Bab 24

Crime Series 28563

Aku geram melihat Qarl yang sudah tercongok di atas pokok kelapa.

Buat hal la mamat mafia ni.

"Qarl, turun la cepat. Kejap lagi kalau ayah saya nampak, teruk awak kena."

Aku beri amaran. Wajah Qarl masih bersahaja.

"Tak nak."

Dia geleng kepala.

Aishh. Gila betul. Aku main-main je cakap tadi. Tak sangka dia panjat betul-betul.

"Anna, cakap dulu kau setuju kahwin dengan aku."

Aku menjegilkan mata. Bercekak pinggang.

"Kalau awak tak turun, saya suruh ayah saya tebang pokok kelapa ni."

"Tak takut."

Haish, hmm lantak kaulah.

Aku berjalan lenggang mahu masuk ke dalam rumah.

"Anna, kau nak ke mana tu?"

Sekilas aku menoleh.

"Nak tolong mak buat kuih koci. Bye."

Sempat aku menghadiahkan senyuman senget.

"Anna, sampai hati kan."

Dia jerit namun nada suara agak rendah. Tidak seperti tadi.

"Nanti kalau saya dah takde suatu hari, baru awak tahu apa erti kehilangan."

Wajah Qarl jadi murung. Aku mendongak memandang dia.

Qarl buat aku rasa sesuatu. Yang tak mampu aku bayangkan namun cukup beri bayangan samar. May akan bertindak sekejam itukah?

Kata-kata dia buat aku terdiam.

"Anna..."

"Aku tak main-main. Aku serius. Aku nak kahwin dengan kau. Tapi kalau kau tak sudi, biar jela aku mati."

Berdesing telinga aku dengar perkataan mati. Tak suka la bila dia cakap macam tu.

"Anna, apa yang riuh rendah dari tadi Mak dengar?"

Mak keluar dari dalam rumah. Terbeliak memandang Qarl Lee yang sudah duduk tercongok di atas pokok kelapa yang tinggi.

Ish, mamat ni buat hal la. Aku menjegilkan mata.

"Lee... Buat apa atas pokok tu. Turunlah. Nanti jatuh. Ya Allah, budak bujang ni."

Qarl memandang aku. Sesaat kemudian, dia menggeleng kepala.

Degil nauzubillah mamat ni.

"Anna cabar saya, makcik."

Mak menjeling tajam ke arah aku.

Aku pulak yang kena.

"Anna gurau jela. Main-main je. Tak sangka la dia panjat betul-betul."

"Anna, kalau Lee jatuh macam mana?"

Kalau dia jatuh, biar jela. Takkanlah aku nak pergi tadah tangan sambut.

"Suruh Lee turun sekarang! Mak piat telinga dua-dua ni karang."

Alamak. Mak dah beri amaran.

"Kalau Ayah kau balik nanti, membebel dia nanti."

Aku mendongak ke atas pokok.

"Qarl, cepatlah turun. Eeii, menyusahkan hidup saya jela."

Qarl memekakkan telinga. Buat muka derk.

Oh, tak jalan jugak eh aku panggil dia Qarl.

"Abang Lee sayang. Turunlah cepat. Nanti jatuh, Anna jugak yang susah hati."

Aku membuat muka comel. Terkebil-kebil memandang dia.

Qarl senyum. Mengada.

"With one condition... Baru saya turun."

Aku mencebir bibir.

"Hmm. Apa dia?"

"Makcik! Saya nak kahwin dengan Anna."

Dia melaung dengan kuat. Aduh. Nanti jiran sebelah dengar. Aku taknak la kena cop anak dara tak malu bawa lelaki pulang ke rumah.

Mata Mak terbuntang. Sesaat kemudian, Mak senyum.

"Turunlah, Qarl. Jangan nak mengada boleh tak? Kepala saya dah pening ni."

Pening dengan sikap Qarl. Haish. Dia ni macam-macamlah.

Buat kepala aku rasa nak meletup dengan setiap tindakan dia.

"Qarl! Janganlah macam ni. Turunlah. Tak kesiankan saya ke?"

Kalau lagi kalau lima minit dia taknak turun, aku blah je masuk dalam rumah.

Dia membuat muka.

"Suka hati awaklah. Saya nak masuk dalam rumah. Okay bye."

"Anna..."

Nada suaranya dikendurkan. Kadang-kadang aku tak percaya yang dia ni ketua mafia. Tak menggambarkan langsung.

"Turun dulu. Baru saya bagi jawapan."

Kalau mak dan ayah tahu siapa dia sebenarnya, pasti hubungan kami dihalang.

Dia turun perlahan-lahan sehingga kaki menjejak tanah.

Fuh, nasib baik reti turun. Kalau tak... buat malu je jadi ketua mafia.

"So, apa jawapan kau?"

Mak masuk ke dapur. Membiarkan kami berbicara.

"Saya takde feeling langsung kat awak. Tapi, boleh tak bagi saya masa dan ruang? Untuk berfikir."

Aku tidak punya jawapan yang sesuai untuk dia.

"Okay. Take your time. Tapi jangan buat aku terseksa menunggu."

Wajah dia mendung.

Aku berkahwin dengan ketua mafia? Macam mana hidup kami berdua nanti? Aku taknak terlibat dengan jenayah. Qarl, kau merumitkan situasi kita.
. .
. Adik aku yang nombor tiga rapat betul dengan Qarl. Asyik berkepit je. Siap bergelak ketawa lagi. Entah apa yang lawak pun tak tahu.

"Mirul, kerja sekolah dah siap belum?"

Aku menegur Mirul yang sedang mengunyah buah rambutan di pangkin.

"Dah la, kak."

Qarl membelek sesuatu di tangan. Macam album gambar aku je.

"Awak tengok apa tu?"

Aduh. Dalam tu semua banyak gambar aku ketika zaman sekolah. Buruk.

Aku cuba merampas dari dia. Tapi, dia lagi cekap menyorokkan di bawah paha.

"Takde apa."

"Qarl, bak la sini."

Mirul tersengih memandang aku.

"Tu gambar album saya kan?"

Dia diam. Mulut masih mengunyah buah rambutan yang ranum.

"Eh Mirul, kau curi album gambar akak ye?"

Patutlah aku selongkar dalam laci takde.

"Abang Lee yang nak tengok gambar akak masa muda-muda."

Apa hak dia nak tahu pasal aku?

"Oh, tu yang korang membawang pasal akak ye? Sebab tengok gambar akak yang buruk?"

Masa zaman sekolah memang aku selekeh gila.

"Anna, relaks. Aku nak tengok je. Tak boleh ke?"

Aku terdiam.

"Lagipun, kau comel masa zaman sekolah. Kau malu aku curi tengok gambar muda kau?"

Bibir diketip. Bertikam lidah dengan dia takkan menang punya.

"Soal hidup saya takde kaitan dengan awak. Lagipun, kita ni tak perlu ada kaitan, Qarl Lee."

Aku taknak dia membahayakan family aku. Cukuplah nyawa aku jadi taruhan dia.

"Anna... Aku sedar aku ni siapa. Tak layak nak berdiri sebelah kau. Sebab kau orang yang baik-baik. Aku ni jahat kan?"

Nada suara dia berubah.

Takkan touching kot dengan kata-kata aku?

"Kalau kau tak suka aku kenal dengan family kau, better aku balik ke dunia lama aku."

Dia bangun.

Mirul menggaru kepala memandang kami silih berganti.

Album gambar dihulurkan kepada aku.

Qarl marah. Qarl merajuk. Qarl nak tinggalkan aku.

"Qarl... Saya tak bermaksud macam tu."

Aku menghalang langkah dia.

"Kenapa dengan awak ni? Kenapa nak terasa sangat dengan kata-kata saya?"

Dia membisu.

"Mirul, jom bawa abang jalan-jalan. Abang bosanlah duduk rumah."

Dia tidak menjawab segala pertanyaan aku. Pandang aku pun tak sudi.

"Okay bang. Kita naik basikal. Jom."

Mereka berdua tidak mengendahkan aku. Berlalu pergi macam tu je.

Aku memandang dia yang semakin kejauhan.

Kenapa saya rasa sedih dengan kata-kata awak, Qarl?

Saya tak maksudkan macam tu pun.

Mula terbit rasa bersalah dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience