BAB 12 – MASANYA TIBA 3

Mystery & Detective Completed 8363

"Bu.. Bukankah kamu David Rin?" terkejut Han.
"Kamu kenal saya?"
"Itu sudah semestinya, kamu yang mulakan malapetaka ni kan?" tanya Han
dengan marah.
"Malapetaka? Maaf saya tidak faham apa yang kamu cakap"
"Kamu tidak tahu apa-apa?" tanya Han.
"Saya betul-betul tidak tahu apa-apa malapetaka pun"
"Jadi kenapa muka kamu muncul di gambar graduasi 27 tahun lalu?" tanya Rin.
"Baiklah saya akan ceritakan semuanya dari mula hinggalah kini" kata David.

************
"Apa maksud kamu, yang kamu kenal tempat ni" tanya Harry kepada Shira.
"Saya ingat lagi tempat ni, saya pernah nampaknya di dalam surat khabar
lama, 27 tahun lalu. Disinilah Rin dilaporkan hilang" kata Shira.
"Jika Rin dilaporkan hilang di sini, bagaimana kita nak keluar dari
sini?" tanya Harry.
"Tiada jalan keluar yang lain, kecuali lorong yang disana saja,
satu-satunya jalan di sini" kata Shira.
"Kita akan masuk ke dalam sana ke?" tanya Harry yang sedikit takut.
"Ya, kita tidak boleh tinggal lama di sini, Han, Rin, dan Herien mesti
sedang mencari kita sekarang" kata Shira.
"Baiklah, mari pergi" kata Harry dan bergerak masuk ke lorong diikuti
dengan Shira.

************
"Siapa abang kamu?" tanya Herien.
"Dia pelajar di sini, dia dari kelas 4 Biruni, dan namanya ialah David Rin"
"Da.. David Rin?" terkejut Herien.
"Ya. Nama dia David Rin. Saya tengah cari dia sejak 27 tahun yang lepas
lagi, tapi tidak jumpa lagi"
Herien mula takut dan gementar.
"Kenapa kamu berada boleh berada disini?" tanya Herien walaupun
diselubungi dengan ketakutan.
"Pagi pada 27 tahun yang lalu, saya dan abang saya sudah berjanji untuk
bermain bersama selepas habis sekolah. Tetapi abang tidak pulang ke
rumah walaupun hari sudah lewat, jadi saya pergi ke sekolah abang dan
cari abang tetapi tidak jumpa hingga kini" cerita Damia.
"Jadi, siapa yang kejar saya sambil membawa pisau tadi?" tanya Herien.
"Dia...."

************
Hendry yang masih terperangkap di dalam sekolah, cuba mencari jalan
keluar. Sampai di pintu keluar sekolah, didapati ada seseorang yang mati
dibunuh. Dia melihat ke luar sekolah dan didapati tuada sesiapa pun.
"Nampaknya ia sudah bermula" bisik Hendry.

Di perpustakaan, cikgu John yang dipukul dengan kayu penyapu sehingga
pengsan, sedarkan diri. Dia mengambil lampu suluh yang terjatuh akibat
dipukul. Cikgu John menyuluh sekeliling dan didapati tiada sesiapa.
"Baik saya keluar dari sini" bisik cikgu John dan keluar dari perpustakaan.
Apabila keluar saja, dia bertemu dengan seorang pelajar kelas 4 Biruni iaitu
Peter.
"Peter apa yang belaku?" tanya cikgu John.
"Cikgu baguslah cikgu masih ada di sini. Apapun saya tidak tahu apa yang
berlaku. Kami sekelas terdengar satu jeritan yang sangat kuat dan
menakutkan, dan pada masa yang sama semua lampu terpadam. Keadaan
menjadi huru-hara dan kami semua terpisah di dalam gelap" cerita Peter.
"Bagaimana dengan cikgu yang mengajar?" tanya cikgu John.
"Sebenarnya tiada cikgu yang masuk ke kelas pada masa tu" jawab Peter.
"Tiada? Lebih baik kita cari jalan keluar" kata cikgu John sambil
bergerak ke pintu keluar diikuti dengan Peter.

Sementara itu, Mary yang berseorangan berjalan mencari jalan keluar,
secara tiba-tiba ternampak seseorang yang sedang menikam rakan
sekelasnya di tepi tingkap disuluhi dengan cahaya dari luar yang hujan.
Orang itu kemudiannya berpaling ke arah Mary. Mary terkejut dan tidak
sangka.
"Ke.. Kenapa kamu buat begitu?" tanya Mary dalam keadaan yang terkejut.
"Ohh... Mary, kamu mesti tidak sangka yang saya buat semua ini?" tanya
orang itu.
"Saya akan laporkan kepada pihak berkuasa!" kata Mary.
"Hahahaha... Kamu tidak perlulah susah-susah nak telefon polis dan
masukkan saya ke dalam penjara kerana kamu tidak dapat buat begitu. Jika
kamu menggunakan telefon kamu tidak dapat hubungi kerana selagi tiada
isyarat di sekolah ni mulai sekarang, lagipun semua pintu di sekolah
tertutup dan tidak dapat dibuka dan satu lagi, jika kamu meminta
pertolongan dari luar, kamu tidak akan dapat ditolong kerana selagi kamu
berada di dalam sekolah ini, orang yang berada di luar tidak akan dapat
nampak kamu" kata orang itu.
"Sekarang kamu sudah tahu saya, dan tiba masanya untuk kamu mati" kata
orang itu sambil berlari ke arah Mary dan menikamnya.

************
"Saya merupakan seorang pelajar dari kelas 4 Biruni di sekolah ini. Saya
sangat sukakan sekolah. Pada suatu hari, saya dan adik saya berjanji
untuk bermain bersama selepas pulang dari sekolah. Pada hari yang sama,
di sekolah, saya dalam perjalanan ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas,
saya ternampak seorang lelaki yang berusia lingkungan 30 tahun menikam
guru kelas 4 Biruni dengan kejam sehingga mati. Saya terkejut. Pembunuh
tersebut menyedari yang saya berada di situ. Dia terus memukul saya
dengan sesuatu yang kuat sehingga pengsan. Setelah saya sedar, saya
telah berada di lorong ini dan ternampak mayat guru kelas 4 Biruni di
cingcang badannya di situ. Waktu itu ialah petang dan semua orang sudah
pulang. Saya terkejut melihat perkara itu. Pembunuh tersebut menyedari
bahawa saya sudah sedar dari pengsan dan dia mengugut saya untuk tidak
memberitahu perkara itu kepada sesiapa, tetapu saya melawan dan dia
terus menikam saya di dada. Adik saya yang pada masa yang sama, datang
ke sekolah untuk mencari saya kerana sudah berjanji untuk bermain
bersama, segera menolak pembunuh itu dari terus menikam saya tetapi dia
juga turus ditikam dan kami mati di situ. Kami diseret masuk ke lorong
ini dan dibiarkan begitu saja" cerita David.
"Begitu ke? Tapi apa yang terjadi kepada pembunuh itu dan kenapa dia
membunuh guru kelas kamu ketika itu?" tanya Han.
"Setelah saya menjadi roh, dan saya dapat tahu yang saya ada tugas yang
perlu diselesaikan sebelum hilang. Saya dapat tahu yang pembunuh itu
bunuh diri dan menggantungkan dirinya di lorong ini. Dia merupakan adik
kepada guru kelas saya. Dia berdendam dengan abangnya kerana hal yang
saya tidak tahu tetapi ada kaitan dengan kelas 4 Biruni. Dendamnya
menguasainya dan menyebabkan dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
Selepas beberapa bulan saya mati, mayat saya telah dijumpai begitu juga
dengan mayat pembunuh itu dan juga mayat adik saya. Sejak dari hari itu,
setiap dari keturunan pembunuh itu yang sudah mati akan menjadi roh dan
membalas dendam untuk kejadian itu"
"Jadi malapetaka tu disebabkan oleh roh dari keturunan pembunuh itu?"
"Ya. Malapetaka yang kamu semua lalui itu, datangnya dari dendam
keturunan pembunuh itu. Untuk mengelakkan daripada malapetaka itu kamu
perlulah membunuh roh dari keturunan pembunuh itu. Roh itu akan menyamar
menjadi orang yang akan dan telah dibunuhnya"
"Ohh.."
"Kenapa kamu muncul di dalam gambar graduasi kelas 27 tahun yang lepas?"
"Oh.. Tentang tu.. Saya amat sukakan sekolah dan rakan-rakan sekelas
saya, dan saya juga teringin untuk berada di dalam gambar itu, tetapi
reaksi orang lain terhadap gambar itu berlainan dari yang saya
jangkakan, sehingga sekarang"
"Kamu ke yang memberitahu saya untuk datang ke sini?" tanya Rin lagi.
"Ya, kerana kamu mempunyai sifat yang berani, walaupun ramai orang yang
berkata seram tentang saya"

************
Peter dan cikgu John berjalan untuk mencari jalan keluar. Dalam
perjalanan itu, mereka berdua bertemu dengan seseorang.
"Mary? Itu kamu ke?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience