Bab 5

Romance Completed 21373

Iris hanya senyap apabila mendengar yang Tania dan Rayyan sudah bercinta. 'Ya Allah! Setelah apa yang kau buat dekat aku semalam. Kau couple dengan Nia? Kau nak seksa aku ke, Rayyan Hadif?!' Iris menjerit dalam hati.
"Aku tak sangka aku dah declare couple dengan budak paling hot kat sekolah. Memang semua tengah jealous dengan aku sekarang ni. " Tania ketawa. Dia rasa sangat bahagia sekarang ni. Tetapi dia tidak tahu hati sahabatnya hancur berkecai.
"Kenapa kau diam je, Ris? Kau pun sukakan Rayyan?" Tania bertanya dengan nada serius. Iris terkejut dengan soalan itu tetapi cepat sahaja dia mengawalnya. "Kau kenapa? Aku tak suka dia lah." tapi aku cintakan dia, sambung Iris dalam hati.
"Kenapa kau diam?" Tania masih lagi curiga.
"Aku rasa tak sihat." memang betul pun yang dia rasa tak sihat. Badan lemah je. Selesema lagi. "Yeke?" Tania meletakkan belakang tangannya ke dahi Iris. "Panas gila! Jom aku hantar kau pergi bilik sakit."
Iris hanya mengangguk. Kepalanya pun sudah pening.
Mereka berada di dalam bilik sakit. Cikgu sudah pun memberikan Iris 2 biji panadol. Iris melelapkan matanya. Semoga kepalanya yang seperti berpusing-pusing otu sembuh selepas dia bangun.
**************
Rayyan memeriksa pelajar yang beratur untuk membeli makanan. Pelik juga apabila tidak melihat kelibat Iris. 'Marahkah dia kepada aku? Kerana semalam atau dia sudah tahu tentang aku dan Nia?' bisik hati Rayyan. Risaunya semakin menjadi-jadi.
Tiba-tiba matanya tertancap kepada Hazriq yang sedang membungkus makanan. "Eh, Riq? Kenapa bungkus?" tanyanya sebaik sahaja Hazriq lalu dihadapannya.Hazriq tersenyum. "Ni Iris punya. Puan Suhaila suruh aku beli makanan untuk Iris. Iris demam. Badan dia panas. Sekarang dia ada dekat bilik sakit. Ok, aku ciao dulu." Hazriq berlari anak untuk ke bilik sakit.
"Iris demam? Bini aku tu demam? Lepastu lelaki lain yang pergi jaga dan beli makanan? Gila! Patutlah badan dia panas semalam. Aku pula main redah je. Hish! Tak boleh jadinya." Rayyan ingin bergerak ke bilik sakit tetapi dia ditahan Tania.
"Kenapa ni Nia?" ujarnya dengan nada yang terganggu. "Rayyan, awak yang kenapa? Saya nak ajak awak makan sama-sama je." ujar Tania sambil menghantar lirikan menggoda.
Rayyan terkedu. Bukan kerana lirikan menggoda itu tetapi keran sikap Tania yang tiba-tiba berubah. Dia sukakan gadis itu kerana gadis itu berpewatakan ceria. Da n tidak gedik. Tetapi Tania sekarang berbeza dengan Tania yang disukai dulu.
"Maaf, saya ada problem." Rayyan terus berlari ke sakit.
***************
Apabila ingin masuk ke bilik itu, terdengar suara berborak dari dalam. "Saya suka awak." bagai terhenti jantung Rayyan apabila mendengar ungkapan itu.
Terus dia masuk ke dalam. Kelihatan Hazriq dan Iris berada di dalam. Iris sedang bersandar dikatil. Manakala Hazriq duduk di kerusi yang disediakan. "Kenapa kau datang sini?" tanya Hazriq. Geram apabila ada yang mengacau.
"Aku, aku...err.. aku datang jenguk Iris je. Pelik juga dia tidak bertugas tadi. Bila kau cakap dia sakit itu yang aku jenguk sekejap." Rayyan merasakan itu jawapan paling logik.
"Ooo... eh! Loceng dah bunyi. Aku naik dulu. Iris rehat tau." sempat dia menitipkan pesanan ringkas. Setelah pintu ditutup, Rayyan memandang Iris tajam. Iris pula terus baring dan memalingkan badannya daripada memandang Rayyan.
"Kau ok? Nak aku telifon umi atau walid ke?" tanya Rayyan dalam nada lembut. Dia dapat rasakan Iris sudah tahu tentang dia dan Tania. "Aku ok. Janganlah ambil tahu sangat. Kau pergilah sambung tugas kau. Kalau Puan Lisa tanya kenapa aku tak jaga blok, cakap aku tak sihat." Iris bersuara dingin.
"Iris, aku ni suami kau. Mestilah aku ambil tahu tentang kau. Aku minta maaf pasal semalam dan tentu kau dah tahu yang aku dengan Tania couple, kan?"
Iris kekal membisu.
"Aku minta maaf. Tapi kau pun couple dengan Hazriq kan?" tanya Rayyan serkap jarang. Iris terus bangun. Tidak diendahkan kepalanya yang begitu pening. "Kau jangan cakap ikut sedap mulut kau. Aku sedar status aku sebagai isteri kau. Kau ingat aku ni gila ke nak couple dengan 'bestfriend' suami sendiri. Aku bukan macam tu." mahu sahaja Iris kata 'bukan macam kau!' tetapi dia sedar berdosa sakitkan hati suami.
Rayyan tersentap. "Tapi, kau still suka dia. Kau pun sama je macam aku." kata Rayyan dan berlalu pergi.
"Sekarang dah tak" ujar Iris perlahan. Arrgghhh!!! Kepalanya yang berdenyut membuatkan dia baring semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience