Rate

BAB 1

Drama Series 604

2010

Hai, nama aku Wan. Aku merupakan seorang pelajar yang sangat pendiam. Aku susah sikit nak bergaul dengan orang yang aku tak kenal buat kali pertama. Aku juga rasa sangat kekok bila berhadapan dengan lelaki sebab di sekolah rendah aku semuanya perempuan. Bila masuk sekolah menengah yang bercampur jantina ni, aku rasa nervous lain macam mula-mula. Masa aku tingkatan satu, aku memang susah sikit nak bercakap dengan rakan lelaki sekelasku. Namun, alhamdulillah semua rakan lelaki sekelasku tu ramah sangat walaupun agak bermasalah sikit. Panjang pula aku punya intro ni. Sebenarnya, aku ada nak cerita sesuatu dengan korang tentang perasaanku kepada salah satu rakan sekelasku. Nama dia Shah. Dia boleh dikira sebagai budak pandai la dalam kelas kitorang tu. Dia ni suka sangat bergurau dan dia juga selalu suka kacau aku dengan geng-geng dia tu. Aku dah sekelas dengan dia selama tiga tahun berturut-turut. Jadi aku memang selesa sangat la berkawan dengan dia. Nak dijadikan cerita masa kami tingkatan tiga, gurauan dia kat aku agak lain sikit.

Pada suatu hari, kawan aku, Talia secara tak sengaja tanya satu soalan kepada Shah.
"Hei Shah, kalau aku jadi kekasih kau macam mana?"

"Kau? jadi kekasih aku? tak nak la aku. Aku lebih suka kalau Wan je jadi kekasih aku. Kan Wan kan?" balas Shah kepada Talia sambil memandang aku.

Aku sebenarnya agak terkejut dengar balasan Shah kepada Talia. Secara tiba-tiba, jantung aku berdegup kencang buat kali pertama. Balasan Shah itu selalu terngiang-ngiang dalam kepalaku. Aku cuba sekuat mungkin untuk tidak terlalu memikirkannya. Aku selalu tenangkan hati aku dengan memikirkan bahawa itu hanyalah satu gurauan. Namun, lebih banyak lagi tingkah laku Shah yang sangat mengelirukan aku setelah itu.

Pada hari sukan, aku, Talia, Alisya, Kira dan Dian memang selalu suka melepak bersama di kawasan sekolah. Talia dan Dian merupakan rakan sekelasku. Manakala Alisya dan Kira merupakan kawan baik ku sejak sekolah rendah lagi. Kami berlima memang tidak aktif bersukan. Kami cuma aktif menjadi penonton je ketika hari sukan. Jam telah menunjukkan pukul 11 pagi. Pada waktu itu, kami berlima berasa sangat panas dek kerana matahari yang terik di padang. Kami memutuskan untuk berehat di dalam kawasan sekolah.

"Weh korang, panas la duduk kat sini. Jom la kita pergi duduk sembang kat kerusi batu kat dalam" rungut Talia.

"Haa la... aku pun dah berpeluh sangat dah ni. Dah habis basah belakang badan aku ni" balas Kira.

"Ok jom. Jom la bangun weh" ajak Dian sambil bangun dari tempat duduknya.

"Angkat la aku sorang. Tak larat nak bangun ni" kata aku sambil menghulurkan tangan aku kepada Dian. Nak bermanja la katakan.

"Hish, mengada betul la budak ni. Bangun la sendiri. Welk" balas Dian sambil menjelirkan lidahnya kepada aku.

"Ala... cepatla angkat aku. Alisya.... angkat la aku. Alisya kan baik hati, cantik pula tu" kata aku kepada Alisya dengan nada yang mengada-ngada.

"Ish kau ni, mengada betul kan. Ha cepat bangun" jawab Alisya sambil mengheret aku bangun. Kami berlima pun berjalan masuk ke kawasan sekolah. Kami menuju ke kantin terlebih dahulu untuk membeli air sebelum duduk di kerusi batu.

"Ah... lega betul dapat minum air sejuk ni" kata aku.

"Tu la. Dari pagi tadi lagi kita duduk kat padang tu. Dah la panas. Memang lega sangat minum air sejuk ni" Talia turut setuju dengan aku.

"Dian... Wan... korang dah buat ke belum kerja sekolah matematik semalam? Aku dah buat dah, tapi ada satu soalan ni aku tak faham la" tanya Talia.

"Aku belum buat lagi" jawab Dian.

"Aku pun. Jap lagi kut aku buat" jawab aku.

"Kau bawa ke buku hari ni?" tanya Talia kepada ku.

"Haa, aku bawa. Aku dengan Alisya hajatnya nak balik lambat hari ni sebab nak siapkan kerja sekolah sekali" balas aku. Aku, Alisya dan Kira berada di kelas yang berlainan. Kami selalu akan balik lambat ke rumah untuk menyiapkan kerja sekolah. Aku ni sejenis orang yang malas teramat la sangat nak buat kerja kat rumah sebab aku akan selalu terleka tengok drama di tv.

"Ooo... kalau macam tu kau ajar la aku sekejap nanti. Sebab aku tak faham langsung nak buat macam mana nak buat soalan nombor tiga tu. Nanti aku call kakak aku suruh datang ambil aku lambat sikit hari ni" kata Talia.

"Aku kena tengok dulu soalan dia macam mana. Kalau aku tahu nak buat macam mana, aku baru boleh nak ajar kau"

"Halah, kau kan terer jawab soalan math ni" kata Talia lagi.

Sedang rancak kami berbual aku ternampak Shah. Dia dan Awal sedang berjalan menuju ke arah kami. Talia pun perasan kelibat Shah dan Awal. Kami berpura-pura tak nampak mereka berdua dan sambung berbual.

"Wan...." tegur Shah sambil berjalan melepasi tempat duduk kami dan berlalu pergi.

"Wuu... Wan..." Dian dan Talia serentak mengejek aku.

"Haish, lain macam tu. Dia tegur kau sorang je weh" kata Kira.

"Lain macam apa nya. Dia tegur je kut" jawab aku.

"Of course la lain.... dia sebut nama kau sorang je. Dia tak tegur pun Dian dengan Talia. Padahal diorang berdua pun sekelas sekali dengan Shah juga kan" balas Kira lagi.

"Ala.... Shah suka dekat Wan la tu" kata Talia sambil tersenyum lebar ke arahku.

"Ish kau ni, mengarut je tau. Dah la, malas aku nak layan korang ni" kataku sambil menahan malu. Talia, Dian, Alisya dan Kira masih lagi tersenyum mengejek kepadaku. Waktu itu, aku cuba sebaik mungkin untuk menenangkan hati aku. Sekali lagi, Shah berjaya buat jantung aku berdegup dengan kencang. Aku sebenarnya terfikir juga tentang apa yang Talia cakap tadi tu. Betul ke Shah suka kat aku? Argh.... aku keliru.

...

Tahun ini kami akan menduduki peperiksaan PMR. Jadi aku dan Alisya membuat keputusan untuk mengambil kelas tusyen pada waktu malam. Ini merupakan salah satu sebab aku selalu balik lambat ke rumah untuk menyiapkan latihan di sekolah.

"Wan, aku balik dulu ye. Bye" kata Alisya sambil melambaikan tangannya.

"Ok, bye Alisya" balasku. Aku memakai earphone dan mendengarkan lagu sambil menunggu ibuku datang menjemputku. Sedang asyik aku mendengar lagu, aku mendapat SMS.

"Hai, Wan. Buat apa tu. Busy ke?"

Hati aku sedikit berbunga apabila mendapat SMS daripada Shah. Aku dan Shah agak kerap juga berbalas SMS antara satu sama lain. Namun, pada malam itu, gurauan nya tidak seperti sebelumnya.

"hmmm, hi. Haa, busy. Kenapa?" balasku.

"eleh, tengah busy buat apa la sangat tu"

"of course la busy. Aku tengah busy dating dengan pakwe aku ni"

"uhuk. Sampai hati kau"

"huh, buat-buat sedih pula tu. Kau ada hati ke?"

"haa, aku ada hati kut"

aku berfikir sejenak. Apa maksud dia mengatakan dia ada hati. Dia ada hati kat aku ke? (suka aku?)

"ada hati yang macam mana tu...." balasku lagi sambil bergurau. Selang beberapa saat, Shah tidak membalas SMS ku. Agak lama juga untuk Shah membalas semula SMS ku.

"eh, tak ada apa la"
"Bye, aku nak ajar kawan aku jap" tambah Shah.

hmmm.... jawapan yang agak meragukan. Mana tak nya, tadi elok je dia bergurau, tiba-tiba.... dia tamatkan macam tu je perbualan tadi? Urgh... serious... Shah ni memang suka kan buat aku keliru macam ni.

...

2 tahun dah berlalu. Dah ada banyak perkara yang berlaku selepas kami habis menduduki PMR. Talia terpaksa berpindah sekolah ke luar negeri kerana ibunya bekerja di sana. Aku memang sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan kawan baik aku ni. Lagi menyedihkan, apabila hubungan aku dengan Dian menjadi renggang setelah dia tidak lagi satu kelas denganku. Kelas kami cuma bersebelahan je. Pada mulanya, kami selalu bertegur sapa. Tapi, lama kelamaan, aku merasakan sikap Dian sedikit sebanyak telah berubah. Mulai saat tu, aku hanya dapat meluangkan masa dengan Kira dan Alisya. Oh ya, satu lagi, selepas PMR aku tidak lagi berhubung dengan Shah melalui SMS sebab aku terpaksa menukar nombor telefonku yang baru. Walaupun aku tidak lagi sekelas dengan Shah, dia selalu tegur aku apabila kami terserempak. Seriously... aku bahagia sangat setiap kali dia tegur aku. Tak banyak sangat perkara yang menarik terjadi antara aku dengan dia masa ni.

Pada suatu hari, aku pergi ke perpustakaan sekolah seorang diri untuk mengulang kaji pelajaran. Aku lebih suka belajar sendiri untuk subjek menghafal supaya aku lebih fokus. Tinggal beberapa hari je lagi waktu itu sebelum kami menduduki peperiksaan SPM. Nak dijadikan cerita, beberapa minit setelah aku berada disitu, Shah turut datang ke perpustakaan. Yang menariknya lagi, dalam banyak-banyak kerusi kosong yang ada kat situ, dia memilih untuk duduk berhadapan denganku. Aku agak terkejut juga bila dia tiba-tiba duduk depan aku sebab.... kawan-kawan dia pun dah ada kat tempat lain. Kenapa dia tak pergi duduk je kat meja sana? Kenapa kat sini? Namun, pada masa yang sama, of course aku bahagia dalam hati.

Tak lama lepas tu, kawan-kawan dia yang lain tadi tu lama kelamaan datang duduk di meja yang sama dengan kitorang dan.... ada seorang perempuan ni pergi duduk kat sebelah dia. Buat pengetahuan korang, sebelum Shah datang duduk semeja dengan aku, dekat meja tu cuma ada aku sorang je yang duduk kat situ. Aku memang sengaja pilih meja kosong sebab lebih prefer duduk sorang tapi tiber jadi penuh kat meja tu. Mula-mula tu, dia ajar la perempuan tadi tu yang mana dia tak faham. Tapi kadang-kadang diorang berdua ni berbual pula dah. Masa tu, aku agak.... agak... errrr.... panas hati? (tak nak mengaku jealous sebenarnya) Aku dah rasa tak selesa sangat dah masa tu. Aku ulangkaji cepat-cepat dan kembali ke kelas semula. Mesti ada yang tertanya-tanya, selama aku duduk kat situ dia tak ada tegur aku ke? ada la juga dia kacau-kacau aku tapi aku tak layan sangat la sebab aku nak fokus kan masa tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience