Aileen meletakkan kepala di atas meja lalu cuba untuk melelapkan mata tetapi gagal kerana tiba-tiba ada satu tangan menghentak mejanya dan membuatkan Aileen mengangkat kepala memandang gerangan yang membuat dajal kepadanya itu.
“Asal?” Soal Aileen kepada Shafiq, ketua kelasnya.
“kau masuk acara lompat tinggi en?” soal Shafiq.
Aileen mengangguk.
“hah tu! Dak-dak lompat tinggi panggil ko! Pi la!”
Aileen memandang keluar kelasnya. Kelihatan Ameer, ketua rumah Merah sedang menunggunya di luar kelas sambil ditemani oleh Adam. Aileen bangun dengan malas lalu berjalan ke arah luar kelas.
***
“hah tu pun, Aileen..”
Pantas Ameer memandang Aileen yang sedang berjalan ke arahh mereka itu.
“pesal?” Soal Aileen dengan nada malas.
“pesal? Pesal kau tanya? Eh, harini ada latihan lompat tinggi bagi pompuan la ngok! Yang kau tak turun apahal?! Tak pasal-pasal aku kena cari kau…!” tengking Ameer kepada Aileen.
Pantas Aileen menepuk dahi. “astaghfirullah al azim… weh aku lupa la… sekarang ke?” soal Aileen.
“ha’ah, sekarang!”
Mata Aileen membulat. “gentle ah sekarang?!! Fuh, nasib baik aku ada PJ harini… hah, jom ah gerak..”
***
“Cikguuuuuuuuu..!”
Pantas cikgu Farha memandang Aileen, Ameer dan Adam yang sedang berjalan menghampirinya itu. “hah! Aileen! Kamu ke mana?!”
Aileen mencebik. “saya kat kelas je cikgu….”
“kamu tak tahu ke harini ada latihan lompat tinggi?”
Pantas Aileen menggeleng.
“hah nasib baik saya suruh si Ameer ni cari kamu..” ujar cikgu Farha.
“maaf, cikgu…”
“takpelah.. dah-dah cepat get ready..”
“alright cikgu!”
“Leen..”
Aileen memandang Adam yang disebelahnya itu. “apa?”
“kau tahu tak si Zaida tu pun masuk lompat tinggi?”
Aileen tersentak lalu pantas dia menoleh ke belakang untuk mencari kelibat Zaida. Kelihatan Zaida sedang memandangnya dengan pandangan sinis. Aileen hanya memasang wajah tidak hairan lalu kembali memandang Adam. “so? Ah kesah pulak aku.. lantak la dia..”
“tadi dia sipi-sipi nak keluarkan nama kau kot…”
Lagi sekali Aileen tersentak lalu dia memandang Adam dengan pandangan serius. “gentle ah..”
“gentle doh…”
Aileen mengetap giginya dengan geram. “dia try nak main-main dengan aku eh? Takpe.. takpe.. jom kita ‘join’ permainan dia…” ungkap Aileen lalu tersenyum nipis.
“kau nak buat apa?”
Aileen memandang Adam. “aku nak buat apa? Adalah… dia tak kenal lagi aku ni siapa… dia ingat aku easy girl ke? Kejadah dia la… dia pikir dia hot, dia boleh sesenang je nak pijak orang? Hell no.. aku bukan orang yang sesenang je orang boleh pijak la..” luah Aileen kepada Adam lalu dia menoleh memandang Zaida yang sedang memandangnya dengan pandangan meluat. “now it’s show time…”
“Aileen…”
“don’t worry… aku takkan buat dia menangis… kau chill je…”
Adam hanya menggelengkan kepalanya. Budak ni bukan boleh percaya sangat pun.
“Aileen! Your turn!”
“coming!!”
***
Aileen mengambil jarak yang sesuai untuk landing. Pantas Aileen memandang ke depan dan fokus terhadap palang yang digunakan untuk lompat tinggi tersebut. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Zaida yang berdiri di sisi Ameer yang sedang adjust ketinggian palang tersebut. Aileen membuat wajah meluat. “Meer, dah ke belum?” laung Aileen dari jauh.
“kejap ah! Lagi sikit..! hah okay dah!”
“dah boleh go belum ni?”
“dah! Dah boleh dah!”
Aileen membuat thumbs up kepada Ameer. Aileen mula meregangkan badan sebelum cikgu Farha meniupkan wisel menandakan dia sudah boleh bermula. Pantas Aileen berlari ke arah palang tersebut dan melompat melintasi palang dan badannya mendarat di atas tilam yang disediakan. Pantas Aileen memandang belakang untuk melihat palang tersebut. Aileen tersenyum gembira kerana dia berjaya!
“fuhhh! Hebat ah Aileen! Aku dah agak dah mesti kau lepas punya!!” ujar Adam kepada Aileen.
Aileen hanya tersengih lalu mendapatkan Ameer. “Meer, berapa tinggi tiang tu..?”
“15 cm, asal nak tinggi lagi ke?”
Membulat mata Aileen. “woahhh! No thanks jelah..! tak rela aku..”
“eleh.. berlagak... 15 cm je pun.. bukan 25 cm.....”
Pantas Aileen memandang gerangan yang bersuara itu. Ergh perempuan ni.... “kira okay lah aku 15 cm dari kau lepas ke 15 cm tu?” sindir Aileen lalu mula ke arah cikgu Farha.
Membulat mata Zaida. “kurang ajar punya perempuan..!”
“cikgu... okay tak saya lompat?” soal Aileen sambil tersengih.
“okay sangat! Make sure menang dapat pingat emas tau petang rabu ni..!” ucap cikgu Farha.
Aileen tercengang. “apa cikgu? Petang rabu ni..?”
“hah yelah, lompat tinggi perempuan awal sikit dari lelaki... lelaki punya buat masa hari sukan nanti..” jelas cikgu Farha kepada Aileen.
Aileen mengangguk. “Ooo...”
“eh dah.. dah.. cepat berlatih lagi..” arah cikgu Farha kepada Aileen.
“Alright cikgu!!”
Pantas Aileen berpusing sebelum tiba-tiba dia terpijak sesuatu dan hilang keseimbangan lalu jatuh dan tangannya terlanggar dengan tiang lompat tinggi. Aileen mengeran kesakitan.
“Ya Allah! Aileen!!!”
Aileen menahan sakit sebelum dia terdengar satu suara sedang mentertawakannya. Pantas Aileen memandang Zaida dan rakannya yang sedang memandangnya dengan pandangan sinis sebelum mereka mengaturkan langkah meninggalkan Aileen yang sedaya upaya untuk bangun tersebut.
“kau main kotor eh..?”
“Leen, kau okay tak?!”
Aileen memandang Ameer lalu dia tersenyum nipis. “aku okay jelah hahahaha.” Jawabnya tidak ikhlas.
“luruskan tangan kau sekarang.”
Aileen memandang Adam. “untuk apa?”
“jangan banyak tanya la, buat cepat..!”
“okay.. okay..” pantas Aileen meluruskan tangan tetapi gagal kerana tiba-tiba lengannya terasa perit. “ergh..”
“kau okay tak?”
Aileen menggeleng. “aku rasa aku terhentak tangan kuat sangat la kat tiang tu....” ujar Aileen perlahan.
“Aileen..! kamu okay?”
Aileen memandang cikgu Farha sambil memegang tangan kirinya. “cikgu...”
“cikgu! Saya rasa Aileen injured...”
Membulat mata cikgu Farha. “injured? Eh, eh cepat bawak Aileen pergi khemah kat sana tu...!”
“ehhh! Takpe la cikguuu! Saya boleh jalan sendiri..” ucap Aileen. “cikgu teruskan jelah latihan eh? Saya pergi dulu..”
“hah hati-hati...”
Aileen mengangguk.
Share this novel