Bab 47

Drama Completed 35637

"Dah lama umi tak jumpa dengan Tiara. Agak-agak nya dia sihat ke tidak?" kata Puan Balqis yang baru sahaja keluar daripada dapur sambil membawa satu mangkuk yang berisi dengan nasi goreng kampung untuk sarapan pagi itu.

Hadi yang sedang meneguk air di meja makan hampir tersedak apabila ibunya tiba-tiba sahaja menyebut nama Tiara di pagi itu.

Dia mengesat air yang ada di tepi bibir nya menggunakan belakang tapak tangannya sebelum menjawab.

"Kenapa umi tiba-tiba sebut nama Tiara ni?"

Tidak semena-mena mimpi buruk tentang Tiara yang dia alami malam semalam muncul di kotak fikiran nya.

"Tak adalah. Kali terakhir umi jumpa dia masa dia duduk sekejap dekat rumah kita hari tu. Lepas tu tak ada dah umi jumpa dia" Puan Balqis mengambil tempat bertentangan dengan Hadi dan mula menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.

Hadi tersenyum simpul kerana dia faham sangat maksud tersirat di sebalik kata-kata ibunya itu.

"Ye lah, nanti Hadi bawak Tiara datang sini jumpa dengan umi. Hadi cakap umi rindu dengan dia" balas Hadi.

Dia mengambil pinggan yang dihulur oleh Puan Balqis dan mula menjamah makanan.
//
Hadi mematikan enjin keretanya dan melangkah keluar. Matanya tertumpu pada 'gate' pintu rumah Tiara yang berkunci sekali dengan mangga.

Hatinya terdetik sama ada Tiara masih ada di rumah ataupun sudah keluar ke universiti. Walau bagaimanapun Hadi tetap meneruskan langkahnya.

Jari jemari Hadi mengetuk pintu kayu rumah Tiara Adriana kemudian salam diberikan.

"Assalamualaikum"

Salam yang diberikan oleh Hadi berlalu begitu sahaja tidak dijawab.

Hadi tidak mendengar sebarang bunyi daripada dalam rumah yang menunjukkan ada orang sedang menuju ke arah pintu.

"Assalamualaikum" Hadi memberi salam buat kali kedua dan mengetuk pintu dengan lebih kuat. Berkali-kali Hadi mengetuk tetapi masih tiada respon.

Dahi Hadi berkerut. Dia melihat rak kasut yang terletak di tepi pintu dan dia mendapati kasut yang selalu Tiara pakai untuk ke universiti masih terletak elok di situ.

"Kasut ada lagi. Tak akan dia pakai selipar pulak pergi kelas hari ni? Beli kasut baru ke? Ke dia marah dengan aku?" Hadi berterusan berteka teki tentang keberadaan Tiara.

Masih tidak berputus asa, Hadi mengetuk-ngetuk pintu rumah Tiara. Hatinya tetap berkata yang Tiara masih ada di rumah.

"Tiara!" panggil Hadi daripada luar rumah.

Tiara yang masih lagi sedang lena tidur terdengar bunyi ketukan pintu bertalu talu di luar dan suara yang memanggil namanya.

Dia membuka matanya sedikit demi sedikit. Walaupun sedang berbaring, kepalanya terasa tersangat berat.

Tekaknya terasa perit dan badannya pula panas membahang.

Tetapi, disebabkan ada seseorang di luar yang memanggil nya, dia gagahkan juga diri untuk bangun daripada katil dan mencapai tudung untuk menutup kepalanya.

Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah pintu kerana takut dirinya akan rebah di lantai. Sampai di hadapan pintu, dia membuka pintu dan terjawab persoalan nya tentang gerangan yang memanggil nya daripada tadi.

Hadi yang mendengar bunyi pintu dibuka bersedia untuk mendengar bebelan yang akan keluar daripada mulut Tiara.

Tetapi, sangkaan nya meleset saat dia melihat wajah pucat lesi Tiara.

"Tiara, kau okey tak ni? Kenapa muka kau pucat sangat ni? Kau tak sihat ke?" Riak kerisauan mula memenuhi wajah Hadi.

Pancaran matahari yang memancar daripada luar rumah menyilaukan pandangan mata Tiara. Persoalan Hadi itu dibiarkan tidak berjawab. Wajah Hadi yang berada di hadapan nya kelihatan kabur.

Kepala Tiara terasa tersangat berat yang luar biasa dan seolah-olah ada sesuatu yang mencengkam kepalanya.

Kakinya lemah tidak dapat menampung badannya. Mata Tiara perlahan lahan tertutup dan dia dapat merasakan yang badannya dia tidak lagi berdiri.

Perkara terakhir yang didengar nya adalah Hadi melaungkan namanya sebelum dunia disekeliling nya dirasakan gelap gelita.

"Tiara!!"

Melihatkan Tiara secara tiba-tiba rebah di atas lantai, Hadi menjadi tidak tentu arah. Dia melutut di hadapan Tiara dan tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Tiara yang terlentang di hadapannya tidak menunjukkan ciri ciri untuk sedar walaupun sudah banyak kali dia menyebut namanya.

Bibirnya digigit kuat dan jantung nya berdegup dengan sangat laju.

Tiba-tiba dia terfikir untuk rasa suhu di dahi Tiara. Hadi terfikir mana tahu yang Tiara demam panas.

Baru sahaja belakang tapak tangannya mahu diletakkan di dahi Tiara, dia menarik tangannya ke belakang semula.

Rasa bersalah menyelubungi hatinya kerana menyentuh Tiara tanpa izin.

"Aduhai, macam mana ni? Ermm..."

Hadi mulai gelisah.

"Kau bukan buat ni suka-suka. Kau cuma nak tahu suhu badan dia! Kau tak ada niat lain" Hadi meyakinkan dirinya sebelum dia meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Tiara dan dengan pantas dia menarik tangan nya kembali.

Dia terkejut dengan apa yang baru dirasakan nya.

"Panas nya dahi dia ni! Tiara demam ni!" Hadi jadi tidak keruan.
//
Tiara Adriana sudah mula sedar daripada lena kerana badannya terasa sakit dan sengal-sengal.

Dia ingin mengangkat tangannya tetapi belakang tapak tangannya terasa sakit seperti ditusuk oleh jarum.

Beberapa saat kemudian, dia baru tersedar yang siling bilik tidur nya lain.

"Aik, sejak bila siling bilik aku macam ni?" Disebabkan kepalanya terasa sakit dicucuk cucuk, dia tidak sedar dengan keadaan sekeliling nya.

Tiara memandang ke kiri dan kanan nya dan malas untuk berteka teki, dengan perlahan lahan dia bangun daripada pembaringan dan duduk sambil bersandar di kepala katil.

Walaupun badannya terasa berat, dia tetap gagahkan juga dirinya untuk bangun.

Tiara melihat Hadi berada berdekatan dengannya sedang bermain telefon pintar. Tiara ingin memanggil Hadi tetapi tekaknya sakit yang menyebabkan tiada suara yang keluar daripada mulut nya.

Telinga Hadi terdengar suatu bunyi lalu dia mengangkat kepalanya dan memandang ke arah katil hospital yang Tiara sedang berbaring.

Kakinya terus berdiri saat dia melihat Tiara sudah sedar. Bukan setakat sedar tetapi sekali dengan duduk. a

"Tiara, kau dah sedar? Kau okey tak ni?" Hadi meluru ke tepi katil untuk melihat Tiara dengan lebih dekat.

Tiara tidak menjawab soalan Hadi sebaliknya mengerutkan dahinya kerana masih tidak mengerti dengan semua yang berlaku.

Macam mana dia boleh ada di sini? Bukan ke dia sedang tidur di atas katil di bilik tidur nya?

Melihat kerutan di wajah Tiara membuatkan Hadi faham yang Tiara masih samar-samar dengan apa yang terjadi.

"Kau dekat hospital sekarang ni. Tadi kau tiba-tiba pengsan. Kau ingat tak? Aku datang rumah kau tadi, bila kau bukak pintu kau tiba-tiba je rebah depan pintu. Gelabah aku. Itu yang aku bawak kau datang hospital ni. Aku nak mintak maaf sebab aku sentuh kau tak mintak izin" Hadi berkata dengan suara yang lembut

Sebaik sahaja Hadi selesai menerangkan kepada Tiara tentang apa yang berlaku, ternganga mulut Tiara.

Segala apa yang terjadi pagi tadi bermain di benak fikiran nya. Baru dia ingat apa sebenarnya sebab dia boleh berada di hospital ini.

Tiara mengalihkan sedikit kepalanya ke tepi kerana sambil mengetap giginya. Dia berasa malu dengan Hadi.

"Tiara! Macam mana pulak lah kau boleh pengsan depan Hadi? Tak boleh tahan sangat ke sampai kau nak terlentang depan dia jugak! Malunya aku!! Ini kalau orang lain dekat universiti tu tahu pasal ni, sah-sah aku kena label mengada ngada, gedik, manja, lapar perhatian! Lagi-lagi kalau Nia tahu. Mampus aku!"

Selesai mengomel sendiri dalam hati, Tiara memandang wajah Hadi yang sedang melihat nya.

"Okey" jawab Tiara pendek.

Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan. Tambah pula dengan kepala nya yang pening.

Mendengar jawapan pendek Tiara membuatkan Hadi geram. Punyalah dia gelabah dan risau sebentar tadi, 'okey' sahaja jawapan daripada Tiara.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau tak sihat? Kau tahu tak macam mana aku punya risau tengok kau tiba-tiba pengsan macam tu? Doktor cakap dekat aku tadi yang kau demam panas. Macam mana kau boleh demam? Kenapa tak cakap dengan aku yang kau demam?" Nada suara Hadi tiba-tiba bertukar kepada nada marah tetapi dalam pada masa yang sama risau.

Puas hatinya selepas dia menghamburkan kepada Tiara segala apa yang menggusarkan hati nya.

Dengan wajah yang selamba Tiara menjawab.

"Siapa yang tak nak cakap dengan siapa sebelum ni?"

Hadi tersentak.

Kemarahan Hadi bagai hilang sekelip mata apabila Tiara berkata begitu. Wajahnya berubah. Dia mengalihkan pandangan nya daripada Tiara.

Tiara memandang Hadi dengan kening yang terangkat sebelah. Rupanya dia masih ingat lagi yang Hadi tidak mahu bercakap dengan nya sebelum ini.

Dia pun tidak tahu apa punca Hadi berbuat begitu.

"Err, itu lain punya cerita lah. Lepas ni kalau kau tak sihat ke sakit ke apa bagitahu aku. Tak payah simpan sorang-sorang. Jangan buat aku risau lagi. Ingat, selagi boleh aku akan sentiasa ada untuk kau" Mata Hadi tepat memandang ke arah Tiara.

Buat seketika, Tiara jadi terkedu. Hatinya tersentuh dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Hadi. Tiba-tiba hatinya seperti taman bunga yang sedang mekar indah.

Tetapi, dia tidak boleh nampak lemah di hadapan Hadi.

"Lain kali elakkan lah diri daripada aku. Tak payah cakap dengan aku langsung. Senang-senang tak payah pandang aku. Tiba-tiba je nak buat silent treatment dengan aku. Apa sebab kau jadi macam tu pun aku tak tahu"

"Kau ni kan, tengah sakit-sakit pun mulut boleh tahan ek? Ni kau nak air ke apa-apa ke?"

Tiara menelan air liur nya dan tekaknya terasa perit dan kering. Dia memandang meja kecil di sebelah katil ada satu jag air kosong bersama dengan cawan.

"Haah, aku nak air. Tekak aku kering lah"

Tanpa membantah, Hadi menuang air kosong ke dalam cawan dan dihulurkan kepada Tiara. Tiara meneguk air itu dengan perlahan.

"Kau ada makan tak harini?" tanya Hadi dengan prihatin.

Tiara meletakkan cawan di atas meja sebelum menjawab.

"Aku belum makan apa-apa harini. Kau datang rumah aku pagi tadi aku baru bangun tidur. Tak sempat buat apa-apa lagi"

"Kau last makan bila?"

"Semalam"

"Semalam? Kau makan apa?"

Tiara cuba untuk mengingati apa yang dimakannya semalam.

"Aku makan biskut je. Tak ada selera lah nak makan nasi ke apa"

"Kau makan biskut tu bila?"

"Lepas balik dari kelas"

"Sebelum tu kau ada makan apa-apa tak?"

Hadi tidak ubah seperti seorang polis yang sedang menjalankan siasatan ke atas seorang suspek.

"Apa banyak sangat soalan kau ni? Kalau tak sebelum ni tak nak bercakap dengan aku langsung. Sebelum tu aku tak makan apa-apa. Semalam aku cuma makan biskut tu je. Pagi tu tak sempat breakfast. Tengahari pulak aku sibuk. Petang tu yang aku makan biskut. Itulah last aku makan. Puas hati dengan jawapan aku, Detektif Hadi?" jawab Tiara.

Terkejut Hadi dibuat nya apabila mendengar kata-kata selamba daripada Tiara.

"Memang patut lah kau pengsan pagi tadi. Perut tu kosong, tak makan apa-apa. Dah, aku nak beli makanan untuk kau dekat kafe bawah tu"

"Tak nak" Tiara menyilangkan tangan.

"Makan jugak. Jangan nak mengada-ngada"

"Kalau aku tak nak, macam mana? Apa kau nak buat?" tanya Tiara dengan wajah yang berlagak yang sengaja dibuat-buat.

"Kalau kau nak duduk lama-lama dekat hospital ni, boleh je aku cakap dengan doktor tu nanti. Kau jangan lupa, aku Ikhwan Hadi" Hadi menghadiahkan senyuman yang membuatkan Tiara meluat.

"Ye lah! Pergi lah beli. Beli sekali kedai tu. Kau kan Ikhwan Hadi" balas Tiara sinis.

"Tahu pun. Kau tak kisah kan kalau aku beli apa-apa je?"

"Tak"

"Bagus"

Hadi berlalu pergi keluar daripada bilik itu meninggalkan Tiara seorang diri.
//
"Abang Hadi baru mesej aku. Dia cakap yang Tiara sekarang ada dekat hospital. Tiara demam panas"

Terjawab sudah persoalan yang timbul di fikirannya apabila dia melihat Tiara masih tidak datang ke dewan kuliah itu.

Hadirah risau dengan keadaan kawan baik nya yang seorang itu.

"Hah? Tiara demam panas? Dia okey tak?" Terperanjat Farhan dengan berita yang disampaikan oleh Hadirah itu.

"Abang Hadi cakap dia okey. Dia pun dah sedar dah sebab Abang Hadi cakap Tiara tak sedar mula-mula tadi. Nanti kita lawat Tiara ek?"

Farhan hanya diam dan tidak membalas kata-kata Hadirah.

"Farhan? Kenapa kau senyap je? Tiara okey, kau pulak yang tak okey. Dah kenapa? Kau cemburu dengan Abang Hadi ek? Kan?"

Kepala Farhan lantas ditoleh ke arah Hadirah.

"Apa benda yang kau cakap ni? Merepek lah kau" Farhan cuba menutup perasaan gugup dan cuba untuk bercakap dengan tenang.

"Alahai Farhan. Aku tahu lah yang kau ada perasaan dekat Tiara. Jujur je lah dengan aku. Tak rugi pun jujur dengan aku. Bukannya aku nak bagitahu Tiara pun. Betul kan?"

"Okey, fine. Ye, kau betul. Aku ada perasaan dekat Tiara. Sejak daripada first day aku jumpa dia lagi. Tapi macam mana kau boleh tahu? Seram betul lah kau ni. Aku rasa aku dah simpan elok-elok dah rahsia tu" Akhirnya Farhan mengalah dengan Hadirah.

"Aku ni berkawan dengan kau dah lama, Farhan. Aku tahu sangat lah dengan perangai kau. Daripada cara kau pandang Tiara aku dah tahu. Apa pun, kau tak payah nak tukar tajuk. Kenapa kau tak 'confess' je perasaan kau dekat Tiara? Kau tak tercabar ke dengan Abang Hadi? Kalau aku jadi kau, aku memang dah 'jealous' teruk dah"

"Memang tipulah kalau aku cakap aku tak cemburu dengan Hadi. Kita berdua nampak yang Hadi tu rapat dengan Tiara. Ingat tak masa mak Tiara meninggal hari tu, entah dari mana Hadi boleh ada dengan Tiara. Hadi siap mesej kau pulak bagitahu pasal mak Tiara. Tapi kan Hadirah, aku belajar something tau daripada benda ni. 'Mencintai seseorang tak semestinya kita dapat memiliki hatinya'. Aku sedar aku memang tak akan dapat hati Tiara. Aku tahu yang Hadi tu sebenarnya suka dekat Tiara. Itu yang dia lain sikit kalau dengan Tiara. Tiara pulak, dia dah anggap aku ni sebagai kawan je. Tak akan lah tiba-tiba aku nak confess dekat dia. Buat malu diri sendiri je nanti. Tak apa lah, kalau Hadi jaga Tiara elok-elok, aku okey je. Mungkin Tiara dah ditakdirkan untuk Hadi" Farhan berkata dengan wajah yang tenang.

Tidak berkedip mata Hadirah mendengar luahan hati Farhan yang tidak dijangkanya. Dia tertanya adakah betul yang berada di situ adalah Farhan, kawannya daripada sekolah? Kenapa dia jadi 'jiwang' sangat?

"Farhan! Serius lah ini kawan aku yang aku kenal daripada zaman sekolah? Kau dah berubah, Farhan. Hati kau keras" Sengaja Hadirah membuat reaksi yang melebih-lebih.

"Dah engkau yang nak dengar sangat kan luahan hati aku. Sekali aku bagi, jatuh tersungkur kau jadinya" kata Farhan dengan senyuman.

"Habistu? Kau memang nak give up macam tu je lah? Kau tak nak try dulu confess dekat Tiara? Mana tahu sebenarnya Tiara pun suka dekat kau"

Farhan tidak membalas sebaliknya hanya menggeleng perlahan kepalanya sambil tersenyum kecil.

"Okey, aku faham perasaan kau macam mana. Apa pun, aku doakan kau akan jumpa seseorang yang lebih baik daripada Tiara. Yang lebih better untuk kau. Maybe betul cakap kau. Memang dah ditakdirkan Tiara untuk Abang Hadi"

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience