BAB 9

Crime Completed 12625

“Wani... Kenapa aku tak pernah perasan sebelum ni. Kenapa aku tak tahu Wanilah gadis yang aku cederakan dua tahun dulu. Maafkan abang Wani. Maafkan abang...” Zulfaqar Warid bermonolog penuh sesal. Dia tergeleng-geleng cuba menafikan kenyataan. Mahu sahaja dia mengundurkan waktu agar kenangan silam itu tidak pernah berlaku. Dia terlalu menyayangi isterinya. Dia tak mahu Harum Zawani membencinya setelah mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

“Aku mesti pergi dari sini!” Zulfaqar Warid bingkas bangun lalu menuju ke bilik. Di situ, dia merapati tubuh isterinya.

“Maafkan abang, sayang. Abang terpaksa pergi.” Sayu Zulfaqar Warid memandang isterinya. Dia mencium dahi isterinya lama.

“Walaupun kita baru sahaja diijab kabulkan, abang mahu Wani tahu Wanilah satu-satunya ratu hati abang untuk selama-lamanya. Selamat tinggal sayang. Kalau ada jodoh kita akan bertemu lagi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience