BAB 19

Family Completed 4130

Kini, hatinya sudah tidak tahan lagi. Dia ingin menghadapi mereka semua. Dia ingin memberi pengajaran kepada mereka semua. Hari ini adalah hari minggu. Dia tahu, waktu-waktu begini mereka sering melepak di kaki jalan berhampiran dengan rumahnya.

Tangannya mencapai kayu yang sudah disediakan untuk menghentam mereka semua. Langkah sudah diatur. Semakin hampir hatinya semakin lagi berdetak. Matanya sudah kenal dengan gerak tubuh langkah mereka.

Bila sudah hampir, kayu dihayunkan namun terlepas dari genggaman bila tubuh yang dituju berjaya mengelak daripada hayunan itu.

"Kurang ajar!"

Sekali lagi tanpa kayu ditangannya, dia dihentam. Kali ini lagi kuat. Kayunya yang terlepas tadi sudah selamat hinggap ditubuhnya.

"Hoi!"

Kali ini, matanya yang dipejam tadi dibuka ingin melihat siapa yang membuatkan kumpulan itu berhenti dari menghentam mereka semua.

"Dia yang nak menghentam kami dengan kayu tadi pak cik."

Muaz melihat mereka semua sudah turut dihentam oleh orang-orang yang memakai baju kot berwarna hitam dengan kacamata hitam.

Mereka semua yang sudah terbaring hanya mampu melihat gerak langkah lelaki itu.

"Otman, berhenti."

Serta-merta hentaman dari pengawal-pengawal itu berhenti.

"Pak cik sepatutnya pukul dia tu, dia yang nak pukul kami dengan kayu tadi."

"Encik Muaz."

"Tuan Izz."

"So sebab inilah muka you selalu lebam-lebam?"

Sebaris senyuman yang payah terukir. Sahabat perniagaannya juga sudah melihat dirinya sehina begini. Air mata jantannya sekali lagi merembas keluar.

"Pak cik, Muaz memang mangsa keadaan."

Kali ini entah dari mana suara Cik Nora pula yang kedengaran.

"You kenal dia?" tanya Tuan Izz kepada Muaz.

"I tak kenal dia."

Tuan Izz melihat raut Cik Nora juga bertukar keruh. Wajah Muaz dan Cik Nora ditatap bersilih ganti namun dia berusaha tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut. Dia mahu merawat Muaz dengan lebih lanjut.

"Otman, bawa Encik Muaz ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan kamu semua, tunggu pihak mahkamah daripada kami. Kamu tidak tahu dengan siapa kamu bermain api. Dan cik, terima kasih."

"Thank you Tuan Izz."

Ujar Muaz ketika mereka semua masuk ke perut kereta Tuan Izz.

"Siapa gadis tadi tu?"

"Nobody."

Tuan Izz tersenyum sinis.

"Where are we going?"

"I'm going to take you to our clinic first than after that we are going to Ipoh, Perak."

"Wuish, jauhnya."

"I nak jumpa Ustaz Kazim Elias."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience