BAB 5

Family Completed 672

Pada malam itu, seperti biasa selepas solat maghrib diadakan kuliah maghrib sementara menanti waktu isyak. Kuliah yang di sampaikan oleh Imam Nasir pada malam itu ialah berkenaan tentang berbakti kepada kedua ibu bapa. Setiap isi yang di sampaikan dengan penuh teliti dan di sertai dengan hadis sahih dan juga terjemahan Al – Quran yang menyatakan tentang kewajipan seorang anak dalam berbakti kepada kedua ibu bapa mereka. Isi yang di sampaikan oleh Imam Nasir sedikit sebanyak terkesan di hati Fawwaz. Dirinya mula sedar akan kesilapannya selama ini yang terlalu mengikut hawa nafsu dan amarah.

Usai solat isyak, Fawwaz mendekati Imam Nasir untuk meminta nasihat dan cadangan.

“Tok, boleh saya cakap dengan tok sekejap?” tanya Fawwaz sebaik sahaja dia mendekati Imam Nasir.

“Boleh. Silakan.” Mereka bersalaman dengan jemaah yang lain sebelum mengambil tempat duduk untuk berbicara dengan lebih lanjut.

“Tok, sebenarnya saya memendam rasa marah kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka merahsiakan tentang penceraian mereka daripada kami adik-beradik. Kerana hal itu jualah saya selalu mengelakkan diri saya daripada terus berbicara dengan ibu saya. Setiap hari saya menangis kerana saya merasakan kami sekeluarga tidak lagi sebahagi dahulu, adakala saya marah setiap kali mengingati butir-butir surat tentang penceraian kedua ibu bapa saya.” Fawwaz memulakan bicaranya dan meluahkan segala yang terbuku di hatinya selama ini. Ego yang memuncak selama ini akhirnya cair apabila dia mendengar kata – kata Imam Nasir sewaktu kuliah maghrib.

“Nak, kamu kena ingat bahawa kasih sayang seorang ibu tidak berpenghujung dan kasih sayang seorang ayah kekal selamanya. Kamu tak seharusnya meletakkan kesalahan ke atas mereka kerana merahsiakan hal tersebut tetapi kamu seharusnya bertanya kepada mereka dengan kata-kata yang sopan dan tidak mengguriskan hati mereka. Mungkin apa yang ibu kamu lakukan sebelum ni adalah kerana dia tidak mahu anak-anaknya bersedih sepertimana dia bersedih. Ibu kamu pastinya tidak mahu perkahwinannya dengan ayah kamu berakhir tetapi kita tidak boleh melawan qada’ dan qadar Illahi. Tok harap kamu memohon kemaafan dari ibu dan ayah kamu serta memohon keampunan Allah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat taubat agar Allah mengampunkan dosa-dosa kamu. Dia Maha Pengampun dan Penerima Taubat.” Nasihat Imam Nasir kepada Fawwaz.

Banyak input yang diperolehi oleh Fawwaz pada malam itu dan dirinya lebih tenang daripada sebelum ni. Dia bernekad untuk meminta maaf dari ibu dan ayahnya. Langkah di hayun begitu laju kerana dia tidak sabar untuk bertemu dengan ibunya. Dia dapat mengagak bahawa ibunya pasti sedang berada di dapur melakukan kerja-kerjanya.

“Assalamualaikum ibu, angah dah balik.” Fawwaz memberikan salam dari luar rumah namun hanya kedengaran jawapn dari kakaknya. Dia bergegas menuju ke dapur untuk membantu ibunya. Sebaik sahaja tiba di dapur, dia begitu terkejut kerana melihat ibunya sudah terbaring di atas lantai. Tanpa berfikir panjang, Fawwaz berlari menuju ke rumah jirannya, Pak Hamid untuk meminta pertolongan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience