bab 22

Romance Series 423079

“Ayriz, bagitahu apa dah jadi sayang. Kenapa sampai macam ni?” pujuk mamanya apabila melihat anaknya teresak sambil cerita yang dia mahu berpisah.

“Ayriz dah tak tahan ma, pa… Adik dah tak tahan dengan keluarga tu. Adik menyesal tolong diaorang.” papanya mengeluh perlahan. Perkahwinannya masih muda dan tidak sangka jadi seperti itu.

“Sayang papa… sayang baru je kahwin. Tak akan nak berpisah. Apa pula orang kata. Bincanglah elok elok dengan Fariz dulu.” pujuk ayahnya.

“Adik tak nak pa…. adik penat. Tolongla ma pa. Mama papa kata nak tengok adik bahagia.” sayu Ayriz berkata begitu.

Ya kunci mereka sebagai ibu bapa ingin melihat anaknya bahagia. Namun tidak sangka hal begini terjadi. Ibu bapa nya memandang satu sama lain.

“Kami akan ikut keputusan adik.” kata papanya memberi kata putus. Ayriz terus memeluk ibunya. Dia barsyukur selama ini ibu bapanya tidak pernah mengendahkan keinginannya. Dulu kahwin sekarang berpisah.

Bagi ke dua ibu bapa Ayriz… apa guna mereka tidak bersetuju tetapi anak mereka tidak bahagia. Biarpun malu dijadikan bahan bual orang asalkan anaknya bahagia dengan apa yang dia mahukan.

Selepas sahaja mereka balik daripada bercuti mereka terus ke rumah besannya. Mereka ingin berbincang secara baik.

“Jemputlah minum.”

“Terima kasih… awak, Ayriz mana? Saya nak jumpa dengan menantu saya.” Mereka suami isteri berpandangan. Serba salah ingin bercakap.

“Saya ni tak tahu nak cakap macam mana tapi Ayriz memang tak nak jumpa sesiapa ahli keluarga awak. Saya minta maaf.”

“Sebenarnya kami tak berapa faham apa yang jadi… boleh cerita apa yang jadi. Bukan apa ini masalah anak kami juga.” ayah Ayriz mula membuka mulut. Semua mata memandang ke arah Fariz. Fariz masih lagi menunduk. Tidak tahu daripada mana ingin mula.

“Sebenarnya…..”

Fariz menceritakan semua yang jadi. Mereka tidak sebumbung, berkenaan Wawa, aunty Ros. Jelas riak wajah mereka semua terkejut dan kecewa. Mana tidaknya hubungan yang disangka bahagia rupanya begini rupa. Mereka sudah faham mengapa Ayriz ingin bercerai.

“Maaflah… saya tak sangka anak lelaki saya macam ni. Saya dan isteri betul tak tahu apa yang jadi.” Razak membuka mulut. Jelas dia terkilan dengan sikap anak lelakinya.

“Macam ni je lah… sejak dia balik lagi dia memang nekad dengan keputusan ni. Kami dah cuba pujuk tapi Ayriz bukan yang makan dengan pujuk… jadi kami minta maaf. Anggap sahaja jodoh mereka takat ni.” Ayah Ayriz menghulurkan kotak cincin kepada mereka. Malisa sudah menangis. Ayriz adalah menantu yang baik. Tapi tidak tahu mana silapnya besarkan Fariz jadi seperti itu. Fariz yang memandang kotak cincin itu tergetar getar untuk mengambil.

‘Ta….Tak mungkin… tak mungkin..”

Perlahan lahan kotak itu dibuka, terserlah sebentuk cincin yang sama seperti dahulu. Tersandar Fariz apabila melihat cincin yang dibelinya. Maknanya cincin yang jatuh di dalam kolam itu dicari oleh Ayriz. Maknanya demam teruk itu disebabkan ini. Sungguh Fariz seakan ingin memukul dirinya sendiri.

‘Apa yang aku dah buat.’

“Pa, ma…. izinkan Fariz jumpa Ayriz please. Fa…Fariz pun perlukan penjelasan daripada dia.”

Tanpa sedar sejak tadi Ayriz mendengar segala cerita dan perbualan mereka. Air mata dilap kasar. Dia menarik nafas panjang sebelum langkahnya terus menuju ke ruang tamu.

“Nak perjelasan apa?” tanya Ayriz dengan mendatar. Semua memandang tepat ke arah wajah ketat itu.

“Ayriz menantu mama….” panggil Malisa. Ayriz menelan air liurnya. Dia tidak boleh melembutkan hatinya. Ayriz mengabaikan panggil mak mentuanya.

“Mana awak dapat cincin ni Ayriz?” tanya Fariz dengan ayat tersekat sekat. Ayriz tersenyum sinis.

“Awak? Dah dah la berlakon Fariz. Aku muak dengan lakonan kau. Konon kau bagus sangat… kau dengan mak sedara kau sama je.”

“Adik….” panggil papanya. Dia tahu papanya tidak suka Ayriz bersikap begitu. Ayriz mengeluh perlahan.

“Aku nampak cincin tu bermakna bagi kau. Yela cincin yang menunjukkan lambang cinta kau dengan perempuan tu. So aku pon tak sampai hati, malam tu juga aku cari. Lepas tu aku tak pakai, aku simpan. Dah puas hati?”

“Kenapa tak bagitahu saya?”

“Bagitahu kau? Buat apa? Kau kan tergilakan sangat perempuan tu. Sampaikan dia dah malukan keluarga kau pun kau still pertahankan dia. Aku yang bini kau ni pon kau tak pertahankan.” dengan sombong Ayriz bercakap. Dia sudah tidak kesah sekira mentuanya memandang serong kepadanya.

“Aku rasa dah tak ada apa nak dibincangkan. Hari rabu ni kita jumpa dekat mahkamah.” jawab Ayriz dan berpusing sedia untuk beredar namun langkahnya terhenti.

“Ayriz….” panggil Malisa sayu. Ayriz mengigit bawah bibirnya menahan sebak. Perlahan lahan Malisa menghampiri menantunya… Ayriz berpusing kembali lalu Malisa terus memeluk menantunya itu. Walaupun Ayriz bukanlah pilihan pertama anaknya namun dia sangat sayang akan Ayriz. Betul Ayriz yang menyelamatkan maruah keluarganya. Air mata Ayriz yang tahan sejak tadi jatuh di bahu ibu mentuanya.

“Mama minta maaf Ayriz… mama minta maaf.” Semakin kuat esakkan Malisa.

“Ma…. mama tak salah. Kami memang jodoh sampai sini je.” jawab Ayriz tenang yang masih berada di dalam pelukan ibu mentuanya.

“Halalkan makan minum Ayriz sepanjang Ayriz dengan mama. Terima kasih jadi mama yang baik untuk Ayriz.” Ayriz melepaskan pelukan lalu terarah ke arah ayah mentuanya mula. Tangan lelaki itu dikucup hormat.

“Ayriz minta maaf paa kalau Ayriz ada kurang hajar dengan papa. Terima kasih jadi papa yang baik untuk Ayriz.” Razak menggosok kepala menantunya… sebak hatinya ingin melepaskan menantunya itu.

Kemudian Ayiz terarah ke adik iparnya. Rasa bersalahnya kerana memarahi adik iparnya malam itu.

“Ha…nees.” panggil Ayriz perlahan menahan sebaknya. Adik yang sudah dianggap seperti adik sendiri.

“Kakak…..” panggil Hanees terus menerpa kakak iparnya. Lantas air mata Ayriz makin laju.

“Kakak minta maaf dekat adik… akak marah adik. Kakak minta maaf.”

“Hanees lama maafkan kakak. Apa pun jadi antara kakak dengan abang… kakak tetap kakak adik.”

Lama mereka berpelukan sebelum pelukan dilepaskan. Ayriz tidak dapat menahan lagi terus berlari ke arah lif. Dia tidak sanggup melihat wajah ibu ayah mentua serta adiknya lagi.

Sejak pertemuan mereka di mahkamah, itu kali terakhir Ayriz berjumpa dengan keluarga Fariz. Sudah hampir 2 minggu juga Ayriz tidak pergi kerja. Walaupun penceraian itu adalah keinginanya namun sejak awal dia tidak pernah terfikir soal itu. Baru berapa bulan kahwin dia sudah mendapat gelaran janda. Namun tiada sorang pun rakan atau kenalannya yang tahu bahawa dia sudah berkahwin kecuali Haizad.

“Adik, adik nak pergi mana?” soal ibunya apabila melihat Ayriz membawa beg tangan. Wajahnya tidak dikenakan solek dan menyebabkan wajahnya pucat.

“Keluar ma.”

“Adik nak pergi mana? Nak mama teman tak?” risau jika Ayriz membuat perkara bukan bukan.

“Takpe adik keluar sorang. Dah dua minggu adik duduk je rumah. Adik nak ambil angin.”

“Kalau macam tu tak apalah… hati hati jangan balik lambat.”

“Okay ma…” Ayriz terus melangkah keluar.

Dia tidak boleh duduk di rumah. Fikirannya makin serabut dan kadang kadang teringat akan bekas suaminya. Apa yang sedang Fariz buat sekarang?

“Aiskrim.” perkataan itu keluar daripada mulut Ayriz dan dia tahu arah yang ingin dia tuju.

Selang 15 minit dia tiba di mall… Dengan hanya mengenakan tshirt lengan panjang berseluar trek dan rambut diikat kuda masuk ke dalam mall.

Sedang dia sibuk mencari telefonnya, dia terlanggar seseorang. Ayriz menundukkan kepalanya.

“Saya minta maaf cik…. saya minta maaf.” ucap Ayriz berkali kali.

“Pandai kau minta maaf.” kata lelaki di hadapannya. Ayriz mengerutkan dahi dan terus mengangkat kepala. Lihat sahaja wajah lelaki di hadapannya, wajahnya kian berubah.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2022-08-19 16:15:55 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience