#7

Other Completed 5709

#7
Kejadian kelakar dua hari sebelum aku exam

Isnin.

Seperti malam-malam yang lain, aku membuka aplikasi Fac, Youtube, Twitter serentak dan gelak ketawa pada video, kata-kata, ataupun gambar yang kelakar. Walaupun sebenarnya hati aku tengah betul punya tak tenang ni. Macamanalah nak tenangnya kalau Rabu ni aku ada exam yang boleh aku kategori super gila heavy metal hardcore punya susah! Jadinya, kalau exam tahap sukarnya boleh ajak bertumbuk macam tu, sepatutnya aku pergilah study. Betul tak?

Jangan fitnah aku macam-macam. Aku dah study tau tak bab 1. Hm, walaupun sebenarnya ada lagi 7 bab yang perlukan perhatian penuh dari aku.

Sambil online, sambil menjeling ke buku statistik yang duduknya tidaklah berapa jauh dari aku. Amboi kemain sombong buku statistik tu tak mau pandang ke aku balik. Merajuk la tu konon. Heh.

Tapikan, mana la buku statistik tu tak merajuk. Janjinya pagi tadi hari ni akan dihabiskan dengan cara mengadap dia lama-lama. Sekali, aku lagi lama mengadap laptop ni daripada dia. Maafkan aku wahai buku statistik yang aku rindu. Laptop best. Laptop ada gambar makwe cun. Kau takde. Elok je aku habis cakap benda tu, terus buku statistik buat muka. Merajuk la tu!

Ah sudah. Bahaya ni sebenarnya. Kalau dibiarkan, mahu lari dari rumah pulak si buku statistik ni. Sekejap ya buku statistik. Bagi aku masa sekejap. Sabar.

Baiklah, macam ni. Aku janji yang esok, aku takkan sentuh lansung laptop ni. Ish, betul la. Kau gelak apa pulak ni buku statistik? Aku janji dengan sepenuh hati ni. Tutup saja laptop ni, aku takkan main dia lagi sampai bertemu esok! Tapi hari ni, bagilah aku enjoy dulu bersama laptop. Enjoy bagai nak rak (bukan rak barang). Ok la ok. Kalau aku mungkir janji lagi kali ni, aku akan pecahkan laptop ni. Aku berjanji sambil buat gaya janji pengakap ni. Sambil tunjuk tiga jari ni maknanya betul bersungguh! Ha, baru nampak senyum sikit si buku statistik ni. Lega.

Namun, hari tak selalunya cerah. Ada masanya, dia jadi sawo matang.

Elok je lepas aku berjanji, suasana jadi lain macam. Masa ni la idea datang mencurah-curah untuk aku menulis. Masa ni la rasa nak main dota seframe. Masa ni la aku terjumpa artikel kelakar menggila.

Argh!

Aku rasa internet ni kejam. Sebab bila tiba masa korang makin banyak benda yang nak dibuat, internet ni akan bertindak pantas untuk jadi lebih menarik dari sebelumnya. Dengan videonya. Dengan gambar kelakarnya. Dengan cerita jenakanya.

Tak guna.

Ini memang betul punya tak guna.

Sebab aku sudah janji pengakap ni masalahnya. Takkan lah nak kena pecahkan laptop ni secara tiba-tiba?

Aku lihat pada jam yang setia melekat di dinding.

12.26 am.

Aku tersenyum lebar.

Aku tahu yang aku akan dapat bermain dengan laptop aku seperti biasa.

Mengapa?

Oh, kau masih tidak faham?

Aku menyatakan janji aku sebentar tadi pada pukul 12.12 am. Yakni, janji itu dibuat tatkala hari Selasa sudah pun bermula. Bermakna, “esok” yang aku nyatakan itu adalah hari Rabu!

Aku tenang semula.

Buku statistik? Lantak la.

Esok pagi sahajalah aku terangkan kepadanya akan teori aku yang tadi. Yang aku tau sekarang aku nak bermain dota. Tambahan pula, aku memang tak bersalah

pun. Memang aku buat janji tu tepat bermula pada hari Selasa jatuhnya.
Kan?


*******

Ya saudara dan saudari yang dihormati sekalian. Itulah aku, manusia yang pakar dalam mencai alasan. Lagi-lagi alasan untuk diri sendiri. Sudahlah berperangai begitu, tak rasa bersalah pulak tu. Tahniah la untuk diri sendiri.

Sebabnya bila aku berperangai sebegitu, aku dapat hadiah. Hadiahnya berupa sebuah result Statistik yang kurang ajar pendek markahnya.

Fuck.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience