada ku tinggi seoktaf.dia terkejut dengan reaksiku.aku melangkah keluar tapi beg ku ditarik
"saya bantu awak buat laporan tentang dorang, buli bukan perkara main main"ujarnya
"sir, saya tak rasa itu perkara yang bagus untuk saya.. maksud saya kita.. "ujarku
"apa maksud awak"soalnya
"kita dah jadi bahan bualan student dekat sini, liza reka cerita yang saya dengan sir... "aku tidak dapat menghabiskan ayat. jari aku menunding kearah dia dan aku.
"couple"aku tersedak apa bila ayat itu terpacul dari mulutnya.
"ha..ha..itu la"aku sedikit kacau.
"biar lah mulut orang... janji awak dapat pertahankan diri awak betul tak"ujarnya
"tak pe sir hal saya saya boleh uruskan sendiri."ujar ku dan keluar dari kelas dengan tergesa gesa.
Dilaman rumahku kelihatan sebuah kereta diparkir dibawah pohon ceri.aku tertanya tanya kereta siapa itu.
"Assalamualaikum"aku memberi salam. mata aku terpampam pada tubuh yang berada di sofa. Arash Sufiyan.Aku memperlajukan langkah ku.
"Anisa dah balik"sapa maksu yang berada didapur.aku menyantuni wanita itu.
"bila maksu sampai"soal ku.
"pagi tadi,pergi mandi...maksu dah masak, anisa makan ya"ujarnya.aku masuk ke bilik dan menuju ke bilik air. tubuhku ditolak dari belakang. aku hampir tersadung.
"aku nak terkencing"arash menolakku dan masuk kebilik air
"woi.."marahku.apa yang dia buat lama sangat ni.
"cepat la aku nak mandi ni"pintu bilik air aku ketuk kuat.
"Ya Allah apa yang bising tu.. roboh pintu bilik air tu nanti"bising maksu
"arash ni.. buat apa ntah dalam ni"rungutku
"aku berak.. sakit perut"tempiknya
"binawe"aku duduk di kerusi menanti. akhirnya pintu bilik air dibuka
"terima kasih"ujarnya
"tepi la aku nak mandi"tolakku.
Aku mengemas laman yang agak bersemak samun.Dari jendela kelihatan ayah seronok berbual dengan maksu.lama mereka tidak berjumpa. mesti banyak perkara yang ingin dibualkan mereka.
PRENNGGGG
Aku hampir terjatuh terkejut akan bunyi moto ayah sudah lama tidak digunakan.motoe ex5 itu sudah setahun tersadai kerana ayah tidak membenarkan kami menunggangnya selepas Qayyum kemalangan akibat langgar lari.kakinya terpaksa dimasukkan besi.salahnya juga kerana berlumba diatas jalan.
"wei bising tau tak"tempikku.lagi kuat dipulas minyak motor itu. aku membaling sabut kelapa yang berada berhampiranku tepat mengenai kepalanya
"setan kau, sakit"dibaling semula sabut tersebut tapi aku cepat cepat melarikan diri.
"arash..jangan la kacau anisa.."tempik maksu. akhirnya ada juga orang yang berpihak padaku. arash mendorong motor itu keluar
"kau nak buat apa"tanyaku
"rempit la"ujarnya
"suka hati kau... simpan balik"suruhku
"ah.. bosan aku duduk rumah je"ujarnya
"simpan la balik.. nanti ayah aku marah"ujarku.aku menarik motor itu masuk ke bawah rumah ditariknya keluar. kami berantam mulut
"apa yang bising dekat bawah tu"tempik ayah
"arash nak bawa motor keluar"balasku
"paklong,arash nak guna motor boleh"pintanya.
"amik la.. motor tu dah setahun tak guna, tersadai je.. amik la guna"tempik ayah. aku terkejut dengan kenyataan ayah.
"haha... dapat.. "ejek arash.
"isshhhhh"aku geram.
"paksu nak kopi"tanya ku.
"boleh juga"aku bancuh kopi lebih sedikit. secawan aku berikan pada paksu yang menonton tv dan secawan lagi untuk ayah.
"ayong ok kan kalau dorang tinggal sini"tanya ayah
"ayong ok je ayah.. sekurang kurangnya ayong tak risau dah.. ada orang jaga ayah bila ayong pergi sekolah"ujarku.aku ke dapur bagi menyiapkan nasi lemak untuk esok.
"anisa buat apa tu"tanya maksu
"sambal nasi lemak untuk esok maksu"jawabku
"macam mana ok ke sambutan"soalnya
"alhamdulillah maksu"ujarku.
"maksu ingat maksu nak buka balik gerai arwah ibu anisa..boleh tak"pintanya
"eh boleh.. anisa setuju sangat maksu.. gerai tu dah lama kosong sejak mak meninggal takde sapa nak meniaga.dah dua tahun kosong macam tu je"aku berterima kasih sangat andainya benar maksu mahu membuka semula gerai ibu.
"nanti la maksu fikir kan..maksu bincang dengan ayah macam mana"ujar wanita itu
"ibu... baju sekolah iyan mana"waktu ni lah dia nak mencelah.. sibuk je.. bisik hatiku.maksu masuk ke biliknya lalu keluar semula
"cari dengan hidung memang tak jumpa.. orang cari dengan mata"bebel maksu.aku hanya tertawa.
Uniform sekolah itu dicampak kepadaku
"amboi"marahku
"tolong gosok"pintanya
"kau tak boleh minta tolong elok elok ke.. main baling baling pula"marahku.tapi marahku tidak diendahkan. lambang sekolah kami sama
"alaaaahaiiii"keluh ku.Aku menggosok baju lelaki itu dan kusangkut dipintunya.Aku merebahkan tubuhku ke katil. letih dari hujung kepala hingga hujung kaki ku terlerai.Kedengaran bunyi bising didapur. Jam 4pagi. aku bangun.kelihatan maksu sedang memasak. nasi lemak.... aku cepat cepat basuh beras dan menanak nasi lemakku.
"anisa buat apa..awal lagi ni"soal maksu
"nasi lemak.. hari ni gerai cik timah buka"ujarku.
"owh.. takpe maksu bungkuskan nanti.. pergi tidur dulu.. maksu masak bekal korang"ujar wanita itu
"eh takpe maksu nasi ni biar anisa buat.. "aku tidak mahu menyusahkan wanita itu. dari ceritanya semalam beban dan dukanya sungguh berat.punya suami tapi tiada fungsi.semuanya dicari dan diurus sendiri akhirnya perniagaannya yang gah dahulunya lingkup sekelip mata.cekal hati wanita itu membuatkan aku terinspirasi.
bukan tidak pernah diminta untuk berpisah tapi disebabkan pernikahan mereka diselatan thailand yang tiada pengesahan di malaysia membuatkan sukar untuknya mendapat pembelaan dari mahkamah syariah.aku tidak menyangka lelaki yang aku lihat baik perwatakannya rupanya tiada perikemanusiaan.
"macam ni boleh"soal maksu
"hah macam ni"aku memeriksa nasi lemak yang dibungkus maksu.
"alamak dah pukul 6..angah..adik bangun"panggil ku.aku membuka pintu bilik angah. dia masih berlingkar dengan selimut
"angah bangun angah"kejut ku..
"ayong.. angah dah bangun la"aku menoleh.qayyum diluar bilik. alamak.. aduiiii... silap bilik. aku bangun perlahan lahan..tapi lengan baju ku ditarik.
"kau buat apa dalam bilik aku"soal arash
"aku lupa kau tidur dalam ni.. kau tidur balik ya"aku menutup mukanya dengan selimut.lalu keluar.
"nah bekal korang, ni duit belanja."wang bernot rm5 dihulur maksu
"banyaknya maksu"kata redza.
"selalu bawa berapa"soal maksu
"dua ringgit"ujar redza.
"takpe hari maksu bagi lima ya"wang itu diambil redza dan qayyum lalu ke pintu memakai kasut.
"iyan cepat la dah siap ke belum"tempik maksu.arash keluar dari biliknya siap dengan beg dan tali leher.
"hahaha dah kena lucut pangkat ke"perliku.arash disekolah lamanya dia adalah seorang pengawas.
"kau... "marahnya
"ish korang ni macam anjing dengan kucing,dah jom maksu hantar.. iyan jangan lupa bekal tu"tempik maksu dia anak tangga.
Kehadiran Arash Sufian menjadi buah mulut disekolah. Dia yang sekelas dengan liza dan rubi menjadi perhatian ramai.
"itu ke sepupu kau"soal syira
"ha ah"aku malas nak melayan.
"weh...kenen kan lah dekat aku"pinta syira
"nanti la.. sekarang kita belajar dulu ye"aku membuka buku teks dan menumpukan perhatian pada guru.pintu kelas diketuk., Arash Sufiyan.
"maaf cikgu saya nak berjumpa dengan Hajar Anisa"ujarnya..aku... aku.. kenapa aku.. apa yang dia nak pula kali ni.. aku bangun dan keluar kelas.
"nak apa"soalku
"kau ada alat tulis lebih aku lupa bawa"ujarnya
"alat tulis kau mana"soalku
"kat rumah"ujarnya
"sapa nak guna dekat rumah.. yang kau tinggal tu buat apa"marahku
"kau nak bagi ke tidak"marahnya
"kalau aku taknak bagi"ujiku
"kita duduk dekat luar kelas sampai habis sesi"ugutnya.aku mahu masuk ke kelas tapi tudungku ditarik dari belakang
"apa"marahku
"kau nak ke mana"soal arash
"amik alat tulis la.. kau nak ke taknak"soalku semula
"nak nak...cepat cepat"pintanya.dia keluarkan beberapa batang pen dari bekas pensil aku dan letakkan ke dalam poket baju ku. diambil bekas pensil ku dan dibawa masuk ke kelasnya
"hantu betul mamat ni"aku masuk semula kedalam kelas.
"dia nak apa"soal syira
"dia rembat bekas pensil aku.. setan betul"rungutku
"apa yang sokseksoksek tu"marah cikgu. aku dan syira diam.
"wei bekas pensil aku mana"pinta ku.
"dalam kelas"balasnya acuh tak acuh
"aku nak balik bagi aku cepat"pintaku
"kau ada nampak orang bawak bekas pensil ke dekat sini... "perlinya
"aku tahu lah kantin maksud aku kejap lagi."aku malu.. aku ditolak rubi.
"excuse me.. kami nak duduk"ujar liza. aku meninggalkan mereka. memang sesuai sangat dorang satu geng. bisik hatiku
"tu nak masuk daun la tu"ujar syira
"lantak la.. memang sesuai pun dorang"marahku.
"wah lain macam bekal kau hari ni"puji syira
"maksu aku masak,kau nak"pelawaku.sosej didalam bekal ku diambil arash yang lalu ditepiku.
"arash sufiyaaannnnnn"bisikku geram.aku ke tandas,mata aku tertangkap kelibat arash.
"wei... kau buat apa"sergahku.putung rokok yang dibalingnya ke tanah masih berasap.
"kau hisap rokok"teka ku
"mana ada"dalihnya.aku menggunakan pancaindera yang dikurniakan Ilahi sebaiknya. aku menghidu bibirnya dan bajunya.
"bau asap rokok"arash kaku.
"woi kau apasal.. kau kata tak merokok.. tapi bau rokok kat kau.. aku bagitahu maksu"ugutku
"kau jangan memandai ya"pesannya
"ah aku nak bagitahu juga"aku lari menyelamatkan diri.
"Hajar Anisaaaaa"kedengaran tempikan itu.puas hati aku.
"maaf maksu anisa tak sempat masak"ujarku.
"tak pe mulai hari ni.. tugas anisa pergi sekolah..yang lain maksu buat. "ujar maksu. aku segan pada maksu. sudah lima bulan kami tinggal bersama,semuanya diurusnya termasuk ayah.gerai milik arwah ibu mula beroperasi. hari sabtu ahad aku dan adik adik membantu maksu.
"anisa kejap lagi jumpa maksu kejap ya maksu ada hal nak tanya"pinta maksu. aku mengangguk. maksu yang duduk dibawah pohon ceri aku hampiri
"maksu kata tadi hal ada tanya apa dia maksu"soalku
"maksu nak tanya anisa, paksu ada ganggu anisa"soal wanita itu. aku tidak tahu bagaimana mahu mula bicara.
"ada tak"soal maksu. aku mengangguk.
"Allahurabbi... maksu dah agak dah.. dia memang jantan tak guna"manik manik jernih mula bertaburan dipipinya
"dia ada buat apa apa tak dekat anisa.."soal maksu
"dia cuba peluk anisa hari tu waktu maksu dan yang lain dekat gerai... anisa baru habis mandi.. tapi nasib baik ayah ada.. ayah marah dia"ceritaku gagap. maksu menepuk nepuk bangku kayu itu bagi melepaskan geram
"ada satu malam,anisa tengah tidur, anisa dengar bunyi tv, anisa bangun buka pintu paksu masuk dalam bilik anisa, dia cuba rogol anisa, tapi Allah bantu anisa dengan kejutkan Arash.. Arash tolong anisa... dia tumbuk paksu. kalau arash tak datang tolong tak tahu la apa jadi dekat anisa."aku turut menangis.
"kenapa anisa tak bagitahu maksu.. kenapa diam.. jantan tu memang melampau tau"marah maksu.
"ni paksu dah lama tak balik dia pergi mana"soalku.dua minggu ini kelibat paksu tidak kelihatan.
"dia dah dapat duit.. dia berjoli la"luah maksu
"duit"soalku
"duit kedai tu"cerita maksu.
"Astaghfirullah... kenapa maksu bagi"soalku
"anisa rasa kalau maksu tak bagi dia akan duduk diam.. tak anisa.. dia boleh lembang barang barang dekat kedai tu.. malu tau..ayah anisa walaupun begitu dia dihormati orang kampung.. maksu taknak palit lumpur pada wajah ayah anisa"tangis masih berbekas. aku diam.mati kata.aku turut bersimpati tapi maksu lagi perit baginya.
Share this novel