BAB 10 - DATIN JUMPA DUKUN

True Story Series 70964

Datin Sally tidak berpuas hati dengan Mimi. Dia pergi berjumpa dukun kerana nak menilik dimana suaminya, apakah perasaan suaminya terhadap dirinya sekarang, adakah Mimi buat guna-guna kepada suaminya? Semua itulah yang bermain-main dalam benak fikiran Datin Sally. Dukun gembira setiap kali Datin Sally tiba di rumahnya kerana Datin Sally berduit, selalu meluahkan keluh resahnya pada Dukun yang dikenali sebagai Pak Mid. Pak Mid siap menepuk-nepuk kusyen di rumahnya untuk Datin Sally. Pak Mid pun mulalah tazkirahnya panjang lebar nak mencerminkan dia alim suci dalam debu di hadapan Datin Sally. Datin Sally sedikit pun tak terpikat dengan Pak Mid sebab bukan cita rasanya. Cuma Pak Mid sahaja yang terhegeh-hegeh seperti muka tembok. Kesian Pak Mid isteri orang pun dia tak dapat nak bezakan kerana duit manusia sanggup berbuat apa sahaja. Setiap kali Datin Sally tak beri tumpuan kepada kebaikan yang dia tunjukkan. Pak Mid jadi berang dan akan memulakan tilikannya dengan ramalan tokok tambahnya.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience