Hari ni kelas aku bermula pukul 8:00! Tapi Hana ingin sampai awal, terpaksalah aku menurut. `Kita ke kafe jap.. Aku nak beli air minerallah'. Ujarku. Hana mengangguk. Kami berjalan ke kafe. Ketika aku selesai membeli air, kedengaran orang berdehem. Aku dan Hana berpaling. Adam dan nizam! Hana memandangku. Aku menarik lengan Hana berdiri di belakangku. Dapat aku rasakan badannya menggigil. `Korang nak apa? 'soalku kasar. Mereka tersenyum sinis. `Jawablah!! Pekak ke?!' sambungku lagi. Adam mendekatiku. Dia memandangku tajam. Aku terpempan seketika. `Kau tak perlu tau aku nak apa.. Kau dan Hana mesti dah dapat tau kan? 'soalnya sinis. Nizam turut tersenyum sinis mendengarnya. `Kau nak Hana?'. Lelaki itu mengangguk. Aku tersenyum sinis. Aku mendekati Adam tetapi aku masih memegang lengan Hana. Aku memandang tajam lelaki depan aku ini. Asal dengan aku ni? Hishh! Tak.. Tak! Gumamku dalam hati. `Kalau kau nak Hana ni.. Boleh.. Aku terhenti. Hana terpempan. Adam dan Nizam turut terpempan mendengarnya sebelum mereka tersenyum. `Tapi langkah mayat aku dulu'. Sambungku. Mati senyuman mereka. Hana lega. Kini aku pula tersenyum sinis memandang mereka. Tanpa sebarang bicara, aku menarik lengan Hana untuk keluar daripada situ. Tertiba Adam memanggil. Kami memandang. `Kau nak kami langkah mayat kau? Okay! Masa kau mati nanti.. Bukan sahaja langkah.. Aku pijak-pijak badan.. Muka kau tu!! 'ujar Adam. Aku ingin membalas tetapi Hana menarik lenganku untuk keluar dari situ. Aku terpaksa ikut. Nizam memegang bahu Adam. Adam memandang. `Kau suka dia ke?' soal Nizam. Adam hanya tersenyum sinis mendengarnya. `Jom.. Kita blah'. Ajak Adam. Nizam hanya menurut. Sampai sahaja kami di kelas, aku terus duduk. Aku menutup mukaku seketika sebelum meraup muka beberapa kali. Hana yang sudah duduk, hanya melihat. `Kau takut ke? 'soal Hana. Aku memandangnya. `Takut? Asal pulak aku nak takut?' soalku pula. `Yelah.. Dengan apa yang Adam cakap tadi'. Balasnya. `No comment'. Jawabku ringkas. `Kau tak rasa apa-apa ke? 'soalnya lagi. Aku mengangkat kening tidak faham. `Yelah.. Kau tak rasa apa-apa dengan Adam tadi? Rapat betul kau dengan dia berdiri tadi'. Sambungnya. Aku tersentak seketika. Hana! Dia memang pandai! Pandai faham apa yang Ada di fikiranku! Tapi aku tak boleh gelabah! `Nak rasa apa? Rasa benci dengan meluat jelah'. Jawabku. `Yeke? Takde perasaan suka? 'soalnya. Aku yang ketika itu sedang minum, tersedak. Hana pantas mengurut belakangku. Aku memandangnya. `Apa kau merepek ni? Suka? Memang tak arh aku nak suka dia!' jawabku. `Yelah.. Yelah.. Aku saja nak tahu.. Manalah tau kan'. Balas Hana sambil tersengih. Aku hanya membiarkan saja. Suka? Aku suka Adam? Tak mungkin! Tapi.. Masa dia pandang aku tadi.. Aku rasa lain.. Rasa yang aku tak pernah rasa sebelum ni! Arh! Dahlah! Malas aku nak fikir! Tiba-tiba Hana menyiku aku. Aku mengangkat kening. `Pensyarah dah sampai.. Kau boleh pulak termenung'. Ujarnya. Aku yang mendengar pantas melihat hadapan. Ehh! Bila masuk? Aku tak perasan. Aku tersengih memandang Hana sebelum memandang hadapan semula. Hana hanya menggeleng kepala. Qilla? Kau dah suka kat Adam ke? Aku harap tak! Sebab Adam tu jahat! Terlebih jahat! Lagipun.. Hafi! Dia sukakan kau Qilla! Aku tahu! Walaupun dia tak pernah mengaku! Gumam Hana dalam hati. Dia menjeling Qilla sekilas sebelum turut memandang ke hadapan. Adam dan Nizam lepak di kedai makan. `Kau rasakan.. Erm.. Si Qilla tu okay tak? 'soal Adam tertiba. Nizam yang ketika itu ingin meyuapkan nasi, tidak jadi. Dia memandang Adam. `Kau dah jatuh cinta ke?' soal Nizam. `Aku tanya kau.. Kau tanya aku balik! Weii!! Qilla tu okay tak? 'soalnya lagi. Sah! Adam dah jatuh cinta! Tapi.. Dengan Qilla? Hebat si Qilla ni! Sampaikan Adam boleh jatuh cinta pada dia! Gumam Nizam dalam hati. `Aku rasa dia okay je.. Takde masalah'. Balas Nizam. Dia kembali menyuapkan nasi ke mulutnya. Adam tersenyum mendengarnya. `Kau dah jatuh cinta kat dia ke? 'soal Nizam lagi. `Mybe'. Jawab Adam pendek. `Wah!! Syabas! Akhirnya! Adam yang hatinya keras.. Dah jatuh cinta! 'ujar Nizam tinggi. Nasib tidak ramai orang di situ. Adam menjeling sahabatnya tajam. Nizam tersengih. `Dah! Tak payah nak perli-perli aku! Makan cepat'. Arah Adam. Nizam hanya mencebikkan muka. Adam buat muka selamba. Dia yakin! Yakin yang dia dah jatuh cinta! Dengan Qilla! Saat dia berdiri depan Hana tadi, hatinya berdegup kencang! Ryana Aqilla! Aku akan dapatkan kau! Sebab kau.. Aku akan berubah! Aku akan pastikan kau jadi milik aku seorang! Kalau aku tak dapat.. Aku akan pastikan orang lain tidak akan dapat kau jugak! Kau milik aku seorang! Gumam Adam dalam hati. Dia menghirup air yang berada di hadapannya. Dia memandang Nizam sekilas yang asyik dengan makanan sebelum dia bermain handset.
Share this novel