Deng....Deng....Deng....
Dentuman bunyi jam kayu antik yang terletak dipenjuru bilik mengejutkan lena Hazel.Hazel membuka matanya perlahan-lahan kerana kepalanya berdenyut-denyut tiba-tiba.Diusap perlahan wajahnya yang terasa lesu.
"Aduh!"....Hazel mendesis sakit bila pipinya disentuh.Mukanya terasa kembang,disentuh lagi sekali pipinya untuk mencari punca.Pipinya seperti membengkak,Hazel tidak puas hati lalu dia cuba bangun perlahan-lahan mengimbangi badannya untuk melihat cermin solek yang terletak sedikit jauh dari kedudukan katil.Terasa begitu jauh jarak meja soleknya itu,mana tidaknya jika dia berjalan macam orang berpantang empat puluh empat hari gayanya.Zarith mengerling melihat jam,sudah pukul 3pagi.
"Arghhhh......",Hazel terkejut beruk saat melihat wajahnya,dia mengusap lembut pipinya bagi mengurangkan rasa sakit yang semakin mendenyut.
"Macam mana boleh jadi macam ni,aku accident ke?"Hazel tersenggih bagi memastikan keadaan giginya yang tersusun rapi agar tiada yang hilang.Gerun rasanya jika dia kehilangan gigi kekalnya.Hazel tersenyum sehingga menampakkan lesung pipinya yang lekuk dikedua pipinya apabila membayangkan wajahnya yang lucu tanpa gigi seperti mak nenek.
Apabila puas membelek kesan merah diwajahnya,Hazel beransur ke katilnya kerana matanya terasa berpinar-pinar seperti hendak pitam,mungkin terlalu lama dia berdiri di depan cermin tadi.Hazel cuba memerah otaknya untuk mengimbas kejadian yang menyebabkan pipinya bengkak dan memerah sebegini rupa.
Tiba-tiba Hazel bagaikan direnjat elektrik bila peristiwa semalam terlayar dibenaknya.Dia bergaduh besar dengan Que semalam dan Que menamparnya.
"Que tampar aku?"...soalnya sendiri bagai tidak percaya.Memang mereka kerap bertengkar mulut tetapi Que tidak pernah menjentiknya jauh sekali memukulnya.Que hanya menggunakan bahasa kasar jika terlalu marah semasa bertikam lidah dengannya.Namun selepas kepulangannya dari mengikut adik iparnya Tengku Isabella dan kemarahan Que petang semalam agak membuatnya tertanya-tanya.Mungkinkah dia tahu sesuatu tentang petang semalam.
"Abang Carl"..,bibirnya menyeru nama jejaka itu yang benar-benar mengharap cintanya berbalas walaupun sudah hampir Lima belas tahun masa berlalu.Carl Zafran merupakan kawan karib Tengku Que Izham.Mereka sama-sama cuba merebut hati Hazel Haufa namun Hazel lebih cenderung untuk menerima Tengku Que Izham.Bukan kerana harta kekayaan kerana Carl Zafran juga anak orang berada.Hazel tertarik kepada arwah tunangannya kerana setiap kali bertentang mata,pasti ada getar bertamu dihatinya.Mata arwah tidak kehijauan seperti Que namun masih mewarisi wajah kacukan daddynya,kombinasi gen Turki dan Italy..namun masih ada melayunya dari gen Sharifah Mariah yang berketurunan Arab Pakistan..Jadi silalah bayangkan sendiri kecantikan dan kehenseman keturunan mereka.
Hazel memgeluh lega kerana pada pertemuan petang tadi segalanya sudah dileraikan.Carl Zafran tidak perlu mengharapkannya lagi kerana Hazel kini sudah sah menjadi isteri orang.Hazel terbayang-bayang muka yang penuh pengharapan Carl Zafran,memohon agar Hazel mengikutnya ke Mesir untuk menyambung phD dalam bidang kedoktoran.
"Hazel,Abang Carl tahu Hazel terseksa hidup dengan Que,dia playboy dari dulu lagi."
"Percayakan abang,kita pergi dari sini mulakan hidup baru".
"Abang sanggup terima Hazel kalau Que lepaskan Hazel,abang ikhlas kerana dalam hati abang hanya ada Hazel Haufa!"...Haufa terharu namun dia tidak mampu menipu dirinya,Carl Zafran sudah dianggap abang,tidak lebih dan tidak kurang dari itu.
Hazel menggeleng kepalanya demi mendengarkan kata-kata Carl Zafran kerana dia masih sedar status dirinya kini.Dia sudah tidak mampu membuka mulut untuk membalas kerana rasa sebak dihatinya..Hatinya benar-benar tersentuh dengan keikhlasan Carl Zafran namun tiada rasa cinta lagi untuk lelaki lain selain lelaki yg dipilih oleh hatinya sendiri. Lagi pula dia sudah menggalas gelaran isteri orang.
"Maafkan Hazel abang ,Hazel hanya anggap Abang Carl seperti seorang abang",...lembut bicara Hazel bimbang kata-kata penolakannya mengguris hati Carl Zafran.
"Huhhh!!!..Okay Hazel,abang takkan paksa Hazel,tapi abang tetap akan menunggu Hazel,biarlah masa melunturkan rasa cinta abang",......ikhlas bunyi bicara Carl Zafran namun hati manusia siapa yang dapat meneka.Tangan halus Hazel digengam lembut namun semakin erat bila Hazel ingin menarik tangannya kembali.
"Cenggeng!!"...,tiba2 Carl Zafran menegur dan tangannya mengusap airmata dipipi gebu Hazel.Hazel tersentak lalu kalut menjauhkan dirinya daripada Carl Zafran.Hatinya tiba-tiba rasa bersalah bila ada lelaki lain menyentuhnya.
"Abang gerak dulu la Hazel"....,Carl Zafran meminta diri bila matanya menangkap imej Tengku Isabella menuju ke arah mereka.
"Selamat tinggal sayang,aku akan kembali nanti untuk merampas semula perempuan aku",bisik hatinya.
Share this novel