9

Romance Completed 95763

Usai menunaikan solat Subuh tadi, Anggun Dahlia menyambung lenanya semula. Ikram Benjamin pula mengambil peluang itu untuk menikmati udara segar. Dia memandang ke langit. Cuaca mendung nampaknya pagi itu. Ketika itu juga, tanah Itali sedang menghadapi musim bunga. Jadi, banyak bunga-bunga yang kembang mekar ditaman perhiasan itu. Dibalkoni biliknya juga terdapat bunga matahari dan bunga lili.

Dia menghirup udara segar. Matanya memandang ke jalan. Penduduk dipekan itu mula keluar dengan tujuan masing-masing.

"Abang."

Ikram Benjamin menoleh ke belakang taktala ada suara yang memanggilnya. Bibirnya menyimpul senyum. Anggun Dahlia sudah bangun dari lenanya. Dia melangkah ke katil.

"Ya sayang. Dah hilang sakit kepala malam tadi?" Dia duduk dibirai katil. Sambil membetulkan rambut panjang Anggun Dahlia yang berserabut.

"Dah." Jawabnya sepatah.

"Serabutnya rambut dia bangun tidur."Ikram Benjamin membetulkan rambut panjang Anggun Dahlia dan diselitkan ke telinga.

'Comel.' Bibirnya menarik sengih menampakkan lagi barisan gigi putihnya.

"Memanglah. Mana ada orang bangun tidur tiba-tiba cantik macam bidadari turun dari syurga." Anghun Dahlia mengomel panjang. Sesekali matanya digosok perlahan. Masih mengantuk.

"Ada. Orangnya,sayang. Bangun tidur berserabut macam mana pun, sayang tetap cantik dimata abang. Sayang bidadari abang yang tuhan kirimkan dari syurga." Sehabis manis ayat itu diluahkan.

"Emm..." Anggun Dahlia menepis lembut tangan yang sedang membelai rambutnya. Dia mengetap bibir menahan senyum dari terukir.

"Err...tepilah sikit. Dahlia nak mandi." Tubuh Ikram Benjamin ditolak lembut. Dia memandang ke arah lain. Tidak mahu memandang lelaki itu. Peristiwa malam tadi terlayar kembali dikotak memorinya.

"Hey, sekejaplah. Abang belum habis cakap lagi." Cepat saja lengan Anggun Dahlia ditahan sebelum perempuan itu turun dari katil. Dia memandang tepat ke arah anak mata itu. Tetapi perempuan itu seakan mengelak dari terus memandangnya.

"A...abang, Dahlia...err...nak mandi." Dia melepaskan pegangan tangan Ikram Benjamin.

"Telinga sayang merah? Malu dengan abang? Tentang malam tadi?" Tubuhnya merapat dengan Anggun Dahlia. Dia menyembunyikan senyum yang hampir terlakar.

"Ma...malu kenapa? Malam tadi kenapa?" Bibir bawahnya digigit lembut. Cuba menyimpan rasa malu.

Ikram Benjamin mahu saja melepaskan tawa mendengar soalan itu. Betulkah perempuan dihadapannya itu sudah melupakan peristiwa malam tadi? Atau dia sengaja buat tak tahu? Oh, mungkin malu mahu mengaku.

"Tentang Dahlia peluk abang. Tentang Dahlia cakap pada abang yang Dahlia...sayangkan abang." Kini bibirnya terlakar segaris senyuman.

"Uhukk!" Anggun Dahlia tersedak. Cepat saja dimenepuk lembut dadanya. Macam mana pula lelaki itu masih ingat?

"Sayang okey?" Dia mengusap belakang badan Anggun Dahlia.

"Okey...Dahlia okey. Err...Dahlia mandi dulu." Cepat saja dia merangkak turun dari katil.

Bam!

Pintu bilik air ditutup kasar. Tingkahnya yang kalut membuatkan Ikram Benjamin melepaskan tawa kecil.

Dia bingkas bangun dari katil. Bersiap sedia mahu turun sebentar lagi. Tetapi langkahnya mati taktala memandang ke arah almari. Dia menarik sengih nakal. Sepertinya perempuan itu terlupa benda yang paling penting. Tangannya mencapai tuala dan bathrobe milik Anggun Dahlia yang tersangkut dihanger almari.

Setelah 15 minit berlalu, pintu bilik air dibuka. Anggun Dahlia menjengah keluar. Bibirnya digigit. Serba salah mahu memanggil lelaki itu. Matanya menangkap tubuh lelaki itu. Dia sedang berbaring dikatil sambil bermain dengan telefonnya.

"A...abang!" Dia memanggil dari pintu bilik air. Badannya disorokkan dibelakang pintu. Ikram Benjamin menoleh. Dia bangun dari baringnya. Bibirnya menyimpan senyum.

"Ya, sayang abang. Kenapa?" Dia bersuara seperti tiada apa yang berlaku. Dia bangkit dari katil. Kakinya dibawa melangkah ke bilik air. Dia memeluk tubuh sambil memerhati air basah yang menitik dari rambut perempuan itu. Air lournya ditelan kasar.

"Err...tolong Dahlia ambilkan tuala dengan bathrobe boleh?" Mukanya sudah kemerahan ketika itu.

Ikram Benjamin melirik pada gantungan dialmari. Kemudian, dia beralih pandang ke arah Anggun Dahlia. Tenang saja langkahnya mengambil tuala dan bathrobe dari sangkutan hanger. Tuala dan bathrobe dihulur pada Anggun Dahlia. Tetapi, tangannya menahan tarikan perempuan itu. Bibirnya tersengih. Matanya jatuh pada tangan basah perempuan itu.

"A...abang. Cepatlah! Jangan main-main." Tuala dan bathrobe masih didalam genggamannya.

Belum sempat Anggun Dahlia menarik, Ikram Benjamin terlebih dahulu menerjah masuk ke dalam bilik air. Cepat saja pintu bilik air ditutup.

Anggun Dahlia merampas tuala dari pegangan Ikram Benjamin. Tubuhnya yang terdedah ditutup. Bagai mahu luruh jantungnya dengan perangai gila Ikram Benjamin.

"Wanginya." Ikram Benjamin mendekati tubuh itu. Setiap pandangannya meliar pada tubuh yang masih terdedah. Degup jantungnya kian menggila.

"A...abang jangan....jangan buat perangai gila!" Tangannya menggenggam tuala. Badannya dirasakan menggigil ketika itu.

"Hmm...abang buat apa?" Dia menghidu rambut panjang Anggun Dahlia. Wangi. Dia suka bauan itu. Bau Anggun Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience