bab 17

Romance Series 425423

Sejak perjumpaan itu hubungan Ayriz dan sepupu Fariz semakin rapat. Ada sahaja mereka ingin berkongsi cerita. Haikal sahaja yang hanya diam namun dia masih setia mendengar. Fariz dan Ayriz masih lagi dengan perang dingin. Ayriz masih lagi tidak balik ke rumah.

“Eh korang baliklah dulu. Aku ada benda nak beli.” arah Ayriz sambil mencari kunci kereta.

“Kitaorang teman kau lah… ni malam bahaya tau.” kata Ella.

Selepas waktu bekerja, Ella yang memaksa dan memujuknya makan malam bersama. Ayriz sampaikan tidak tahu ingin memberi alasan lali bersetuju.

“Tak apa jangan risau aku okay.”

“Okayla kalau kau cakap camtu. Take care.” Ella dan Reen beredar dan meninggalkan Ayriz.

Ayriz terus berjalan menuju ke kereta. Tiba tiba dia terdengar bunyi seseorang mengerang kesakitan. Ayriz tercari cari suara itu daripada mana. Matanya terbeliak apabila melihat beberapa orang di lorong itu sedang menumbuk seseorang. Badannya menjadi gigil. Ayriz memberanikan diri untuk berjalan ke arah mereka. Semakin dekat semakin jelas wajah lelaki yang di pukul itu. Terbeliak mata Ayriz melihat lelaki itu.

“Haikal!” jerit Ayriz kuat. Dia sudah tidak fikir pasal ketakutannya. Laju langkah Ayriz ketika itu. Namun belum sempat dia menghampiri sepupunya lengannya sudah dicengkam oleh salah seorang daripada mereka.

“Lepaslah!“

“Kau berambus sebelum nasib kau sama macam jantan ni. Berambus!” tengking salah seorang daripada mereka membuatkan ternaik bahu Ayriz terkejut.

“Ayriz… pergi… jangan masuk campur.” ucap Haikal perlahan sungguh tiada tenaga ketika itu.

“Diaorang nak apa daripada you Haikal? Bagitahu I.” Ayriz masih lagi berusaha melepaskan tangannya.

“Aku cakap berambus!”

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Ayriz. Terteleng Ayriz. Ayriz mengetap bibir menahan sakit. Air mata mula bertakung.

“Lim kita nak buat apa dengan perempuan ni?”

“Jangan apa apa kan dia. Lepaskan dia. Tolong aku merayu.” Haikal masih lagi merayu kepada mereka. Dia tidak mahu apa apa terjadi dengan isteri sepupunya.

“Bawak dia jumpa bos.”

Lantas dengan itu Ayriz diheret masuk ke kereta. Ayriz meronta ingin dilepaskan.

“Diamlah!” jerkah Lim membuatkan Ayriz tersentak. Badannya kian menggigil. Ayriz memandang ke belakang. Ayriz dan Haikal kian terpisah dengan kereta. Ayriz mendiamkan diri. Tiada guna dia meminta tolong. Tiada siapa yang dengar. Air mata sudah jatuh membasahi pipi.

‘Ya allah selamatkanlah kami.’

Kini mereka tiba di sebuah rumah yang besar. Ayriz dan Haikal diseret masuk di sebuah bilik. Tangan Ayriz dan Haikal sudah diikat.

“Duduk sini diam diam kalau tak nak mati malam ni.” arah Lim dan terus menutup pintu. Ayriz terus memandang ke arah Haikal.

“Apa you dah buat Haikal. Kenapa diaorang pukul you?” Ayriz ingin tahu apa yang terjadi ketika itu. Mengapa sehingga begini.

“I dah cakap lari… kenapa tak lari!” marah Haikal membuatkan ternaik bahu Ayriz. Ayriz menunduk takut dengan Haikal. Tiba tiba pintu dibuka. Isac tersenyum sinis apabila melihat dua manusia di hadapannya.

“Buy one free one.” Isac menghampiri mereka. Langkahnya terus ke arah Ayriz yang masih menunduk.

“Eh perempuan. Angkat muka kau.” arah Isac mendatar. Ayriz masih lagi tunduk.

“Jangan sentuh dia!” Larangan Haikal seperti angin lalu di telinganya. Isac menarik rambut Ayriz.

“Arhhhhhh…..” menjerit Ayriz menahan sakit.

“Aku paling pantang kalau aku suruh orang tak ikut! Pandang aku!” tengking Isac sambil menarik rambut Ayriz ke belakang. Mata mereka memandang satu sama lain. satu… dua…. tiga….

“Kau!” serentak dengan itu Isac melepaskan rambut Ayriz.

“Dia buat apa dekat sini?” tanya Isac kepada Lim dengan keadaan marah.

“Dia halang kerja kita bos.”

“Tak akan perempuan macam ni tak boleh handle! Bodoh!”

“Eh mamat beku, bukaklah tali dekat tangan aku ni! Sakit kau tahu tak!” arah Ayriz. Terkejut Lim dan Haikal apabila Ayriz bersuara. Isac mengetap gigi menahan marah. Mukanya ketat sahaja tanpa sebarang senyuman. Isac merenung Ayriz lama sebelum dia menyuruh Lim membuka ikatan tali Ayriz. Lim bagaikan tidak percaya semudah itu Isac melepaskan Ayriz.

“Kau buat apa dekat tempat macam tu budak?” soal Isac yang diam daripada memerhati Ayriz.

“Buat apa? Aku nak pergi dekat kereta then aku dengar orang macam mengerang sakit. Aku pergilah tengok.”

“Kau memang tak sayang nyawa kan. Kau tak takut mati ke?”

“Eh kau expect apa bila aku tengok cousin aku kena pukul macam tu. Yang kau ni, kau ke ketua budak budak tadi tu?”

Lim diam memerhati daripada tadi.

‘Gila perempuan ni… dia boleh berborak dengan kepala gengster macam tu je. Tak takut mati agaknya.’

“Ouh so kau cousin mamat ni lah. Dia tak bagitahu apa dia buat?” Isac tersenyum sinis.

“Jangan libatkan dialah!” sekali lagi Haikal bersuara. Tidak banyak cakap, Isac terus menendang Haikal membuatkan Ayriz menjerit.

“Kau buat apa ni?!”

“Siapa suruh dia tinggikan suara.” jawab Isac bersahaja. Dia tidak rasa ingin mengapa apakan gadis di hadapannya. Bagi dia Ayriz hanya perkara kecil baginya.

“Haikal, you okay. Ish kau ni, cakap je bolehkan… kalau dah mati dia ni macam mana?”

“Memang tu yang aku nak.” kali ini Isac memberikan senyuman sesuatu. Terhenti jantung Ayriz ketika itu. Perasaan takut kini mula meresap ke dalam badan Ayriz. Ayriz dapat merasakan lelaki itu bukan calang calang orang.

“Gila.” kata Ayriz perlahan namun mampu didengari Isac.

“Kau cakap apa?” soal Isac dengan suara datar sambil menolak Ayriz jatuh terduduk.

“Sakitlah! Tangan kau tu dah lah besar!” Lim mengemam bibir menahan ketawa. Boleh tahan gila perempuan di hadapannya. Kalau lain mahu pengsan sahaja di situ. Namun gadis ini seperti tidak mahu mengalah.

“Aku tolak sikit je… kau yang drama lebih. Sedap mulut kau je panggil aku gila.” Ayriz menjeling tidak puas hati.

“Sekang kau bagitahu aku, apa Haikal ni dah buat dengan kau?”

“Tanyalah dia sendiri. Ada depan mata dah pun.”

“Kalau dia jawab taklah aku tanya kau. Dia ni spesis dengan laki aku. Tak reti menjawab.” Terjongket kening Isac mendengar kata kata Ayriz.

“Dah kahwin? Melepas aku.”

“Apa?”

“Aku cakap, aku melepas nak kahwin dengan kau.” dengan selamba Isac mengulang kata katanya. Entah mengapa dia senang dengan gadis di hadapannya.

“Eeeee siapa nak kahwin dengan kau? Sekang ni cakaplah dia buat apa? Berulang aku tanya ni?” Isac tertawa melihat terlatah Ayriz. Sungguh menarik minatnya.

“Kau pahal gelak pula ni? Betullah kau gila.”

“Tak adalah… sebelum kau sampai sini budak budak aku ada hentak kepala kau ke? Kau tak takut ke dengan aku?”

“Takut dengan kau ? Buat apa?” jawab Ayriz tanpa berfikir. Isac tersenyum sinis lalu pistol di kocek di keluarkan lalu menghala ke arah Ayriz. Tersentak Ayriz. Ini dinamakan disebabkan mulut badan binasa.

Ayriz tertunduk. Ya dia takut ketika itu membuatkan Isac semakin suka melihat ketakutan gadis itu. Ayriz menyelak rambutnya ke telinga. Isac menyedari sesuatu lalu dia mendekatkan diri kepada Ayriz.

“Pipi kau kenapa?” soal Isac mendatar. Ayriz masih mendiamkan diri takut dengan lelaki di hadapannya.

“Aku tanya pipi kau kenapa?” tanya Isac lagi namun suaranya semakin keras.

“Kena tampar.” jawab Ayriz perlahan tanpa memandang wajah Isac. Jelas wajah Isac kelihatan bengang ketika itu.

“Siapa tampar kau? Bagitahu aku!”

gulp!

‘Mampus kau ni Lim.’

Lambat lambat Ayriz menunjuk ke arah Lim. Isac merenung tajam ke arah lelaki itu. Renungannya seperti Lim sudah tahu tamat riwayatntya.

“Lim kau sini.” panggil Isac mendekatinya. Lambat lambat Lim mendekati bosnya lalu satu tamparan hinggap di pipi Lim . Terteleng lelaki itu. Sekali lagi ternaik bahu Ayriz terkejut dengan tindakan lsac.

“Kau pergi ambil ais sekang bawak sini!” arah Isac tegas. Lim terus beredar. Ayriz perlahan lahan menjauhi Isac dan dia mendekati Haikal yang masih menahan sakit. Isac hanya merenung kedua duanya. Riak wajahnya kembali tegang.

“Jangan risau, I tak akan bagitahu sesiapa pasal ni. You balik rest okay. Esok kita jumpa dekat rumah mama.”

“Ayriz…” panggil Haikal perlahan. Ayriz memandang Hakim.

“Thank you.” Ayriz tersenyum manis lalu menganggukkan kepala. Kereta Ayriz terus bergerak meninggalkan Haikal. Hilang sahaja kereta Ayriz dis mengeluh perlahan. Nampaknya rahsianya sudah pun diketahui Ayriz.

Semua sudah pun berada di rumah keluarga Fariz. Mereka memang menetapkan tempat di rumah itu bagi memudahkan yang lain. Fariz paling tidak sabar kerana dapat berjumpa isterinya. Bukannya dia tidak cuba memujuk dua tiga hari lepas tapi Ayriz hanya membuat tidak tahu.

“Haikal, kenapa dengan muka you? You okay?” soal Tya sedikit terkejut melihat bibir sepupunya lebam.

“Im okay. Excident sikit je.”

“Are you sure? Lebam tu. Dah pergi klinik?” risau juga Tya apabila melihat keadaan Haikal begitu.

“Dah Tya.”

“Hai.” sapa Ayriz beriak ceria. Mereka saling senyum.

“Wahhh your outfit memang tak nak kalahkan Ayriz. Nak kalahkan akak Tya ke?”

“Of courselah…. Ayriz tahu outfit akak mesti gempak, mana boleh Ayriz kalah.” saja Ayriz mengusik kakak sepupunya. Mereka tertawa kecil.

“Wait mana Az? Jangan cakap dia tak join.”

“Cari I ke?” sapa Azman daripada belakang. Tya tersenyum apabila melihat kelibat Azman.

“Mestilah. I ingat you tak join. Kalau you tak join I pergi hospital you.” Tya mengugut.

“Yes I know sebab tu Im here. Bukan tak kenal perangai you. If you want means you want.”

“Yes.”

“Ayriz mana Fariz?” soal Azman mencari kelibat sepupunya. Ayriz mengerutkan dahi. Manalah dia tahu. Dia sendiri tidak berjumpa suaminya.

“Im here.” sapa Fariz yang sudah berada di sisi isterinya. Terpegun Ayriz melihat suaminya. Berbaju tshirt putih bersama seluar hitam berserta spec hitam yang tengantung di baju membuatkan Fariz nampak sangat tampan.

“Kenapa yayang pandang husband macam tu? Hensem ke?“ usik Fariz sambil tangannya berada di bahu Ayriz. Merah muka Ayriz menahan malu.

“Sejak kahwin bukan main poyo lagi kau. Sudahlah. Ni kita naik satu kereta.”

“Siapa drive? Aku malas ea nak drive.”

“Driver la drive.”

“Kosong lagi tak dengan korang. Hanees nak join.”

“Ada kosong lagi Hanees. Jomlah.” Haikal tersenyum kepada adik sepupunya.

“Okay jom letak barang dulu.” Azman memberi arahan. Mereka bersetuju dan terus berjalan. Laju kaki Ayriz meninggalkan Fariz. Ayriz sudah pun berjalan bersama Haikal. Fariz mengerutkan dahinya.

“Dia blah macam tu je? Tak apa awak tunggu nasib awak nanti.”

Muka Ayriz masam apabila dia kena duduk sebelah Fariz. Mereka memang sengaja nak kenakan mereka. Sepanjang perjalanan Ayriz banyak mendiamkan diri. Bukan apa dia berasa sakit kepala tiba tiba. Sesekali Fariz memandang isterinya.

“Yayang okay tak ni? Kenapa muka macam tu?”

“Sakit kepala.” jawab Ayriz sedikit lemah.

“Lah sakit kepala ke? Ada minyak tak?” Ayriz hanya menggelengkan kepala. Lalu Fariz memanggil Tya.

“Tya, you da minyak angin kan. I nak.”

“Kenapa? You sakit kepala ke Riz?” soalan Tya membuatkan semua pusing ke belakang.

“Bukan I, Ayriz sakit kepala.”

“Ouh ha nah.” cepat Tya menghulurkan minyak angin kepada Ayriz. Ayriz hanya menutup mata. Dia tahu semua sedang memandangnya.

“Yayang turunkan sikit badan. Baring kat dada husband.” arah Fariz sambil membuka penutup. Hanees dan Tya sudah tersenyum. Rasa seperti tengok drama pula.

“Saya boleh letak sendiri.”

“Aip, husband cakap apa? Baringkan.” Merah muka Ayriz malu apabila dirinya jadi perhatian di dalam kereta. Kedudukan Ayriz sangat tidak selesa namun dia tetap dipaksa kerana Fariz ingin mengurut kepalanya. Tiba tiba Fariz berhenti dan suruh Ayriz kembali dengan posisi tadi. Ayriz hanya menurut tanpa membantah. Mata Ayriz dipejamkan selang beberapa minit Ayriz sudah lena di bahu Fariz. Fariz tersenyum lalu tangannya diletakkan dibelakang Ayriz. Terus Ayriz menyembamkan mukanya di dada Fariz. Fariz juga turut melelapkan mata sambil tangannya memeluk isterinya. Hanees yang menyedari hal itu membisik kepada yang lain. Mereka semua tersenyum geli hati melihat terlatah mereka suami isteri. Tya mengambil telefon lalu menangkap gambar mereka, lantas dengan itu terus di masukkan ke dalam group keluarga. Mereka tertawa kecil dan kembali memandang ke luar.

“Yayang… yayang. Bangun kita dah sampai.” lembut Fariz mengejut isterinya. Rambut Ayriz diselak ke telinga. Ayriz mencelikkan mata lalu dia terus bangun apabila dia tahu dia berada di dada Fariz. Ayriz memandang sekeliling. Hanya tinggal dia dan Fariz.

“Kita dah sampai. Jom.” Ayriz mengeluarkan telefonnya lalu dia membuka kamera. Muka Ayriz berubah, ya allah teruknya muka.

“Keluarlah dulu. Saya nak touch up.” Tidak mungkin dia akan keluar begitu.

“Okay buatlah apa yayang nak buat. Husband tunggu.” Ayriz mengerutkan dahi dan dia terus mengeluarkan barangnya.

“Adu mana pula aku nak letak telefon ni… duduk la diam diam.” bebel Ayriz sendiri lalu matanya terarah kepada suaminya yang membelek telefon.

“Fariz. Help me.” Fariz membuka cermin matanya.

“Tolong apa?”

“Tolong pegang telefon ni. Fon tak boleh letak.” Fariz tersenyum lalu mengambil telefon Ayriz. Ayriz dengan selamba memegang tangan suaminya untuk menentukan posisi.

Sudah 5 minit Fariz memegang telefon itu. Dia sudah lenguh.

“Awak, saya tak nampak muka saya. Atas la sikit.”

“Lenguhlah yayang.” Ayriz sudah membuat muka lalu dia terus mengambil telefon daripada tangan suaminya. Merajuk.

“Yayang…. yayang dah lawa dah. Yayang tidur je tadi. Husband tak tipu dah cantik dah.” Ayriz masih lagi diam. Fariz tersenyum. Dia tahu bukan mudah memujuk Ayriz.

“Hey…. yayang dah cantik. Trust me. Semua dah turun dah… yayang tak lapar ke?”

‘Tak lapar? Gila tak lapar. Haah kan Ayriz kau lawa lawa pun dah lapar dah ni.’

“Fine.” Ayriz menyimpan semua alatan soleknya. Fariz tersenyum apabila dapat memujuk Fariz. Sebelum keluar Fariz mematikan enjin kereta.

“Lambat turun. Sesat ke?” perli papanya. Ayriz sudah tersenyum malu. Fariz juga turut tersenyum lalu terus mengambil tempat duduk.

“Ayriz dah okay ke sakit kepala?” tanya mamanya pula. Ayriz dan Fariz mengerutkan dahi memandang satu sama lain.

“Husband tak cakap ea.” Fariz tahu Ayriz ingin menuduhnya.

“Pstttt….” panggil Hanees sambil menunjukkan gambarnya. Terbeliak matanya. Malu? Seakan ingin bangun dan masuk ke dalam kereta.

Ayriz memandang ke arah suaminya dengan riak mencemek. Fariz tertawa kecil lalu dia memeluk isterinya.

“Dah la tu kacau wife Fariz.” Mereka semua tertawa melihat mereka. Comel.

“Okaylah jom makan.” Aunty Ju mula membuka mulut. Mereka masih lagi dengan sisa tawanya. Begitu juga Fariz masih tesengih nakal. Lantas pinggang Fariz dicubit.

“Aduh…apa? Husband tak buat apa pun.” jawab Fariz tersengih.

“Biarkan je Fariz tu Ayriz. Jangan layan. Meh dekat mama.” Ayriz bangun namun dihalang oleh Fariz.

“Mama ni suka rampas wife Fariz. Tak ada yayang duduk sini.”

“Ye lah…. duduk lah Ayriz dekat situ.” Sekali lagi mereka tertawa melihat keluarga mereka.

kali ni panjang sikit

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience