Kelam dan hitam, sunyi dan bungkam.
“Alan sudah meninggal dunia?” bisik hatiku cuba bertanya kebenaran di sebalik berita yang baru sahaj ku dengar ini.
Aku menangis semahu-mahunya mengenangkan bahawa Alan sudah tiada lagi di dunia ini.
Sungguh aku mengenalinya singkat namun aku tak sedar bahawa kehilangannya bagai merenggut kebahagiaanku.
Sungguh aku tak sangka akan ditinglakkan selamanya oleh insan yang amat aku sayangi.
Hatiku luluh bila mengenang tiada lagi kelibat Alan di sepanjang hari-hari yang ku lalui.
Betapa aku merasa kehilangan yang sangat perit, kehilangan insan yang sering memberikan aku perhatian, mengambil berat pada diriku.
Sukar untuuk menerima hakikat ini walhal baru semalam kami bertemu dan berbicara.
Sungguh aku tak berdaya menangis lagi.
Aku teringat pada kata-kata Alan yanga dia bermimpi didatangai seorang lelaki tua yang memintanya bertemu dengan aku.
Boleh jadi ia adalah petanda tentang kematiannya, dan sebelum meninggal dia ingin bertemu dengan orang yang disayangainya iaitu aku.
Sesungguhnya Kematian itu datang menjemput tanpa kita duga dan adakalanya kita yang ditinggalkan ini tidak siap untuk menerimanya.Hanya tuhan yang tahu.
Kita sebagai manusia tidak punya kuasa untuk melawan takdir.
Satu yang aku sedar dalam kisah aku dan Alan ini adalah jangan kita semudahnya mengambil kesempatan pada kebaikan seseorang yang menyayangi kita, waktu dan masa yang berdelir di sampingnya hingga kita menafikan keberadaannya dan hanya menyedari betapa pentingnya dia dalam hidup kita selepas dia pergi.
Lafaz kata sayang saat dia masih bernafas, kerana andai salah Allah berkehendakkannya pergi dulu sebelum kita, sudah tiada kata yang bisa terucap, tidak juga perkataan selamat tinggal.
Share this novel