"Kau?" dahi Naura berkerut. Liur ditelan. Degupan jantungnya seakan disentap.
Mata Darris yang basah telah menjawab segalanya. Tubuhnya lemah seakan diragut sebuah kekuatan dalam sekelip mata.
"K... kau dah lama ke dekat sini?" soal Naura gugup. Rasa serba salah menguasai dirinya.
"Kenapa dia sanggup buat aku macam ni?" soal Darris lirih. Wajahnya sugul dan penuh kesakitan.
"K... kau dah dengar semuanya ke?"
"Dia memang betul-betul tak pernah ikhlas terima aku semula. Dia memang betul-betul bencikan aku, Naura."
Mata Naura ridak berganjak daripada mengamati wajah Darris yang terlukis dengan riak kecewa.
"Besar ke dosa aku mencintai dia sedalam ini?"
"Aku tak tau. Darris... err..."
"Aku ingatkan aku yang lukakan hati dia. Aku bunuh hidup dia sehancur-hancurnya dulu. Aku hilang diri dia, Naura. Aku hilang isteri aku yang dulu. Aku tak sangka semua ni rancangan dia. Cinta ni semuanya palsu?"
"Kau selesaikan dengan dia sendiri. Aku tak nak masuk campur." Naura angkat kaki dan berlalu. Tidak sampai hati untuk terus menatap wajah lelaki yang dianiaya sebgitu rupa.
Nafas ditarik dalam-dalam bersama semangat yang masih bersisi. Skru lututnya diketatkan agar dia tidak jatuh rebah setelah berkali-kali dihambat duka oleh orang yang sama.
Setapak kaki dibuka ke hadapan. Kelibat Nuhayra ditenung saat pintu bilik ditolak. Matanya nampak Nuhayra sedang kelam-kabut mengesat matanya dengan hujung baju.
"Kau buat apa datang sini? Kau ingat aku akan maafkan kau?" Nuhayra masih teruskan pembohongannya.
Dia memeluk tubuh dan mengalihkan pandangan ke tingkap. Wajah Darris langsung tidak mahu dipandang. Hatinya tidak tegar.
"Tak cukup lagi ke dengan lakonan yang kau dah buat, Ayra? Bawa bertaubatlah, ajal datang bila-bila masa. Aku dah dengar semuanya." Darris diam sejenak mencuri nafas yang hilang. Dadanya sesak.
Nuhayra yang sedang berdiri membelakangi Darris hanya mengawal rentak nafasnya. Meskipun dia terkejut, namun gerak bahasa tubuhnya cuba dikurangkan.
"Dari patah pertama sampai terakhir, tersemat utuh pada otak aku. Penipuan apa lagi yang kau cuba simbah lepas hati aku kau patahkan banyak kali? Semua kesalahan kau campak kat bahu aku sedangkan kau tau hati aku ikhlas dengan kau." patah demi patah perkataan dimuntahkan dengan rasa kecewa.
"Baguslah kalau kau dah tau." tangisannya cuba ditahan.
"Kau berdendam dengan takdir Allah sedangkan itu semua ujian untuk kau. Aku tau aku dah banyak buat kesilapan terbesar dalam hidup aku dan kenapa kau tinggalkan aku bertahun yang lalu." akhirnya segalanya terungkai.
"Disebabkan aku pernah khianat kau, Ayra. Kau berdendam dengan aku. Anak kita? Dari hari pertemuan kita, kau dah banyak perubahan. Perut yang pernah ada penghuni dan sekarang, mana dia? Mana anak kita, Ayra?"
Nuhayra berpaling ke arah Darris seketika sebelum dia membelakangi Darris semula. Tahulah dia, Darris kemal dirinya yang sebenar. Cuma sejak bila dia tidak pasti.
Gelodak ingin tahu yang ditahan selama ini berjaya dipasak ke telinga orang yang sepatutnya. Tangannya dikepal dan giginya berlaga sesama sendiri.
"Baguslah kalau kau dah sedar. Memang itu yang aku nak dari dulu lagi. Aku nak kau hidup terseksa macam mana kau pernah seksa hidup aku dulu, Darris Anaqeef."
"Dendam. Sebabkan dendam, kau khianat aku. Aku dah cuba untuk cintakan kau, Ayra. Dari awal pertama kau datang rumah aku masa kau suruh aku bertanggungjawab atas kandungan tu, aku cuba untuk buka hati ni untuk kau. Tapi sebabkan ego, aku bunuh hidup kau. Aku sedar akulah puncanya kau berubah. Akulah puncanya dan akhirnya inilah balasan yang aku dapat. Dan sebabkan nafsu, aku gunakan kau. Aku sedar aku silap. Tapi hari ni dan malam ini, aku nak tau satu jawapan dari mulut kau. Kau bagitau aku, memang dalam hati kau langsung tak ada cinta untuk aku? langsung tak ada peluang kedua untuk aku ke, Nuhayra Amanda?" bergenang air mata Darris saat merenung anak mata yang selalu dicari setiap kali bangun tidur.
Nuhayra menahan rasa. "Tak."
"Kenapa kau buat aku macam ni?"
"Sebab aku nak kau pwrgi berambus dalam hidup aku! Aku nak kau terseksa hidup sebab kau memiliki aku. Tujuan aku datang dalam hidup kau sebab aku nak balas dendam pada lelaki yang dah pernah hancurkan kebahagiaan aku dulu! Dan kau adalah salah satu lelaki yang dah pernah rosakkan hidup aku. Kau ingat selama ni aku ikhlas ke dengan kau, Darris? Tak. Aku tak kisah apa orang nak mengata pasal aku jahat ke atau apapun. Yang penting dendam aku pada lelaki yang dah pernah khianat hidup aku dah terbalas!" Nuhayra tersenyum sinis sedangkan hatinya menangis.
Sebenarnya dia masih keliru dengan perasaanya. Kadang-kala ada rasa untuk membuka pintu hatinya semula untuk mencintai lelaki itu. Tapi kerana kisah silamnya membuatkan dia rasa bahawa Darris perlu dihukum atas kesalahannya dahulu.
Darris Anaqeef sudah tidak mampu berkata apa-apa. Cukuplah beban yang dia tangung mengalah hanya kerana gadis yang telah mencuri hatinya akhirnya dibalas pengkhianatan kembali.
Tanpa menunggu, Darris meninggalkan Nuhayra sendirian. Segala kenangan bersama gadis yang didambakan sejak bertahun lalu datang menerjah memori sedikit demi sedikit.
Wanita yang ditinggalkan hari ini bukanlah insan yang sama ditemui buat kali pertama. Jika dulu dia pernah membuatkan gadis itu hidup terseksa merana kerananya, sekarang dia menggeruni.
Dada dilangit semakin malap. Cahaya bintang semakin kelam. Terang rembulan semakin menghindar. Yang ada hanya cuma guruh yang berdentum kuat di dalam hati.
segalanya akan terlerai
Share this novel