PHLE - BAB 1 - ENGKU QHALISH QHASHAF

Romance Series 1964

Bam!

Hentakan di meja mengejutkan semua kakitangan di dalam bilik mesyuarat. Bertaburan dokumen dan kertas kerja di atas meja akibat dicampak Qhalish. Masing-masing menikus dengan cerlungan tajam Engku Qhalish Qhashaf.

"Berapa kali I nak cakap dengan korang semua, yang I tak sukakan sebarang kesilapan? Hah? Ini proposal untuk tender projek di Sepang! Macamana proposal ni boleh silap?" Tiada siapa yang berani menjawab.

"Projek ni penting untuk syarikat kita! You all tak faham ke?" Semakin meninggi suara Engku Qhalish. Rata-rata pekerja hanya mampu mendiamkan diri dan menundukkan kepala sambil berdoa agar nama mereka tidak dipanggil.

Jika tidak, ucapan selamat tinggal perlu diucapkan buat semua rakan sekerja. Engku Qhalish Qhashaf, bukanlah lelaki yang mampu berkompromi dalam hal kerja. Bagi Engku Qhalish, jika ada pekerja yang membuat kesilapan, bermakna mereka tidak fokus pada tugas yang diberikan dan serta-merta pekerja tersebut akan digantung atau dibuang kerja.

Segalanya terletak pada budi bicara Engku Qhalish sebagai Chief Executive Office a.k.a CEO syarikat. Sikap Qhalish yang terlalu tegas tidak disenangi pekerja bawahan dan adik kandungnya sendiri, Engku Qharizh Qabbil dan Engku Qaseh Qaisarah yang bertugas dibawah Qhalish.

Walaupun Quantum Architecture Berhad merupakan syarikat milik daddynya, Tan Sri Engku Qhaseef Qhalid, tetapi Qhalish telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai CEO di syarikat tersebut memandangkan Qhalish merupakan anak sulung dalam tiga adik-beradik.

Bukan daddy tidak pernah menegur Qhalish. Tapi, menegur Qhalish ibarat mencurah air di daun keladi. Segalanya sia-sia bila Qhalish tidak pernah mengendahkan teguran daddy. Malah, Qharizh dan Qaseh sudah beberapa kali merajuk hati dengan sikap Qhalish yang enggan menerima teguran dari mereka sehinggalah Qaseh Qaisarah meletakkan jawatan dan bekerja di syarikat milik kawan daddy mereka.

Qharizh juga hampir meletakkan jawatan apabila Qhalish enggan mendengar cadangannya berikutan kemerosotan produktiviti syarikat setelah Qhalish membuang dua arkitek terbaik mereka gara-gara kesilapan kecil yang telah mereka lakukan. Bagi Qhalish, itu bukan kesilapan kecil apabila mereka bertindak berkongsi maklumat syarikat dengan pesaing mereka demi mendapatkan tender.

"Projek ni penting untuk syarikat! I dah banyak kali ulang!" Suara Qhalish bergema di dalam bilik mesyuarat. Tiada siapa yang berani mengangkat muka mereka ketika ini.

"Sudahlah tu. Kita perbaiki apa yang silap." Suara seseorang menyapa gegendang telinga.

"Daddy?"

"Tan sri..." Tan Sri Engku Qhaseed Qhalid menganggukkan kepala ke arah pekerja yang menegurnya.

"Saya minta yang lain balik ke tempat masing-masing kecuali arkitek yang bertugas."

"Baik, tan sri..." Laju langkah kakitangan menuju ke pintu keluar. Bila bertemu dengan Qhalish, ibarat membunuh diri. Segalanya tidak disenangi Qhalish. Ada sahaja kesilapan yang akan ditegur.

"Daddy bila sampai? Kenapa datang tak bagitahu Qhalish?"

"Kenapa nak bagitahu kamu? Ini syarikat daddykan?" Engku Qhalish lepas keluhan sebelum melabuhkan punggung di kerusi.

"Daddy sengaja nak tengok syarikat daddy ni. Dah sebulan rasanya, daddy tak masuk ke pejabat. Kali ni siapa pulak yang kena pecat?" Sindir daddy dengan kerlingan.

"Takde sesiapa, daddy. Qhalish dah boleh control diri..." Angkuh jawapan Engku Qhalish.

"Good to hear that. So, mana tender yang dimaksudkan?"

"Di sini, tan sri..."

"And you, Qhalish, duduk sini, sebelah daddy, diam-diam." Tegak tubuh Engku Qhalish.

"Tapi, daddy..."

"Qhalish Qhashaf, sit down!" Tegas daddy. Sekali lagi Qhalish melepaskan keluhan sebelum menghenyakkan punggung di kerusi bersebelahan Tan Sri Qhaseef Qhalid.

"So, apa yang silap di sini?"

"Begini, tan sri..." Sepanjang hampir sejam berbincang dan mengutarakan pendapat masing-masing, akhirnya kata putus diambil dan projek ini diserahkan pada Qharizh.

"Daddy... Ini..."

"Qhalish, daddy masih pemilik syarikat ini. Daddy ada hak nak menentukan siapa yang akan teraju syarikat ni dan siapa yang akan handle projek-projek dibawah kelolaan syarikat." Cantas Tan Sri Qhaseef Qhalid.

"Tapi, Qhalish CEO dalam syarikat ni..."

"Qhalish hanya CEO yang daddy lantik dan jangan lupa daddy pemilik asal syarikat ni. Daddy boleh buang Qhalish bila-bila masa sahaja yang daddy mahukan."

"Are you serious, daddy?"

"Why not? Daddy pemilik saham dan founder untuk syarikat ini. Jangan lupa itu, Qhalish."

"Baik, daddy..." Qhalish terpaksa akur dengan arahan daddy. Cerlungan tajam dihadiahkan pada Qharizh Qabbil, adik kandung Qhalish.

"Lepas ni, daddy tak nak ada masalah lagi. Dan segala tanggungjawab projek ini akan dikendalikan Qharizh dan Qharizh kena refer pada daddy jika ada sebarang masalah."

"Baik, daddy..." Jawab Qharizh tanpa menghiraukan pandangan Qhalish.

"Are you clear, Qhalish?"

"Yes, daddy..."

"Good. So, lepas ni, apa-apa hal atau masalah yang berkaitan dengan projek ini, sila rujuk pada Engku Qharizh, selaku pengurus projek. Jika ada sesiapa yang membantah, terus report pada saya. Faham semua?"

"Faham, tan sri."

"Dismissed!" Semua bersurai kecuali Qhalish dan Qharizh.

"Qhalish, Qarizh, masuk bilik daddy. In five minutes."

"Baik, daddy." Qhalish menghentak fail-fail di atas meja.

"Tak payah nak berontak sangat, Qhalish. Jangan nak jahanamkan barang pejabat ni. Itu semua duit daddy."

"Sorry, daddy." Angin satu badan Qhalish ditegur daddy sebegitu di hadapan pembantu peribadi daddy dan Qharizh. Tercabar diri bila dimalukan didepan orang bawahan.

"So, apa yang kamu marahkan sangat Qhalish?" Soal Tan Sri Qhaseef sebaik mereka tiga beranak berkumpul di pejabat Tan Sri Qhaseef Qhalid.

"Daddy, proposal tu ada kesilapan. Qhalish dah banyak kali ingatkan semua orang agar tidak berlaku sebarang kesilapan."

"Tapi, proposal tu bukan dari staff, daddy. Itu proposal Along. Along lupa ke along yang suruh staff siapkan ikut apa yang along buat? Riz ada masa tu. Riz tak lupa..." Kerlingan tajam dihadiahkan pada adiknya.

"See... Masih nak tegakkan benang yang basah?"

"Are you sure, Riz? Ke, sebab Riz nak backing staff?"

"Along, Riz tak nyanyuk lagi. Riz ada paperwork yang along tulis untuk buat proposal tu. Jadi, kenapa nak salahkan staff bawahan sedangkan ianya dari kesilapan along sendiri?" Tan Sri Engku Qhaseef mencerlung tajam anak sulungnya.

"Riz dah sediakan proposal tu dengan bantuan staff lain dan alhamdulilllah, rezeki berpihak pada syarikat kita, daddy."

"Apa yang Riz maksudkan?"

"Proposal yang Riz hantar tu mereka berkenaan dan kita bertuah sebab proposal kita telah diterima. Congrats Riz..." Qharizh mengangguk bersama senyuman yang terukir di wajahnya.

"What? Betul ke daddy?"

"Ya, Qhalish. Sebab tu daddy datang ke pejabat. Pihak sana dah bersetuju nak bagi kita handle projek tu selepas meneliti proposal yang Qharizh sediakan." Qharizh menundukkan wajahnya. Qharizh tahu Qhalish takkan boleh terima bila daddy memuji dirinya.

"Riz, kenapa along tak tahu?"

"Pernah ke along dengar cakap Qharizh? Pernah ke along berbincang dengan Qharizh? Along tahu cari kesilapan Qharizh je..."

"I'm sorry, okay..."

"Sebab tu, daddy datang sini dan daddy nak bincangkan pasal projek baru ni dengan kamu berdua. Please, Qhalish... Jangan ikutkan amarah kamu tu. Sudah-sudahlah nak mengamuk, nak lepaskan kemarahan pada orang lain. Kamu tu dah semakin berusia. Macamana nak cari pengganti mama Nia?"

"Apa maksud daddy ni? Kenapa nama Nia pula dipetik?"

"Daddy ni makan garam dulu dari kamu, Qhalish. Kamu dulu tak macam ni pun. Kamu elok je. Lepas kamu bercerai, kamu terus berubah. Habis semua orang jadi mangsa amukan kamu. Berapa ramai dah kena pecat sebab kamu? Berapa ramai yang letak jawatan sebab tak tahan dengan mulut kamu? Kamu nak melingkupkan syarikat daddy ni ke?" Qhalish melepaskan keluhan bersama raupan di wajah.

"Tengok sekarang, Qaseh pun dah kerja kat tempat lain sebab tak tahan dengan perangai kamu. Kamu nak tunggu Qharizh pula yang tinggalkan syarikat ni? Kamu rasa kamu boleh handle syarikat tanpa bantuan Qharizh?" Tiada jawapan dari Qhalish.

"Fikirkanlah sikit, Qhalish. Kamu dah semakin berusia. Dah nak masuk empat puluh tahun. Sepatutnya dah semakin matang, bukan semakin kebudak-budakkan. Nia tu perlukan kamu, Qhalish. Kamu nak ke bekas isteri kamu dapatkan hak jagaan Nia selepas dapat tahu kamu abaikan Nia?"

"Never! Qhalish takkan izinkan! Nia anak Qhalish! Qhalish ada Nia seorang je..."

"Jadi, berubahlah! Jangan terlalu ikutkan perangai baran kamu tu. Dan balik nanti, cuba bermesra dengan semua orang dalam rumah tu. Jangan sombong sangat."

"Ya, daddy."

"Ingat, Qhalish! Ini amaran terakhir daddy. Daddy akan buat kamu lebih teruk dari ini kalau kamu masih tak berubah dan daddy akan pastikan Nia tak dapat bertemu dengan kamu selepas ni."

"Apa maksud daddy?"

"Daddy akan minta mahkamah untuk benarkan daddy mommy jaga Nia sampai Nia dewasa."

"No! Daddy tak boleh buat Qhalish macam tu..."

"Jadi, berubah..."

"Qhalish cuba, daddy. Qhalish janji, Qhalish akan ubah diri Qhalish."

"Daddy bukan nak kamu jadi sempurna. Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan sang pencipta. Cuma, buang sikap baran kamu tu. Apa yang dah Mikayla lakukan, kenapa kamu nak lempiaskan pada orang lain? Yang salah Mikayla, bukan orang lain. Nia pun tak bersalah. Jangan lepaskan api kemarahan kamu pada orang yang tak bersalah, Qhalish."

"Qhalish minta maaf sekali lagi, daddy. Qalish janji perkara begini takkan berlaku lagi."

"Baik. Daddy pegang kata-kata Qhalish. Balik rumah daddy malam ni. Pujuk Nia..."

"Baik, daddy."

"Dan satu lagi, kat rumah tu ada anak buah daddy. Dia orang susah. Dia bantu mommy kamu kat rumah tu sebelum nak sambung belajar."

"Anak buah mommy? Siapa daddy?"

"Fia..."

"Fia?"

"Afiah Aira. Anak pak su kamu yang baru meninggal dunia awal tahun hari tu. Buat masa ni, Nia, Fia yang jaga. Lagipun, Fia memang tengah tunggu nak sambung belajar."

"Afiah? Bukan dia baru habis sijil tinggi peperiksaan ke daddy?" Celah Qharizh.

"Ha'ah. Sementara nak dapat peluang sambung belajar, dia cari kerja. Tu yang mommy minta Fia jagakan Nia. Lagipun, Nia perlukan perhatian. Mommy kamu sibuk nak uruskan butik dia, persatuan dia lagi. Mak Jah kamu dengan Pak Teh kamu sibuk. Ada kerja masing-masing. Jadi, daddy ambil Fia bekerja dengan kita."

"Boleh diharap ke budak tu daddy?"

"Kamu boleh tak jangan cakap sebarangan. Qhalish? Fia tu bukan macam bekas bini kamu, bukan macam kamu. Dia rajin, baik hati, berbudi bahasa. Daddy kenal dia sejak kecil lagi. Lepas arwah pak su kamu meninggal dunia, Fia belajar sambil bekerja nak cari duit poket nak sambung belajar. Mak su kamu tu bukannya orang senang. Setakat jual kuih berapa sen sangat dia dapat."

"Kenapa daddy tak ajak mak su kerja sekali kat sini? Dapat jugak kita tengok-tengokkan mak su sekali..." Celah Qharizh.

"Daddy, mommy dah ajak. Mak su kamu tu tak sampai hati nak susahkan kita sekeluarga. Lagipun, dia sayang nak tinggalkan rumah arwah pak su kamu tu. Ada nilai sentimental katanya."

"Yelah, daddy. Rumah lama tu kan dari peninggalan arwah atok nenek. Sayang nak ditinggalkan macam tu je..."

"Ya, Riz. Sayang nak biarkan rumah peninggalan tu. Lagipun, kalau mak su kamu tinggalkan rumah tu, siapa pulak nak tengok kebun arwah? Tu belum lagi ikan dalam kolam."

"Ada je kerja kat kampung tu. Kenapa Fia tak nak stay je kat kampung? Dapat jugak bantu mak su..."

"Kamu bercakap guna otak, Qhalish. Jangan nak bongkak sangat. Kat kampung tu ada abang-abang Fia. Arman, Arfan ada temankan mak su kamu. Cuma, dorang tak nak Fia buat kerja kampung. Dorang nak Fia keluar cari kerja kat bandar. Biar bagi peluang kat Fia untuk tengok dunia luar."

"Arman, Arfan. Yelah, daddy. Dah lama Riz tak jumpa dorang. Baik anak-anak maksu tukan, daddy?"

"Memang dorang anak-anak yang baik. Tak degil dan berlagak macam along kamu ni. Silap haribulan kamu tak kenal siapa Arman dan Arfan tu..."

"Kenapa pulak daddy cakap Qhalish macam tu?"

"Along mana suka balik kampungkan? Panaslah, mianglah, kotorlah. Padahal kecik-kecik, kita duduk kat kampung dengan nenek atok."

"Kau apahal cakap macam tu?"

"Realitikan? Along tak suka duduk kat kampung? Macam Riz tak tahu..."

"Sekurang-kurangnya kat kampung, dorang tak hipokrit macam bekas isteri kamu tu. Anak penoreh getah. Menipu cakap anak saudagar besar. Sudahnya, duit kamu habis ditarah. Padan muka." Ejek daddy. Merah padam muka Qhalish disindir daddy dan Qharizh.

"Hai, takkan dua lawan satu kot? Qhalish tak sekejam itu, daddy."

"Jadi, buktikan. Ambil cuti seminggu dan bawa Nia balik kampung. Belajar duduk kat kampung untuk seminggu je. Tengok, kamu boleh tahan atau tidak..."

"Daddy cabar Qhalish ke?"

"Terpulang pada penilaian kamu, Qhalish. Daddy tak nak cakap lebih. Try seminggu Seminggu je, Qhalish. Buat semua kerja-kerja kampung."

"Huh! Sanggup ke, long? Nak cuci pinggan sebiji pun suruh pembantu rumah." Sindir Qharizh.

"Kau diamlah, Riz! Ingat along tak mampu ke?"

"Kalau mampu, terima cabaran daddy. Jangan pandai cakap je."

"Hurm, macam seronok je, daddy. Dapat bergelumang dalam lumpur sawah padi, mandi sungai, tangkap ikan kat kolam, panjat pokok... Bestnya. Riz pun nak jugaklah balik kampung."

Assalammualaikum. Perkenalkan karya terbaru - Pemilik Hati Lelaki Egois

Share this novel

Zue
2025-07-25 19:51:51 

Best kak heroin muda belia.. hihihihi hero baran mulut puaka .....


NovelPlus Premium

The best ads free experience