BAB 4

Mystery & Detective Completed 12501

BESAR langkah kakinya cuba mendekat dengan Wahidah. Gadis itu kalau berjalan mengalahkan langkah seorang lelaki. Laju sahaja dia hendak pergi tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Riuh suasan di dewan Za'ba ini. Sok-sek, sok-sek mulut pelajar di semua tingkatan sedang memperkatakan sesuatu namun jalan ceritanya masih samar dan belum di ketahui sepenuhnya oleh ketua pelajar itu.

"Apa hal ni?" Wahidah bertanya secara rambang kepada sekumpulan pelajar yang mula berpusu-pusu bersama dengannya.

"Entah. Katanya ada cerita baik punya.." Suraj menjawab bagi pihak kawan-kawannya yang lain.

Wajah pelajar berbangsa India itu ceria dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Jarinya yang membuat tanda bagus itu masih kaku di udara separas wajah antara mereka berdua.

Wahidah mengerutkan wajah. Apa cerita yang baik punya tu? Tertanya-tanya hatinya perkara apakah yang menarik perhatian semua pelajar untuk menontonnya.

"Tak boleh jadi ni." Katanya.

Kain sedikit di angkat ke atas menampakkan seluar sukan yang berjenama sekolah di pakai dari dalam. Laju sahaja dia meredah di sebalik keriuhan semua pelajar yang bising.

"Mr.Loba-loba tu.." Suara langau yang berkata menyapa pendengaran.

Terbeliak biji mata Wahidah mendengar nama ketua kumpulan itu di sebut-sebut oleh separuh daripada pelajar perempuan di sekolah ini.

"Sejarah babe.. cup cake nak berlawan dengan Mr.Loba-loba. Bergegarlah lantai dewan Za'ba ni.." Terkinja-kinja pelajar perempuan itu tatkala bercerita dengan temannya yang lain.

Menyampah pula mata Wahida memandangnya. Perempuan, buat cara perempuan. Tak payah nak jadi betina macam monyet. Terlompat-lompat nampak jantan. Ish! Buat malu kaum perempuan je..

Wahidah terus menyelit-nyelit di sebalik segerompolan pelajar perempuan yang menjerit-jerit. Bingitlah! Oleh kerana ketinggiannya yang tak berapa tinggi sangat, sedikit sukar untuk dia melihat apakah yang sedang terjadi sekarang di tengah-tengah dewan Za;ba tu.

"Kau fikir kau kau siapa! Fikir kau siapa! Fikir kau siapa! Boleh belah!" Lantang suara pelajar perempuan itu menyuarakan lirik lagu Nana Sheme.

Rayyana Maisarah, pelajar tingkatan empat di sekolah ini. Zahirnya gadis berbadan sedikit besar ini nampak macam pendiam, tetapi kalau dah buka mulut sedikit sukar untuk di tutup. Macam tubuhnya yang besar, kalau nak cari baju susahkan nak cari saiz..?

Ternganga mulut Wahidah mendengar suara yang lantang menyanyi bait-bait lirik itu. Apa dah! Sungguhpun dia masih lagi belum dapat melihat secara keseluruhan apa yang jadi sekarang, dia yakin perang dunia ke lima bakal terjadi.

"Amboi! Amboi! Amboi! Amboi! Amboi! Amboi! Amboi! Amboi!" Balas suara dari pelajar lelaki itu pula.

"Alamak! Shahril dengan Rayy?!" Wahidah tersentak sekejap. Pucat mukanya tiada darah.

Shahril Fayyad, jejaka macho idaman pelajar sekolah ini sudah tentunya. Juga pelajar lelaki yang menjadi kegilaan di sekolah jiran; Sekolah Menengah Dato', Sekolah Menengah Bandar Seri Alam, juga Sekolah Convent.

Tapi.. lelaki ni nampak je sempurna plus kategori jantan macho abad ini. Kalau tahu kekurangan dia ni.. pasti korang pun menangis sampai terguling-guling nak pecah perut. Eh, bukan.. bukan.. ketawa sampai terguling-guling nak pecah perut. Hah.. baru betul.

"Hey kau!" Jari telunjuk Rayyana menunding ke arah Shahril. Buntang biji mata Shahril membalas serang balas suara dengan pelajar perempuan itu.

"Selalu memandangku selalu mengejar ku, apa sebenarnya yang kau mahu. Hey kau! Cuba jujur pada ku, cuba kata pada ku di dalam hati mu ada diriku.." Sambung Rayyana lagi.

Makin membuntang biji mata Shahril merenung gadis gendut di depannya. Sorakan dari teman-teman yang lain langsung dia buat tak endah. Fokusnya hanya satu, meraih kemenangan sebelum lonceng rehat berbunyi menamatkan perjuangannya kali ini.

"Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku, sakitnya tuh di sini di dalam hatiku.." Beberapa kali telapak tangan kanan Shahril menepuk dadanya. Memberitahu kepada Rayyana Maisarah bawahasanya dia sakit hati dengan gadis itu.

"Wooo.." Segelintir pelajar dari tingkat dua bangunan sekolah bersuara. Senyuman mekar di bibir Rayyana.

Kening sebelah kiri terangkat. Wajahnya serius sambil di hati cuba memaikan melodi lagu ini. Baru mulutnya hendak di buka, guruh di dada langit bergema. Memberi isyarat bahawasanya hari akan hujan.

Beberapa orang pelajar memandang langit di bawah dewan Za'ba ini. Ada di antara mereka sudah meninggalkan dewan Za'ba dan berteduh di dewan terbuka sementah menunggu kedatangan perang mulut antara ketua kumpulan Mr.Loba-loba dan Miss Rayy!

"Huh!" Suara Rayyana mengejek. Kali ini dia yakin, kekalahan semalam akan terbalas hari ini.

Lama dia mendiamkan diri sambil mata terpejam rapat. Kedua belah tangannya di genggam kuat. Perhatian Shahril mula mendapat tempat bagi memesongkan fokus lelaki itu kepadanya.

"Mendung tak bererti hujan.. yakinlah itu suatu cobaan.." Penuh penghayatan dalam mengalunkan lirik lagu itu. Lagu yang teramat popular pada masa kini. Rayyana hendak meneruskan, tetapi pantas di cantas oleh Shahril.

"Aku ingin... mencari ketenangan diri. Agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi." Sambung Shahril.

"Aku ingin.. kau tahu isi hati ku.. Cintaku padamu.. kasihku padamu tidak ternoda.." Tangan Rayyana menghala pada diri Shahril. Termangu lelaki itu memandang Rayyana. Terpaku dan terpukau. Wah.. adakah mungkin sudah tergoda? Tetapi tiba-tiba pulak ada suara lain yang menyampuk.

"Usik mengusik.. semakin lama menjadi rindu.. hati merindu.. asyik merindu.. tersentuh rasa, tidak terduga timbul lah sayang andai tak jumpa menjadi gundah.."

Semua mata terarah pada satu kawasan berdekatan sekumpulan pelajar berkumpul bagi melihat aksi Rayyana dan Shahril.

"Gurau-gurauan masih terasa dalam bayangan.. setiap detik ingin bersama memadu kasih.. apakah hati dah gila bayang merindu kasih pada mu sayang." Sambung suara itu lagi.

"Huh, ada yang panggil katak pulak." Asmira mencebik sambil bersilang tangan dan kaki di bangku cendawan berdekatan dengan dewan Za'ba.

"Woooo!!" Sorakan dari pelajar-pelajar lain membingit bagi menaikkan semangat mereka.

"Bunyi gitar.." Suasana yang hingar bingar menjadi sunyi bila terdengarkan pula suara itu ke udara melalui corong pembesar suara sekolah.

Sungguhpun wajahnya tidak kelihatan namun suaranya mampu menggetarkan jiwa. Lintang pukang semua pelajar berlari ke kelas masing-masing. Tika jam sekolah di lihat, sudah sepuluh minit lambat selepas rehat.

Tidak pada Rayyana dan Shahril. Kedua mereka masih lagi berdiri tegak memandang satu sama lain. Di saksikan pula oleh ketua pelajar iaitu Wahidah dan juga pelajar paling hot di sekolah, Asmira.

Langsung tiada takut pada gambaran wajah mereka. Seakan waktu berhenti mereka berdua saling pandang memandang.

"Irama twist.. ikut tempo.. kalau menari.." Satu persatu anak tangga di turuni oleh Cikgu Tajul Fikri.

Cikgu Tajul Fikri, seorang guru yang terkenal di sekolah ini dengan sifat pemurahnya. Murah dengan senyuman.. murah dengan makanan.. murah dengan sifatnya yang tak lokek ilmu dan.. yang paling best dekat sekolah ni, adalah sifatnya yang murah dengan ayunan rotan!

Ha.. part yang terakhir tu memang ramai yang takutlah. Lagi-lagi kalau kerja yang dia berikan pelajar tak siapkan. Siaplah kau nanti.

Dengan lenggokkan punggungnya ke kiri ke kanan seakan menari sambil menuruni anak tangga ke dewan Za'ba, tangan kanannya menghayunkan sebatang rotan ke udara. Di tunjal-tunjal ke kiri, ke kanan.

"Mari adik mari cik abang, marilah kita berdendang.. irama gembira hati jadi riang." Cikgu Tajul Fikri terus menarik lengan Shahril di ajak menari sama.

Begitu juga dengan Wahidah, Asmira dan Rayyana. Turut sama menari dengan Cikgu Tajul Fikri masuk ke dalam bilik penyelia untuk sesi latihan tari menari dan kelas vokal.

"Apa masalah kamu semua ni! Dah tinggi menggalah pun masih nak main permainan budak-budak!" Lantang suara Cikgu Tajul Fikri berkata.

Tertunduk wajah mereka mengira semut berjalan di atas simen yang tak beralas. Seekor.. dua ekor.. tiga ekor.. em..

"Tap!" Rotan di libas di atas meja kayu untuk guru. Berdesing bunyinya. Terhenjut bahu mereka berempat kerana terperanjat. Ini bukan kali pertama itu berlaku, tetapi kalau dah tiba-tiba rotan di pulun, terkejutlah!

"Saya terpaksa kenakan denda unuk awak berempat." Amaran Cikgu Tajul Fikri kepada mereka.

"Saya akan denda awak semua..."

Tok! Tok! Tok!

Baru Cikgu Tajul Fikri hendak sambung cerita, pintu bilik penyelia di ketuk dari luar.

"Masuk!" Arah Cikgu Tajul Fikri.

"Ye?" Soal Cikgu Tajul Fikri lagi bila melihat seorang lagi pelajar perempuan dengan beg yang di sandang di belakang memandangnya dan mengendong sebuah fail di sisi.

"Saya cari Cikgu Tajul Fikri." Kata pelajar itu lagi.

"Awak siapa?" Tanya Ckgu Tajul Fikri pada pelajar perempuan itu.

"Saya.. Ainul Batrisyah." Jawab pelajar perempuan itu dengan nada ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience