"Mrs Kaysher~~"
Hampir tercabut jantung Nadira mendengar panggilan daripada si gila itu.
Walaupun nada suaranya serak basah dan mendayu-dayu, tetapi amat menakutkan bila mendengar lebih lagi dalam keadaan tengah malam buta sekarang ini.
Langkah kakinya berlari laju sambil memaut seorang bayi lelaki dalam kira-kira setahun lebih tanpa sedikitpun memaling kebelakang.
"Hah! Bullshit! Sampai bila jantan gila ni nak kejar aku hah!" Gumamnya sambil tangan kirinya menyeluk dipoket seluar mencari phonenya.
Puas dia menekan butang on namun iphone miliknya tetap tak hidup.
"Ni lagi satu, menyempat je kau nak habis bateri sekarang ni kan! Dasar gampang!" Terus iphone miliknya menyimpan kembali dalam poket seluar dan meneruskan lari sambil matanya meliar mencari tempat untuk menyorok.
"Mrs Kaysher! Where are you going now~~"
Makin menggeletar tubuh Nadira bila ternampak bayang lelaki itu yang tak jauh dari belakangnya. Demi nyawa si kecil yang dia cempung sekarang ini, Nadira berlari kearah satu lorong dan masuk kedalam stor menyimpan barang, lalu dikunci rapat dengan perlahan.
Mujur si anaknya tak merengek sepanjang dikejar oleh si lelaki gila itu. Kalau tak, lagi parah dibuatnya.
"Mrs Kaysher? Ah shit, takkan terlepas kot. Hahaha." Nadira hanya diam membisu. Sambil-sambil mendodoi si anak sulungnya tidur walaupun matanya menahan kantuk yang teramat sangat.
"Well-well, otak kita sama cerdik sama bijak. Kau memang boleh larikan diri dari aku signora. Memandangkan hari dah nak pagi, aku akan lepaskan kau dan anak kau buat masa ini. Lepas ni, no more Signora." Nadira menjuling matanya keatas. Lantak kau la labu nak bebel apa pun. Janji kau berambus dari sini secepat mungkin.
"Aku tahu kau dengar apa yang aku cakap ni signora. Kau ada je kat sini tengah sorok dengan anak kau dari aku kan. Korang berdua sama-sama bijak, macam laki kau. Tapi kau kena ingat, otak kau dengan aku takde beza. Kau psiko Nadira." Hampir tersembur tawa Nadira mendengar ujaran lelaki tersebut namun lekas menekup mulutnya dengan tangan kiri.
Lelaki gila ni nak samakan otak dia dengan otak aku? Hell no la. Aku tak gila nak bunuh orang sesuka hati untuk puaskan hati diri sendiri. Tak macam si bodoh ni. Entah apa salah aku dekat dia sampai sekarang duk kejar aku macam penjenayah.
"Masalahnya kau tu pun aku tak kenal!" Bisiknya sendiri.
"See you soon Mrs and the little Kaysher." Nadira melepaskan nafas lega. Dahi si anak dikucup berkali-kali.
"Kepala jimbit dia, ingat aku boleh caya ke cakap kau nak blah dari sini. Macam bodoh." Gumamnya sendiri. Lalu dia memandang anaknya yang terkebil-kebil memandang wajahnya.
Iris mata hijau gelap. Sebiji macam mata bapanya. Sama juga wajahnya iras macam si suaminya.
Comel.
Selain suaminya, dia juga obseskan terhadap anak-anaknya.
Anak-anak?
"Baby are you okey? Sayang lapar tak?" Anaknya hanya diam dan menghisap ibu jarinya sambil memandang wajahnya.
Aduhai anak, kesian sungguh melihatnya. Dalam hal ini dia tak salahkan siapa-siapa. Memandang dia dah kahwin dengan Damien Louis yang merupakan ketua mafia Itali, sudah pasti sang suaminya mempunyai ramai musuh.
Tak kiralah siapa-siapa pun, dia pasti dia juga akan diburu oleh musuh dan menjadi umpan mendapatkan mangsanya.
Kalau dia sorang jadi mangsa, takde la nak hairan sangat. Tapi ini melibatkan anaknya. Ibu mana tak risaukan tentang keselamatan nyawa anaknya yang hampir nyawa-nyawa ikan macam sekarang.
Tak semena-mena airmatanya mengalir dipipinya secara perlahan.
"Maafkan mummy sayang, sebab mummy la anak mummy terpalit sekali. Nanti sampai rumah, kita tidur sama-sama okey?" Jari runcingnya mengelus pipi anaknya dengan lembut.
Kepalanya berdenyut tak terkata. Lantas dia menyandar badan dan kepalanya di dinding tersebut. Matanya perlahan-lahan memejam sambil menepuk belakang anaknya dengan lembut. Akhirnya dua beranak itu tertidur didalam stor tersebut untuk beberapa jam seketika.
.
.
.
Sinaran cahaya matahari yang terpancar di wajahnya sedikit agak menganggu waktu tidurnya sekarang ini. Ditambah pula kedua tangan si kecil menepuk lembut dipipinya menyebabkan matanya perlahan-lahan mencelik dan melihat sekelilingnya.
Baru dia perasan, dia dan anaknya berada dalam stor pasaraya rupanya. Penuh dengan kotak-kotak dalam ni.
Itupun pagi tadi dia main terjah masuk je. Janji dia dan anaknya selamat.
"Baby Luc.. Hari dah siang, jom kita balik jumpa daddy dan adik." Si anak mengukirkan senyuman sambil tangan kecilnya menampar lembut dipipi si ibunya.
Nadira membetulkan tudungnya yang sudah senget benget lalu memangku anaknya terus keluar dari stor tersebut.
Dia melihat jam ditangannya. Dah pukul 9 pagi.
Mesti Damien Louis risaukan mereka berdua.
Lalu dia memberhentikan teksi yang tak jauh dari hadapannya dan terus terjah masuk kedalam perut teksi tersebut.
"Sent us at The Kaysher holding now."
.
.
.
Sepasang mata beriris hijau memandang dingin kearah luar tingkap kaca bangunan syarikatnya. Hatinya gundah gelana memikirkan akan keselamatan isteri dan anak sulungnya yang hilang dari petang semalam.
Pada asalnya Nadira membawa anaknya keluar pergi ke kedai membeli barang sahaja. Sangkakan hanya sebentar sahaja, namun sampai sekarang kelibat mereka langsung tak muncul. Nak kata mereka bergaduh, tak mungkinlah Nadira sanggup melarikan diri di tengah kotaraya Rome ini. Maunya sesat tengah jalan.
Salah dirinya kerana tidak menyuruh anak buahnya menjaga isteri dan anaknya pergi ke kedai semalam. Dia menyumpah dirinya berkali-kali dek kerana kebodohannya.
Dia memandang wajah anak keduanya yang kini lena diatas katil bayi berada didalam bilik pejabatnya. Mujur Daniella Luna sanggup menjaga bayi kecil itu, dikala si kecil itu merengek mahukan belaian ibunya, gadis itu mendodoi sehingga si kecil kembali lena.
"Ada berita?" Soalnya dingin. Matanya masih memandang kearah Kotaraya Rome yang sibuk dengan pelbagai ragam manusia tersebut.
Tak ubah seperti ibu kota Kuala Lumpur.
Perihal Nadira. Dia pasti, isterinya tak gila nak larikan diri darinya tanpa sebab. Pasti ada sesuatu yang aneh berlaku sekarang ini.
"Aku dapat hack sebuah cctv jalanraya yang berhampiran tadi dimana Nadira dikejar oleh seorang lelaki dalam pukul 4 pagi. Dan dalam pukul 4.30 hanya nampak lelaki tu je yang ada. Nadira dan anak kau langsung tak nampak." Jelas Zarith dengan tenang dan jujur. Manakala yang lain hanya diam menikus. Aura dingin menyengat dalam bilik ini membuatkan bulu roma masing-masing menegak.
"Sial! Takkan dia dah jumpa anak dan bini aku!" Si anak merengek kerana terkejut dengan jerkahan bapanya sebentar tadi. Lekas Daniella Luna mengangkat bayi itu dan keluar dari bilik pejabat abangnya tersebut.
Damien Louis mengeluh kesal. Dek kerana menahan amarah yang menebal, dia sudah mengganggu tidur anaknya sebentar tadi.
Tengah malam tadi dia berjaga semata-mata memujuk anaknya menangis tak henti-henti kerana mahukan ibunya. Bagi susu anaknya langsung tak mahu. Sudahnya anaknya terlena dengan sendiri akibat penat menangis beberapa jam tersebut.
Kesian akan Nadira dan anak-anaknya. Angkara dia memegang jawatan sebagai ketua mafia, musuh sekelingnya pasti menyerang mereka berbanding dirinya. Ya, itu punca kelemahan bagi seorang suami dan seorang ayah.
Walhal dia tahu yang Itali tempat paling bahaya untuk Nadira dan anak-anaknya kerana dia. Menjadi isteri dan anak kepada ketua mafia banyak risikonya terutama sekali menjadi bahan umpan sang musuh.
Terbit rasa bersalah dihatinya. Adakah dia yang terlalu tergesa berkahwin dengan Nadira pada awal dulu? Walaupun pada awalnya juga isterinya langsung tak tahu tentang kerja keduanya.
Siapa dia nak salahkan takdir? Cepat atau lambat memang tertulis Nadira itu jadi miliknya, dia akan terima dengan hati terbuka.
Tanpa dia sedar, disebabkan kerja kedua dia itulah anak anak dan isterinya akan menjadi mangsa.
Kenapa dia dilahirkan dalam keluarga Kaysher?
Kenapa keluarga Kaysher bukan tergolong dari keluarga biasa?
Urgh shit.
"Aku rasa bini kau tengah sorok dari laki tu. Lagipun aku tengok langsung takde kesan darah lekat kat baju atau tangan laki tu." Balas Zarith lagi dengan tenang.
Lantas Damien Louis berpaling dan memandang wajah Zarith dengan tenang tapi beku.
"Kau nampak muka jantan tu?"
"Tak.. Dia pakai full mask hitam." Damien Louis mengangguk perlahan. Faham. Ini mesti pembunuh bersiri secara persendirian. Bukan sebagai kumpulan.
"Kau, clark dan Luke Ikut aku pergi tempat kejadian tu. Kita cari isteri dan anak aku sekarang. Yang lain buat kerja masing-masing." Arah Damien Louis dengan tegas. Serta merta mereka keluar dari bilik pejabat itu untuk mulakan tugas mereka. Sebelum keluar, Damien Louis menatap dan mengucup ubun-ubun anaknya dipangkuan Daniella Luna dengan lembut.
.
.
.
Setelah sampai dihadapan bangunan The Kaysher Holding, Nadira terus keluar dari perut teksi tersebut sambil mencempung anaknya.
"Hey, where are you going mrs?" Tegur pemandu teksi itu dengan cuak. Lelaki separuh abad itu tak tahu lagi yang itu isteri orang kenamaan sebenarnya. Dia cuma pelik kenapa pelanggannya suruh berhentikan dikawasan ini.
Mungkin pakcik teksi itu ingatkan Nadira kerja disini sebagai cleaner?
Mungkin.
"Can you wait here? Because i want to take money at my husband over there." Nadira menunjukkan jari telunjuknya kearah Damien Louis yang tak jauh dari pandangan mereka berdua.
Pemandu teksi itu menelan liur kesat. Itu pengarah syarikat ini. Maknanya penumpangnya adalah isteri pengarah itu kah?
Pemandu teksi tersebut langsung tidak kenal akan isteri ketua The Kaysher sebab jejaka itu tidak menunjukkan isterinya dikhalayak umum walaupun dah setahun kahwin setahun lebih.
Jadi, ini lah isteri signore Kaysher?
Cantik.
Tak sangka signore Kaysher memilih wanita bertudung sebagai suri hatinya. Sangkakan ketua mafia berpengaruh itu akan memilih Anastasia Christina sebagai isteri.
Apa-apapun pilihan signore nya, rakyat Itali akan terbuka hati untuk menerimanya.
Manakala Nadira terus keluar dari perut teksi dan memanggil sang suaminya.
"Abang!" Damien Louis terus berpaling memandang tuan empunya suara tersebut. Dia tak salah dengarkah? Macam suara isterinya.
Dan mata mereka bertentangan. Ya, Isterinya bersama anaknya di cempungan tersebut.
Terus Nadira lari kearah suaminya dengan laju dan Damien Louis menerpa kearah dua permata hatinya.
Aku rindu kau Dira.
"Ya Allah sayang.. Mana sayang pergi ni? Anak daddy... Daddy rindu." Wajah isteri dikucup bertalu-talu. Dan terus menyambar wajah anaknya tak henti-henti.
"Abang, Dira nak duit." Terus terangkat wajah Damien Louis dan menatap wajah isterinya dengan hairan. Terus dia merengkuh bahu isterinya dengan kedua belah tangannya dengan lembut.
Seriously?
"Apa ni sayang, sampai-sampai je mintak duit, tak rindu kat abang ke apa?" Nadira tergelak kecil. Suaminya salah sangka ni.
"Dira nak bayar duit dari pakcik teksi tu. Sian dia lama menunggu. Dia takut Dira tipu dia." Jelas Nadira dengan senyuman nipisnya. Lega hati suaminya. Ingatkan isterinya tak sayangkan dia dah.
"Mana?"
"Tu." Nadira memandang kearah teksi berkenaan sambil memuncungkan mulut kearah tersebut. Dilihat pemandu teksi itu kelihatan begitu cuak sekali. Tangan yang memegang stereng itu jelas nampak gigilnya.
"Quanto?"
Si pemandu teksi itu memandang wajah Damien Louis dengan sipi-sipi sahaja.
"5 euro s-signore." Terus Damien Louis memberikan wang kepada pemandu teksi tersebut.
Dan alis mata lelaki separuh abad membulat. Terkejut melihat seorang figura serba hitam dihadapan teksinya secara mengejut. Lelaki misteri itu selamba memegang senapang M4 sambil menatapnya. Dan lelaki itu mengacukan senapang kearah pasangan suami isteri itu serta merta.
"Signore! Stai attento!" Jerit pemandu teksi tersebut. Damien Louis memandang kearah lelaki misteri itu yang masih mengacukan senapang tersebut kearahnya.
Mata helang tersebut memandang dingin kearah Nadira dan anak yang dicempungnya membuatkan lelaki itu tersenyum sinis disebalik topeng itu.
Lelaki itu terus mengacukan kearah Nadira yang masih terkebil-kebil menghadamkan situasi tersebut.
"Sayang!!" Jerit Damien Louis lantang.
Dan...
Tretttttt!!!!!
Maka rebahlah tubuh sang isteri dan anaknya menyembah kebumi. Kedua permata hatinya ditembak betul-betul dibahagian kepalanya dengan hancur. Langsung tiada rupa asalnya.
Nadira....
Kini dia dah pergi.
Pergi meninggalkannya terlebih dahulu bersama anak sulungnya.
"Dira! Jangan tinggalkan abang sayang!" Raungnya dengan sekuat hati. Air matanya galak mengalir dipipinya.
Mayat anak dan isterinya dipeluk kuat. Kini dia sudah hilang semangat untuk meneruskan hidup untuk hari akan mendatang tanpa isterinya di sisi. Orang ramai yang melihat kejadian itu tidak berani mahu mendekat kerana pembunuh itu masih berada di situ.
Mata helang itu merenung tajam kearah manusia yang bertopeng itu.
Sial!
Dia bunuh isteri dan anak aku! Bodoh! Tak guna kau!
Tak sempat dia nak keluarkan pistol, pembunuh itu terus mengacukan senapang itu di dahinya menggunakan glock.
Dan...
BANG!
"Hah!!"
Serentak mata Damien Louis terbuka lalu terbangun dengan mengejut. Dadanya berombak kencang. Dia melihat sekelilingnya.
Bilik tidur mereka.
Fuh lega. Dia mengurut dadanya dengan lembut. Dia sangkakan kejadian itu tadi memang benar-benar berlaku.
"Astarghfirullahalazim. Mimpi rupanya." Dia meraup wajahnya. Lalu dia memandang kearah isterinya yang masih nyenyak dalam lena. Lantas dia mengusap kepala isterinya dan dikucup dahi wanita itu dengan lembut.
Mata hijaunya memandang kearah perut Nadira. Terus tangannya mengelus perut isterinya yang berlapikkan lingerie satin penuh dengan kasih sayang.
Bibirnya mengukir senyuman nipis.
Dalam mimpinya dia bertemu dengan anak anaknya. Seiras seperti wajahnya, dari mata hijau gelap sepertinya, hidung mancung, bibir merah. Langsung tiada iras wajah Nadira.
Setahun alam perkahwinannya berlalu, namun masih tiada rezeki lagi untuk mereka menimang cahaya pertama. Tapi walau bagaimana pun, mereka tetap berfikir positif mungkin ada hikmah disebalik itu. Mereka tetap hidup bahagia walaupun masih hidup berdua.
Dan senyuman manis itu dimatikan serta merta. Memikirkan perihal mimpinya yang isteri dan anaknya dikejar dan ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali.
"Benarkah hanya sekadar mimpi? Atau itu memang petunjuk akan datang?" Gumamnya sendiri sambil menatap wajah lena isterinya. Dia mengeluh perlahan.
Sungguh dia risaukan akan nyawa isterinya. Tambah pula sekarang ni identiti isterinya yang ganas dah kurang muncul lepas dendamnya terbalas seketika dahulu. Yang muncul kini hanyalah Belle dan Nadine.
Kepalanya menggeleng laju. Cuba membuang segala anasir-anasir jahat dalam mindanya.
"Mainan syaitan semua tu." Gumamnya dan menurun dari katil mereka dan melangkah masuk kedalam tandas dalam biliknya.
Ting!
Serta merta mesej masuk dalam iphone Nadira.
From : unknown number
: Morirai presto, signora.
.
.
.
.
.
17 sept 2022
11:10
2179 words
Share this novel