BAB 3

Romance Completed 12487

Setelah dua minggu mereka menjalankan 'misi' mereka,perasaan
cinta dan sayang Rayyan terhadap Qarissa semakin berkembang. Rayyan
berasa tidak mahu putuskan hubungan mereka yang palsu itu. +

*****+

Qarissa P.O.V+

Di dalam kelas Qarissa mengelamun tentang Rayyan seketika ketika
kelasnya sedang bising kerana Cikgu Kamariah guru mata pelajaran Sejarah
tidak hadir kerana sakit.
Igauannya terganggu apabila Sarah mengetuk meja Qarissa.
"Ehh,kau ni kacau la"kata Qarissa."Hahaha.. Kau tengah fikir kat
sape haa? Rayyan ehh?"kata Sarah sambil mengangkat keningnya lalu
Qarissa tersenyum.

"Takde maselah aku nak ingat pasal dia"sambil menjelirkan lidahnya

"Ye la tu.. Sebenarnya rindu kat Rayyan kan"kata Sarah.

'Rindu tu memang rindu tapi tak lama lagi nak kena putus so
kenalah lupakan dia' bisik hati Qarissa.

"Macam mana hubungan kau dengan Rayyan?"tanya Sarah.

"Okey je.. Kenapa?"dengan selambe Qarissa menjawap
"Takde lah.. Saja je aku tanya"Sarah menjawap dengan suara yang
agak sayu.+

******

Rayyan P.O.V.

"Hmmm macam mana lah keadaan Qarissa ehh"kata Rayyan ketika
sedang berbaring di atas katilnya.
"Kalau aku call dia agak-agak angkat tak?" katanya lagi.
"Ahh biarlah,nak call jugak. Dah tak tahan dah.. Rindu sangat
dah kat dia ni"sambil mengambil telefon iPhone 6s nya yang berada di
atas meja.
Tutt.. Tutt.. "Hello"Qarissa menjawap panggilan dari Rayyan.
"Ehh jawap rupanya. Ingat dah tak nak jawap"Rayyan memerli Qarissa.
"Ohh tak nak bagi jawap la ni.. Nak matikan lah"kata Qarissa.
"Ehh ehh.. Sayang.. Jangan lah tutup.. Saya nak cakap dengan
sayang lah"kata Rayyan.
'Ehh dia panggil aku sayang? Dah gila ke apa'bisik hati Qarissa.
"Awak panggil saya apa tadi? Sayang?"tanya Qarissa.
"Ye sayang.. Kenapa.. Salah ke saya nak panggil kesayangan saya
ni sayang"kata Rayyan lalu dia tergelak.
"Tak perlu la panggil saya sayang.. Lagipon kita buat-buat
couple je"marah Qarissa.
"Sayang marah ke? Okey lah.. Dah tak panggil dah.. Tapi kalau
sayang marah suara sayang still control ehh?"Rayyan tergelak.
"Ishh.. Awak ni.. Awak call saya nak ape sebenarnya?"
"Saya nak jumpa awak boleh?"tanya Rayyan.
"Nak jumpa kat mana? Pukul berapa? Bila?"tanya Qarissa.
"Petang ni lah.. Dalam pukul 3.. Saya jemput awak.. Pakai
cantik-cantik tau.. Tak sabar pulak nak jumpa dengan awak"
"Okey."
"Okey sayang. I love you. Jumpa petang ni tau. Bye"kata Rayyan
lalu terus mematikan talian.

*****

Qarissa P.O.V.

Qarissa mencapai tualanya lalu terus masuk ke dalam tandas
untuk mandi. Hampir satu jam Qarissa di dalam tandas.. Akhirnya dia siap
dan terus menuju ke almari pakaiannya untuk memilih pakaian yang patut
dipakai.
Dia mengambil dress yang berwarna merah jambu.
Tok tok tok.. Pintu biliknya diketuk. "Rissa,ni Rayyan datang
nak jemput kamu. Dah siap ke belum"kata ibunya. Ibunya sudah tahu yang
mereka bercinta tapi hanya bercinta sebab terpaksa.
"Kejap ibu.. Rissa nak pakai tudung jap"kata Qarissa
'Family Qarissa panggil Rissa rupanya. Aku pun nak panggil
Rissa lah'bisik hati Rayyan.
Qarissa membelitkan tudungnya yang berwarna ungu ala-ala elfira
loy. Dia menyapukan bedak sedikit dimukanya dan memakai lipstic NYX dan
sedikit eyeliner di matanya.
Qarissa mencapaikan telefonnya iPhone 6 nya dan terus turun ke
ruang tamu. Dari tangga lagi Qarissa dapat melihat Rayyan sedang
menunggunya.

*****
Rayyan mendengar bunyi tapak kaki Qarissa dari tangga lalu terus
melit ka arah tangga.
Qarissa senyum kepada Rayyan apabila dia sudah sampai di depan
Rayyan lalu mengajak Rayyan.
"Cantiknya.."kata Rayyan ternganga-nganga dia melihat Qarissa
yang cantik itu sambil menatap mata Qarissa.
"Ahh awak cakap apa?"tanya Qarissa.
"Takde pape lah"kata Rayyan lalu Qarissa tersenyum kepadanya.
'Ehh dia ni makin buat aku tergugat la'bisik hati Rayyan.
"Ibu.. Rissa pergi dulu ye.."kata Qarissa kepada ibunya.
"Okey.. Hati-hati.. Rayyan jagakan Qarissa elok-elok ye.. Jangan sampai
hilang ye"jawap ibu Qarissa sambil tergelak.

Rayyan hanya mengangguk. "Ehh ibu ni.. Rissa tak
hilanglah."kata Qarissa lalu memuncungkan mulutnya. Rayyan tergelak
melihat karenah dua beranak itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience