Bab 16

Drama Completed 35637

"Ibu dah balik?" kata Tiara kemudian keluar dari kereta.

"Ibu? Ouhh, mak dia outstation kan?" kata Hadi kemudian keluar dari kereta juga.

Tiara membuka pintu pagar dan mengetuk pintu sambil memberi salam.

Pintu dibuka dan muncul ibunya di hadapan pintu.

"Ibu! Ibu balik harini? Kenapa tak bagitahu Ara?" kata Tiara teruja melihat ibunya. Dia seolah-olah terlupa kewujudan Hadi di situ.

"Ibu sengaja nak surprise kan Ara. Boss ibu cakap yang dah boleh balik harini. Ibu gerak dari sana pukul 8 pagi tadi" kata Puan Wardah tersenyum.

"Ouhh" jawab Tiara.

"Ni, Ara balik dengan apa? Dengan grab?" tanya Puan Wardah

"Bukan, Ara balik dengan…" Baru dia teringat tentang Hadi.

"Tu, Ara balik dengan mamat tu. Ibu ingat tak lelaki gila yang Ara cerita dekat ibu tu. Yang Ara pernah berlanggar dengan dia masa Ara joging tu? Hah, itu lah dia" kata Tiara sambil menunjukkan ke arah Hadi

"Ouhhh, itu ke dia. Handsome. Panggil la dia masuk. Panas luar tu" kata Puan Wardah

Tiara pun keluar dan pergi ke arah Hadi.

"Hadi, masuk lah. Mak aku ajak"  kata Tiara

"Ehh, tak apa. Aku pun nak balik ni. Aku nak hantar kau je. Tak payah makan makan" tolak Hadi

"Siapa kata nak ajak kau makan! Mak aku nak jumpa kau je bukan nak makan. Masuk je lah!" kata Tiara perlahan tapi kuat.

Hadi tersengih malu kerana dia tersalah sangka. Dia pun masuk mengikut Tiara.

"Assalamualaikum aunty" kata Hadi sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam. Tak payah aunty aunty. Panggil makcik je" kata Puan Wardah

Hadi hanya tersenyum.

"Apa nama tadi?" tanya Puan Wardah

"Ikhwan Hadi. Makcik boleh panggil Hadi je" 

"Ouhh, Hadi. Terima kasih lah ye Hadi sebab dah hantar Tiara balik. Tapi, macam mana Tiara boleh balik dengan Hadi?" tanya Puan Wardah

Belum sempat Tiara nak cakap, Hadi memotong.

"Tadi, saya nak balik. Tiba-tiba saya ternampak Tiara ni jalan sorang-sorang dekat tepi jalan tu. Saya pun tumpang kan lah dia. Mula-mula dia tak nak. Tapi, ye lah. Bahaya jalan sorang-sorang. Sekarang ni macam macam boleh jadi" kata Hadi

Terkejut Tiara mendengar jawapan Hadi itu. 

"Wahh! Bukan main baik kau depan mak aku. Lakonan betul" kata Tiara dalam hati

"Betul tu, bahaya. Baik betul Hadi ni. Terima kasih lah ye hantarkan Tiara" kata Puan Wardah

"Sama-sama" jawab Hadi

"Hadi, jom lah makan sekali. Makcik ada masak lebih tadi. Tiba-tiba pulak rasa nak masak banyak. Rupanya Hadi nak datang" ajak Puan Wardah

Terbuntang mata Tiara mendengar pelawaan ibunya itu. Kenapa pulak Hadi nak makan dekat sini?

"Eh! Tak apa makcik. Terima kasih banyak-banyak tapi tak apa. Saya tak mintak balasan pun" tolak Hadi

"Tak apa. Makan je. Jom Hadi masuk" ajak Puan Wardah kemudian dia masuk ke dalam rumah.

Terkebil-kebil Tiara di situ. Bukan Tiara yang diajak masuk, tapi Hadi pula yang diajak. 

"Well, mak kau suruh makan. Aku makan lah ye. Jemput masuk Tiara. Kesian dia, tak ada orang ajak" usik Hadi sambil membuka kasutnya kemudian masuk ke dalam rumah. 

Tiara yang masih diluar geram dengan perangai Hadi. 

"Tak guna punya Hadi. Rumah aku, kau pulak yang masuk dulu" kata Tiara kemudian membuka kasutnya dan masuk ke dalam. 

"Hadi duduk lah dulu. Biar makcik dengan Tiara siapkan lauk" kata Puan Wardah dari dapur.

"Baik makcik" jawab Hadi. Kemudian dia nampak Tiara masuk dari luar.

"Cepat siapkan lauk tu. Aku lapar ni" kata Hadi

"Eee!! Tak malu betul. Duduk je lah dekat situ! Nanti makanan dah sampai duduk pulak dekat meja" kata Tiara kemudian pergi ke dapur.

Tersenyum Hadi melihat Tiara marah. 
//
Nia yang sedang berada di biliknya sudah banyak kali call Hadi. Tetapi tidak diangkat nya.

"Mana Hadi ni? Jarang dia tak angkat call aku" kata Nia seorang diri

Dia cuba call lagi tetapi masih tidak diangkat. Sudah 10 kali Nia call Hadi.

Tiba-tiba,  peristiwa yang dia ternampak Hadi dan Tiara di Starbucks muncul di ingatan nya.

Rupanya, Nia yang berada di situ. Dia sedang berjalan-jalan di situ untuk mencuci mata. Amelia tidak bersama nya kerana ada hal.

Tiba-tiba dia ternampak Hadi. Pada mulanya, dia mahu menegur Hadi tetapi dia ternampak seorang perempuan bersama dengannya. 

"Siapa betina tu?! Macam mana dia boleh keluar sama sama dengan Hadi?! Tak ada mana mana perempuan yang boleh dekat dengan Hadi selain aku" amuk Nia. 

Kemudian, dia campak telefon nya di atas katil. 

Tiba-tiba terpacul satu nama dari mulutnya.

"Tiara? Student baru law yang Intan cerita dekat aku tu ke? Tapi, bukan Intan cakap diaorang berdua tu selalu bergaduh ke? Elok je aku tengok haritu dekat Starbucks. And, bukan Hadi buli perempuan tu ke? Macam mana pulak Hadi boleh ada dekat situ dengan dia?! Argh!!" jerit Nia

Nasib baik ibu dan ayahnya tiada di rumah ketika itu. 

"Whatever who you are, I will find you" kata Nia tekad.
//
Setelah mereka selesai makan, Hadi mahu pulang tetapi Puan Wardah berkata ,
"Hadi. Solat je lah dekat sini terus. Senang balik nanti" kata Puan Wardah

Tiara yang mendengar sudah tidak tahan.

"Lah, kat luar tu banyak surau. Boleh je kan solat dekat luar?" kata Tiara

"Tapi tak elok kan melewat lewat kan solat. Hadi solat sini je eh" 

"Boleh makcik. Betul lah tu cakap makcik, senang solat awal" kata Hadi

"Hah, Tiara. Tolong tunjukkan Hadi tempat solat. Bagi dia sejadah sekali" arah Puan Wardah kemudian kembali ke dapur

"Hah, cepatlah. Tunjuk aku tempat solat dengan bagi sejadah" kata Hadi

"Hey! Mister Ikhwan Hadi. Ini rumah. Rumah aku. Bukan universiti. Jadi, kau tak payah lebih lebih sangat" kata Tiara

"I don't care. Cepat lah. Mana tempat solatnya? Tak elok lewat kan solat. Tak dengar mak kau cakap tadi?" 

"Ish! Ye lah. Sini!" kata Tiara sambil membawa Hadi ke bilik abangnya.

"Ni bilik siapa?" tanya Hadi setelah melihat bilik itu.

"Ni bilik abang aku. Bilik air dekat situ. Sejadah situ. Kiblat pulak, alah. Kau ada phone kan? Guna lah apps kiblat tu" kata Tiara

"Kan lagi elok tuan rumah tunjukkan? Kau bentangkan lah sejadah tu siap siap. Kan senang. Kau memudahkan urusan tetamu" kata Hadi 

"Ya Allah, mengada ngada nya dia ni" kata Tiara kemudian dia masuk ke dalam bilik itu, ambil sejadah dan bentangkan mengikut kiblat.

"Dah! Bilik air tu. Kau nak aku basuhkan bilik air tu dulu ke macam mana?" sindir Tiara

"Boleh ke?" 

"Melampau lah kau. Dah lah! Pergi solat" kata Tiara kemudian keluar dari bilik abangnya itu.

Hadi tersengih. Dia melihat sekeliling bilik itu. Bilik itu seperti jarang digunakan kerana banyak juga habuk di rak dan almari. 

Kemudian dia keluarkan telefon dari dalam poket seluar untuk beritahu ibunya yang dia akan balik lambat sedikit. Dia tak mahu ibunya itu risau. 

Kemudian dia tanggalkan jam tangan nya dan masuk ke dalam bilik air. Sekali lagi, dia melihat bilik air itu seperti lama tidak digunakan tetapi bersih.

"Abang dia ni sebenarnya ke mana? Nak cakap kerja, Tiara sendiri cakap yang dia tak tahu abang dia dekat mana. Ah, lantaklah" kata Hadi kemudian mengambil wuduk.

Selesai mengambil wuduk, dia pun solat. 

Tiara yang mahu masuk ke biliknya perlu melalui bilik abangnya dahulu. Semasa dia lalu di hadapan bilik abang nya, dia ternampak Hadi sedang solat. 

Muncul satu perasaan di hatinya ketika dia melihat Hadi sedang solat.

"Patut lah ramai perempuan tergila-gilakan kau. Baru aku sedar yang kau ni handsome. Tapi, still menjengkelkan" kata Tiara perlahan kemudian jalan ke arah biliknya.

Hadi sudah selesai solat dan keluar dari bilik itu. Dia mencari Tiara. Tiara yang sedang main telefon di ruang tamu perasan yang Hadi sudah selesai solat.

"Dah solat? Kau nak aku ambik kan tilam dengan bantal? Tidur dekat ruang tamu ni" kata Tiara

"Boleh jugak. Mata pun ngantuk dah ni" kata Hadi tersenyum

"Tak payah. Pergi balik rumah sendiri"

"Pergi lah panggil mak kau. Cakap aku nak balik dah ni" kata Hadi

Kemudian, Tiara berjalan ke arah dapur dan kembali ke ruang tamu bersama ibunya.

"Hadi nak balik dah?" tanya Puan Wardah

"Haah. Terima kasih lah makcik bagi Hadi makan tadi. Siap bagi Hadi tumpang solat. Menyusahkan makcik je" kata Hadi berterima kasih.

"Eh, tak ada apa-apa lah. Tak menyusahkan pun. Ada masa, Hadi datang lah lagi ye" kata Puan Wardah

"Insyaallah. Okey lah, Hadi balik dulu. Assalamualaikum" kata Hadi

"Waalaikumussalam. Tiara, pergi hantar Hadi sampai depan pintu tu" 

"Ye lahh.." kata Tiara kemudian dia pergi ke arah pintu dan keluar. Diikuti oleh Hadi.

"Kau balik rumah elok-elok. Tengah drive jangan bawak phone" kata Tiara ketika Hadi sudah berada di tepi kereta nya.

Entah kenapa Tiara risau pulak sebab tadi Hadi cakap yang dia mengantuk. Tak tahu lah dia gurau ke betul betul.

Hadi yang mendengar nasihat Tiara itu gembira. Berbunga-bunga hati nya.

"Okeyy. Aku gerak dulu, assalamualaikum" kata Hadi kemudian masuk ke dalam kereta.

"Waalaikumussalam" jawab Tiara.

Kemudian, kereta Hadi pun pergi.

"Harap dia selamat sampai lah dekat rumah. Amin" kata Tiara kemudian masuk ke dalam rumah.
//
Hadi sudah sampai di rumah. Dia masuk ke bilik nya, meletakkan beg nya di lantai dan merebahkan badan nya di atas katil. 

Dia tersenyum mengenangkan peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi.

Pesanan Tiara terngiang-ngiang di telinga nya.
'Kau balik rumah elok-elok. Tengah drive jangan bawak phone'

Selesai tersenyum, dia buka telefon nya. Terkejut dia melihat 10 missed call daripada Nia.

Tapi, dia endahkan sahaja. Tidak terasa pun mahu call Nia kembali dan tanya mengapa Nia call dia. 

Tetapi sebaliknya Hadi mencari nama Tiara di senarai sembang nya dan mesej Tiara.

Hadi : Aku dah sampai rumah dah

Tiara yang baru lepas mandi melihat telefonnya setelah mendengar ada notifikasi masuk. Dia melihat Hadi mesej dia.

Tiara : Siapa tanya? 

Hadi : Aku saja cakap. Mana tahu kau nak tahu ke apa.

Tiara : Okey  

Hadi : Tadi aku jumpa mak mertua aku

Tiara pelik membaca ayat Hadi. Mak mertua?

Tiara : Mak mertua siapa? 

Hadi : Aku 

Tiara : Mak siapa? 

Ketika itu, Tiara memang benar benar tak faham maksud Hadi

Hadi : Mak kau

Terkejut Tiara membaca ayat Hadi. Betul ke dia ni selamat sampai? Ada terhantuk dekat mana-mana ke?

Tiara : Gila kau, dah kenapa. Dah lah. Malas aku layan kau. Makin merepek meraban nanti. Aku nak solat. Bye! 

Hadi : Bye!! 

Hadi tersenyum membaca perbualan dia dengan Tiara.

Kemudian, dia menutup telefon nya dan pergi ke bilik air untuk mandi.

"Alhamdulillah lah, dia selamat sampai rumah" kata Tiara. 
Kemudian dia mengambil telekung nya dan solat.

thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience