Bab 3
Muhammad Iskandar atau di kenali sebagai Iskandar berjalan keluar dari bilik. Dia membiarkan saja dua orang rakannya asyik dengan pasangan yang melayani mereka. Sebelum keluar Iskandar sempat melirik ke arah Ayu Falisha.
Setelah Iskandar keluar. Ayu Falisha merasa agak kurang selesa melihat kelakuan Anisah dan Haryati dengan pasangan masing-masing. Ayu Falisha mengambil keputusan untuk keluar dari bilik ini. Lagi pula lelaki yang patut ia layani sudah tiada di bilik ini. Keluar saja dari bilik Ayu Falisha mula menapak untuk keluar dari dalam bangunan. Telinga Ayu Falisha merasa bingit kerana bunyi muzik yang agak kuat.
Belum sempat Ayu Falisha berjalan ke arah pintu utama. Tiba-tiba terdengar seseorang memanggilnya namanya.
“Ayu, tungggu!” panggil satu suara.
Ayu Falisha berhenti melangkah. Kepalanya menoleh ke arah suara memanggil namanya. Rupanya Kak Maria yang memanggil Ayu Falisha. Ayu Falisha hanya diam kaku saja melihat Kak Maria datang mendekatinya.
“Ayu, kamu nak pergi mana? Kenapa tak duduk di bilik tadi?” soal Kak Maria sambil menatap wajah Ayu Falisha.
“Saya ingat nak balik. Sebab pelangan saya sudah pulang,” terang Ayu Falisha.
“Masih awal lagi ni. Kalau pelangan kamu sudah balik. Kamu masih perlu melayani pelanggan lain yang ada di sini,” ujar Kak Maria.
“Tapi... saya kurang selesa,” balas Ayu Falisha sedikit gugup.
“Tak dak tapi tapi... Mari ikut saya sekarang,”kata Kak Maria sambil menarik tangan Ayu Falisha.
Dengan terpaksa Ayu Falisha mengikut langkah kaki Kak Maria. Kali ini Ayu Falisha dibawa ke sebuah bilik yang agak terserok sedikit.
“Ayu kamu layanlah pelangan tu. Dia ni bukan orang biasa-biasa tau,” ucap Kak Maria setelah melangkah masuk ke dalam sebuah bilik.
Di dalam bilik ini ada dua orang lelaki yang sudah agak berumur. Ayu Falisha dapat rasakan dua lelaki ini bukan islam. Ayu Falisha melihat ada dua botol air alkohol di atas meja. Satu botol sudah tinggal separuh. Kedua lelaki ini berkulit cerah. Mata mereka juga agak sepet. Ayu Falisha tergamam melihat kedua lelaki di depannya.
Kak Maria terus keluar setelah membawa Ayu Falisha masuk ke dalam bilik itu. Ayu Falisha hanya berdiri kaku ditepi sofa. Tiba-tiba salah seorang lelaki menghampiri Ayu Falisha.
“You orang baru di sini ya. Janganlah malu-malu,” kata lelaki itu sambil menarik tangan Ayu Falisha.
“Tuan tolong lepaskan tangan saya,” pinta Ayu Falisha sambil cuba melepaskan tangannya.
“I tak akan lepaskan... Nampaknya you masih muda. I nak you teman i dan layan i atas katil malam ni,” kata lelaki itu sambil menatap tepat wajah Ayu Falisha.
“Maaf, saya tak boleh. Lagi pun tuan mabuk ni,” tolak Ayu Falisha sambil cuba melepaskan tangannya dari di pengang oleh lelaki itu.
Lelaki itu semakin kuat mencengkam tangan Ayu Falisha. Membuatkan tangan Ayu Falisha merasa sakit.
“Tuan tolong lepaskan saya,” rayu Ayu Falisha.
Seorang lagi lelaki hanya menunjukkan jari tangannya kepada lelaki yang memengang tangan Ayu Falisha. Lelaki itu sepertinya telah terlalu mabuk. Mulutnya agak berbau. Mukanya juga kelihatan kemerahan.
“You sudah masuk dalam ni. Maknanya yau tak boleh lepas dari i,” kata lelaki itu dengan mencengkam kuat tangan Ayu Falisha.
Ayu Falisha cuba meronta dan menarik tangannya dari cengkaman lelaki itu. Tapi seperti sia-sia saja. Kerana tenaga Ayu Falisha tidak sekuat lelaki itu. Tiba-tiba wajah lelaki itu mendekat ke wajah Ayu Falisha. Lelaki itu menolak Ayu Falisha jatuh ke atas sofa. Dan dengan cepat bibir lelaki itu mengucup bibir Ayu Falisha. Ayu Falisha terkejut dengan tindakan lelaki itu. Air mata Ayu Falisha mula jatuh membasahi pipi.
“Aku tak boleh terus berada di sini. Aku kena keluar dari sini,” bisik hati kecil Ayu Falisha.
Tanpa teragak-agak Ayu Falisha mengigit bibir dan tangan lelaki itu sekuat-kuatnya.
“Aaah!” jerit lelaki itu.
Lelaki itu segera melepaskan tangan Ayu Falisha. Dengan cepat Ayu Falisha berlari ke arah pintu dan keluar. Ayu Falisha nekad untuk keluar dari bangunan. Ia juga tidak akan pulang ke rumah di mana ia ditempatkan bersama Haryati dan Anisah. Ayu Falisha ingin pergi jauh dari tempat ini dan Kak Maria. Ayu Falisha tidak ingin mengadai maruahnya.
Keluar dari kelab malam itu Ayu Falisha terus berlari tanpa ada hala tujuan. Ayu Falisha takut jika Kak Maria akan mengerjanya. Setelah agak jauh Ayu Falisha berhenti berlari dan menyorok di sebalik sebuah kereta berwarna merah.
Ayu Falisha mendengar ada beberapa orang berjalan sedang mencarinya.
“Laju sungguhlah perempuan tu lari. Kau ada nampak perempuan tu tak,”
“Tak dak la... rasanya dia dah lari jauh ni. Jomlah, kita bagitahu Kak Maria perempuan tu dah lesap,”
“Okeylah, lagi pun perempuan tu bukan boleh pergi jauh pun. Sebab dia bukannya ada dokumen perjalanan yang sah. Nanti mesti dia datang balik,”
Dua lelaki yang cuba mengerja Ayu Falisha berjalan kembali ke arah kelab malam. Ayu terduduk atas jalan tidak jauh dari kereta berwarna merah. Nafas Ayu Falisha agak tercungap-cungap. Ayu Falisha tidak tahu ingin pergi ke mana.
Benar seperti yang di ucapkan oleh lelaki yang mengerjanya tadi. Dia tidak ada tempat untuk dituju.
“Haruskah aku pulang berjumpa dengan Kak Maria? Tapi aku tidak mahu kerja melayani lelaki,” guman Ayu Falisha.
Air mata Ayu Falisha mengalir tanpa mampu ditahan. Ada rasa penyesalan dihati Ayu Falisha kerana telah datang ke Malaysia secara salah. Tiba-tiba Ayu Falisha terbayang wajah ibunya.
“Maafkan Ayu, mami,” ujar Ayu Falisha dengan agak pelan.
Tanpa Ayu Falisha sedari ada seseorang datang berjalan ke arahnya.
“Hey, kau buat dekat sini!” tegur satu suara yang agak kuat.
Ayu Falisha terkejut lalu menoleh ke arah suara itu. Sangkaan Ayu Falisha suara itu pasti orang yang mengerjanya tadi. Tapi sangkaan Ayu Falisha salah. Kerana lelaki didepannya ini adalah Iskandar pelanggan yang patut ia layani di kelab malam tadi.
“Maaf,” ucap Ayu Falisha agak gugup.
“Kau dah kenapa menangis dan duduk dekat jalan ni?” soal Iskandar sambil menatap wajah Ayu Falisha.
“Saya tak mahu kerja dengan Kak Maria,” terang Ayu Falisha.
“Maknanya kau lari dari kelab malam tadi. Sekarang ni kau nak pergi mana?” balas Iskandar sambil tangannya mula membuka pintu kereta.
“Ini kereta tuan?” soal Ayu Falisha bila melihat Iskandar membuka pintu kereta.
“Ya, ini kereta aku. Kalau kau nak tumpang boleh juga,” pelawa Iskandar.
“Tapi saya tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerana saya tidak mempunyai dokumen perjalanan,” beritahu Ayu Falisha sambil menunduk memandang jalan tar.
“Maknanya kau datang Malaysia guna jalan yang salah. Kau tahu tak silap haribulan pasti kau akan kena tangkap sebab tak ada dokumen perjalanan,” balas Iskandar.
Iskandar masuk ke dalam kereta lalu menutup pintu. Lalu Iskandar cepat-cepat hidupkan enjin dan memandu keluar dari kawasan itu. Ayu Falisha hanya melihat saja kereta itu bergerak pergi.
Ketika Iskandar memandu agak jauh dari kawasan Ayu Falisha. Entah kenapa terselit perasaan sempati terhadap gadis itu.
“Hey, perempuan ni kacau sungguh la! Kalau aku biar dia dekat situ... Entah jadi apa-apa pula nanti,” gumam Iskandar.
Dengan cepat Iskandar membuat pusingan U. Untuk berpatah balik ke tempat ia bertemu Ayu Falisha. Tidak sampai sepuluh minit Iskandar sudah sampai di kawasan itu. Kelihatan Ayu Falisha masih ada disitu sedang berjalan tanpa arah. Iskandar segera berhentikan keretanya hampir dengan Ayu Falisha.
“Cepat masuk!” perintah Iskandar setelah membuka cermin tingkap keretanya.
Ayu Falisha menoleh ke arah Iskandar yang berada didalam kereta.
“Tuan nak bawa saya ke mana?” tanya Ayu Falisha agak ragu-ragu ingin masuk ke dalam kereta Iskandar.
“Kalau kau nak selamat baik ikut aku. Sebab tempat ni agak bahaya. Apalagi sudah larut malam macam ni,” balas Iskandar.
“Baiklah,” sahut Ayu Falisha sambil mula berjalan ke arah kereta.
Ayu Falisha masuk dan duduk dibangku penumpang sebelah pemandu. Iskandar cepat-cepat memandu keretanya. Ayu Falisha agak gelisah berada di dalam kereta Iskandar. Kerana Ayu Falisha tidak tahu ke mana Iskandar akan membawa dirinya. Tapi ini saja jalan yang ia ada untuk lari dari Kak Maria. Ayu Falisha hanya diam melayan perasaannya.
Setelah hampir setengah jam memandu kereta. Iskandar berhenti didepan pagar sebuah rumah banglo. Tidak lama kemudian pintu pagar itu terbuka. Iskandar memandu masuk ke dalam pagar itu. Ayu Falisha terkesima melihat rumah banglo ini.
“Cepat keluar,” ujar Iskandar setelah memarkir keretanya di garaj.
“Baik, tuan,” sahut Ayu Falisha sambil mula membuka pintu kereta untuk keluar.
Ayu Falisha mengekori langkah Iskandar berjalan ke arah pintu utama. Tidak berapa lama kemudian pintu utama itu telah dibuka oleh seorang wanita agak berumur. Wanita itu memandang ke arah Ayu Falisha agak hairan.
“Tuan siapa perempuan ni?” soal wanita itu.
“Perempuan ni akan bantu bibik buat kerja dalam rumah ni. Macam mana keadaan mama hari ini?”
“Keadaan puan baik-baik saja. Baby pun hari ni tak banyak ragam,” jawab bibik.
“Bibik tunjukkan bilik untuk perempuan ni tidur. Kalau boleh bibik bagilah baju bibik yang dah tak pakai dekat dia,” kata Iskandar. Lalu berjalan pergi meninggalkan bibik dan Ayu Falisha.
“Mari ikut bibik,” ujar bibik sambil mengukir senyuman kepada Ayu Falisha.
Ayu Falisha mengekori lagkah bibik.
“Apa nama kamu?”tanya bibik.
“Nama saya Ayu Falisha. Panggil saja Ayu,” jawab Ayu Falisha.
“Nama bibik, Kartina. Ayu boleh panggil bibik juga macam orang lain. Lagi pun bibik lihat ayu masih sangat muda,”balas bibik.
“Ya, umur saya baru 18 tahun. Saya datang Malaysia ikut jalan belakang,” ujar Ayu Falisha berterus terang.
“Ayu datang ke Malaysia kosong tak dak dokumen perjalan. Bahayalah Ayu... Kalau jadi apa-apa susah nanti,” kata bibik sambil mengelengkan kepalanya.
Bibik membuka daun pintu bilik. Kemudian bibik mengambil sepasang baju di rak.
“Ayu boleh tukar baju ni sebelum tidur. Ayu tidurlah atas katil tu,” kata bibik sambil menyua baju ditangannya kepada Ayu Falisha.
“Terima kasih. Bibik tidurlah atas katil ni. Biar saya tidur di lantai je,” ujar Ayu Falisha sambil mengambil baju ditangan bibik.
“Heh, bibik tak tidur dekat bilik ni. Bibik tidur di bilik sebelah, teman anak tuan Iskandar,” terang bibik.
“Ooh, Tuan Iskandar rupanya sudah ada isteri dan anak,”ucap Ayu Falisha.
“Sebenarnya Tuan Iskandar itu duda anak satu. Bekas isteri Tuan Iskandar seorang model,” beritahu bibik.
"Mungkin sebab perangai Tuan Iskandar yang suka berfoya-foya. Kerana itu bekas isteri tuan Iskandar tidak tahan sehingga bercerai,” ucap Ayu Falisha.
“Dulu sebelum bercerai Tuan Iskandar tidak seperti sekarang. Tidak pernah tuan pulang lewat malam. Tapi setelah bercerai tuan telah banyak berubah,” bibik menjelaskan kepada Ayu Falisha.
“Ooh,”
“Dah lewat ni, Ayu tidurlah. Bibik pun nak pergi bilik sebelah ni,” kata bibik sambil melangkah keluar dari bilik.
Bersambung...
Terima kasih sudi singgah dan baca
Share this novel
done bca