Tubuh ibu Hana yang sudah dikafankan direnung bersama kelopak mata yang sudah bertakung. Hatinya sedih, air matanya hanya menunggu masa untuk melimpah. Aku merenung Hana yang di sebelahku. Aku mengenggam tangannya. Dia merenung aku dan tersenyum tawar. Aku membalas senyuman itu. Aku membantu Hana untuk berdiri. Air mata Hana tumpah apabila beberapa orang kampung mengangkat jenazah arwah ibunya lalu dibawa dengan menggunakan penggusung empat penjuru lantas dimasukkan ke dalam van jenazah. Aku memaut bahu Hana untuk memberikannya kekuatan. Khairul dan Hafi hanya melihat. `Hana.. Jom.. Kita ikut mereka.. Dah.. Jangan nangis sangat'. Pujukku. Aku memeluknya seketika. Badan Hana terhenjut-henjut akibat menangis. Dia membalas pelukanku. Setelah agak lama, aku meleraikan pelukan. Aku menyeka air matanya. `Jomlah 'ajak Hana. Aku hanya menurut. Dan seperti biasa aku pergi bersama Hafi dan Hana bersama dengan Khairul. Kami sampai di tanah perkuburan serentak. Setelah semuanya selesai, talkin dibacakan oleh imam masjid kampung. Kami semua menadah tangan lantas berdua supaya arwah mak Hana diampunkan dosanya. Setelah selesai, aku menjeling Hana yang sedang termenung. `Nanti, aku juga akan mengalami apa yang dialami oleh mak. Cuma aku tak tau bila. Aku cuma perlu bersedia dari sekarang'. Gumam Hana dalam hati. `Hana'. Panggilku sambil menyentuh bahunnya. Hana memandang ke arahku. `Jom.. Kita balik'.Ajakku. Hana hanya menurut. Perlahan-lahan dia melangkah menjauhi tanah perkuburan. `Qilla.. Khai.. Hafi'. Panggil Hana perlahan. Aku yang berada di sebelahnya berhenti begitu juga dengan Hafi dan Khairul yang berada di hadapan kami. `Kita ke rumah aku jap '. Pintanya. Kami mengangguk. Kami meneruskan perjalanan sehingga kami masuk ke dalam kereta Hafi dan Khairul. `Kesian kat Hana.. Dia dah takde sesiapa sekarang. Cuma kita je' ujar Hafi ketika kami dalam perjalanan ke rumah Hana. Aku memandangnya. `Memang kesian Hafi.. Aku pun terkejut.. Kami sendiri tak tahu arwah mak Hana sakit apa'.balasku.`Kita kena banyak bersama dengan Hana lepas ni.. Jangan biarkan dia bersedih.. Terutama kau Qilla.. Aku tau yang Hana amat perlukan kau.. Kau je yang paling rapat dengan dia'. Balas Hafi. `Aku tau Hafi.. Aku takkan pisah dengan dia.. Aku pun ada dia je.. Nasib kami sekarang sama Hafi.. Keluarga langsung takde'. Balasku. Hafi memandangku. `Dahlah.. Kau jangan nangis pulak.. Aku dahlah tak pandai pujuk orang sangat'. Balasnya tersengih sambil menggarukan kepala. Aku tergelak kecil. Kami sampai di rumah Hana. Kami keluar serentak lalu menghampiri mereka berdua yang berada di belakang. Kami berjalan seiring. Langkah Hana laju manakala kami memperlahankan sedikit langkah kami. `Macam mana Hana dalam kereta tadi? Bisikku perlahan. `Dia banyak mengelamun, lepas tu kepala dia tunduk je.. Aku pun tak tau nak cakap apa ngan dia'. Balas Khairul turut berbisik. Hafi hanya mendengar. Tanpa sebarang balasan, aku terus mendapatkan Hana yang berhenti di hadapan pintu. Apasal pulak ni? Soalku dalam hati. Aku mula tidak sedap hati. Aku terus mendapatkan Hana. `Hana'. Kenapa ni? 'soalku. Dia memandangku sambil menyerahkan sepucuk surat yang berada di tangannya. Aku mengambil lalu membacanya.`Dendam tetap dendam! Kau akan jadi mangsa aku seterusnya! Bersiap sedialah!' Aku memandang Hana yang matanya sudah berkaca. Dia pantas memelukku. Aku membalasnya. Surat itu terlepas dari tanganku. Aku lihat Hafi mengambil surat itu lalu membacanya bersama Khairul. Selepas itu mereka turut memandang kami. Aku hanya mengelenggkan kepala. Sungguh! Aku tak percaya hidup Hana macam ni! Sapa yang berdendam dengan keluarga Hana? Apa salah mereka sekeluarga! Hana menangis semahu-mahunya di bahuku. Aku hanya membiarkan saja. `Aku.. Aku.. Aku takut.. Aku takut Qilla.. Aku takut'. Ujar Hana sambil teresak - esak. Aku mengeratkan lagi pelukan. `Hana.. Kau jangan risau ye.. Aku akan selalu ada dengan kau.. Ni.. Hafi dengan Khairul pun ada.. Kami akan lindungi kau.. Kau jangan risau Hana.. Jangan risau '. Balasku. Aku menjeling Hafi dan Khairul yang diam seribu bahasa. Tapi aku tau apa yang difikirkan oleh Khairul. Aku menggosok belakang Hana. `Please.. Please.. Selalu ada dengan aku.. Aku tak kuat.. Aku tak kuat'.ujar Hana lagi. Aku hanya mengangguk. Hana melepaskan pelukan perlahan-lahan. Tertiba Hana merasakan tubuh badannya lemah. Pandangannya semakin gelap. Dia rebah. Aku yang melihat pantas menahannya dengan tanganku sebelum kepalanya jatuh ke tanah. Aku duduk memangkunya. `Hana.. Hana.. Bangunn '. Kejutku. Aku menepuk perlahan pipinya. `Hana.. Bangun.. Kau jangan buat aku risau'. Sambungku lagi. Air mataku yang tadi sudah surut, kini mula merembes lagi. Aku memeluk Hana. Khairul dan Hafi duduk bercempung di hadapanku. `Qilla.. Jom.. Bawak dia gi hospital '. Ujar Khairul. Dia mengambil Hana dalam pelukanku lalu mengendongnya menuju ke kereta. Kami berdiri. `Khairul.. Kau bawak Hana gi hospital yang dekat ngan sini. Kau Pergi dulu. Aku nak ambik barang Hana yang tergendala tadi. Nanti aku dengan Hafi sampai'. Ujarku. Khairul mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta dan memecut laju. Aku yang melihat kereta Khairul sudah tiada, aku pantas masuk ke dalam rumah Hana. Nasib dia sempat berikan kunci rumahnya kepadaku. Hafi yang melihat hanya menurut. Aku pantas ke bilik Hana lalu membuka almari dan mencapai semua baju milik Hana lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg. Hafi yang melihat pantas bersuara. `Kau pernah datang ke sini ke? 'soal Hafi. `Dah banyak kali. Kalau ada cuti sem, aku datanglah rumah ni'. Balasku. Aku menjeling Hafi sekilas. Hafi hanya mengangguk. Patut macam laju je! `Dah, jom '. Ajakku. Kami keluar dari rumah dan aku menguncinya. Aku memasukkan beg ke dalam bonet. Kereta meluncur laju. Kami hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Setelah sampai di hospital dan memarking kereta, kami serentak keluar lalu menuju ke hospital. Aku mendail nombor Khairul. `Hello. Kau ada kat mana? 'soalku. `Tingkat 2'. balas Khairul. Aku pantas mematikan talian sebelum aku mengajak Hafi ke tingkat dua menaiki tangga. Setelah sampai di tingkat 2,kami mencari kelibat Khairul. Kami melihat dia sedang duduk di hadapan bilik. Kami pantas hampiri. `Khairul, Hana macam mana?' soal Hafi terlebih dahulu. `Doktor masih check dia lagi'. Balasnya. Aku dan Hafi berpandangan sebelum Hafi duduk sebelah Khairul manakala aku berdiri. Tidak sampai berapa minit, pintu bilik terbuka dan terjengul seorang wanita. Wanita itu menuju ke arah kami. Aku turut menuju ke arahnya. `Macam mana doktor? 'soalku tidak sabar. Doktor itu tersenyum sebelum menjawab. `Adik jangan risau.. Kawan adik tak apa-apa. Dia hanya keletihan. Saya lihat mukanya pucat. So, lepas ni, adik dan kawan-kawan adik kena menyuruhnya banyak berehat'.balasnya. Aku yang mendengar tersenyum. `Thanks doktor. Ucap Hafi pula. Doktor mengangguk sebelum berlalu pergi. Tidak lama kemudian, kami melihat Hana keluar dari bilik dalam keadaan yang lemah. Aku pantas hampiri. Aku memaut bahunya yang kelihatan lemah. Kami sempat berbalas senyuman sebelum memandang Hafi dan Khairul yang berada di depan kami. `Hana.. Awak still nak ke kolej ke esok? 'soal Khairul. Aku yang mendengar perkataan`awak' hanya tersengih sambil memandang Hafi yang turut tersengih. `Haah. Saya kena gi kolej gak.. Tak berani saya nak tinggal sorang sorang kat asrama. Lagipun saya tak nak susahkan Qilla lagi. Asyik cuti je'. Balas Hana. Kami yang mendengar melebarkan senyuman. Khairul yang perasan pantas bersuara. `Yang korang sengih macam kerang busuk ni kenapa? 'soal Khairul. Kami serentak ketawa. Khairul dan Hana berpandangan sesama sendiri. `Aku tanya korang gelak pulak!' `Korang ni asal? 'soal Hana pula. Dia mencubit lenganku. Aku menjerit perlahan. `Ketam betul kau ni!' ujarku. `Baik cakap. Asal korang tersengih-sengih?'soal Hana. Aku memandang Hafi sambil tersenyum. `Macamlah korang tak dapat agak'. Ujar Hafi. `Ingat kami tak tahu ke? 'sambungku. `Tahu apa?' soal Hana dan Khairul serentak. `Kau cakaplah Hafi. Tertiba bendul mereka datang pulak'. Ujarku sebelum ketawa. Hana memandang geram ke arahku. Aku hanya buat muka selamba. Hafi tersengih sebelum bersuara. `So.. Wahai kawan-kawanku.. Bila korang nak langsungkann.. Percakapan Hafi terhenti. Dia memandangku. Aku yang faham pantas menyambungnya. `Perkahwinan? '`Haa?' Mereka terkejut. Kami berdua kembali tergelak. Hana dan Khairul berpandangan sesama sendiri. Pelik! Macam mana mereka boleh tau? Khairul hanya mengelenggkan kepala apabila Hana mengangkat kening. Mereka memandang kami yang masih tergelak.`Wahh.. Wah.. Serasi nampak.. Ada benda yang kami tak tau ke? 'soal Khairul. Padan muka korang! Kenakan kami lagi! Kami terdiam. Mereka pulak yang tergelak. Aku menjeling Hana. `Dah.. Dah.. Korang tu.. Kami tanya betul-betul ni.. Bila nak langsungnya?' soal Hafi lagi. Dia tidak selesa apabila Khairul berkata begitu. `Mengarutlah korang ni.. Dah jom.. Qilla! 'jeritnya kuat. Aku yang berada di sebelahnya menutup telinga kananku! Bingit! Aku menjeling tajam ke arah Hana yang sedang tersengih. `Kau apahal doh! Terjerit - jerit! Mengalahkan aku nak pergi tinggalkan kau!' marahku. Senyuman Hana terhenti. Dia menggaru kepalanya. `Sorry.. Dah kau tak yah merepek.. Kau teman aku gi ambik ubat.. Awak dan Hafi tunggu dalam kereta'. Ujar Hana sambil memandang khairul dan Hafi. Mereka mengangguk serentak sebelum meninggalkan kami berdua. Kami berjalan menuju ke farmasi untuk mengambil ubat. Kami terpaksa menunggu giliran. Setelah mengambil ubat kami menuju ke tangga untuk menuju ke kereta. Tanpa diduga, seseorang terlanggar aku. Hampir terduduk aku dibuatnya. Nasib Hana sempat menahan lenganku. `Allahh.. Sorry-sorry.. Saya tak sengaja'.ujar orang itu. Aku memandang orang yang langgar aku tadi. `Arif Danial? 'soalku terperanjat. Dia lagi! Asal dia je yang mesti berlanggar dengan aku! Mana lagi sorang? `Oooo.. Sorry-sorry.. Saya abang Danial. Saya Arif Haikal'. Ujarnya sambil memperkenalkan diri. Aku yang mendengar terkaku seketika. `Sorry.. Salah orang'. Balasku. Aku memandang Hana yang sedang tersengih. Apahal minah ni? Aku memandang semula lelaki yang berada di hadapanku. `Okaylah.. Kami tak boleh lelama kat sini. Kat luar dah ada orang menunggu.. Byee'. Ujarku sambil menarik lengan Hana supaya beredar dari situ. Hana sempat melemparkan senyuman kepada lelaki itu. Arif Haikal hanya memandang mereka sehingga mereka hilang dari pandangan mata. Sapa perempuan tu? Apa nama dia? Arhhh kau bodohlah Haikal! Asal kau tak terus tanya je tadi! Kan senang! Tapi.. Kenapa.. Aku rasa lain bila dengan dia tadi? Takkanlah.. Gumamnya sendiri. Dia hanya mengelenggkan kepala sebelum meneruskan perjalanan.
Share this novel