Sampai sahaja Hadi di rumah, dia beritahu uminya tentang dinner mereka bersama dengan keluarga Nia pada malam itu.
Kemudian, dia naik ke atas untuk mandi dan bersedia untuk pergi solat Jumaat di surau yang berdekatan di rumahnya.
Pulang dari surau, dia makan tengahari bersama dengan Puan Balqis, Hawa dan ayahnya, Encik Irwan.
Ayahnya pulang ke rumah untuk solat Jumaat.
"Ikhwan, umi cakap yang Dato' Mikail nak kita dinner rumah malam ni?" tanya Encik Irwan ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera.
"Haah, Nia cakap dengan Ikhwan tadi. Dia cakap datang pukul 8:30" jawab Hadi
"Ni , papa nak tanya sikit. Ikhwan dengan Nia tu ada apa-apa ke?" tanya Encik Irwan
Tersedak Hadi mendengar soalan ayahnya itu.
Puan Balqis memandang Hadi untuk menunggu jawapan.
"Apa papa ni? Tak ada apa-apa la. Dia kawan Ikhwan dari kecik lagi kot. Kitaorang kawan je" jawab Hadi.
Memang dia tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap Nia. Dia memandang Nia sebagai kawan sahaja , tidak lebih dari itu.
"Ouh, tak ada lah. Papa saja je tanya sebab ye lah Ikhwan kawan dengan dia lama kan? Mana tau.. "
"tak ada. Tak ada apa-apa" potong Hadi sebelum Encik Irwan sempat menghabiskan ayatnya.
"Okey" jawab Encik Irwan
Selepas itu mereka pun sambung menjamu selera dengan senyap.
Hadi masuk ke biliknya selepas selesai makan.
Dia teringat soalan yang ayahnya tanya sebentar tadi. Entah kenapa dia tidak suka bila ayahnya tanya perkara seperti itu.
Dia rasa seperti ayahnya mahu dia bersama dengan Nia dan Hadi tak suka benda itu.
Tiba-tiba Tiara muncul dalam fikirannya. Dia terfikir apa yang Tiara sedang buat sekarang.
Matanya terasa berat, kemudian selepas 10 minit dia tertidur.
//
Nia berasa sangat teruja untuk malam itu.
Sudah lama Hadi tidak datang ke rumah nya. Dia mahu kelihatan cantik malam itu supaya Hadi terpaku melihatnya.
"Nak pakai baju apa ek malam ni? Ermm, ha! Ni okey kot. Mesti aku nampak cantik" kata Nia sambil membawa baju itu ke hadapan cermin dan di padankan di badan nya.
Baju yang dipilih oleh Nia adalah gaun pendek paras lutut yang berwarna baby blue.
Sedang dia melihat diri nya di hadapan cermin, dia terhenti.
"Bila la agaknya Hadi nak notice aku? Aku suka dia sejak dari sekolah menengah sampai la sekarang. Tak kan dia tak ada perasaan sikit pun dekat aku? Dia anggap aku kawan je ke?" kata Nia seorang diri.
"Kalau aku tak dapat Hadi, tak akan ada sesiapa yang boleh dapat Hadi" sambung Nia dengan nada yang serius.
Tiara sedang menyiapkan tugasan yang diberikan prof.
Dia mahu keluar kan pen hitamnya dari dalam beg , tiba tiba dia ter pegang bekas sandwic.
Dia keluarkan sandwic itu dan letak di hadapan nya.
Dia tidak sempat makan lagi sandwic itu.
Tiba-tiba dia teringat ayat yang di kata Hadi semasa bagi sandwic itu.
'Lagipun, kau pun kena makan jugak'.
"Dia okey tak tadi? Risau aku. Tiba-tiba je cakap macam tu" kata Tiara sambil melihat sandwic itu
"Lantak kau lah. Dia memang pelik pun. Makanan ni pun aku beli guna duit aku" kata Tiara sambil membuka bekas sandwic itu dan makan sandwic itu.
//
Hadi terjaga daripada tidur kerana dia bermimpi sesuatu.
"Apahal aku mimpi Tiara? Padahal tidur petang, bukan tidur malam" kata Hadi sambil menggeleng geleng kan kepala nya.
Dia melihat jam di dinding menunjukkan pukul 5 petang.
"Tu lah, tidur petang lagi. Kan dah gila. Gila tiba tiba mimpi Tiara"
Dia pun bangun dari katilnya dan masuk ke dalam bilik air untuk ambil wuduk.
Selesai solat Asar, dia baru teringat yang malam itu mereka akan ke rumah Nia untuk makan malam.
Dia keluar dari bilik dan turun ke bawah. Dia melihat adiknya sedang menonton televisyen.
"Hawa tengok cerita apa tu?" tegur Hadi sambil mengambil tempat di sebelah adiknya.
"Kartun" jawab Hawa
"Hawa tahu kan malam ni kita pergi rumah uncle Mikail? Kita makan kat sana" kata Hadi.
"Rumah Kakak Nia?" tanya Hawa
"Hahh, rumah Kakak Nia. Hawa ingat eh?"
"Mestilah Hawa ingat, Hawa kan pandai" kata Hawa
"Eleh elehh, puji diri sendiri"
Sebenarnya Hawa kurang suka dengan Nia. Nia bukan suka layan Hawa pun.
Setiap kali mereka sekeluarga datang ke rumah Nia, Nia pasti akan menghalang Hawa bercakap dengan Hadi.
Dan Nia juga tidak suka dengan Hawa. Kerana pernah sekali Hawa mahu bermain dengan Nia, tetapi Nia menghalaunya.
//
Malam itu, selepas selesai solat maghrib Hadi bersiap.
Dia mengenakan kemeja hitam lengan panjang bersama seluar jean biru. Dia menyapu sedikit pomade di rambut nya agar kelihatan kemas.
Sekiranya ada perempuan yang melihat Hadi, pasti akan terus jatuh hati. Tidak hairan lah mengapa dia digelar 'most wanted guy' di universiti.
"Rasa malas nak pergi pun ada. Aduhai, kalau pergi rumah Tiara tak apa jugak" kata Hadi spontan.
Kemudian, dia terdiam setelah mendengar kata-kata nya sendiri.
"Hadi! Kau cakap apa ni? Merepek je kerja kau. Dah la petang tadi mimpi perempuan tu. Ni kau cakap pasal dia pulak. Hishh" kata Hadi.
Selepas dia rasa dia sudah siap, dia keluar dari bilik dan turun.
"Wahhh handsome nye anak papa ni" tegur Encik Irwan
"Apa papa ni, biasa je la. Umi tak siap lagi ke?"
"Belum lagi. Biasa la perempuan" jawab Encik Irwan
Hadi hanya tersenyum.
Selepas Puan Balqis dan Hawa turun, mereka pun pergi.
Jarak antara rumah Hadi dan rumah Nia tidak terlalu jauh jadi perjalanan mereka tidak memakan masa.
//
Sampai saja mereka di rumah Nia, mereka disambut baik oleh ibu bapa Nia.
Ayah Nia dan ayah Hadi sudah berkawan lama. Sekiranya salah seorang ada masalah, pasti seorang lagi akan menolong. Pendek kata, mereka seperti kawan karib.
"Ohh, dah besar dah Hadi. Makin handsome uncle tengok sekarang ni" kata Encik Mikail apabila Hadi menyalamnya.
Hadi hanya tersenyum saja kepada Encik Mikail.
"Ni ada makwe ni ke? gurau Encik Mikail
Nia yang ada di situ juga jadi tak senang mendengar kata-kata ayahnya itu.
"Hadi ada girlfriend? Of course perempuan tu aku. No way orang lain" kata Nia dalam hati
"Apa uncle ni. Tak ada lah, mana ada" jawab Hadi
"Uncle gurau je. Jom la kita. Makanan semua dah siap" ajak Encik Mikail
"Haah, semua dah sedia dah. Tinggal untuk dimakan je. Jom Balqis, Hawa" ajak Puan Rozila
Mereka semua berjalan di hadapan dahulu. Hadi berjalan di belakang mereka bersama dengan Nia.
"Handsome awak malam ni. As usual" puji Nia dengan harapan Hadi memuji nya kembali.
"Thankyou. Jom la kita makan cepat, jom" kata Hadi kemudian berjalan ke arah ruang makan.
Sudah berapa banyak lelaki yang memuji Nia cantik, tetapi Nia tidak peduli tentang pujian itu kerana itu bukan daripada Hadi.
Dan Hadi tidak pernah sekalipun memujinya cantik.
"Ingat dia puji kita balik, ermm. Teringin nak dengar dia puji" kata Nia sambil berjalan ke arah ruang makan juga.
Selesai makan malam, Encik Irwan dan Encik Mikail berbual. Begitu juga dengan Puan Balqis dan Puan Rozila.
Tinggallah hanya Nia, Hadi dan Hawa. Nia adalah anak tunggal. Sebab itu dia tidak suka dengan kanak-kanak seperti Hawa.
Baru sahaja Hawa hendak bercakap dengan Hadi, Nia membesarkan mata nya ke arah Hawa. Tahulah Hawa maksudnya apa.
Tidak jadi Hawa mahu bercakap dengan abangnya dan pergi meninggalkan mereka berdua.
"Hadi, jom kita duduk dekat meja luar sana" ajak Nia
"Okey. Tapi Hawa mana?" tanya Hadi sambil mencari adiknya
"Tadi saya nampak dia pergi dekat umi awak. Jom lah" ajak Nia lagi.
Ikutkan hati dia , mahu saja dia tarik tangan Hadi untuk mengikutnya. Tetapi, Hadi tidak suka perkara itu.
Nia pernah sekali melakukan nya dan Hadi marah betul. Ada dalam 2 hari mereka tidak bertegur sapa. Sebab itu Nia takut untuk buat begitu lagi.
"Ye lah. Jom" kata Hadi
Sementara itu,
"Okey, selesai kita bincang pasal kerja. Kita cakap pasal anak kita pulak" kata Encik Mikail
"Anak kita? Kenapa" tanya Encik Irwan
"Aku tengok Nia tu macam berminat je dengan Hadi" kata Encik Mikail berterus terang
"Nia? Hadi?" ulang Encik Irwan
"Iye. Hadi tu dah ada .. ye lah, someone special. Ada?" tanya Encik Mikail
"Setahu aku, aku tengok Hadi tu tak ada lagi. Kenapa kau tanya? Kau nak jodohkan Hadi dengan Nia ke?" tanya Encik Irwan
"Tak ada lah maksud aku macam tu" jawab Encik Mikail
"Kalau pasal tu, aku tak berani masuk campur. Sebab aku tak nak paksa dia. Sebab ye lah, hati dia"
"Ye Irwan. Aku pun tahu. Hati orang kita tak boleh paksa" ujar Encik Mikail
"Lagipun, diaorang tu berkawan daripada kecik. Membesar sama-sama" kata Encik Irwan
"Itu lah. Sejak dari berapa tahun diaorang kawan? Aku pun dah lupa. Maklumlah, usia" kata Encik Mikail sambil tergelak
"Tak silap aku masa diaorang 9 tahun, darjah 3. Tak silap aku lah, sebab aku ni pun dah berusia jugak, Mikail" kata Encik Irwan
Mereka berdua ketawa dan sambung berbual.
//
Hadi dan Nia sudah berada di luar dan duduk di meja.
Pada mulanya, mereka hanya senyap sahaja. Dan Nia yang memulakan perbualan.
"Saya dengar ada student baru ambik law" kata Nia
"Mana awak tau?" tanya Hadi. Macam mana Nia yang ambik course designer tu boleh tahu pasal budak law?
"Adalah. Saya tahu dari mana tu tak penting. Tapi saya dengar jugak yang awak buli dia? Awak suruh dia belikan makanan awak?"
"Awak ni. Awak buat saya macam jahat sangat pulak" kata Hadi tersengih
"Ehh takk. That's not what I mean. Tapi, betul ke?"
"Haah, betul la tu. Kenapa? Awak rasa saya jahat ke?" tanya Hadi
"Nooo, of course not. Mesti la ada sebab kenapa awak buat macam tu. Because i know you. Awak tak akan buat something tanpa ada sebab. Kan?"
"Yeah, betul la tu. Ada sebab" kata Hadi. Dia berharap Nia tidak tanya apa sebabnya.
"Student tu lelaki ke perempuan?" Sengaja Nia bertanya begitu.
"Perempuan"
"Ohh, i see. Awak … Awak ada apa-apa ke dengan dia?"
tanya Nia berterus terang
"Hah? Soalan apa awak tanya ni? Memang tak lah. Dan memang tak akan terjadi pun" kata Hadi menidakkan
Lega Nia mendengar jawapan Hadi
"Saya saja je tanya. Sebab ye lah, mana tau. Tapi, awak pun dah cakap yang tak ada apa-apa. So, okey" kata Nia
Selepas itu, mereka berbual bual kosong sampai lah Hawa datang.
"Abang…" Terbantut percakapan Hawa apabila Nia membesarkan mata nya sekali lagi kepada Hawa.
Tapi, Hawa perlu cakap jugak.
"Abang.. papa ajak.. balik" kata Hawa tergagap kemudian lari ke dalam rumah
"Apasal Hawa tu? Okey lah Nia, saya balik dulu" kata Hadi sambil bangun dari kerusi.
"Oh, dah nak balik dah. Cepat nya" kata Nia
Hadi masuk kereta setelah mengucapkan selamat tinggal pada keluarga Nia.
Semasa dalam perjalanan, dia teringat soalan Nia padanya.
'Awak ada apa-apa ke dengan dia?'
"Aku dengan Tiara? Memang tak akan jadi" kata Hadi dalam hati sambil termenung ke luar tingkap kereta.
thankyou sebab sudi bace (≧▽≦)
Share this novel