BAB 3

Drama Completed 83021

Arianna sedang mandi ketika henfonnya berteriak minta diangkat. Dia dengar, cuma badannya dipenuhi sabun. Jadi dia biarkan saja. Siapa je yang akan call time-time gini? Pasti Darlia, mungkin nak ajak dinner kat luar. Tak puas lagi agaknya Darlia memberi khutbah percuma padanya siang tadi hehe..Bukan main memanas Darlia padanya, semua gara-gara dia hentam Haqq masa live.

Usai mengeringkan badan, Violet Arianna mengambil telefon di atas meja. 7 miscalled.. Semua dari Caleeb Haqqan. Pehal mamat ni? Aplikasi Whatsapp dibuka.

"Hoii Bulat! apa jak kau buat sampai aku call tak reti nak sambut hah? Kau dahlaa tak reti nak cari kerja, makan tidur makan tidur je kerja kau di beach house tu, macamana nak kurus?! Ingat sikit, kita dah nak cerai. Siapa akan tanggung kau nanti? Kau tu dahlah yatim piatu, gemuk lagi..jaga badan kau, nanti takde yang nakkan kau Bulat, aku ikhlas nasihatkan kau.."

Benciiii!! Hampir je Violet Arianna lempar henfon itu ke dinding, biar pecah berkecai!! Caleeb Haqqan memang setan!!

"Kau nak apa?!!" Marah-marah pun, sempat juga Arianna balas mesej Haqq.

Tidak sampai seminit, Haqq menghantar balasan.

"Aku nak jumpa kau, aku nak settle hal kita secepat mungkin. Kau datang ke Ferdinand's Sutera Harbour dan tunggu aku, sekarang faham?!"

Arianna memutar bola mata dengan sebal. Sikap Haqq yang sangat dominan memang menjengkelkan! Violet Arianna pantas membuka almari pakaian. Baik, kau yang nak sangat kan Haqq? Biar dia tunjukkan siapa Violet Arianna sebenarnya!

-

-

-

Violet Arianna melangkah masuk ke dalam Ferdinand's yang berada di tingkat dua bangunan Magellan Sutera Resort. Suasana di dalam restoran memang sangat romantik, sesuai untuk pasangan bercinta atau untuk merayakan sesuatu. Makanan memang the best, chef original from Italy. Dia bukanlah penggemar Italian food, tekaknya lebih kepada local food walaupun hampir lima tahun hidup di luar negara. Tapi Caleeb Haqq, si berlagak tu..mana pandai makan kat D'Place Kinabalu Kepayan tu, surga makanan tradisional suku kaum Kadazandusun dan Murut. Banyak tempat lagi sebenarnya, itu cuma salah satu darinya.

"Selamat malam cik, tempahan atau walk in?"

"Tempahan atas nama Caleeb Haqqan!"

Gadis penyambut tetamu itu mengangguk lalu membawa Violet Arianna ke meja kosong, betul-betul di sudut tersembunyi. Kurang asam punya Haqq! Pasti lelaki itu malu jika dilihat duduk semeja dengan si Bulat, seorang perempuan yang sangat hodoh di mata Haqq!! Sakit benar hati Arianna.

"Are you ready to order miss?"

"Hot coffee, I'll order when Mr Haqq arrived, thanks."

Hampir setengah jam menunggu, Haqq tak sampai-sampai. Arianna sudah mulai panas punggung. Dia buka Whatsapp dan mulai menaip.

"Aku dah setengah jam tunggu kau Haqq!"

Selepas setengah jam kemudian, baru Haqq balas mesejnya.

"Bulat, aku tak dapat datang. Belle sakit! Kau tunggu kejap, PA aku akan menyusul bersama dokumen-dokumen yang perlu kau tandatangan. Usai semua, kita pergi mahkamah."

Violet Arianna tergelak kecil penuh kesinisan. Apalah yang dia harapkan dari Haqq? Cepatlah urusan penceraian mereka selesai. Dia mahu bebas dari lelaki yang tak punya hati perut itu! Arianna bingkas bangun, mahu ke tandas sebentar. Punggung juga sudah kejang akibat terlalu lama duduk. Ketika keluar dari pintu tandas, Arianna sudah menangkap kelibat Hakim Danial, PA Haqq yang kelihatan sedang mundar mandir di mejanya sambil mata Hakim Danial melilau melihat sekeliling dengan resah. Mata Hakim terbeliak sebaik sahaja melihat Arianna menghampiri.

"C..cik Aria! Wah, tak sangka boleh jumpa. Cik dengan siapa?" Hakim Danial menyapa dengan mesra.

Arianna hanya senyum simpul lalu melabuhkan punggung di kerusi.

"Duduklah Hakim. Mana dokumen yang perlu aku tandatangan tu?"

Hakim Danial hampir terjelepok bila kaki tersadung kerusi, terkejut punya pasal sampai dilanggar kerusi di depannya.

"Cc..cik Aria...Bu..Bulaatt?!!" Hakim tetiba jadi gagap!

"Iya, akulah si Bulat, bakal ex wife tuan kau tu! Aku dipanggil Violet..tapi Haqq otak dia kreatif sikit, dia jadikan Bulat..kena lagi aku dulu chubby, taklah gemuk sangat pun. Haqq tak guna tu saja sakitkan hati aku!"

Hakim telan air liur, macam telan hampas padi rasanya..perit! Tak guna betul si Haqq ni kan, bini depan mata pun tak kenal..adoii!!! Siap suruh siasat bagai!! Patutlah perempuan ni tau semua tentang Haqq..Hakim bermonolog dalam hati.

"Hakim..dokumen! Aku penat gila ni, dahlah lama menunggu!"

"Ma..maaf Cik Aria..Nah, cik baca dulu. Kalau puas hati, bolehlah turunkan tandatangan ya.."

Violet Arianna cuba menumpukan perhatian pada apa yang dibaca tetapi otaknya sudah terlalu penat untuk mencerna, dahlah seharian dia hafal skrip..

"Maaf Hakim, aku terlalu letih. Boleh bagi aku tempoh sehari dua tak?"

"Boleh cik, cik habiskan baca dulu. Bila dah settle, baru tandatangan."

"Thank you Hakim. Aku pergi dulu!"

Violet Arianna bangun, melemparkan senyum pada Hakim sambil kepala ditundukkan sedikit lalu meninggalkan Hakim yang masih merenungnya dengan riak tidak percaya. Hakim bersandar di kerusi. Apakah Caleeb Haqqan buta selama ini? Dia memainkan semula mesej rakaman suara yang dihantar oleh Haqq padanya.

"Botak, aku nak kau bawa semua dokumen berkaitan dan pergi cari si Bulat di Ferdinand's! Aku dah booked table paling hujung, kalau kau jumpa gadis gemuk, kulit gelap dan rambut keriting mengerbang..dialah tu, si Bulat! Pastikan dia tandatangan semua!"

Hakim Danial mengusap belakang tengkuk beberapa kali. Tang celah mana hodohnya si Bulat di mata Haqq, tiada satu pun ciri-ciri yang disebut betul! Haqq buta ke apa? Pasti ada sesuatu, mungkin minda Haqq dimanipulasi seseorang! Baik, dia akan siasat!! Hakim bingkas bangun usai bermonolog sendirian.

*********************

"Botakkk!!"

Hakim Danial meluru masuk ke dalam pejabat Caleeb Haqqan bila namanya dilaung dengan lantang dari dalam bilik tersebut. Haqq yang sedang bersandar dengan wajah beku siap tangan bersilang di dada merenung Hakim dengan tajam.

"Si Bulat dah tandatangan ke semua dokumen tu?" Pantas Haqq bertanya tanpa kesabaran.

Hakim berdiri di hadapan Caleeb Haqqan sambil menggosok belakang tengkuk.

"Tuan, puan minta sedikit masa. Dalam sehari dua gitu.."

"Aah, mengada betul si Bulat ni!! Dia bukan buat apa-apa pun, asyik tambah kilogram je di rumah. Demand je lebihhh!!"

"T..tuan! P..puan tu..urmm...."

"Kau dah siasat pengacara celupar tu?!!"

Hakim terpempan! Haishh!! camna nak cakap ni?!! Perlahan, Hakim seluk kocek seluar lalu dia keluarkan henfon. Mujur dia sempat curi-curi ambil gambar Violet Arianna kemarin ketika gadis itu sedang tekun membaca dokumen yang dia berikan.

"T..tuan tengoklah sendiri. Itu si Bulat, isteri tuan!" Hakim berkata sambil hulur henfonnya pada Haqq.

Caleeb Haqqan mencebik, siap pamer wajah meluat.

"Aku bukan nak tengok wajah hodoh si Bulat! Kau pegi ambik gambar dia buat apa?!" Marah Haqq sambil menepis huluran Hakim. Sikit pun dia tak pandang skrin telefon Hakim.

"Tuan tengok dulu, semua persoalan tuan akan terjawab nanti!" Hakim cuba memujuk.

Caleeb Haqqan merenung Hakim penuh curiga. Dia segera merampas henfon di tangan Hakim. Terbelalak biji mata Haqq sebaik sahaja melihat seorang gadis cantik sedang tunduk merenung sehelai kertas di tangan, siap pamer wajah berkerut dengan kening hampir bercantum dan bibir merah asli muncung ke depan..comel!!

"Ke..kenapa..? Ni p..pengacara..ce..celupar tu kan?!!" Haqq hampir tidak dapat bersuara! Mulut ditekup dengan tapak tangan. Haqq benar-benar terperanjat!

"Yup!! Cik Purple Aria..aka Cik Violet Arianna.. Yang tuan gelar si Bulat! Isteri tuan Caleeb Haqqan yang sah, tidak lama lagi bakal jadi janda berhias yang pasti berbaris lelaki menunggu untuk dijadikan suri hidup termasuk aku hehehe.."

"Demmittt!! I'll kill you Botak!!!'

"Tuann!! Ya Allah..sabar tuan, bawa mengucap!! Tuannn!!"

Hakim kelam kabut mengelak bila Haqq sambar fail-fail kulit keras yang bersusun tinggi di atas mejanya lalu dilempar ke arah Hakim. Masih
tidak puas hati, Haqq melompat naik di atas meja lalu menerpa ke arah Hakim.

"Ya Allaaahhh!! Tuannn..ampunnn!! Aku gurau je!!"

Hakim lari mengelilingi meja dikejar oleh Haqq.

"Kau memang nak mampus, Botak!!"

"Maaf tuannn!!! Tapii jap jaapp!!! Macamana tuan boleh silap ehh? Sampai jauh panggang dari api tuan bayangkan rupa fizikal cik puan Bulat?!!"

Langkah kaki Haqq terhenti. Wajahnya berkerut, mungkin sedang memikirkan kata-kata Hakim. Hakim yang masih tercungap-cungap tunduk memegang lutut sambil cuba mengatur semula pernafasan. Gilaa punya Haqq!! Taulahh dia tu setiap hari menghabiskan masa di gym, tidakpun berjogging di Tanjung Lipat, macam mana Hakim nak challenge? Dia naik tangga ke Palm Square Centre Point ketika escalator atau elevator sedang dibaiki pun sudah hampir pitam.

Caleeb Haqqan segera mencapai henfon di atas meja. Langsung tidak dipedulikan fail-fail yang berselerakan di atas lantai.

"Tengok, ni si Bulat masa dekat airport hari tu."

Hakim memanjangkan leher untuk melihat skrin henfon Haqq. Memang betul, seorang gadis berbadan besar sedang menarik bagasi, berwajah ayu dan berkulit hitam manis, tak hodoh seperti Haqq kata. Tapi itu bukan si Bulat, entah dari mana Haqq dapat gambar itu!

"Siapa bagi tuan gambar ni?" Hakim bertanya dengan nada curiga.

"Belle! Dia kebetulan berada di airport masa tu."

"Tuan..tuan..Macamanalah tuan tak cam bini sendiri? Bukan tuan dan Puan Bulat tu membesar bersama ke?"

"Takk! Dia kejap je dekat rumah aku, pastu nenek aku datang bawa dia tinggal dekat Tenom. Bila masuk sekolah menengah, baru nenek hantar dia ke Stamford , sekolah swasta bersama dengan aku. Tapi tulaa, aku jarang jumpa Bulat. Alih-alih nenek suruh aku kahwin dengan Bulat!'

"Takkanlah masa kahwin tuan tak tengok wajah puan?!"

"Takk! Dia tutup wajah dengan veil putih!"

"Bukan veil tu perlu buka ke masa cium pengantin?"

"Tak sempat buka..Usai akad nikah, nenek diserang strok..Aku tak sempat jumpa Bulat, dia bergegas ikut ambulan bawa nenek ke hospital. Sampailah nenek meninggal dan dikebumikan, aku dan Bulat tak jumpa pun. Usai upacara pengebumian, Bulat whatsapp aku, minta izin kata dia dah nak gerak ke airport untuk sambung belajar."

Hakim tepuk dahi, tak percaya sungguh mendengar cerita Haqq. Ada juga manusia seperti Caleeb Haqqan yang langsung tak kisah dengan sepa dia berkahwin wujud di muka bumi ni ya?!! Haqq..Haqq..bini begitu cantik pun kau tak pandang? Baik kau pegi minta langgar lori trailer je!! Hakim bermonolog..

"Haqq darlinggg..are you in there? Whoopss!! God! Apa jadi kat sini?!!"

Isabelle tiba-tiba meluru masuk seperti kebiasaan dia buat setiap kali datang ke pejabat Haqq, dia buat macam rumah sendiri. Suka hati datang, suka-suka terjah! Wajah gediknya berubah jadi terkejut melihat keadaan yang agak berselerak.

"Belle, hari tu masa kau hantar gambar si Bulat.. Kau pasti ke itu dia?" Haqq pantas bertanya.

"Ha'ahh..Yang aku musykil, buat apa kau sibuk buat laporan sampai hantar gambar orang lain pada tuan Haqq?" Hakim pula mencelah, dia memang anti dengan Isabelle, si perempuan penuh drama tu!

Isabelle kaku di hadapan mereka berdua. Wajahnya kelihatan sedikit pucat, namun masih tetap beriak selamba, dah namanya pelakon kan!

"Ohh yang tu! Aku ingat itu si Bulat, aku dengar orang panggil dia Ari! Kau pun tahu kan darl, aku juga dah lama tak jumpa Bulat, aku ingat-ingat lupa wajah dia. Yang aku ingat dia kan gemuk!"

"Bukan gemuk pun, just chubby!" Hakim cuba membela dengan riak wajah menyampah dipamerkan pada Isabelle.

Haqq mengerling tajam pada Hakim. Mamat ni kan, macamlah dia lebih kenal bini aku dari aku! Haqq menggerutu dalam hati.

"Dah gemuk, gemuklah bah!! Hishh..nak chubby-chubby bagai!! Haqq darling, kau dah makan? Aku craving seafood ni..jom ke Little Italy!"

"Masa kat studio, kau dah tahu kan? Sebab tu kau tergagap-gagap? Isabelle, tell me the truth. Mengapa kau perlu tipu aku?" Haqq terusan menyerang, tanpa mempedulikan permintaan Isabelle.

"Aku cuma tersilap, aku ingat kawan sekolah aku, mana aku tahu pengacara tu Ari!"

"Siapa bagitau kau pengacara itu adalah Ari, isteri tuan Haqq? Kau memang tahu semuanya Belle, tapi kau rahsiakan. Malah kau sengaja bagi gambar orang lain dekat Haqq, tak kenal konon!! Apa tujuan kau sebenarnya?" Hakim Danial menyampuk.

Isabrelle terpempan. Buku jari dirapatkan. Sakit benar hatinya. Selama ini Haqq tidak pernah mencurigainya.

"Botak, kau pegi temankan Belle makan! Aku nak jumpa si Bulat!!"

No wayyy!! Hakim mencebik, meluat dia dengan Isabelle yang berlagak seperti barang mudah pecah tapi sebenarnya hati lebih busuk dari air longkang!

"Arghh..Haqq!!"

Isabelle tiba-tiba terhuyung hayang sambil pegang kepala! Hakim membuang wajah yang penuh meluat! Dia mula lagi dengan drama mengada-ngada, hanya Haqq si bodoh tu yang percaya..hairan sungguh! Dan seperti yang diduga, Haqq kelam kabut menghampiri lalu menahan badan Isabelle dari rebah.

"Belle!! Kau okay tak ni?!"

"Tak tahu darl, agaknya tekanan darah aku rendah lagi..aku tak boleh stress.."

"Dah..dah..Jom kita jumpa Dr Shanty.."

"Tuann!! Bagaimana dengan ofis yang berselerak ni?" Hakim menjerit.

"Kau kemaslah Botak, tu pun nak tunggu arahan aku ke?!!"

Hakim mencebik, menyampahh!! Semua gara-gara Isabelle tak guna tu!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience