BAB 9

Mystery & Detective Completed 973

Terduduk Wati ketika itu. Jantungnya bagai nak pecah.
Terkejut. Sempat dia perhatikan, mata Izzah membalas hendapan di sebalik
celahan itu. Anak mata yang hitam legam, separuh wajahnya tidak
kelihatan, ditutupi rambutnya yang basah. Kulit muka Izzah pucat.
Seperti mayat. Seram! Terkejut Wati. Bersenoyong Wati berlari ke
biliknya ketakutan. Terus mengunci pintu biliknya dan menyorok di
sebalik selimut. Tanggannya masih menggigil.

Bzztttttt! Bzztttttt!

Telefon bimbitnya bergegar.

-Jangan kacau. Sibuk.-

Bzztttttt! Bzztttttt!

Telefon bimbitnya bergegar buat kali kedua.

-Terima kasih untuk bayaran-

Isnin, 10 pagi.

Peristiwa yang berlaku tatkala Wati menghendap bilik Izzah
masih kuat menghantui fikirannya. Walaupun sudah hampir 4 hari berlalu.
Saban hari, dia semakin fobia untuk melintasi bilik Izzah. Izzah masih
sama dengan rutin hariannya. Biliknya hanya cerah menjelang malam, dan
menghilangkan diri di siang hari. Masih belum bersua muka. Kadang-kadang
fikirannya menyeleweng dari norma fikiran manusia biasa. Mungkin Izzah
bukan manusia, mungkin Izzah makhluk Allah yang lain.

“Ahhh! Merepek lah aku ni! Mesti lah dia marah. Kalau aku pun
marah ada orang hendap bilik aku. Baru lepas mandi pulak tu. Macam orang
gila seks!” Telahan di hatinya, cuba untuk menyedapkan perasaan.

“Woi berangan apa tu!!” Sapa Amy sambil menepuk kuat bahu Wati.
Terkejut beruk dibuatnya. Nyaris Wati menghadiahkan maki hamun kepada
pengkid itu.

“Hish kau ni! Terkejut aku.”

“Hahahahaha..weh Amy kau ni apa hal?”

“Apa hal??”

“Jangan lah marah.”

Wati mengendahkan Amy dan meneruskan kerjanya.

“Aku tengok kau macam pelik je Wati. Selalu kau kan ceria. Dah
berapa hari dah kau senyap je. Senyum pun dah kurang.”

“Aku OK lah. Tak der paper.”

“Kau nak kencing aku silap orang la derr.”

Diam.

Wati menghentikan kerjanya dan mengajak Amy ke pantri
menggunakan isyarat tangan. Setibanya di pantri, Wati mula menyusun
ayatnya, bersedia untuk menceritakan sesuatu kepada rakan “lelaki” nya itu.

“Aku rasa kan, housemate aku tu hantu la.”

“Hahahahahahahahahahaha!” Amy terus ketawa berdekah-dekah. Dia
terhenti setelah dicubit Wati. Sambil melihat sekeliling, khuatir
ketawanya tadi didengari orang lain, Amy terus menutup mulutnya menahan
ketawa.

“Ni aku malas cerita kat orang ni.”

“Ok..ok..ok..ok…sorry-sorry,” ujar Amy sambil menahan ketawa.

“Aku serius ni. Kau ketawa pula.”

“Ok. Cuba cerita. Mana tahu aku boleh tolong…..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience