BAB 6

Romance Completed 18608

PANG!

Bibir kami yang bertaut itu terlepas. Adib memegang pipinya yang kemerahan. Aku pula menyentuh bibirku yang sudah diragut kesuciannya oleh Adib.

“Adib tak guna!” Kasar aku menolak badannya hingga akhirnya aku terlepas dari kongkongan Adib.

“Wana…” Perlahan Adib memanggil namaku. Air mata sudah laju merembes di pipinya. Adib dah mula dah dengan drama air matanya. Crying prince betul dia ni. Sepatutnya aku yang tengah menangis sekarang, bukan dia.

“Siapa bagi kau permission untuk cium aku??” Bentakku dengan air mata yang bergenang.

“Aku… aku tak sengaja.” Teresak-esak Adib sekarang. Aku mendengus kasar.

“Kau sama aje macam Amir. Aku benci!” Terus aku berlalu meninggalkan Adib yang sedang menangis. Aku juga menangis akhirnya. Tidak disangka aku akan diperlakukan begitu oleh Adib. Ahh… lelaki semua sama. Menggunakan wanita sebagai tempat melepaskan nafsu serakah mereka.

*****

TOK! TOK!

Bunyi ketukan di bilik bertalu-talu buat aku terjaga. Terpisat-pisat aku bangun dari tidur. Dalam keadaan mamai, kakiku melangkah menuju ke arah pintu. Pintu dikuak. Terjengul muka Amir.

“Hmm.. nak apa?” Aku bertanya sambil menguap.

“Aku datang nak bagi phone kau yang aku ambil tadi.” Terangnya.

“Mana?”

“Nah.” Dia menghulur BB torch aku itu dan aku menyambut.

Selepas itu aku mahu menutup pintu tetapi ditahannya dari luar.

“Apa??” Agak meninggi suaraku. Sudahlah aku masih marah pasal kejadian tadi. Boleh pulak dia kacau aku tidur di waktu-waktu begini. Sekeh kepala sampai bengkak baru tahu.

“Jom keluar esok.” Katanya tiba-tiba.

“Hmm.. nak buat apa?” Acuh tak acuh aku menjawab.

“Adalah…”

“Adalah apa? Kau jangan macam-macam!” Aku risau kalau perkara seperti siang tadi berulang kembali.

“Tomorrow, 10am. Good night.” Terus dia berlalu tanpa menjawab soalan aku.

Mataku terkebil-kebil melihatnya menuju ke bilik bawah di mana terletaknya biliknya. Boleh dia biarkan aku tertanya-tanya? Argh.. biarlah. Malas aku nak fikir. Esok hari minggu, lebih baik aku tidur puas-puas daripada ikut dia keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience