Bab 1

Romance Completed 13383

SELAMATKAN JIWAKU
Oleh: AXRUL TKK

Bab 1

“Aik, termenung panjang nampak.Kau sedang fikir apa atau kau ada masalah?” Aliana terkejut apabila ditegur secara tiba-tiba.Segala yang berserabut semua telah hilang dari kepalanya.Dia tidak sedar sejak bila Hafizah memerhati tingkah lakunya.Dia berasa malu sendiri apabila ditegur sebegitu rupa.Ini bermakna sudah lama dia termenung seorang diri tanpa menyedari kahadiran Hafizah didalam biliknya.Hafizah berasa hairan dengan perangai Aliana sejak kebelakangan ini suka termenung. Jika ada ruang bersendirian pasti dia akan termenung seperti mempunyai masalah yang amat berat.

“Kau ni kenapa Liana.Aku tengok sejak kebelakangan ni kau sentiasa termenung.Kau sedang fikirkan apa atau kau ada masalah?Cuba kau bagitahu pada aku.Mana tahu kot-kot aku boleh bantu.”Hafizah cuba memancing kawannya supaya dapat menceritakan apa yang membelenggu fikirannya.Aliana hanya menggelengkan kepalanya sahaja.Dia tidak mahu Hafizah mengetahuinya.

“Kau jangan tipu aku.Kita berkawan sejak kecil lagi.Satu kampung,satu sekolah dan boleh dikatakan kita ni serba satu.Aku dah faham dan kenal bebenor dengan fill kau tu.Kau tak boleh nak tipu aku.Ini tentu pasal Lim?betul tak?”Hafizah cuba meneka lagi.Kalau betul apa yang disangka senang le dia hendak mengorek rahsia hati kawannya itu.Aliana yang mendengar tekaan Hafizah berasa terkejut.Dia berasa hairan bagaimana Hafizah boleh tahu isi hatinya.Dengan Hafizah dia tidak boleh sembunyi apa-apa.Lambat-laun,Hafizah akan tahu juga.

“Macam mana kau boleh tahu?Kau ni ada ilmu ahli nujum ke?Nampaknya aku dah tak boleh rahsia apa-apa dari kau.Ini tentu Lim yang bagitahu pada kau,betul tak?”Mereka ketawa bersama-sama.Aliana mengeluh seketika sambil menggelengkan kepala.

“Ni kenapa pula.mengeluh saja.berat sangat ke permintaan dari Lim tu. Setahu aku Lim tu baik orangnya pandai menghormati orang lain,seorang yang bertanggungjawab.Tapi itulah dia bukan beragama islam.Kalau dia peluk agama islam semata-mata hendak berkahwin dengan kau,aku tak berapa yakin boleh bertahan. Tapi kalau kau rasa dia betul-betul ikhlas hendak berkahwin dengan kau,aku rasa kau terima saja le.Disamping tu kau boleh bimbing dia agar menjadi umat islam yang bertakwa dan beriman.”Aliana mengeluh lagi.dia tidak tahu apa yang hendak dikata lagi.

“Kau cakap senang saja tapi aku yang nak hadapi semua ni rasa macam tak mampu aku nak lakukan.Kalau ikutkan perasaan sayang dan cinta,aku sanggup.Memang selama ini aku cinta dia dalam diam-diam kau pun tau kan…Tapi ….Lim nak berkahwin dengan aku bukan sebab dia cinta aku tapi sebenarnya ada muslihat lain.”Hafizah rasa terkejut dengan pengakuan Aliana.Dia tidak menyangka yang Aliana ada perasaan terhadap Lim.Dia tidak menafikan yang Lim seorang pemuda yang hensem,baik dan boleh dikatakan segala ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita ada pada diri Lim.

“Habis dia nak kahwin dengan kau sebab apa pula.Kalau bukan sebab cinta,sebab apa ye?Muhskil aku sekarang.Eh……. sekejap .Bukan ke dia sekarang tengah bercinta dengan minah Indon?Tapi kenapa dia ajak kau kahwin?Cuba kau cerita sikit.”Hafizah menyuarakan pendapatnya.Dia mula merasa ada yang tidak kena.Mungkin ini yang menyebabkan Aliana pening kepala untuk membuat keputusan.

“Cerita sikit aje ke?”Aliana cuba mengusik kawannya itu.

“Eh …… budak ni.Sempat lagi dia buat lawak bodoh dia.Cerita semua la.senang aku tahu kedudukan sebenarnya.Tak le aku pening kepala macam kau tu.”Aliana merasa lucu pula mendengar bebelan dari Hafizah.

“Begini ceritanya.Lim ajak aku kahwin.Tujuannya senang nanti bila dia nak berkahwin dengan minah Indon.Kau pun tahukan yang family dia tak suka dia kahwin dengan minah Indon tu.Bila dia dan aku kahwin,senang le dia nak kahwin lagi satu.Aku isteri pertama dia dan Indonesia tu isteri kedua dia.Family dia dah bagi amaran.Kalau dia nak kahwin dengan perempuan melayu,mereka tak kisah tapi jangan dengan Indonesia.Maknanya aku sebagai alat untuk dia capai impiannya saja.”Aliana menerangkan satu persatu supaya Hafizah memahami ceritanya.Hafizah seperti tidak menduga begitu sekali perangai Lim.Nampak saja baik rupanya perangai pun lebih kurang serupa seperti lelaki lain.Menggerutu Hafizah didalam hati.

“Kau bagitahu apa pada Lim?Takkan kau nak terima kot?Habis macam mana dengan kehidupan kau nanti selepas kahwin?”Hafizah seperti tidak sabar hendak mengetahui cerita selanjutnya.

“Aku minta tempoh untuk berfikir.Dia bagitahu selepas kami berkahwin, kehidupan aku tetap terjamin.dia tak akan sia-sia kan aku.Kalau dia sia-sia kan tentu dia kena marah dengan family dia.Lagipun perkahwinan dia dengan minah Indon tu,dia takkan beritahu pada family.Tapi aku rasa nak terima saja.Apa pendapat kau?” hafizah terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Aliana.

“Kau biar betul Liana!!!! .Kalau kau betul-betul suka kan dia sekali pun, jangan le kau terima cadangan dia ni.Kau gila?Kau tak fikir ke perasaan kau,maruah kau dan masa depan kau?Kau percaya yang dia tak akan mensia-sia kan kau?Orang Indonesia sanggup buat apa saja tau untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan.Aku takut kau akan menderita di kemudian hari.Percaya le cakap aku.”Aliana hanya menggelengkan kepala.Dia tidak bersetuju dengan pendapat kawannya.

“Fizah.Kau tak akan faham perasaan aku ni.Aku terlalu cintakan dia.Kau kan tahu sebelum dia berjumpa dengan minah Indon tu,aku dengan dia kan rapat.Kami sentiasa bersama-sama.Mula-mula aku memang anggap dia kawan biasa saja .Ye la dia kan beragama Buddha tapi lama kelamaan perasaan tu bertukar menjadi cinta.Aku tak sedar bila masa perasaan tu timbul dalam diri aku.Sedar-sedar aku dah jatuh cinta pada dia.Lagipun family dia tahu kami berdua rapat.Papa dan mama dia tak kisah kalau kami berdua berkahwin sebab dia orang tahu aku dapat menjaga dia dengan baik.”Aliana menarik nafas dan menyambung semula ceritanya.

“Masa mula-mula dia lamar aku, aku terkejut juga.Aku ingat aku cuma bertepuk sebelah tangan rupa-rupanya dia pun cinta aku.Masa tu aku gembira Sangat tapi selepas dia jelas perkara sebenar ,aku jadi terkejut dan aku tak tahu nak kata apa-apa dekat dia.Aku pun minta masa untuk berfikir.Dia setuju tapi kalau boleh dia mahu aku setuju dengan cadangan dia.Dia merayu –rayu pada aku.Aku kesian pada dia dan setelah aku fikir semasak-masaknya aku akan terima lamarannya.Aku terlalu cintakan dia dan aku sanggup lakukan apa saja asalkan dia gembira.Aku harap kau faham perasaan aku.Walaupun dia tak tahu yang aku cintakan dia,tak apa, asal kan aku dapat hidup bersama dengannya .Itu saja impian aku selama ini.”Aliana berasa lega setelah dia dapat meluahkan apa yang terbuku didalam hatinya selama ini.Hanya pada Hafizah saja tempat dia meluahkan segala masalah.Hafizah yang mendengar cuma mampu menggelengkan kepala sahaja.Dia tidak menyangka yang Aliana sanggup membuat keputusan seperti itu tanpa memikirkan masa depannya sendiri.Dia tidak sanggup melihat Aliana menderita.Dia telah bertekad didalam hati ,jika Lim mempersiakan Aliana,dia tidak akan melepaskan Lim begitu saja.Tiba-tiba saja dia berasa sangat terharu lalu memeluk Aliana .

“Eh………kenapa kau menangis ni?Sepatutnya kau gembira yang aku ni nak kahwin bukannya menangis macam ni.Sudah le tu Fizah.Aku bukan nak mati tapi nak kahwin le.Jangan le nangis lagi.Nanti aku pun nangis siapa nak pujuk aku pula ?Sudah le.Tengok aku pun nak nangis.’’Pada mulanya Aliana cuba memujuk Hafizah akhirnya dia pun menangis juga.Mereka berpelukkan sambil menangis sepuasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience