Anis Raihanna tersentuh dengan kata kata Afiq Raihan. Dia menatap muka suaminya. Tak pernah lagi sesiapa yang berkata sedemikian kepada dirinya.
"Dah jom"
Afiq Raihan memegang tangan Anis Raihanna. Seraya itu,mereka mengatur langkah ke dalam pejabat sambil berpegangan tangan. Ramai juga mata memandang ke arah mereka. Namun Afiq Raihan sekadar tidak mengendahkan saja.
Anis Raihanna yang tersentak menguatkan lagi gengaman tangan Afiq Raihan. Dia sedar mereka diperhatikan oleh pekerja di situ. Dan baru dia teringat suaminya kan CEO syarikat tersebut.
"Apalah kau ni macam mana kau boleh terlupa dia CEO. Aduh,malu je pegang tangan bagai" omel Anis Raihanna perlahan. Dia melepaskan gengaman tangan Afiq Raihan.
Afiq Raihan mengerutkan dahi. Pelik dengan tindakan isterinya yang melepaskan gengaman tangannya. Dia menoleh ke arah isterinya di sebelah.
"Kenapa kau lepaskan tangan aku? Dah tak takut ke?" soal Afiq Raihan.
"A..ku..aku.." Tergagap Anis Raihanna menjawab. Tak tahu bagaimana mahu menerangkan perasaan yang dirasakan sekarang.
"Sejak bila kau gagap ni? Setahu aku-" kata kata Afiq Raihan terhenti apabila salah seorang pekerja disitu menyapanya.
"Assalamualaikum,Tuan Afiq. Selamat pengantin baru Tuan. Tahniah atas perkahwinan tuan. Awalnya Tuan masuk kerja." ucap Sofea,salah seorang kerani di situ. Senyuman manis dihadiahkan kepada mereka berdua.
"Waalaikumusalam Sofea. Maklumlah saya tak sabar nak kerja dengan isteri saya ni" ucap Afiq Raihan bersahaja.
Dia menarik Anis Raihanna rapat kepada tubuhnya. Lalu,melingkarkan tangan pada pinggang isterinya. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Sofea. Muka masam Anis Raihanna dihiraukan saja.
Sofea Atilia tergelak kecil. Romantik sungguh majikannya. Afiq Raihan terkenal dengan sifat ramah dan bersahaja dikalangan pekerja. Oleh itu,para pekerja amat menyenangi apabila majikan kesayangan sudah mereka berumah tangga. Tetapi tiada sesiapa tahu sisi lain Afiq Raihan apabila bersama Anis Raihanna. Lagi-lagi sikap tak semengah dia tu!
"Kalau macam tu saya pergi dulu ya,Tuan. Puan tahniah jugak ya sebab kahwin dengan boss kesayangan kami ni. Saya doakan rumah tangga Tuan dan Puan sentiasa bahagia." ucap Sofea Atilia sebelum meninggalkan mereka berdua.
Kesayangan la sangat.
Anis Raihanna hanya menghadiahkan senyuman yang dibuat-buat kepada gadis tersebut. Sebaik saja gadis itu pergi,dia menolak Afiq Raihan jauh darinya. Lagilah dia malu nak hadap pekerja disitu apabila Afiq Raihan sesuka hati memeluk pinggangnya. Kalau tadi berpegangan tangan pun dah malu apatah lagi dipeluk sebegitu.
"Ish aku dah katakan jauhkan diri kau dari aku 1 meter! Kenapa kau langgar syarat aku! Nak kena denda ke?" kata Anis Raihanna tak puas hati.
"Eh kau kata tadi kau takut dia orang mengata kau. Bila aku tolong, kau marah aku pulak." balas Afiq Raihan selamba. Tak faham dengan masalah yang dihadapi oleh isterinya. Biasalah perempuan memang complicated.
"Masalahnya perlu ke nak peluk dengan pegang tangan aku. Lagi-lagi depan staf. Malu tahu tak?!" ucap Anis Raihanna separuh berbisik. Risau jika ada sesiapa yang mendengar perbualan mereka.
Afiq Raihan tayang muka menyampah. Benda kecil pun nak diperbesarkan. Cepat sangat naik angin minah sorang ni. Apalah nasib aku jadi suami kau Hana, keluhnya.
"Relakslah. Jangan risau. Pekerja aku baik baik semuanya. Dia takkan mengata kau punya. Dia orang bukan mulut puaka macam kau tu!" kata Afiq Raihan. Sejurus itu dia segera meninggalkan Anis Raihanna sendirian. Afiq tersenyum simpul.
"Eiii tak guna punya Afiq! Boleh dia kata aku mulut puaka! Dia tu apa! Dasar mulut longkang!" marah Anis Raihanna. Boleh pulak mamat tinggalkan dia seorang diri di situ. Memang cari nahas jawabnya!
Anis mula mengatur langkah pergi dari situ. Perasaan geram yang makin membuak buak mula menguasai diri. Siap kau,Afiq Raihan!
???
Tergopoh gapah Haiqal Iskandar menyiapkan kerjanya yang tergendala. Beberapa hari ni dia terlampau sibuk menyiasat kes Afiq Raihan sehingga mengabaikan kerjanya.
"Aduh,banyak lagi yang kena selesaikan ni. Tarikh akhir dah nak dekat." keluh Haiqal Iskandar. Dia meraup muka dengan kasar. Haiqal menumpukan perhatian sepenuhnya bagi menyiapkan kerjanya dengan kadar segera.
"Is, Encik Ehsan panggil kau ke bilik dia. Dia suruh kau bawa laporan projek minggu lepas." ucap rakan sekerja Haiqal Iskandar, Mustaqim.
"Tapi.." Baru saja dia mahu menyambung semula kata katanya Mustaqim terlebih dahulu meninggalkan dirinya.
Haiqal Iskandar menghela nafas berat. Nampaknya habislah dia kali ni. Laporan yang masih belum lengkap itu diambil. Langkah diatur menuju ke bilik penyelianya,Encik Ehsan.
Tok!Tok!Tok!
Haiqal Iskandar mengetuk pintu bilik tersebut. Dia sudah bersedia untuk dimarahi oleh penyelianya. Lagipun dia sendiri yang memilih untuk mula bekerja dari bawah sebelum meneraju syarikat ayahnya. Mahu menimba pengalaman. Ceh.
"Masuk!" laung Encik Ehsan dari dalam.
Dengan perasaan yang berdebar-debar Haiqal Iskandar masuk ke dalam. Riak muka tegang jelas terpamer pada muka Encik Ehsan. Namun sedikit pun Haiqal Iskandar tak terkesan dengan pandangan yang diberikan. Dia duduk dihadapan lelaki itu dengan segera.
Riak muka yang tenang dipamerkan kepada lelaki tua itu. Jantung makin berdegup dengan kencang apabila menunggu bicara dari penyelianya. Laporan yang dibawanya tadi diserahkan kepada lelaki itu.
Seraya itu,lelaki itu membelek laporan tersebut bagi memastikan lengkap dan bermaklumat. Haiqal Iskandar hanya mendiamkan diri. Dia mula menyesali akan tindakannya yang tidak membahagikan masanya dengan baik.
"Apa kamu buat ni Iskandar! Laporan ni langsung tak ikut kriteria yang saya nak! Saya sangka Encik Rahman pindahkan kamu ke sini kamu boleh jadi pekerja contoh memandangkan prestasi kamu disana sangat memberangsangkan.
Kalau laporan untuk projek kecil ni pun kamu tak boleh siapkan,apatah lagi kalau projek besar yang melibatkan jutaan ringgit. Saya risau syarikat kita akan kerugian besar jika perkara ni berterusan. Jadi saya tak nak perkara ni berulang.
Saya tak tahu apa masalah yang kamu hadapi sekarang tapi saya minta satu saja. Tolong jangan libatkan hal peribadi dengan kerja. Be professional. Saya akan bagi kamu satu peluang untuk kamu tebus semula silap kamu dan buktikan kamu boleh menjadi pekerja contoh kepada pekerja yang lain. Faham?" terang Encik Ehsan panjang lebar.
Sudah menjadi tugas dia sebagai penyelia untuk memantau prestasi para pekerja agar memastikan produktiviti pekerja efisien dan produktif. (Penat wei nak pikir ayat yang sesuai??)
Haiqal Iskandar bagai disuntik semangat yang baharu apabila dinasihat oleh Encik Ehsan. Memang kena brainwash habislah dia apabila ditegur sedemikian. Dia menjangkakan lelaki itu akan memaki atau mencacinya.
Namun sangkaannya meleset sama sekali. Tu lah sangka buruk lagi. Tak elok tau,bisik hatinya. Dia mula berjanji kepada diri sendiri agar tidak lagi mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjanya.
Ya aku janji! monolog hatinya. Dia mengukirkan senyuman kepada Encik Ehsan.
Jangan janji Melayu sudahlah. Heh.
"Saya akan buktikan pada Encik yang saya mampu jadi pekerja contoh kepada yang lain. Saya juga akan tingkatkan prestasi saya pada masa akan datang." ucap Haiqal Iskandar yakin. Terlebih yakin mungkin. Jangan sampai keyakinan makan diri kau sendiri Is perli hatinya. Namun ditepis jauh jauh perlian tersebut.
"Baik saya akan sentiasa pantau prestasi awak dari semasa ke semasa. Kalau masih tiada perubahan,saya tak akan teragak agak untuk buang kamu kerja. Faham?" tegas Encik Ehsan berbicara. Dia benar benar memaksudkannya.
"Baik Encik." balas Haiqal Iskandar yakin. Sesudah itu,Haiqal Iskandar meminta diri untuk menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.
Baru saja Encik Ehsan ingin membenarkan Haiqal Iskandar keluar,ketukan di pintu menyentakkan mereka berdua.
"Masuk"
Terjengul susuk tubuh seorang lelaki muda yang berusia 20-an disebalik pintu. Lelaki itu tersenyum lebar ke arah Encik Ehsan.
Haiqal Iskandar tidak mengenali lelaki tersebut. Tak pernah pula dia nampak lelaki itu berada ditempat kerjanya sebelum ni.
"Pekerja baru ke? Takkan dia pun ada masalah macam aku? Muda lagi ni" bisik hati Haiqal Iskandar. Dia sekadar memerhati mereka berdua berpelukan seperti sudah lama tak jumpa.
"Bila sampai,Amirul? Kenapa awal sangat balik. Risau sangat dengan syarikat ye. Kesian isteri kamu dapat suami workaholic macam kamu." seloroh Encik Ehsan kepada lelaki muda tersebut. Lelaki tersebut hanya tergelak kecil kerana seloroh Encik Ehsan.
Haiqal Iskandar yang menjadi pemerhati mengerutkan dahi. Rapat betul hubungan mereka berdua. Anak beranak ke? tekanya sendiri.
"Mana ada lah uncle. Sebab dah puas bercuti balik awal ni. Ni siapa?" soal lelaki tersebut kepada Encik Ehsan. Mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah Haiqal Iskandar.
Ha sudah apa aku nak buat ni. Baik aku keluar je tadi. Omelnya sendiri. Dia mengukirkan senyuman kepada mereka berdua.
"Oh ni uncle kenalkan, Haiqal Iskandar,dia pekerja baru yang dipindahkan dari Perak ke sini. Prestasi kerja dia memberangsangkan sebelum ni cuma ada merosot sikit. Tu uncle jumpa dia" terang Encik Ehsan kepada lelaki itu.
Haiqal Iskandar menggosok belakang tengkuknya sambil mengukir senyuman. Malu lah bila prestasi dia yang kurang baik itu diketahui oleh lelaki yang dia tak kenal siapa tu. Haih.
"Oh jangan risau Haiqal. Walaupun uncle saya tegas tapi dia baik orangnya. Percayalah kalau bukan kerana nasihat dia siapalah saya sekarang" ujar lelaki itu. Sebuah lagi senyuman terukir dibibirnya.
"Oh ya sebelum terlupa Haiqal,ni Amirul,CEO Megah Holdings Sdn. Bhd. Saya rasa kamu mesti belum berjumpa dia kan? Maklumlah dia bercuti bersama keluarga sebelum ni." kata Encik Ehsan.
Haiqal Iskandar terlopong. Tidak percaya bahawa lelaki muda ini merupakan CEO di tempat dia bekerja. Riak muka dikawal sebaik mungkin.
Mereka berdua berjabat tangan tanda perkenalan. Sifat ramah lelaki muda itu membuatkan Haiqal Iskandar selesa dengannya.
"Encik Ehsan,Encik Amirul saya minta diri dulu ye" pinta Haiqal Iskandar. Dia mahu segera beredar dari situ memandangkan kerjanya bertimbun
Usai itu, Haiqal Iskandar mengatur langkah ke tempat duduknya. Dia mahu menunaikan janjinya sebentar tadi.
Kalau Amirul boleh jadi CEO pada usia muda,takkan aku tak boleh. Ya aku boleh! Aku boleh menjadi CEO dan bakal memiliki Anis Raihanna satu hari nanti! ucapnya dengan penuh bersemangat. Dia mula menyiapkan kerjanya dengan bersungguh-sungguh.
???
"Haih lambat la kau ni. Cepatlah sikit pak cik." rungut Anis Raihanna.
Afiq Raihan menjeling tajam ke arah Anis Raihanna. Bukan salah dia lambat tetapi isterinya yang tak menyabar nak shopping barang dapur.
Hari ni terpaksa dia ambil half day bekerja semata untuk beli barang dapur. Itupun lepas kena desak dengan Anis Raihanna. Kalau tak memang dia tengah siapkan kerja dia tu lah. Afiq Raihan dengan kerjanya memang tak boleh dipisahkan.
Baik kau kahwin je dengan kerja kau tu.
"Diamlah minah. Macam lah mall ni boleh berlari sampai kau kena kejar." perli Afiq Raihan.
"Dahlah lambat lepas tu nak perli perli orang pulak. Aku siku lagi perut tu nak?" bidas Anis Raihanna. Senyuman mengejek diberikan. Keningnya dijongketkan sedikit.
Afiq Raihan segera memegang perutnya. Risau jika isterinya benar benar memaksudkannya. Perempuan tu bukan boleh percaya sangat.
"Hahaha..tahu takut. Dah pergi ambik troli. Lambat lagi aku siku perut kau betul betul." kata Anis Raihanna. Dia terus meninggalkan Afiq Raihan sendirian.
Dengan perasaan sebal Afiq Raihan mengambil troli. Kurang asam punya minah! Sesuka hati dia nak arah aku. Tak apa dia main ugut ugut kan. Aku main cara halus. Tunggu lah kau Hana! omel Afiq Raihan.
Bibirnya sudah mengukir senyuman penuh makna. Beberapa mata memandang dia yang bercakap seorang diri.
"Kenapa dengan abang tu ayah?"
"Tak betul agaknya. Kesian muda muda dah tak betul."
"Kesiannya dia. Adik nak tolong boleh tak?"
"Eh tak payah. Jom cari ibu."
Afiq Raihan meliarkan pandangan ke sekeliling. Mahu mencari kelibat Anis Raihanna.
"Hoi sini! Kau tercari cari apa lagi! Aku kat sini." jerit seorang gadis yang berada tidak jauh daripada Afiq Raihan.
Afiq Raihan menjulingkan mata ke atas. Akhirnya jumpa jugak minah sorang ni. Laju betul berjalan.
Lagi satu siapa je yang berani panggil Afiq Raihan dengan cara yang terlalu baik tu. Mestilah Anis Raihanna!
Afiq Raihan mengatur langkah mendekati isteri tersayang sangat tu. Troli ditolak bersama dengannya.
"Mana kau pergi? Aku suruh ambik troli jer. Takkan sesat dah kot" soal Anis Raihanna tak puas hati. Dah la barang dapur banyak yang perlu dibeli. Ini semua sebab mamat tu lah!
"Hish aku dah ada kat sini kan. Tak payah la nak membebel. Aku balik office terus kang" ugut Afiq Raihan. Tak tahan dia dengan sikap membebel Anis Raihanna tu. Naik berdarah dah telinga ni rasanya.
"Ish,dah ikut aku. Kita pergi beli barang basah kejap. Kalau kau hilang lagi siap kau!" terlebih dahulu Anis Raihanna memberi amaran.
Dia meneliti barang barang yang perlu dibeli didalam telefonnya. Afiq Raihan hanya mengikuti langkah isterinya. Dia mengajuk semula kata kata Anis Raihanna dengan perlahan.
"Kalau kau hilang lagi siap kau! Bla,bla,bla." ajuk Afiq dengan suara mengejek. Tetapi sangat perlahan supaya tidak didengari oleh isterinya. Kalau minah ni dengar mati dia kena siku. Sakit woo.
Tangan Anis Raihanna lincah memasukkan barang yang diperlukan ke dalam troli. Sesekali dia meneliti semula senarai barang agar tidak tersilap beli. Afiq Raihan sekadar menjadi pemerhati. Malas nak menyampuk nanti kena bebel lagi. Huh.
Mereka berdua beralih pula ke bahagian buah-buahan. Anis Raihanna mengambil beberapa jenis buah. Seraya itu,dia memasukkan ke dalam troli.
"Kenapa kau beli buah banyak-banyak? Aku tak makan buah la." rungut Afiq Raihan.
Pelik dengan Anis Raihanna yang memasukkan enam biji buah mempelam ke dalam troli. Padahal isterinya tahu yang dia paling tak suka makan buah mempelam. Err masam!
"Siapa cakap aku beli untuk kau. Aku beli untuk aku la sengal. Perasan!"
"Perlu ke beli sampai enam biji? Banyak sangat tu kalau kau nak habiskan sorang sorang."
"Biarlah..aku teringin. Terliur aku tengok buah ni."
Hana takkan lah kau.........
Mengandung?!
Share this novel