BAB 6

Horror & Thriller Completed 10130

Sudah hampir sejam Aishah dan Ika menunggu Acong di bawah pohon rendang itu.

"Mana dia ni? Janji pukul berapa, datang pukul berapa?!!"

"Relax laa.. Kejap lagi datang la tu. Sabar eh.."

Balas Ika menenangkan Aishah yang seakan marah. Tidak berapa lama kemudian, kereta Honda bernombor pendaftaran ACA 3481 pun sampai.

"Sorry! I terlambat!"

"Eh! Tak la. You tak lambat. I baru dua minit tunggu you kat sini."

Balas Aishah sambil menjeling Acong. Acong hanya mengukir senyuman lantas dia mengambil cermin mata hitam di atas dashboard dan memakainya. Aishah memandang gerak-geri kekasihnya itu sambil tersenyum. Di dalam hati, dia mengakui ketampanan kekasihnya itu.

"Eh! Kenapa you pandang I macam tu. Macam nak telan I je."

"Tak ada apa-apa. Erm.. Smart you pakai cermin mata ni."

Acong tersenyum. Ika yang duduk di tempat duduk belakang tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Terdetik di hatinya, 'Bestnya dorang.. Sweet betul.. Kalau la Fariz macam ni, kan best.' Ika mengelamun mengenang buah hatinya.

**********

"Sayang! Sayang! Bangun la. Da sampai ni. Ika! Bangun! Da sampai ni!"

Acong mengejutkan Aishah dan Ika. Aishah bangun, mengeliat. Dia masih dalam keadaan mamai. Begitu juga dengan Ika. Acong berkata lagi.

"Apa la you ni. Jalan tak jauh pun you boleh tidur."

"Habis.. Da mengantuk, nak buat macam mana?"

Aishah membalas. Kemudian, dia memandang sekelilingnya. Hutan!

"Eh! Kita kat mana ni??"

"Laa.. Tak kan kat Paris kut."

"I tau la bukan Paris."

"Hehe.. Kita kat tempat you suruh I bawak you la."

"Tak nampak bayang rumah pun?!"

"Rumah tu kan depan sikit. Kereta tak boleh masuk, jalan sempit. So, kita kena jalan kaki la."

"Ok! Ika, jom!"

"Nak pergi mana??"

Ika bertanya dalam mamai.

"Nak pergi funfair, Ika."

"Funfair??!"

"Kita da sampai la!!"

"Oh.. Da sampai eh."

Mereka bertiga keluar dari kereta dan berjalan kaki menyusuri denai dan becak. Seketika kemudian, mereka sampai di sebuah rumah banglo yang telah usang.

"Erm.. I macam pernah nampak la rumah ni.."

Aishah berkata selepas melihat banglo tersebut. Dia sedaya upaya memerah otak mengingatkan kembali. Dan tiba-tiba...

"Eh, you! I pernah mimpi pasal rumah ni. You ingat tak mimpi yang..."

"Alaa you ni.. Tak habis-habis dengan mimpi you tu. Da la. Jom masuk."

Acong menarik tangan Aishah.

"Aaa.. Takpe! Takpe! Apa kata you bukak pintu tu dulu. Lepas tu you masuk dulu. After that, baru I dengan Ika masuk."

"You ni.. Pengecut la pulak."

Acong membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.

"Weyh, cepat sikit boleh tak? Gatal laa.. Banyak nyamuk."

Ika mengeluh.

"Ish kau ni! Apa la. Da kata kiri kanan hutan, mestilah banyak nyamuk. Tahan la sikit."

Aishah berkata kepada Ika sambil tangannya juga tergaru-garu dek kena gigitan nyamuk.

"Nak tahan apa nya. Da tergaru-garu da ni."

"Korang! Jomlah..!"

Acong berteriak memanggil Aishah dan Ika. Mereka pun pergi ke arah Acong dan mengekorinya meninjau keadaan dalam rumah itu. Namun, dalam minda Aishah ligat berfikir. 'Aku macam pernah pergi la kat sini. Tapi bila eh?'

"Weyh! Yang kau tercegat kat pintu tu apahal? Cepat la!"

Teriak Ika apabila melihat Aishah yang tidak berganjak dari muka pintu.

"Oh! Ok! Ok!"

Acong, Aishah dan Ika meninjau rumah tersebut selama 30 minit. Mereka meninjau ruang tamu, dapur dan tingkat dua.

"Aishah! Acong! Jom la balik.. Gatal la weyh. Banyak nyamuk."

Ika bersuara kerana sudah tidak tahan dengan gigitan nyamuk.

"Ish kau ni. Kita belum tengok satu-satu bilik lagi. Nanti la dulu."

Acong membantah.

"Erm.. Takpe la. Esok-esok I boleh datang sendiri dengan member yang lain. Kita balik sekarang la. Kesian Ika tu. Tergaru-garu dari tadi."

"Erm.. Yela. Yela. Jom!"

**********

"Weyh, Acong! Mana kau tau ada rumah kat situ ha?"

"Sibuk la kau ni, Ika! Da kampung aku, aku tau la!"

"Ok, fine! Orang tanya elok-elok, kau jawab macam tu. Fine!"

Ika menjawab dengan nada yang bengang. Acong pula ketawa melihat reaksi Ika. Aishah hanya tersenyum.

"Mana you tau ada rumah kat situ?"

"Masa cuti sem dulu, member I bagitau ada rumah kat sini. Alaa.. Lagipun orang kampung dulu ada jugak cerita pasal rumah tu. Cuma I je ambil kisah tak kisah."

"Oh, kau! Aishah tanya, bukan main lembut kau jawab. Aku tanya, macam nak putus urat leher kau tengking aku."

Suara Ika yang lantang kedengaran dari belakang. Nadanya seakan marah.

"Alaa.. Tadi tu aku main-main je la."

Acong memujuk. Dia kemudian meneruskan ceritanya tentang rumah tersebut.

"I dengar orang kampung cakap tu rumah tinggalan satu keluarga kaya. Yela. Tengok rumah tu pun da tau diorang kaya, kan. Dalam family tu ada sorang anak dara. Lepas tu, ada sorang mamat ni, dia suka kat anak orang kaya tu, tapi anak orang kaya tu tak layan. Mamat tu pun bengang and dendam kat anak orang kaya tu. Sampai la satu hari tu, mamat tu jumpa anak orang kaya tu and..."

Tiba-tiba telefon Aishah berbunyi.

"Hello."

"Hello. Weyh, kau kat mana sekarang?"

Suara Aina kedengaran dalam talian.

"Aku on the way nak balik ni. Kenapa?"

"Takde apa-apa. Erm.. Cepat sikit eh."

"Ok! Ok! Kejap lagi aku sampai la."

Klik! Aishah mematikan panggilan.

"Ok, teruskan cerita you tadi."

"Tu siapa call?"

"Aina... Cepat la sambung cerita tadi."

"Ok! Erm.. Da sampai mana tadi?"

"Aaa.. Mamat tu jumpa dengan anak orang kaya tu, then?"

"Haa.. You tau apa mamat tu buat?"

"Mana I tau. But, let me guess. Erm.. That guy bunuh anak orang kaya tu eh?"

"Yes! But sebelum dia bunuh, dengar cerita, he raped that girl. And you nak tau macam mana dia bunuh anak orang kaya tu?"

"Hah! Macam mana?"

"Tapi kalau I cerita you jangan geli pulak."

"You cerita je laa.."

"Mamat tu toreh muka anak orang kaya tu dengan pisau tanpa belas kesian pun. Maybe, dia marah sangat kot."

Aishah terkejut mendengar penghabisan cerita Acong itu. 'Muka kena toreh? Macam dalam mimpi aku je..' Hati Aishah berbisik. Namun, dia tidak memberitahu Acong.

"Laa.. Patut la senyap je. Da tertidur rupanya radio karat kat belakang ni."

Suara Acong menghentikan lamunan Aishah. Aishah menoleh ke belakang.

"Ha ah. Patut la senyap."

Aishah berkata. Bersetuju dengan Acong apabila melihat Ika sudah tertidur di tempat duduk belakang. Mereka tertawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience