BAB 8

Family Completed 669

“Angah! Ibu nak jumpa angah, nak.” Encik Fuad keluar memanggil Fawwaz. Dia dapat mengagak bahawa Fawwaz tidak menyukai kehadirannya. Tanpa sepatah kata Fawwaz berlalu menemui ibunya.

“Ibu, angah minta ampun. Halalkan segalanya dan redai angah dunia akhirat.” Fawwaz terus mendapatkan ibunya sambil teresak-esak.

“Angah, ibu sayang anak – anak ibu. Angah satu – satunya anak lelaki ibu. Anak yang akan membawa kita sekeluarga ke syurga Illahi. Bimbinglah adik-adik dan along ke jalan Allah. Ibu harap angah tidak berdendam dengan ayah sebab ayah tidak bersalah. Semuanya takdir Allah, terimalah dengan hati yang terbuka.” Puan Fatiha menasihati anaknya itu sambal mengusap-usap kepala Fawwaz .

“InshaaAllah ibu, angah akan jaga dan bimbing adik-adik dan along dengan sebaik mungkin. Ibu jangan pergi dahulu, angah rindukan belaian dan kasih sayang ibu. Jangan tinggalkan kami ibu.” Ujar Fawwaz dalam tangisan.

“Ibu tak pernah tinggalkan anak-anak ibu. Ibu sentiasa ada dalam hati kalian. Ingat pesan ibu nak, jaga keluarga kita dan jaga ayah elok-elok.” Ucap Puan Fatiha dalam keadaan tercungap – cungap. Fawwaz menjadi cuak, dia menekan butang emergency dan juga memanggil semua adik-beradiknya. Dia juga tidak henti-henti mengajarkan kepada ibunya mengucap syahadah.

Tidak lama kemudian, ibunya berhenti bernafas dan badannya terkulai layu. Suasana di dalam bilik tersebut hiba dengan pemergian seorang insan bernama ibu. Doktor Suhaila memasuki bilik tersebut dan mengesahkan pemergian Puan Fatiha pada jam 11 pagi.

Upacara pengurusan jenazah Puan Fatiha di sertai oleh anak-anaknya. Anak-anaknya tidak ingin melepaskan peluang terakhir mereka untuk menguruskan jenazah ibu mereka buat kali terakhir. Fawwaz menahan air matanya daripada mengalir air mata ketika dia mengucup jenazah ibunya buat kali terakhir. Dia melihat ibunya seakan tidur dalam senyuman sewaktu dia meletakkan ibunya di dalam liang lahad. Upacara pada hari itu berjalan dengan lancar dengan keizinan Allah. Meskipun mereka bersedih dengan pemergian ibunya namun mereka reda dan menerima takdir Allah dengan hati yang ikhlas.

11 Ogos 2012

“Anak-anak ayah boleh duduk sini sekejap. Ayah nak berbincang dengan kalian.” Encik Fuad mengajak anak-anaknya duduk bersama-sama dengannya untuk berbincang. Anak-anaknya sibuk mengemaskan rumah mereka yang baru sahaja selesai mengadakan majlis tahlil buat arwah bekas isterinya. Semua anak-anaknya menuju kearahnya, begitu jua Fawwaz. Segala kebencian yang di simpan selama ini sudah terhakis dan disematkan janjinya pada arwah ibunya agar dia menjaga ayah dan adik-beradiknya.

“Ibu telah pergi tinggalkan kita. Rumah ini pastinya telah memberikan kenangan yang terindah buat anak-anak ayah bersama ibu. Jadi ayah ingin bertanya sama ada kalian bersetuju jika ayah ingin mengajak kalian tinggal bersama-sama ayah.” Encik Fuad cuba memujuk anak-anaknya agar dapat mengikutnya untuk tinggal bersama-sama dengannya. Baginya, ini adalah peluang untuk dia menebus segala kesilapannya dan juga menunaikan janjinya pada arwah bekas isterinya.

“Walaupun ibu telah tiada tapi kami tetap anak ayah. Kemana ayah ingin membawa kami pasti kami akan ikut kerana kami masih anak-anak ayah.” Fawwaz menjawab bagi pihak adik beradiknya. Biarpun mereka telah kehilangan ibu tetapi mereka tidak boleh kehilangan ayah kerana mereka amat menyayangi dan mengagumi ayah mereka.

“Baiklah kalau kalian bersetuju, esok kita bertolak pulang ke rumah ayah. Kita akan balik ke sini setiap hujung minggu untuk menziarahi kubur ibu.” Encik Fuad memberikan kata putus dan anak-anaknya mengiyakan tanda setuju.

12 Ogos 2012

“Ayah, kenapa ayah tidak tinggal di rumah lama kita. Ini rumah siapa?” Diyana, adik bongsunya bertanya apabila mereka tiba di sebuah bangle yang seakan di dalam taman. Mereka begitu teruja dengan landskap dan ubahsuai rumah tersebut.

“Ini rumah kita. Rumah lama kita ayah sudah jual. Ayah harap kita sekeluarga dapat hidup bahagia di rumah ini. Dah, jom masuk.” Encik Fuad mengajak anak-anaknya masuk ke rumah mereka. Dia juga menunjukkan bilik untuk anak-anaknya yang telah siap di rapikan oleh pembantu rumahnya.

“Angah, boleh ayah cakap dengan angah?” Encik Fuad memasuki bilik Fawwaz dan ketika itu anaknya sedang memindahkan pakaian dalam beg ke dalam almari.

“Boleh. Silakan.” Fawwaz berhenti seketika dan duduk di sebelah ayahnya di penghujung katil.

“Ayah tahu selama ni angah marahkan ayah. Ayah minta maaf sebab dan abaikan anak-anak ayah. Jujur ayah katakana yang selama ni ayah silap dalam membuat keputusan. Ayah melakukan sesuatu tanpa memikirkan dengan lebih mendalam.” Encik Fuad memulakan cerita yang mengakibatkan keretakan rumah tangganya. Fawwaz mendengar satu persatu penjelasan yang keluar dari mulut ayahnya. Encik Fuad juga memberitahu bahawa dia telah menjual rumah tersebut kerana rumah tersebut merupakan kenangan pahit buat dirinya. Di dalam rumah itulah dia melafazkan talak tiga terhadap arwah Puan Fatiha . Dia juga memohon kemaafan kerana dia pernah mendendami ayahnya dan bersangka buruk terhadap ayahnya Fawwaz berasa berFaww ur kerana Allah telah mengembalikan kembali ayahnya meskipun Allah telah membawa ibunya pergi. Sebelum beredar keluar, Encik Fuad menghulurkan sebuah diari usang. Fawwaz membelek setiap helaian diari milik ibunya. Di dalam diari tersebut terakam segala memori mereka sekeluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience