Hari ketiga pelayaran.
Declan tinjau kawasan sekitar dek dengan mata helangnya. Dia perhatikan setiap orang yang lalu lalang dihadapannya.
Tinggal sehari saja lagi sebelum kapal ini tiba di mainland. Dan dia masih belum buatkan Davina terpujuk kerana Eden banyak luangkan masa dengan Davina.
Malas nak berebut, dia hanya biarkan. Nanti bila dia ada peluang tahu la dia nak buat apa.
"Huargh..."nguap Declan kerana masih tersisa ngantuknya dek tiga jam saja terlena kemudian terus bekerja dalam kapal ni termasuk jaga keselamatan para penumpang di sini.
Sedang dia gerak hendak berpaling, dia nampak Davina sedamg jalan sendirian dan tunduk membaca sebuah buku di tangan.
Terfikir mungkin ini peluangnya, Declan jalan bersahaja mendekati Davina yang sedang berjalan ke mendekatinya dari arah bertentangan.
Lepas tu Declan berdiri dekat tengah-tengah jalan. Nak biarkan Davina melanggarnya. Dia tersenyum dengan tangan di dalam poket seluar.
KEDEBUK!
Suara Davina menahan nafas terkejut kedengaran diikuti dengan buku terjatuh di atas lantai dek itu.
Bersama muka terpempannya, Davina pandang ke depan lantas bertentang mata dengan Declan.
"Morning... "sapa Declan dengan senyuman di bibir.
Davina menelan air liur gemuruhnya. Dia pandang tak berkedip.
"Tak berkepit dengan Eden hari ni? " tanya Declan sambil lirik setiap inci wajah Davina dan merapat kepadanya.
Davina pandang ke bawah kakinya. Melihat Declan gerak merapati dirinya. Lantas dia cepat-cepat kutip buku dekat lantai tu dan dipeluk ke dada sebelum berpaling hendak pergi dari situ.
"Na-ah....not so fast princess."Declan capai lengan Davina lalu di tarik sebelum badan itu di sandarkan ke dinding besi kapal itu.
Bila permukaan sejuk itu menyentuh bahagian belakang badannya yang terdedah sebab blaus lengan pendek yang dipakai ketika itu, Davina berkedip mata.
Tanpa berkata apa-apa Davina pandang akan Declan. Dia masih marahkan Declan. Hatinya menggerutu geram setiap kali teringat akan Juliet dan Declan.
Declan merapati Davina hingga depan wajahnya hanya berjarak sejengkal saja dari muka Davina. "Sampai bila awak nak diam dan tak bercakap dengan saya Davina? Jahat sangat ke saya ni?"
Tidak mahu beri komen, Davina palingkan kepalanya ke kanan dan peluk buku rapat ke dada. Keningnya mencerlung tajam.
Keluhan panjang lepas dari Declan setelah itu. Kepalanya di tundukkan ke bawah." Awak dah lupakan saya dan sebaliknya pilih Eden ke?"lantas dia angkat kepala memandang Davina semula.
Davina menggigit bawah bibirnya lalu gerak memandang Declan semula. Keningnya berkerut tak suka. "Jangan nak babitkan Eden. Dia tak ada kaitan dengan kita. "beritahunya.
"Kalau macam tu kenapa awak masih tak boleh nak maafkan saya? I did my best for seek your forgiveness. I said i'm sorry. I'm really sorry. Please accept me back. I do love you and never stop doing it. "rayunya dengan kening mencerlung terdesaknya.
Buat seketika Davina hanya diam memandang Declan. Boleh ke Declan janji hal seperti ini tak berulang lagi? Dia bukan apa... Dia cuma penat rasa di khianti. Di lukakan. Di sakiti. Perasaan tu bukan perasaan yang menyeronokkan untuk di tanggung. Ya dia mengaku dia masih teringatkan Declan. Dan itulah yang buat dia rasa takut dan sakit sangat. Takut kalau satu hari nanti Declan akan tinggalkan dia. Sakit sebab dia sayangkan lelaki ni!
Declan lingkarkan tangan ke sekeliling badan Davina lalu tunduk merehatkan dahinya ke bahu Davina dengan mata terpejam.
"Maafkan saya Davina...saya janji hal yang sama takkan terjadi lagi. Saya dah buang Juliet dari team saya...saya menyesal sebab tak buat hal ni lebih awal lagi..."ucap Declan dengan seikhlas hatinya.
Sedaya upaya Davina kawal dirinya untuk tidak bersandar pada Declan mahu memeluk tubuh ini sekali. Dia takut untuk kecewa.
"Declan... "panggil Garvien melalui ear piece yang sedia terpasang di telinganya waktu itu.
Keluhan letih pun lepas dari Declan sesaat kemudian. Perlahan-lahan dia gerak untuk jauhkan diri dari Davina.
"Kenapa? "tanya Declan setelah menekan butang pada alat itu.
"Well... Dia orang dah tiba dekat markas mereka. Nak kumpulkan orang sekarang atau tetap tunggu kita tiba di mainland jugak ke? "tanya Garvien.
Lantas mata Declan gerak memandang Davina. "Aku jumpa kau kejap lagi."tangannya melepaskan butang itu.
Mendengar Declan bercakap buatkan Davina berkerut kening memandang lelaki tu. Tugas lagi la tu?Dia buat muka.
"Davina...saya tanya awak sekali lagi. Adakah awak mahu terima saya semula atau tidak? "soal Declan sambil pegang lengan Davina dengan lembut.
Buat seketika, Davina diam membuat pertimbangan. Dia tak tahu.
"Sekiranya saya kembali semula selepas selesaikan misi ni saya harap saya dapat jawapan dari awak pada hari saya temui awak nanti. Sementara tu tolong pertimbangkannya." pesannya sebelum berikan kucupan di dahi Davina serta tepukan lembut di pipi itu sebelum gerak pergi dari situ untuk ke dek kawalan di tingkat bawah kapal cruise.
Melihat pemergian Declan, Davina hanya berdiri situ memaling kepala ke arah dimana lelaki lampai itu berjalan. Dia cengkam kuat tangannya pada buku yang sedang dipeluk. "Balik dengan selamat kalau macam tu. Baru aku bagi jawapan aku."gumamnya dengan perlahan.
p/s I had a big dilemma right now. Who should I write as her faith love?Eden?Declan???
Share this novel
Eden
Eden